SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Tuesday, December 14, 2010

Sua rasa hatiku vi....

Aku dihimpit perasaan serba salah... ke sana ke mari xtau arah mana satu yang harus ku tuju. Bagaikan disambar halilintar... aku kemabukan.. kepeningan.. kerunsingan... kekaburan... kebimbangan... hampir berasa kehilangan... tapi entahlah...

Dimana seri maya kehidupanku yang selama ini ceria penuh bermakna walaupun kekadang aku diusik manja oleh pelbagai permasalahan @ kekusutan. Dulu aku kuat dan tabah menghadapi liku2 kehidupan...kenapa kini aku terlalu lemah!! Kenapa!! Adakah aku sudah jemu @ mungkin aku kini diambang lena yang ngeri??...ArgHhhh...runsing!!

Ya Allah....bantulah hamba Ya Allah... bantulah hamba yang hina ini... tolonglah Ya Allah... aku xmau hidup dalam kepuraan.. apalagi hidup yang penuh tragis ini. Jadikanlah aku orang yang dihormati bukan dikhianati atau difitnahi. Jadikanlah aku sekuat akar pohon yang mencengkam tanah..bukan selemah ranting di dahanan. Jadikanlah aku orang yang elok budi pekerti dan bukan orang yang hilang akalnya. Ya Allah.... perluaskanlah jalan rezeki yang baik untukku... dan jauhkanlah aku dari kesempitan hidup. Bantulah aku Ya Allah....bersihkanlah jiwaku..sucikanlah hatiku...teguhkanlah imanku...berikaNLAh aku kekuatan dan kesabaran yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani...

Monday, December 6, 2010

No body Perfect...!!!

Audzubillahiminasyaitonirrojiem... bismillahirohmanirrahim...

Takde manusia yang bersih dari dosa... dan tak ada manusia yang tidak berdosa... dan tak ada manusia yang sempurna... setiap manusia memiliki kesalahan.. dan kesalahan itu bermacam-macam... tetapi... satu hal yang harus kita ingat...

"Allah berfirman:" Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya
Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut "."
(QS. AN NAHL:51)

Dan hendaknya setiap langkah kita.. kita hanya takut kepada Allah...

"Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut akan siksaan hari yang besar jika aku durhaka kepada Tuhanku"." (QS. AZ-ZUMAR:13)

Dan ketika dosa yang kita lakukan .. membayang dalam ingatan... kita merenung dalam kesendirian... bahkan airmata ini tidak cukup untuk menghapus semua kesalahan... bahkan semua amal rasanya tak seimbang dengan banyaknya dosa yang dilakukan... dan saat itu kita menyadari betapa Allah Maha Penyayang... sehingga tumpah semua kepasrahan diri... memohon dan merendahkan hati... semoga Allah mengampuni.. semua kesalahan dan dosa yang tiada berhenti kita buat...

"Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada
Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang
mendapat kemenangan." (QS. AN NUUR:52)

Allah SWT.. tiada menuntut apapun... Hanya dia menginginkan manusia untuk tidak menduakanNya.. Allah Maha Mengerti... Tiada Manusia Yang sempurna.. Subhannallah... masihkah kita mengingkari Kasih sayang Allah????......



Ampunilah hamba ya Allah yang sentiasa khilaf dan berdosa...

Sua rasa hatiku v....

Semalam..cuaca amat baik sekali berbanding hari2 yang lepas dan hari ini. Aku pula lebih bersemangat dan ceria seadanya. Namun, pada itu aku turut memikirkan masalah yang timbul beberapa minggu ini...aku cuba utk menguraikan kekusutan tersebut tetapi mungkin pada pandangan aku ia akan merubah sikap sesetengah manusia apabila kita sedaya upaya melupakan kisah2 yang lalu..dan mungkin TIDAK pada mereka. Aku cuba belajar utk memaafkan diri... mereka dan segala yang berlaku ini. Aku juga cuba belajar utk melupakannya...

Aku kira...ia akan menjadi baik, namun sangkaanku meleset. Ia semakin menyakitkan hati.... aku pasrah dan redha...bersabar selagi aku berupaya utk bersabar. Semoga Allah swt senantiasa memberikan aku kekuatan dan kesabaran agar aku kuat dan tabah dalam mengharungi perjalanan kehidupan ini.

Hari ini...aku nak rest my mind. Aku xmau memikirkan hal yang berserabut ni..aku nak cuba enjoy kan diri aku bersama orang tersayang dengan sebaiknya. Biarkan masalah ini mengamuk sendiri seketika...mungkin...sebentar lagi...esok @ lusa...ada jalan penyelesaiannya...siapa tahu! Yang penting...jiwa harus tenang dan aku sedaya upaya menceriakan hariku saat ini! Semoga aku boleh! aku boleh....fighting!!fighting!!fighting!!.....

Saturday, December 4, 2010

Sua rasa hatiku iv....

Jangan perkecilkan hal yang mudah krna sesuatu yang mudah dilakukan telah menyenangkan pemikiran kita...kekadang hal yang mudah juga akan menjadi sukar dek ketidaksampaian mesej ke otak utk berfikir dalam keadaan yang baik. Perkara yang mudah amat disukai oleh para manusia krna ia sesuatu yang simple dan tidak banyak kerenah @ cerewet. Perkara yang sukar pula disukai hanya segelintir manusia krna..mereka merasakan sesuatu yang sukar itu satu cabaran dan menguji tahap pemikiran, kepandaian, bakat, kepekaan dan sebagainya. Namun begitu...ramai yang dalam kepeningan kerana hal yang dianggap sukar ini. Adakala mereka dalam kebuntuan yang amat sehingga mereka tidak sedar hal tersebut mengundang bahana @ pelbagai permasalahan jika mereka tidak memandang serius akan hal itu.

Di dunia yang mempunyai pelbagai agenda ini telah menonjolkan ragam permainan yang mudah dan sukar. Agenda2 ini memerlukan ketelitian dan kepekaan yang sama tahapnya walaupun pada pemikiran kita perkara yang mudah berbeza dengan perkara yang sukar. Sebenarnya kedua2 walhal ini adalah wabak yang mempunyai bentuk @ mesej yang sama. Yang membezakan walhal ini adalah diri kita sendiri iaitu cara kita menerima dan menolak sesuatu pembelajaran @ pemikiran dari masa ke semasa.

Wallahualam....perhatikan surah Al-Fatihah.

Wednesday, December 1, 2010

Sua rasa hatiku iii....

Madahku kini berlagu sepi walaupun dihiasi dengan senyum dan tawa...hati merintih tiada siapa yang tahu! Rasa bagaikan tiada erti dan makna dalam kehidupan ini..namun kenyataannya kita perlu kuat dan terus berusaha dalam menggapai impian yang pasti akan menjadi milik kita suatu hari walaupun saat yang dinantikan mungkin terlalu lama.

Aku mengeluh bukan kerana aku berputus asa..namun sekadar melepaskan rasa hatiku yang dalam kecelaruan. Jiwa berona membuatkan aku tidak tenteram..ketenangan yang dipancarkan berbaur kebimbangan dan kekecewaan. Aku amat mengharapkan kehadiran pelangi petang... datang ketika aku kesedihan dan perginya dia meninggalkan keceriaan. Aku pasrah...tapi sampai bila? Memang benar kita harus terima dan percaya pada Qada' dan Qadar Allah swt...sesuatu kejadian pasti ade hikmah disebaliknya...semua ini adalah ujian Ilahi...aku tahu itu dan cuba utk mengerti akan keadaan ini..walaubagaimanapun...aku hanya manusia biasa yang lemah tanpa iringan kekuatan yang datang dari Yang Maha Esa...aku tak berdaya lagi utk melawan semua kerenah dunia ini..bantulah aku Ya Allah....

Semoga kekusutan ini akan terlerai tidak lama lagi. Permudahkan dan temukanlah aku dengan jalan penyelesaian yang terbaik dari yang terbaik Ya Allah....sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan segala sesuatu.

Make Money With CashCrate

t muslimah