SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi
Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.
Tuesday, December 14, 2010
Sua rasa hatiku vi....
Dimana seri maya kehidupanku yang selama ini ceria penuh bermakna walaupun kekadang aku diusik manja oleh pelbagai permasalahan @ kekusutan. Dulu aku kuat dan tabah menghadapi liku2 kehidupan...kenapa kini aku terlalu lemah!! Kenapa!! Adakah aku sudah jemu @ mungkin aku kini diambang lena yang ngeri??...ArgHhhh...runsing!!
Ya Allah....bantulah hamba Ya Allah... bantulah hamba yang hina ini... tolonglah Ya Allah... aku xmau hidup dalam kepuraan.. apalagi hidup yang penuh tragis ini. Jadikanlah aku orang yang dihormati bukan dikhianati atau difitnahi. Jadikanlah aku sekuat akar pohon yang mencengkam tanah..bukan selemah ranting di dahanan. Jadikanlah aku orang yang elok budi pekerti dan bukan orang yang hilang akalnya. Ya Allah.... perluaskanlah jalan rezeki yang baik untukku... dan jauhkanlah aku dari kesempitan hidup. Bantulah aku Ya Allah....bersihkanlah jiwaku..sucikanlah hatiku...teguhkanlah imanku...berikaNLAh aku kekuatan dan kesabaran yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani...
Monday, December 6, 2010
No body Perfect...!!!
Takde manusia yang bersih dari dosa... dan tak ada manusia yang tidak berdosa... dan tak ada manusia yang sempurna... setiap manusia memiliki kesalahan.. dan kesalahan itu bermacam-macam... tetapi... satu hal yang harus kita ingat...
"Allah berfirman:" Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya
Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut "."
(QS. AN NAHL:51)
Dan hendaknya setiap langkah kita.. kita hanya takut kepada Allah...
"Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut akan siksaan hari yang besar jika aku durhaka kepada Tuhanku"." (QS. AZ-ZUMAR:13)
Dan ketika dosa yang kita lakukan .. membayang dalam ingatan... kita merenung dalam kesendirian... bahkan airmata ini tidak cukup untuk menghapus semua kesalahan... bahkan semua amal rasanya tak seimbang dengan banyaknya dosa yang dilakukan... dan saat itu kita menyadari betapa Allah Maha Penyayang... sehingga tumpah semua kepasrahan diri... memohon dan merendahkan hati... semoga Allah mengampuni.. semua kesalahan dan dosa yang tiada berhenti kita buat...
"Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada
Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang
mendapat kemenangan." (QS. AN NUUR:52)
Allah SWT.. tiada menuntut apapun... Hanya dia menginginkan manusia untuk tidak menduakanNya.. Allah Maha Mengerti... Tiada Manusia Yang sempurna.. Subhannallah... masihkah kita mengingkari Kasih sayang Allah????......
Ampunilah hamba ya Allah yang sentiasa khilaf dan berdosa...
Sua rasa hatiku v....
Aku kira...ia akan menjadi baik, namun sangkaanku meleset. Ia semakin menyakitkan hati.... aku pasrah dan redha...bersabar selagi aku berupaya utk bersabar. Semoga Allah swt senantiasa memberikan aku kekuatan dan kesabaran agar aku kuat dan tabah dalam mengharungi perjalanan kehidupan ini.
Hari ini...aku nak rest my mind. Aku xmau memikirkan hal yang berserabut ni..aku nak cuba enjoy kan diri aku bersama orang tersayang dengan sebaiknya. Biarkan masalah ini mengamuk sendiri seketika...mungkin...sebentar lagi...esok @ lusa...ada jalan penyelesaiannya...siapa tahu! Yang penting...jiwa harus tenang dan aku sedaya upaya menceriakan hariku saat ini! Semoga aku boleh! aku boleh....fighting!!fighting!!fighting!!.....
Saturday, December 4, 2010
Sua rasa hatiku iv....
Di dunia yang mempunyai pelbagai agenda ini telah menonjolkan ragam permainan yang mudah dan sukar. Agenda2 ini memerlukan ketelitian dan kepekaan yang sama tahapnya walaupun pada pemikiran kita perkara yang mudah berbeza dengan perkara yang sukar. Sebenarnya kedua2 walhal ini adalah wabak yang mempunyai bentuk @ mesej yang sama. Yang membezakan walhal ini adalah diri kita sendiri iaitu cara kita menerima dan menolak sesuatu pembelajaran @ pemikiran dari masa ke semasa.
Wallahualam....perhatikan surah Al-Fatihah.
Wednesday, December 1, 2010
Sua rasa hatiku iii....
Aku mengeluh bukan kerana aku berputus asa..namun sekadar melepaskan rasa hatiku yang dalam kecelaruan. Jiwa berona membuatkan aku tidak tenteram..ketenangan yang dipancarkan berbaur kebimbangan dan kekecewaan. Aku amat mengharapkan kehadiran pelangi petang... datang ketika aku kesedihan dan perginya dia meninggalkan keceriaan. Aku pasrah...tapi sampai bila? Memang benar kita harus terima dan percaya pada Qada' dan Qadar Allah swt...sesuatu kejadian pasti ade hikmah disebaliknya...semua ini adalah ujian Ilahi...aku tahu itu dan cuba utk mengerti akan keadaan ini..walaubagaimanapun...aku hanya manusia biasa yang lemah tanpa iringan kekuatan yang datang dari Yang Maha Esa...aku tak berdaya lagi utk melawan semua kerenah dunia ini..bantulah aku Ya Allah....
Semoga kekusutan ini akan terlerai tidak lama lagi. Permudahkan dan temukanlah aku dengan jalan penyelesaian yang terbaik dari yang terbaik Ya Allah....sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
Saturday, November 27, 2010
Sua rasa hatiku ii....
Hujan yang turun membasahi bumi..melamunkan fikiranku sejenak membisikkan kesayuan hati. Hujan ini ibarat hatiku yang sedang menyeliputi jiwaku yang kelam..fikiranku kosong dek kusut terburai utk menguraikan tali permasalahan yang ada.Termenung aku...dan terus termenung mengharapkan keajaiban yang akan membawa kesedihan ini pergi dan menggantikannya dengan keindahan dan kebahgiaan. Namun itu mana mungkin terjadi..aku pasrah lagi!
Semuanya ini hanya merugikan masa kerana tiada hasil yang bermakna tanpa jalan penyelesaian. Ya Allah...permudahkan setiap urusanku didunia mahupun yang berkaitan dgn akhirat. Hanya kepada-Mu ku bermohon dan bersujud...
Anak2 kecil galak bermain hujan..riang ria terkena percikan azimat..segala kemarahan, kekecewaan dan kesedihan seketika tadi..hilang begitu saja. Indahnya zaman keanakan..namun semua itu sudah berlalu bagiku! Kini hanya mengharapkan sinar bertaut kembali ceria bersama ikatan yang pasti tidak akan putus tanpa sempadan.
Tuesday, November 23, 2010
Sua rasa hatiku....
Mungkin aku yang terlalu tamak @ mungkin aku yang terlalu dahagakan kasih mereka? Aku hanya dipandang tika aku berduit..tiada duit tiada la senyuman manis @ gurau senda. Tika aku dalam kesusahan sebegini..aku rasa tersisih bagai tiada guna walaupun sebesar kuman. Namun aku sedaya upaya kuatkan diri dan semangat utk terus hidup kerana ku tahu ini semua adalah ujian dari Ilahi. Kalau dulu aku boleh memaafkan sesuatu yang memutarbelitkan hidupku.. kenapa kerana hal yang sekecil ini tidak aku lupakan.
Saat ini...aku akan senantiasa ceriakan diriku walaupun pada hakikatnya aku terluka parah! Aku redha di atas setiap kejadian yang datang...aku akan titi jalanan yang berliku ini dengan kesabaran yang ada...aku tidak akan ratapi lagi ruang kosong yang penuh harapan...apa pun aku akan kuatkan tali semangat ku utk terus berpaut walau sedikit demi sedikit utk terikat...aku tidak mahu mengeluh utk sesuatu yang hanya akan merugikan masaku. Aku akan bertahan dan aku akan terus bertahan!!!
Sunday, November 7, 2010
Daily Leads
Daily Leads
Tuesday, November 2, 2010
Aku TersentuH...haTi...sob..sob..
Jangan bezakan anak
SAYA setuju benar dengan paparan kisah minggu lalu dalam Utusan Malaysia ''sebab emak saya pun sama, tetapi bukanlah suruh kami bergaduh adik-beradik, sebaliknya suka membandingkan kemewahan dan kesusahan hidup kami.
''Anak yang lebih mewah menjadi kesayangan emak, menjadi sebutan, dan namanya dijaja satu kampung, sebab nak beritahu orang anaknya kaya dan hidup mewah.'' Demikian cerita Norhanis dalam emelnya.
''Tetapi anak-anak yang kurang mampu, yang hidup tak seberapa mulalah emak pinggirkan. Sebab emak suka anak-anaknya hidup mewah, ada kereta besar, rumah besar dan ada perabut serba mewah. Bila ada semua itu barulah emak puas hati, kerana pandai mendidik anak-anaknya berjaya dalam kehidupan.
''Saya lima beradik, seorang lelaki dan empat perempuan. Emak didik kami supaya rajin belajar maka ada antara kami yang berjaya dalam pelajaran. Ada yang tidak. Sesiapa yang pandai belajar pasti jadi anak kesayangan emak.
''Tapi emak lupa. Pandai belajar tak semestinya bila bekerja dapat pangkat tinggi dan bergaji lumayan, kerana ada kalanya orang yang tak pandai belajar lebih besar pendapatanhya. Bukankah rezeki ketentuan Allah juga. Tapi emak macam tak faham.
''Dulu masa sekolah saya dan adik menjadi anak kesayangan emak, sebab masuk sekolah asrama. Kami dapat masuk kolej. Nama kami emak jaja satu kampung. Bukan main kembang dan gah hati emak, kamilah anak harapan emak, konon bila kami dapat kerja pasti gaji kami besar.
''Nak jadikan cerita, dua orang kakak kami cuma lulus SPM, walaupun pandai, zaman kakak nak sambung belajar memang susah, peluang belajar tak banyak macam zaman kami, jadi kakak bekerja sebagai kerani.
''Emak langsung tak menaruh harapan pada kakak-kakak kami, maklum gaji kerani berapa sangat. Bila kahwin suami mereka pun kerani jugak. Abang pulak jadi tentera paling tinggi pangkatnya satu ketika itu cuma jadi sarjan. Jadi kami berdua sajalah jadi harapan emak. Ketika itu kami dipuji melangit kerana kami pandai sekolah. Kami pun macam tak sedar diri bila kena puji, buat kerja rumah memang tak tahu langsung.
Tawaran
''Bila kakak dan abang kahwin emak buat kenduri ala kadar saja. Alasan emak kena simpan duit untuk kami belajar nanti. Manalah tahu kami dapat tawaran sambung belajar luar negara! Harapan emak tinggi nama kami dicanang satu kampung.
''Tetapi emak lupa rezeki itu ketentuan Allah. Nak jadikan cerita walaupun lulus SPM tetapi kakak cari peluang sambung belajar. Dan lebih penting suami mereka menyokong hasrat isterinya sambung belajar dengan membantu mereka jaga anak-anak ketika kakak pergi belajar.
''Kak long bersemangat nak sambung belajar sebab suaminya dah dapat diploma. Kak ngah pulak suaminya dah berhenti kerja, buat bisnes dan berjaya pulak. Saya pulak ketika itu walaupun ada diploma susah pulak nak cari kerja sebab ekonomi meleset, begitu jugak dengan adik walaupun ada ijazah. Kerja masih belum ada dapat.
''Akhirnya saya terima tawaran kerajaan bekerja dengan gaji kecil. Terkial-kial jugaklah kami nak sambung hidup. Maklum kerja di bandar besar dengan gaji kecil mana nak cukup. Dua tahun lepas tu baru dapat kerja yang sesuai, tapi gaji masih kecil lagi, adik pun sama. Bila kami mengeluh dan mengadu pada emak tentang gaji kami, emak jadi lemah semangat. Anak-anak yang menjadi harapan mengeciwakannya.
''Ketika itu dua orang kakak dan abang mula hidup mewah, emak mula melihat perubahan hidup mereka, mula-mula emak lihat kereta mereka dah bertukar yang mahal, dah pindah rumah teres dua tingkat dari rumah flat, kak ngah dan suaminya pakai kereta mewah. Abang pun sama ketika itu dah ikut suami kak ngah buat bisnes.
''Setiap kali mereka balik kampung emak terbeliak mata. Ada ada saja perubahan diri mereka yang emak lihat. Tentang pakaiannya, kereta, barang kemas, beg tangan dan macam-macam lagi yang membanggakan emak. Berbanding kami berkereta kecil.
''Kerana emak jenis suka membangga diri, dia tetap puji anak-anaknya yang hidup mewah pada orang kampung, walaupun dulu emak tak pernah yakin kejayaan mereka dulu sebab tidak pandai sekolah dan tidak berkelulusan tinggi.
''Selepas ayah meninggal dunia, emak semakin rajin bertandang ke rumah anak-anak, lepas rumah kak long, rumah kak ngah dan abang. Ada-ada sajalah cerita emak bila balik kampung dan bila datang ke rumah kami.
''Bila orang kampung dah meluat dengar cerita emak yang membanggakan kemewahan anak-anaknya. Itu menurut cerita dari saudara mara kami di kampung kepada saya, kemudian emak tukar taktik lain. Kali ini saya dan adik jadi target tempat emak bercerita memuji kakak hingga menyakitkan hati kami mendengarnya.
''Emak mula tanya berapa gaji saya dan suami saya. Kenapa saya tak beli sofa mewah macam kak long, rumah besar macam kak ngah atau beli kereta mewah macam suami kak ngah. Kenapa suami saya tak buat bisnes nanti boleh jadi kaya.
''Saya kata pada emak setiap orang ada rezeki yang diberikan Allah, walaupun mereka tak masuk kolej atau universiti dulu, tapi rezeki mereka ada di tempat lain yang lebih baik.
''Bila saya terangkan pada emak, dia mengaku faham, tetapi dia faham untuk sebulan dua aja, lepas tu dia buat peel balik.
''Walaupun perbuatan emak bukan bertujuan melaga-lagakan kami, tetapi secara tidak langsung telah membuat kami rasa rendah diri kerana tidak berkemampuan, berbanding kakak-kakak dan abang kami yang lebih senang dan mewah hidupnya. Sikap emak juga membuat kami rasa kecil hati.
''Tujuan saya bercerita di ruangan ini bukan mahu mengaibkan emak, tetapi saya mahu mengingatkan diri saya dan pembaca semua janganlah jadi macam emak saya suka membeza-bezakan kemampuan anak-anak sama ada anak yang pandai ataupun tidak, apa lagi kalau ada antara anak-anak yang kurang berkemampuan.
Qawa’id fiqhiyyah dalam memahami hukum
Satu lagi bicara agama y ingin saya kongsikan bersama anda iaitu ttg Qawa’id fiqhiyyah dalam memahami hukum
DALAM menghasilkan sesuatu hukum, biasanya para mujtahid akan melihat kepada keseluruhan dalil-dalil dari nas al-Quran dan sunnah. Tidak memadai bagi mereka merujuk kepada satu dalil sama ada dari al-Quran atau sunnah untuk mengeluarkan ijtihad.
Langkah ini dibuat untuk memastikan penghasilan ijtihad dan fatwa benar-benar kukuh dan boleh menjadi rujukan kepada yang lain.
Apabila para mujtahid mendapati dalil-dalil yang mempunyai persamaan pada hadaf serta tujuannya, maka mereka menghimpunkan dalam satu kategori agar memudahkan umat Islam khususnya orang awam membuat rujukan.
Apabila telah dibahagikan kepada kategori-kategorinya yang tersendiri, maka ia akan dijadikan sebagai kaedah yang dinamakan sebagai qawa’id fiqhiyyah (kaedah-kaedah fiqh).
Pengkategorian ini bukanlah untuk memisahkan hukum-hakam Allah SWT. Ini kerana semua yang terkandung dalam nas al-Quran dan sunnah mempunyai pertalian dan kaitan antara satu sama lain.
Bagaimanapun, qawa’id fiqhiyyah ini diperkenalkan demi memastikan kemudahan kepada ulama dan masyarakat awam untuk membuat rujukan dan memahami nas-nas.
Qawa’id fiqhiyyah juga bukanlah dihasilkan supaya masyarakat mengenepikan al-Quran dan sunnah sebagai sumber rujukan utama. Tetapi sebenarnya qawa’id fiqhiyyah adalah kesimpulan yang bersumberkan al-Quran dan sunnah sebagai asas.
Para ulama telah berusaha memahami nas-nas dan kemudiannya dijadikan kaedah umum yang boleh dirujuk apabila sesuatu masalah berlaku.
Apabila masalah baru yang berlaku mempunyai ‘illah yang sama dengan masalah-masalah furu’ (cabang) yang telah digabung di bawah kaedah umum berkenaan, maka ia akan memudahkan ulama untuk mengetahui hukum kerana persamaan ‘illah akan membawa kepada persamaan hukum.
Terdapat lima qawa’id fiqhiyyah yang ditetapkan oleh ahli-ahli fiqh.
l Kaedah pertama ialah al-umuru bimaqasidiha (Setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat).
Kaedah ini menunjukkan bahawa setiap perkara dan perlakuan itu dikira berdasarkan niat dan matlamatnya. Asas utama pembinaan kaedah yang pertama ini adalah hadis daripada Umar al-Khattab: Sesungguhnya setiap amalan itu dikira dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya….(riwayat Muslim).
Justeru, niat menjadi asas utama penerimaan sesuatu amalan itu diterima atau ditolak oleh Allah SWT.
Niat juga membezakan antara halal dan haram, dosa dan pahala. Niat juga akan menentukan jenis-jenis amalan yang dilakukan serta hukum yang tertakluk padanya.
Sebagai contoh, perbezaan utama antara solat Dhuha dan solat Subuh ialah niat kerana kedua-duanya dilihat sama dari sudut bilangan rakaatnya dan segala rukun fi’li (perbuatan) dan qauli (bacaan) yang lain.
Demikianlah betapa besar nilai sesuatu niat disisi Allah SWT. Bahkan, sesiapa yang mempunyai niat untuk melakukan kebaikan dan kebajikan tetapi gagal melakukannya kerana terdapat kesulitan (masyaqqah), dia tetap diberi pahala oleh Allah SWT.
Ini berdasarkan hadis nabi SAW yang diriwayatkan dari Abu Zar al-Ghifari: “Sesiapa yang masuk tidur sedangkan dia berniat untuk bangun solat sunat pada tengah malam, namun disebabkan terlalu mengantuk atau tidak terjaga, dan dia terjaga apabila sudah masuk waktu subuh, maka dia akan mendapat pahala dan ditulis apa yang diniatkan itu”. (riwayat al-Nasaie)
l Kaedah fiqh yang kedua adalah al-Yaqiin la Yuzaal bil al-Syak (keyakinan tidak hilang dengan keraguan).
Ia bermaksud sesuatu perkara yang sudah diyakini, apabila timbul keraguan selepas itu tidak akan menjejaskan keyakinan yang ada.
Ia juga bermaksud keyakinan yang asal tidak boleh ditinggalkan disebabkan keraguan atau syak. Ia berasaskan banyak nas yang menunjukkan apabila berlakunya syak, maka perlu kembali kepada keyakinan asal.
Sebagi contoh, hadis dari Abu Sa’id al-Khudri: Jika seseorang daripadaa kamu ragu-ragu ketika solat, dia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dikerjakannya, tiga atau empat, maka ketepikanlah keraguan tersebut dengan keyakinan. (riwayat Muslim)
Hadis ini menunjukkan bahawa apabila seseorang itu berada dalam keadaan syak sama ada dia telah menunaikan berapa rakaat, maka perlu mengambil kira bilangan yang sedikit kerana ia meyakinkan dan tidak terjejas dengan keraguan.
Demikian juga hadis daripada Abu Hurairah r.a: Jika seseorang kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya, kemudian timbul keraguan dengan sebabnya, apakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak? Maka janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia telah mendengar bunyi atau mencium bau. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Melalui beberapa hadis ini, maka para ulama menyatakan, barang siapa yang yakin telah berwuduk tetapi syak sama ada wuduknya terbatal atau tidak, maka dia dikira masih berwuduk, iaitu mengekalkan keadaan sebelum datangnya keraguan itu.
Demikian juga sekiranya seseorang yang berpuasa makan pada waktu petang tanpa berijtihad sama ada sudah masuk waktu berbuka atau belum. Kemudian datang keraguan padanya sama ada sudah sudah terbenam matahari atau tidak, maka puasanya terbatal kerana mengikut asalnya tidak terbenam matahari.
Info terkini
Tasauf dan syariat
Berbesar hati saya utk berkongsi sedikit info y sya baca ttg
Tasauf dan syariat
|
|
DALAM kesempatan yang lepas kita telah menjelaskan kesilapan sesetengah golongan yang cenderung menuduh bidaah terhadap sesama Islam sedangkan tidak semua yang baharu dalam agama itu adalah bidaah secara hakiki. Seringkali yang dikatakan bidaah hasanah itu sebenarnya bukanlah bidaah melainkan dari sudut bahasa sahaja.
Aliran yang paling banyak dituduh dengan amalan bidaah adalah aliran tasauf sehingga ia teraniaya, ditohmah dan dipandang serong. Hanya segelintir manusia yang memandangnya dengan betul dan benar. Sebahagian besar ahli masyarakat melabelkan tasauf dan sufi dengan sifat-sifat yang tercela dan keji sehingga menjatuhkan hak penyaksian dan keadilan seseorang ahli tasauf. Mereka sampai berkata: "Si fulan tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diterima khabarnya. Kenapa? Kerana dia adalah seorang Sufi!"
Namun demikian, apa yang menghairankan, orang-orang yang begitu lancang mencaci tasauf dan menentang ahli sufi ini pula, kerap mengutip kata-kata dan perbuatan ahli sufi untuk dijadikan bahan teks ucapan dan pengajaran mereka di atas mimbar-mimbar Jumaat dan kerusi-kerusi pengajian.
Mereka seolah-olah tidak berasa malu dan segan meminjam kata-kata imam-imam sufi ini untuk digunapakai dalam khutbah-khutbah dan majlis-majlis pengajian mereka. Kita seringkali mendengar mereka mengucapkan: Telah berkata al Fudhail ibn 'Iyadh r.a, telah berkata Junaid al Baghdadi r.a, telah berkata Hasan al Basri r.a, telah berkata Sahl al Tasturi r.a, telah berkata al Muhasibi r.a, telah berkata Bisyr al Hafi r.a dan sebagainya.
Adakah mereka tidak kenal siapakah insan yang meniti di bibir-bibir mereka itu? Nama-nama ulama yang mereka sebut merupakan pemuka-pemuka tasauf yang tidak asing lagi. Malah ulama inilah yang telah menyusun kaedah-kaedah ilmu tasauf dan telah mencapai kedudukan sebagai wali qutub (pangkat kewalian tertinggi). Kitab-kitab tasauf juga dipenuhi dengan kata-kata mereka, khabar-khabar dan biografi mereka. Tidak dapat dipastikan, sama ada orang yang mentohmah ahli tasauf ini benar-benar orang yang jahil ataupun buat-buat jahil? Atau mereka ini buta atau buat-buat buta?
Kita suka menaqalkan kalam imam-imam agama yang mereka ini adalah penyangga dan rijal tasauf. Apa yang kita kehendaki di sini adalah menaqalkan kalam mereka mengenai syariat Islam supaya kita mengetahui mawqif (pendirian) mereka yang sebenar. Kita wajib mengenali seseorang itu melalui dirinya sendiri. Dalam mengenali seseorang, dirinya sendirilah yang terbaik untuk menceritakan mengenai pendapatnya sendiri dan lebih dipercayai apabila dia menzahirkan apa yang ada di dalam hatinya.
Banjir di utara bertambah buruk
Smga Allah swt melindungi dan memberi keselamatan y baik kpd kita semua.Amin...
Banjir di utara bertambah buruk
pengarang@utusan.com.my
|
|
KUALA LUMPUR 2 Nov. - Banjir yang melanda Perlis dan Kedah sejak semalam bertambah buruk hari ini apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat.
Beberapa laluan masih ditutup dengan paras air sungai di kedua-dua negeri terbabit melepasi paras bahaya.
Begitu juga di KELANTAN, hujan selama dua hari berturut-turut khususnya di daerah Kota Bharu, Rantau Panjang dan Tumpat menyebabkan negeri itu mula dilanda banjir.
Di KEDAH, lebih 15,432 penduduk daripada 4,251 keluarga di empat daerah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar dan Pokok Sena dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir sehingga petang ini.
Angka itu meningkat daripada 2,000 penduduk yang dipindahkan semalam berikutan hujan berterusan sejak kelmarin hingga tengah malam tadi.
Kubang Pasu merupakan daerah paling teruk dilanda banjir melibatkan 10,834 penduduk daripada 3,108 keluarga diikuti Padang Terap (3,821 mangsa) dan Kota Setar (709 mangsa) manakala Pokok Sena (68 mangsa).
Penduduk dipindahkan ke 31 buah pusat pemindahan banjir di daerah Kubang Pasu, 37 buah di Padang Terap, tiga buah di Kota Setar serta lapan buah di Pokok Sena.
Beberapa jalan dan laluan utama termasuk di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ditutup kerana ditenggelami air termasuk di Jitra, Changlun dan laluan lebuh raya PLUS menghala ke Bukit Kayu Hitam dan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok.
Sembilan jalan di Padang Terap juga ditutup kerana ditenggelami air iaitu Jalan Kuala Nerang-Padang Sanai, Jalan Kampung Tanjung-Pokka, Jalan Tualak, Jalan Barokhas-Kuala Nerang, Jalan Semeliang, Jalan Kampung Rambutan, Jalan Kampung Tengah-Kubu, Jalan Kuala Pai dan Jalan Kuala Nerang-Pokok Sena.
Sementara itu, tiga penerbangan yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Kepala Batas di sini pada petang dan malam ini, dibatalkan ekoran lapangan terbang itu terpaksa ditutup akibat air naik sehingga ke landasan.
Ketua Unit Operasi LTSAH, Abdul Rashid Md. Yusob berkata, air naik ke landasan itu akibat limpahan banjir dari kawasan berhampiran.
"Ketiga-tiga penerbangan itu melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) ke Kuala Lumpur, AirAsia ke Kuala Lumpur dan FireFly ke Subang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, empat penerbangan yang dijadual akan berlepas pagi esok turut dibatalkan manakala penerbangan sebelah petang bergantung pada keadaan.
Jadual pagi esok melibatkan dua penerbangan iaitu pesawat MAS ke Kuala Lumpur, satu pesawat AirAsia ke Kuala Lumpur dan satu pesawat FireFly ke Subang.
Di PERLIS, bandar Kangar paras banjir terus meningkat walaupun hujan yang bermula Sabtu lalu sudah berhenti awal pagi ini dan cuaca semakin panas.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati penduduk di daerah itu terutama di bandar Kangar bertungkus-lumus memindahkan kenderaan dan perkakas rumah masing-masing ke tempat selamat.
Ramai penduduk di bandar itu yang menjangkakan air semakin surut berikutan cuaca baik menjadi kelam-kabut apabila air naik secara mendadak terutama di kawasan-kawasan yang awalnya tidak mengalami banjir seperti di Taman Kemajuan, Taman Firdaus, Taman Hijrah dan Taman Bukit Kaya.
Beberapa jalan utama ke bandar itu turut ditutup seperti Jalan Bukit Lagi, Jalan Jubli Perak, Jalan Jubli Emas dan Jalan Raja Syed Saffi. Difahamkan banjir di daerah Padang Besar dan Arau semakin surut, namun air banjir dari daerah itu kini 'beralih' ke bandar Kangar.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Abdullah Ali berkata, sehingga pukul 5 petang ini seramai 4,536 penduduk seluruh negeri telah dipindahkan ke 35 pusat pemindahan.
Menurut beliau, pusat pemindahan banjir terbaru dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Ali Ahmad yang menempatkan 100 keluarga dan Surau Tebing Tinggi menempatkan 450 keluarga.
Di KELANTAN, hujan lebat sejak Sabtu lalu menyebabkan air Sungai Golok mula melimpah dan menenggelamkan beberapa kawasan rendah sejak malam tadi menyebabkan seramai 297 penduduk yang tinggal di sekitar Rantau Panjang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Pasir Mas berkata, seramai 289 orang daripada 90 keluarga di Kampung Kedai Lama dan Kampung Kubang Kuadi tempatkan di stesen kereta api lama manakala bakinya seramai lapan orang daripada dua keluarga dipindahkan ke Madrasah Kubang Kua.
''Paras air Sungai Golok pada pukul 4 petang ini adalah 10.82 meter melebihi paras bahaya iaitu 9 meter dan beberapa jalan seperti Jalan Lubok Stol, Jalan Lalang Pepuyu dan Jeram Perdah terpaksa ditutup untuk kenderaan ringan,'' katanya.
Di TERENGGANU pula, seramai sembilan mangsa daripada lima keluarga yang terdedah ancaman ombak besar yang boleh menyebabkan 'banjir air laut' di kawasan Kampung Pantai, Kuala Besut ditempatkan di pusat pemindahan bermula petang semalam.
Kesemua mereka merupakan mangsa pertama yang dipindahkan sejak musim tengkujuh mula melanda negeri itu beberapa hari lalu sehingga menyebabkan ombak kuat serta tinggi di beberapa buah pantai.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negeri (MKN), kesemua mereka ditempatkan di Balai Raya Kampung Pantai.
Alert kn diri kita.....
Alert kn diri kita.....
Potensi Banjir Bulan September, Oktober dan November 2010
Kamis, 09 September 2010 01:24
Prakiraan Potensi Banjir Bulan Juni 2010 di Indonesia
Prakiraan Potensi Banjir Bulan Juli 2010 di Indonesia
Prakiraan Potensi Banjir Bulan Agustus 2010 di Indonesia
Monday, November 1, 2010
Balasan...Melewatkan Waktu Solat
Smga Allah swt mengampuni sgla kelalaian ku slma ini n smga aku snntiasa dlm keinsafan..InsyaAllah!
Balasan...Melewatkan Waktu Solat
بسم الله الرØمن الرØيم
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..
Sumber : http://mran3238.wordpress.com/2010/03/07/kisah-benar-ular-hitam-membelit-jenazah/
Wednesday, October 20, 2010
MEMANCING UDANG GALAH
MEMANCING UDANG GALAH
PerkaraUtama berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya engin sangkut 4 – 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan '‘lampu kalimantan'’atau '‘lampu ayam'’ Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang(yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan didalam peti sejuk,bagi mempastikan kesegarannya).
Peralatan
- Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
- Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun.
- Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
- Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 – 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.
Umpan (Rujuk Menu Utama Kelab ATUR – Bah. Umpan)
Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.
Cara Memancing (dari atas sampan)
- Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki.
- Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 –3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
- Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
- Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
- Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.
Makluman
- Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
- Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
- Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
- Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
- Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.
Mencari Lubuk
- Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
- Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
- Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
- Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.
Panduan
- Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
- Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
- Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
- Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 –5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
- Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
- Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
- Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.
Peringatan
- Pertuturan harus dijaga.
- Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
- Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
- Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
- Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.
"SELAMAT MEMANCING"