Berbesar hati saya utk berkongsi sedikit info y sya baca ttg
Tasauf dan syariat
|
|
DALAM kesempatan yang lepas kita telah menjelaskan kesilapan sesetengah golongan yang cenderung menuduh bidaah terhadap sesama Islam sedangkan tidak semua yang baharu dalam agama itu adalah bidaah secara hakiki. Seringkali yang dikatakan bidaah hasanah itu sebenarnya bukanlah bidaah melainkan dari sudut bahasa sahaja.
Aliran yang paling banyak dituduh dengan amalan bidaah adalah aliran tasauf sehingga ia teraniaya, ditohmah dan dipandang serong. Hanya segelintir manusia yang memandangnya dengan betul dan benar. Sebahagian besar ahli masyarakat melabelkan tasauf dan sufi dengan sifat-sifat yang tercela dan keji sehingga menjatuhkan hak penyaksian dan keadilan seseorang ahli tasauf. Mereka sampai berkata: "Si fulan tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diterima khabarnya. Kenapa? Kerana dia adalah seorang Sufi!"
Namun demikian, apa yang menghairankan, orang-orang yang begitu lancang mencaci tasauf dan menentang ahli sufi ini pula, kerap mengutip kata-kata dan perbuatan ahli sufi untuk dijadikan bahan teks ucapan dan pengajaran mereka di atas mimbar-mimbar Jumaat dan kerusi-kerusi pengajian.
Mereka seolah-olah tidak berasa malu dan segan meminjam kata-kata imam-imam sufi ini untuk digunapakai dalam khutbah-khutbah dan majlis-majlis pengajian mereka. Kita seringkali mendengar mereka mengucapkan: Telah berkata al Fudhail ibn 'Iyadh r.a, telah berkata Junaid al Baghdadi r.a, telah berkata Hasan al Basri r.a, telah berkata Sahl al Tasturi r.a, telah berkata al Muhasibi r.a, telah berkata Bisyr al Hafi r.a dan sebagainya.
Adakah mereka tidak kenal siapakah insan yang meniti di bibir-bibir mereka itu? Nama-nama ulama yang mereka sebut merupakan pemuka-pemuka tasauf yang tidak asing lagi. Malah ulama inilah yang telah menyusun kaedah-kaedah ilmu tasauf dan telah mencapai kedudukan sebagai wali qutub (pangkat kewalian tertinggi). Kitab-kitab tasauf juga dipenuhi dengan kata-kata mereka, khabar-khabar dan biografi mereka. Tidak dapat dipastikan, sama ada orang yang mentohmah ahli tasauf ini benar-benar orang yang jahil ataupun buat-buat jahil? Atau mereka ini buta atau buat-buat buta?
Kita suka menaqalkan kalam imam-imam agama yang mereka ini adalah penyangga dan rijal tasauf. Apa yang kita kehendaki di sini adalah menaqalkan kalam mereka mengenai syariat Islam supaya kita mengetahui mawqif (pendirian) mereka yang sebenar. Kita wajib mengenali seseorang itu melalui dirinya sendiri. Dalam mengenali seseorang, dirinya sendirilah yang terbaik untuk menceritakan mengenai pendapatnya sendiri dan lebih dipercayai apabila dia menzahirkan apa yang ada di dalam hatinya.
No comments:
Post a Comment