SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Wednesday, July 28, 2010

Bab 2: UNSUR-UNSUR DALAM PEMBAHARUAN SYARIAH

Ni dia bab 2 y aku kutip dr blog sword...mmg baguih la sword 2..katanya bab3 akan menyusul kmdian. So..kita baca bab 2 ni spnuhnya dlu ya...

Syariah lslamiyyah berbeza sama sekali daripada syariah samawi (Ilahi) yang lain dalam hal penerimaannya terhadap pembaharuan serta penyesuaiannya terhadap perkembangan. Hal ini disebabkan oleh kedudukannya sebagai syariah dan agama penutup, memansuhkan agama-agama sebelumnya serta kekal sepanjang masa dan waktu. Sekarang kita cuba menyingkap syariah ini serta rahsia ketahanan dan pemba­haruannya agar diketahui oleh orang yang ingin tahu akan keaslian undang-undang ini serta keagungan Islam.

Ada beberapa unsur pembaharuan yang terpenting dan bahagian-bahagian utama dalam syariah, di antaranya:


1. AL-QUR'AN DAN HADIS YANG TERPELIHARA

Telah kita sebutkan wahai ikhwah, dalam tajuk "Ciri-ciri Syariah dan Keistimewaannya" bahawa Al-Qur’an dan As-sunnah dipelihara sepanjang masa oleh Allah s.w.t., se­suai dengan firmanNya:

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya”

(Al-Hijr, ayat 9)

Ini bermakna nas-nas yang bersumber daripada Al-Qur’an dan Sunnah terpelihara secara abadi dalam pemeliharaan Allah sehingga Hari Kiamat nanti. Unsur inilah yang tidak dijumpai sama sekali dalam semua agama yang lain.

2. DINAMIK (TATAWWUR) DAN TETAP (THABAT)

Di antara ciri-ciri Syariah yang keutamaannya yang menonjol ialah antara yang tetap dan berkembang: antara yang (umum) dan terperinci: antara lama dan baru. Hal ini terjadi agar dia boleh memenuhi tuntutan-tuntutan zaman serta berjalan seimbang dengan peradaban moden.

Supaya gambarannya lebih jelas lagi dan permasalahan (qadhiyah) dinamik dan tetap ini lebih terang bagi kita, ada baiknya kita bahagikan hukum-hukum syariah kepada tiga bahagian:

[i] Masalah-masalah perundangan yang bersifat tetap, ti­dak menerima pembaharuan dan perkembangan

[ii] Masalah-masalah perundangan yang boleh menerima pembaharuan.

[iii] Masalah-masalah perundangan yang tunduk kepada perkembangan


i. Adapun masalah-masalah perundangan yang tetap dan tidak menerima pembaharuan serta perkembangan, ialah masalah-masalah yang nasnya putus (qat'iyy) dan hukum-hukumnya terperinci. Nas-nas serta hukum-hukum ini sama sekali bukan merupakan lapangan untuk berijtihad seperti masalah aqidah, rukun-rukun Iman, hukum ibadat, masalah hudud, haramnya zina, riba, arak, judi, membunuh jiwa, ke­saksian palsu, derhaka kepada dua orang tua, memutuskan silaturrahim, ketentuan pembatasan bahagian-bahagian da­lam harta warisan, penjelasan tentang idah bagi perceraian dan kematian, haramnya mendedah aurat, pergaulan bebas (antara lelaki dan perempuan) dan tabarruj (bersolek) serta nas-nas lain yang qat'iyy serta hukum-hukum yang tafsil (ter­perinci).

Nas-nas ini merupakan medan yang diharamkan (untuk berijtihad) dan hukum-hukum yang tetap tidak boleh berij­tihad serta tidak tunduk kepada perkembangan masa. Setiap orang yang berusaha menggantinya atau berijtihad untuk mengembangkannya bererti dia menghancurkan syariah, memerangi Allah dan RasulNya serta ingin melepas ikatan Islam daripada dirinya.

Berdasarkan hal ini para Ulama Usul (Usul Fiqh) menyatakan:

" لاَ مَجَالَ لِلإِجْتِهَادِ فِي مَوْرِدِ النَّصِّى "

“Tidak ada Ij­tihad pada perkara-perkara yang ada Nas”

Perlu difahami bahawa Allah mensyariatkan jenis hukum yang tetap ini bukanlah satu aib bagi Syariah, kerana ia memelihara kemaslahatan individu dan masyarakat pada setiap masa dan tempat. Oleh kerana itulah, ia sama sekali tidak boleh berkembang. PenciptaNya Yang Maha Menge­tahui dan Bijaksana, Dialah yang lebih tahu tentang apa-apa yang boleh mendatangkan maslahat bagi hambaNya dan (mengelakkan) kebinasaan (mafsadat) daripada mereka. Fir­man Allah:

“Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui”

(Al-Baqarah, ayat 232)

ii. Adapun masalah-masalah perundangan yang boleh me­nerima pembaharuan: ialah prinsip dan kaedah-kaedah yang berhubung erat dengan aspek Muamalat kewangan, perkara pengadilan, sistem ekonomi, pentadbiran, serta perlemba­gaan. Bentuk Muamalat dan permasalah-permasalah ini se­lalu berubah sesuai dengan maslahat manusia serta memerlu­kan ijtihad pada setiap masa dan tempat. Di bawah ini kita sebutkan beberapa contoh, antara lain:

- Konsep Al-Qur'an mengenai perkara-perkara pengadilan menentukan dengan jelas suatu "Kaedah Keadilan", ber­dasarkan firman Allah:

“Dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”

(Surah An-Nisa’, ayat 58)

Kaedah keadilan yang ditetapkan oleh ayat suci tersebut merupakan kaedah umum (kulliyah) yang bersifat tetap dan ti­dak berubah dan tidak akan bertukar selama-lamanya. Ia wajib ditegakkan pada setiap dan tempat. Adapun ke­rana (wasilah) perlaksanaan keadah ini diserahkan mengikut perubahan zaman dan kehidupan yang sentiasa berubah.

Perlaksanaan kaedah keadilan dalam satu mahkamah saja, atau mahkamah yang berbilang dengan memisahkan kekuasaan perundangan (judiciary) daripada kekuasaan eksekutif (Executive power) ini semuanya diserahkan kepada “ahlul halli wal-'aqdi” (pakar-pakar) dan pengalaman manusia. Jadi matlamat syariah yang pertama ialah menegakkan prinsip keadilan. Sedangkan cara dan bentuk perlaksanaan keadilan itu sendiri diserahkan kepada “ahlul halli wal-'aqdi” sama ada dilaksanakan melalui suatu susunan tertentu atau rangka tertentu menurut cadangan mereka yang pakar dalam bidang ini, selama mahkamah tetap menegakkan kaedah keadilan yang mewujudkan keperluan persamaan untuk orang ramai.

- Dalam perkara-perkara muamalat, Al-Qur'an menentukan dengan jelas kaedah ‘memenuhi perjanjian ('aqad)’ sesuai dengan firman Allah:


“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu”

(Al-Maidah, ayat 1)

Kaedah "memenuhi perjanjian" yang disebut oleh ayat tersebut adalah kaedah umum yang sifatnya tetap, tidak ber­ubah dan tidak boleh diganti, bahkan wajib diamalkan pada setiap masa dan tempat. Akan tetapi para fuqaha' berijtihad mengenai apa yang dimaksudkan dengan ‘aqad pada ayat tersebut, apakah hanya terbatas pada ‘aqad-‘aqad yang di­akui oleh syarak dengan istilah tertentu seperti ‘aqad jual beli, memberi hadiah, menyewa, dan perkahwinan atau ia juga mencakupi ‘aqad-‘aqad lain yang diciptakan oleh manu­sia akhir-akhir ini seperti akad perindustrian, kontrak dan jaminan sosial.

Kebanyakan ahli fiqh berpendapat bahawa lafaz “aqad” dalam ayat tersebut adalah umum, mencakupi se­mua `aqad yang disebutkan oleh syarak dengan istilah dan yang muncul kebelakangan ini kecuali `aqad yang menghalal­kan yang haram atau mengharamkan yang halal. Berdasarkan bahawa lafaz dalam ayat tersebut adalah umum dan mencakupi semua ‘aqad muncullah dalam fiqh Islam ‘aqad-‘aqad baru yang banyak sekali sepanjang zaman. Para fuqaha’ menamakannya dengan nama-nama khusus seperti ‘aqad dua sewaan, ‘aqad memonopoli harta-harta wakaf, dan perlu dijelaskan[1] kedua istilah ‘aqad terakhir ini:

  • `Aqad Dua Sewaan ialah bahawa penyewa (musyrif) barang wakaf sepakat dengan seseorang untuk menyerahkan sejum­lah wang yang cukup untuk membangunkan tanah wakaf yang tergendala dari pembangunannya, dengan perjanjian bahawa si pemberi wang berhak duduk selamanya atas tanah tersebut, dengan upah tahunan yang rendah.
  • `Aqad Monopoli (tahkir) adalah kesepakatan untuk mem­berikan tanah wakaf yang kosong kepada seseorang dengan ganti sejumlah wang yang hampir sama dengan nilai tanah itu dengan nama "sewa yang didahulukan" agar dia berhak duduk atas tanah tersebut selamanya dan bertasarruf pada tanah itu dengan membina atau menanami dan lain-lain se­bagaimana tasarruf pemilik tanah dan juga membayar upah (sewa) tahunan yang rendah.

Hal ini merupakan istinbatt yang, ijtihadi (mengeluarkan hukum dengan berijtihad) pada aqad-aqad yang baru muncul sebagaimana ditunjukkan oleh ayat.

Adapun mengenai wasilah (cara) perlaksanaan kaedah ‘memenuhi perjanjian’ itu, maka Islam menyerahkannya kepada zaman yang berkembang dan kehidupan yang terus berubah. Jadi perlaksanaan kaedah ini serta penyusunan, pendaftaran, pengesahan dan jaminan bagi hak-hak pemiliknya semua diserahkan oleh Islam kepada “ahlul halli wal-‘aqdi” bahkan juga diserahkan kepada pengalaman manusia yang paling baik.

Jadi, matlamat syariah yang pertama adalah perlaksanaan prinsip “memenuhi perjanjian”, sedangkan cara dan kaedah perlaksanaannya diserahkan kepada ahlinya sama ada pendaftaran akad tersebut pada satu lembar atau dua, tiap-tiap satu dipelihara oleh orang yang beraqad, ataukah pendaftaran itu disaksikan dan dicatat oleh seorang pendaftar yang dipercayai dan seterusnya.

Perlaksanaan kaedah Syura melalui Majlis Penasihat yang terdiri daripada orang-orang yang terpilih daripada kalangan bijak pandai dan mereka yang mempunyai pengkhususan atau melalui Majlis Perwakilan yang dipilih oleh rakyat, atau dengan memilih majlis-majlis kabinet daripada tenaga ahli yang berpengalaman atau majlis tempatan untuk setiap kawasan dan bandar. Semua aturan ini diserahkan ke­pada pengalaman manusia yang paling baik.

- Al-Qur’an Al-Karim menyebut secara jelas mengenai prin­sip syura dalam perkara-perkara perlembagaan.

Firman Allah:

“...sedang urusan mereka (diputuskan) dengan Syura”

(Asy-Syura, ayat 38)

Kaedah Syura yang disebut oleh ayat tersebut merupa­kan kaedah yang umum dan tetap, tidak mengalami per­ubahan dan pertukaran serta wajib diamalkan pada setiap ruang dan waktu. Akan tetapi cara dan kaedah penerapannya diserahkan kepada tuntutan kepada tuntutan zaman itu.

Jadi, matlamat Syariah yang pertama adalah untuk menegakkan kaedah Syura'. Me-genai sistem perlaksanannya, ia boleh mengambil kaedah tertentu atau bentuk majlis yang dipilih, diserahkan kepada kebijaksanaan 'ahlul halli wal­aqdi' selama negara-negara dan pemimpin-pemimpin mereka serta lembaga-lembaga kerajaannya menegakkan kaedah syura.

Perkara ini boleh dibandingkan dengan contoh berikut:

- Prinsip (mabda') kekuatan pada firman Allah:

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi...”

(Al-Anfal, ayat 60)

- Prinsip pengurusan hutang piutang:

Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, maka hendaklah kamu menuliskannya. ...”

(Al-Baqarah, ayat 282)

Begitu juga prinsip-prinsip dan kaedah lain yang telah dinaskan oleh Syariat Islam.

iii. Adapun masalah-masalah perundangan yang tunduk kepada perkembangan iaitu kes-kes baru yang tidak dijumpai nas yang tegas dalam Al-Qur'an atau Sunnah, maka perkara-perkara seperti ini tunduk kepada ijtihad semasa yang ditetapkan oleh para Ulama' yang berkelayakan, mempunyai sifat warak dan takwa, cerdas serta berpandangan luas dan mampu berijtihad. Mereka mengeluarkan hukum yang boleh mencapai sudut kemaslahatan sesuai dengan perkembangan budaya serta kemajuan ilmu pengetahuan seperti keterangan hukum Islam mengenai jaminan pesaraan bagi pegawai dan pekerja buruh, wang jasa, gaji tunjangan keluarga dan jaminan sosial. Masalah-masalah ini dan yang seumpamanya memerlukan ahli-ahli fiqh yang terpilih untuk memutuskan hukum Islam mengenainya atas dasar maslahat dan perkembangan, jiwa (roh) syariah serta tujuan-tujuan umumnya sya­riat dengan syarat ia tidak bertentangan dengan nas-nas yang sarih (tegas) atau tidak keluar daripada kaedah-kaedah umum serta tidak melampaui batas yang telah ditentukan baginya.

Oleh kerana itulah, Ulama' Usul Fiqh mengatakan:

" لاَ يُنْكَرُ تَغَيُّرُ اْلأَحْكَامِ بِتَغَيُّرِ اْلأَزْمَانِ "

“Tidak diingkari perubahan hukum dengan sebab perubahan zaman”

Demikianlah pandangan-pandangan khusus mengenai perkembangan dan ketetapan dalam prinsip-prinsip Syariah dan dengan makna ini bererti ia menghimpunkan antara yang lama dan moden, antara asas-asas yang tetap dan dinamik. lni juga bererti bahawa Shariah boleh menyahut tuntutan zaman yang terus berkembang dan mengikuti kebudayaan manusia yang berkembang sehingga Allah mewarisi bumi ini dan segala isinya.

3. SYUMUL (MENYELURUH DALAM SISTEMSISTEM SYARIAH)

Telah disebutkan, wahai pembaca yang mulia pada per­mulaan pembahasan ini bahawa ciri-ciri asas dan kelebihan besar syariah adalah syumul (keseluruhan). Orang yang meneliti sistem-sistem dan memperhatikan prinsip-prinsipnya akan mendapati bahawa Islam yang agung inii mencakupi berbagai sistem dan hukum pada tiap-tiap segi pembentukan (takwin), pembinaan (bina') serta pembaikan (islah) dan pada tiap-tiap aspek masyarakat dan kehidupan. Telah kita bentangkan dengan panjang lebar mengenai kesyumulan (ke­seluruhan) syariah serta prinsip-prinsip umumnya bermula daripada pembaikan individu, kemudian pembaikan masya­rakat, pembaikan negara, sehingga proses pembaikan manu­sia secara keseluruhan.

Di antara perkara-perkara yang menunjukkan kesyu­mulan syariah ialah bahawa negara Islam pada masa Rasulul­lah s.a.w. dan Khulafa Ar-Rasyidin adalah merupakan con­toh praktikal yang tinggi bagi perlaksanaan prinsip-prinsip Islam yang syumul dalam berbagai aspek kehidupan. Bahkan selama kedua-dua zaman ini, telah tertegak suatu negara yang paling tinggi yang pernah dikenali manusia.

Malah telah tampil melalui sistem-sistem Islam suatu ke­hidupan Islami yang mutamayyiz (berbeza), yang akan terus menjadi pelita penerang sepanjang masa serta merupakan minhaj yang benar bagi para mujadid untuk selamanya dan untuk manusia keseluruhannya.

Perlaksanaan Islam terus berlangsung beberapa abad lamanya sepanjang peredaran sejarah sehingga terhapusnya Khilafah Islamiyyah pada masa Bani `Uthman. Perlaksanaan amali yang panjang ini tetap akan menjadi rujukan asasi bagi para mujadid pada setiap masa dan tempat yang mengambil daripada sumber asalnya segala yang selaras dengan waqi' (kenyataan) dan seimbang dengan putaran roda kebudayaan dan kehidupan.

4. KEHARMONIAAN ANTARA SYARIAH DAN KENYATAAN HIDUP

Di antara unsur-unsur Syariah serta ketinggian prinsip­nya ialah keharmoniannya dengan kenyataan dan kesesuai­annya dengan kehidupan.

Adalah suatu hal yang mustahil pada akal dan syarak terjadinya suatu pertentangan antara hukum-hukum Islam dengan maslahat manusia atau terjadinya pertembungan antara nas syariat dengan kenyataan hidup kerana Allah S.W.T. yang Maha Tinggi hikmahNya, ketika memansuh­kan syariat-syariat samawi lain dengan syariat Islam, datang­lah Syariah yang baru yang menyesuaikan antara kepen­tingan individu dengan kepentingan jemaah untuk mewujud­kan kebajikan dan kebahagiaan bagi insan secara keselu­ruhan serta menjamin kepimpinan umat dan keselamatan dunia sehingga Hari Kiamat.

Di antara yang menunjukkan keharmonian syariah de­ngan kenyataan hidup ialah bahawa kebanyakan hukum dan teori-teori yang dibawa oleh syariat Islam semenjak empat betas kurun lamanya yang ketika itu merupakan bahan tuduhan dan keraguan daripada musuh-musuh Islam, akhir­nya manusia terpaksa merujuk kepadanya dalam rangka mencapai keadilan, menjamin kemaslahatan serta menghi­langkan mudarat dan kezaliman daripada individu dan ma­syarakat. Di bawah ini kita bentangkan beberapa contoh:

a) Konsep perceraian yang secara terpaksa diakui oleh ne­gara-negara Barat keseluruhannya. Yang paling terakhir ialah pengakuan negara-negara katolik yang fanatik se­perti ltali. Telah berlangsung di Den Haag pada tahun 1968 persidangan Hukum Antarabangsa ke-11. Di antara perbahasannya: Membuat perjanjian (treaty) pengakuan sistem thalaq dan pemisahan di sisi perlembagaan di pe­ringkat antarabangsa, iaitu merujuk kepada hukum Islam[2].

b) Konsep Riba yang dianggap selama ini merupakan ke­mestian bagi roda kehidupan ekonomi sehingga muncul daripada kalangan ahli ekonomi Barat sendiri yang me­nentang idea riba pada dasarnya atas nama ilmu eko­nomi sendiri, bukan atas nama agama dan keimanan. Di antara nama-nama yang paling masyhur disebutkan da­lam hal ini ialah seorang ahli ekonomi Britain yang ter­masyhur Keynes, yang menetapkan bahawa masyarakat tidak akan mencapai keadilan yang sempurna melainkan dengan menghapuskan `rate of interest'. Demikian juga Dr Shacht yang berbangsa Jerman mengatakan: "Melalui proses matematik, jelaslah bahawa semua harta ter­tumpu kepada segolongan kecil pengusaha riba...”[3].

Di antara bahan rujukan yang baik dalam masalah ini adalah tulisan-tulisan Dr. Isa Abduh, Dr. Ahmad An-Najjar, Kitab Iqtisaduna karangan Syeikh Muhammad Baqir al-Sadar, dan pembahasan-pembahasan ekonomi yang ditulis Oleh Al-`Allamah Abul A'la Al-Maududi.

c)


Milik peribadi yang dianggap oleh kapitalisme pada per­mulaannya bersifat mutlak tanpa ada ikatan apapun. Teori ini menyebabkan kekacauan yang hebat yang di­alami oleh masyarakat kapitalis sehingga mereka ter­paksa menarik balik teori yang salah ini dengan mem­batasi hak milik dengan ikatan positif yang boleh mem­bawa maslahat umum. Demikian juga komunisme yang mengetengahkan teori ekonominya untuk menghapus­kan milik peribadi. Hal ini juga bertentangan dengan naluri yang dicipta oleh Allah pada manusia iaitu naluri keinginan untuk memiliki. Hal ini mengakibatkan ter­jadinya kegoncangan yang hebat sekali bagi insan komunis dan sosialis. Begitu juga kegoncangan yang ter­jadi pada hasilnya, sehingga terpaksa membolehkan in­dividu untuk memiliki, akan tetapi dalam ruang yang ter­batas dan sempit sekali.

Semoga kita lihat penghapusan prinsip-prinsip tersebut dalam sistem-sistem moden sekarang ini dan manusia meng­ambil Islam sebagai satu-satunya alternatif dalam kehidupan.

Hukum Islam dalam sistem 'milik' ialah membolehkan setiap manusia memiliki apa yang diinginkannya dalam batas-batas yang diterangkan oleh Syariah dan ukuran dasar yang dipakai dalam hal ini ialah 'halal dan haram', bukan maslahat peribadi sebagaimana dalam sistem kapitalis. Begitu juga Islam tidak mengabaikan naluri ingin memiliki yang menjadi fitrah manusia, bahkan Islam berusaha untuk me­numbuhkannya serta memberikan kepuasan melalui usaha yang dibolehkan, berlainan dengan sistem komunis dan so­sialis.

d) Gejala persaingan kaum wanita yang bekerja untuk me­nyaingi kaum lelaki dalam hidang pekerjaan.

Pendakwa-pendakwa kemajuan beranggapan baha­vva di antara hak-hak besar yang diperoleh oleh wanita pada zaman moden ini ialah menyaingi pekerjaan kaum lelaki. Akan tetapi kesedaran yang timbul dari sana sini menguatkan bahawa wanita ketika dia ditempatkan di kilang-kilang dan tempat-tempat kerja dipojokkan di lorong dan jalan kesesatan, maka jatuhlah darjat kema­nusiaannya, hilang kewanitaan dan kehormatannya. Di sinilah baru terlihat hakikat itu pahit dan kecelakaan yang amat menyedihkan.

Bagaimana boleh tergambar oleh kita wanita di Barat atau di Timur menjadi tukang sapu kotoran-ko­toran jalan, tukang lap sepatu, pembawa barang-barang dan beg dan pembantu di tandas-tandas? Bagaimana ter­gambar oleh kita kedudukan wanita di bengkel dan kilang. Di antara mereka ada yang bernifas, sebahagian ada yang menyusukan, ada pula yang haid dan yang hamil sedangkan perasaan mereka kusut dan pakaian mereka kotor? Bagaimana terbayang oleh kita peluh me­reka yang mengalir, otot kejang, wajah berkerut, suara yang serak, kulit yang kering, jari-jari mereka membeng­kak, kaki mereka kejang ditambah lagi dengan peker­jaan wanita bercampur dengan kehadiran lelaki sehingga mengundang ke arah kerosakan akhlak.

Berdasarkan gambaran-gambaran yang menyedih­kan ini serta kenyataan yang memilukan hati, maka tim­bullah kesedaran-kesedaran yang menyeru wanita agar kembali ke tempatnya semula serta tugasnya yang thabi`i (natural) dengan meninggalkan pekerjaan lelaki.

Seorang penulis wanita, Anna Rose dalam sebuah makalahnya yang disebarkan oleh akhbar ‘Eastern Mail’ yang berbahasa Inggeris, menyatakan:

“Pekerjaan wanita kita di rumah-rumah sebagai pembantu adalah jauh lebih baik dan lebih ringan dari­pada pekerjaan mereka di kilang-kilang yang boleh membuat mereka berlumuran dengan kotoran-kotoran sehingga menghilangkan keindahan hidupnya sepanjang masa. Kalaulah boleh biar negeri kita ini menjadi seperti negeri orang Islam, di mana maruah dan kehormatan, wanita terpelihara. Sesungguhnya menjadi aib bagi ne­geri Inggeris yang menjadikan wanitanya sebagai contoh kehinaan akibat banyaknya bercampur dengan lelaki. Kenapa kita tidak berusaha menciptakan pekerjaan yang sesuai dengan fitrah wanita yang tabi’i seperti tinggal di rumah dan menyerahkan pekerjaan lelaki untuk lelaki demi keselamatan kehormatannya...”

Seorang artis Amerika bernama Barbara Streisand mengatakan dalam sebuah artikelnya dalam akhbar:

“Sesungguhnya aku telah mulai meyakini bahawa telah banyak perkara yang berakhir. Selama ini aku me­mentingkan kehidupanku sebagai artis secara berlebihan. Aku telah lupa akan kehidupanku sebagai wanita dan sebagai manusia, sehingga sekarang aku merasa iri­hati dengan wanita yang mempunyai waktu yang cukup untuk hidup mesra dengan suami dan anak-anaknya...Pada hakikatnya kejayaan dan populariti tidak bererti kalau kehidupan keluarga tidak dinikmati, di mana wanita merasakan dirinya sebagai wanita.”

Di antara yang dinyatakan oleh artis Marylin Mon­roe di dalam sepucuk surat yang ditulisnya sebelum dia mebunuh diri: “Sesungguhnya aku merasa sengsara hidup sebagai wanita di bumi ini. Aku tidak mampu menjadi seorang ibu. Sebenarnya aku ini adalah wanita yang mengutamakan rumah dan kehidupan keluarga yang mulia dan suci. Sesungguhnya kehidupan keluarga ini adalah menjadi lambang kebahagiaan wanita. Orang-orang telah menganiayaku. Sesungguhnya pekerjaan sebagai artis menjadikan wanita sebagai benda yang murah dan tidak bernilai, walaupun dia mencapai ketinggian serta kemasyhuran yang palsu.”

Inilah yang ditulis, diakui dan yang diingkari oleh beberapa wanita di dalam masyarakat yang memboleh­kan wanita bercampur, bersolek dan melakukan pekerjaan lelaki. Menentang gejala ini bermakna merujuk ke­pada hukum Islam yang memerintahkan agar wanita me­lakukan pekerjaan yang sesuai dengan kewanitaannya dan peranan yang tabi’i yang diciptakan untuk itu, iaitu menunaikan hak-hak suami-isteri, mengurus rumah, mendidik anak, membuat kerja yang khusus untuk wa­nita; sebagaimana dia melarang wanita daripada tabarruj (bersolek) dan pergaulan bebas serta berjalan di jalan ke­hancuran dan kegelinciran.

Daripada contoh penerangan di atas, jelaslah ba­hawa syariah Islam sangat cocok sekali dan amat sesuai dengan kemaslahatan manusia dan kenyataan hidup pada se­tiap masa dan tempat. Hal ini adalah kerana syariah Islam bersumber daripada Yang Maha Bijaksana dan Maha Me­ngetahui, Yang Maha Suci daripada kekurangan dan keter­batasan yang bersifat dengan ilmu yang lengkap serta kesem­purnaan yang mutlak. Firman Allah:

Ÿ

“Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui; dan Dia Maha Halus dan Maha Mengetahui?”

(Al-Mulk, ayat 14)

Zaman akan membukakan tabir rahsia keberkekalan syariah, hukum-hukumnya yang rasional serta keagungan prinsip-prinsip hari demi hari. Pada ketika itu manusia akan memakai hukum Islam secara sukarela dan senang. Mereka akan menerima agama Allah dengan taat dan patuh. Siapa­kah yang mempunyai hukum yang lebih balk daripada hukum Allah bagi kaum yang yakin. Benarlah Firman Allah dam Al-Qur'an:

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu adalah benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"

(Fussilat, ayat 53)

Alangkah baiknya ucapan ahli falsafah Inggeris, Bernard Shaw, ketika dia menyaksikan kebesaran Islam serta ke­mampuannya untuk berkembang dan berkekalan:

“Sesungguhnya agama Muhammad s.a.w. menempati tempat penghargaan yang tinggi, kerana ia mengandungi daya hidup yang hebat, dan ia adalah agama yang memiliki kemampuan mencerna jenjang kehidupan yang berbeza-­beza. Saya berpendapat bahawa seharusnya Muhammad s.a.w. layak digelar `Penyelamat Kemanusiaan', dan lelaki seperti dia apabila memimpin dunia moden, pasti akan berjaya dalam menyelesaikan masalah-masalahnya..."


5. MELETAKKAN PRINSIP-PRINSIP BAGI MEMELIHARA MASLAHAT (KEPENTINGAN) MANUSIA.

Telah kita bentangkan pada pembahasan ciri-ciri Sya­riah dan Keistimewaannya, bahawa di antara ciri syariah ia­lah "Kemudaha dan Menghapuskan Kesusahan" serta "Memelihara Maslahat Manusia."

Kita telah membicarakan dengan panjang lebar kedua ciri yang besar ini serta pengaruh keduanya untuk mencapai maslahah bagi manusia dan menolak keburukan daripada mereka. Maka syariah tetaplah merupakan kenyataan dalam penerapannya, logik dalam ajaran-ajarannya, bersambungan dan mengatasi semua sistem dan undang-undang manusia yang ada. Tetapi apakah hukum-hukum terpenting yang di­letakkan oleh Islam untuk menghilangkan kesusahan dari­pada manusia serta memelihara maslahat mereka?

Sebagaimana yang telah kita sebutkan juga bahawa tujuan umum dari perundangan Islam ialah memelihara mas­lahah manusia dengan menjamin perkara-perkara yang dha­ruriyat, memenuhi keperluan hajjiyat serta melengkapi perkara-kara tahsinat (pelengkap), mereka dan telah kita kata­kan bahawa: “Pemeliharaan perkara yang bersifat tahsini atau pelengkap tidak boleh menggendalakan hal-hal yang bersifat hajjiyat, begitu juga penggunaan hal-hal yang ber­sifat hajjiyat dan tahsini tidak boleh membuat perkara yang daruri menjadi tergendala”.

Berdasarkan ini maka hukum-hukum syarak yang disyariatkan untuk memelihara perkara yang dharuri adalah hukum-hukum yang paling penting dan lebih berhak untuk dijaga seperti memelihara agama, jiwa, akal, kehormatan dan harta. Kemudian diikuti oleh hukum-hukum yang disyar­iatkan untuk memenuhi keperluan (hajjiyat) seperti boleh­nya berbuka pada bulan Ramadan bagi orang yang sakit atau musafir, boleh memendekkan sembahyang semasa perjalanan dan boleh bertayammum bagi yang tidak mendapat air. Kemudian berikutnya adalah hukum-hukum yang di­syariatkan sebagai pelengkap (tahsini) dan keelokkan seperti membersihkan badan, pakaian dan tempat, menutup aurat dan bersuci dari kencing. Hukum yang terakhir ini dianggap sebagai penyempurna hagi hukum-hukum dharuriyat. Oleh kerana itu dibolehkan membuka aurat bila diperlukan untuk pengubatan atau pembedahan, kerana menutup aurat adalah tahsini, sedangkan pengubatan adalah hajjiy. Hajjiy di­dahulukan atas tahsini. Dibolehkan memakan najis dalam keadaan dharurat, kerana memelihara daripada najis adalah tahsini, sedang menghindari kecelakaan daripada jiwa adalah dharuri. Perkara dharuri didahulukan daripada yang tahsini.

Pemeliharaan hal yang bersifat hajjiy atau keperluan tidak boleh mengendalakan yang dharuri. Oleh kerana itu wajib dikerjakan amalan-amalan yang wajib bagi orang yang tidak memerlukan keringanan (rukhsah), sekalipun kadang­kala mereka merasa susah untuk melaksanakan tugas itu. Ini adalah kerana sikap taklif (tugas) tidak sunyi daripada kesu­litan dan keberatan. Kalaulah dibolehkan mukallaf tidak mengalami kesulitan apapun, nescaya tergendala ke­banyakan hukum-hukum dharuri seperti ibadat, hukuman (uqubat) dan lain-lain keberatan ini ditanggung dalam rang­ka menjaga perkara dharuriyat yang asasi iaitu memelihara agama, jiwa, akal, kehormatan dan harta.

Jadi, hukum dharuriyat wajib dipelihara dan tidak boleh mengendalakannya melainkan apabila dalam melaksana­kannya menyebabkan tergendalanya hukum dharuri lain yang lebih penting daripadanya.

Contohnya, jihad adalah wajib untuk memelihara agama walaupun menuntut pengorbanan jiwa, kerana melin­dungi agama adalah lebih penting daripada memelihara jiwa (diri). Begitu juga dibolehkan meminum khamar bila di­ancam dengan pembunuhan atau terpaksa kerana dahaga yang boleh membawa kepada kematian kerana memelihara jiwa adalah lebih penting daripada memelihara akal.

Berdasarkan kaedah “bahawa tujuan umum daripada tasyri' (perundangan) adalah mewujudkan maslahah manu­sia dengan menjamin dharuriyat, hajjiyat dan tahsinat”, maka diletakkan prinsip-prinsip syarak yang khusus untuk mengangkat mudarat serta menghilangkan kesusahan. Telah kita sebutkan tadi pada awal perbahasan, beberapa cabang dari prinsip-prinsip ini dan saya rasa tidak perlu diulangi lagi setelah dibicarakan secara luas.

Demikianlah beberapa unsur pembaharuan yang terpen­ting dalam syariat Islam:

· Dengan pemeliharaan Allah s.w.t. terhadap dua sumber, Al-Qur'an dan Sunnah, maka terjamin keberkekalan dan keaslian nas-nasnya.

· Pada ciri dinamik dan tetapnya prinsip-prinsip syariah membuatnya dan menerima pembaharuan sepanjang masa.

· Pada ciri syumul sistemnya, memungkinkan ahli fiqh dan undang-undang untuk menjadikannya sebagai dasar da­lam mengejar keagungan dan kepimpinan.

· Keharmonian prinsipnya dengan waqi’ kehidupan dapat mendorong manusia percaya dan beriman kepadanya.

· Pemeliharaannya terhadap kemaslahatan manusia me­nyingkapkan rahsia kekalan dan keabadiannya bagi orang yang mencari kebenaran.

Firman Allah:

“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”

(Al-Ma’idah, ayat 50)


rujukan :

[1]Kami kutip penjelasan ini dari kitab Al-Fiqhi Al-'am oleh 'Allamah Syeikh Mushthafa Az-Zarqa', muka 617, daripada pecahan nombor: (295).

[2] Lihat ‘sejauhmana keperluan kepada ensaiklopedia fiqh’, oleh Dr. Jamaluddin ‘Athiyya, hal: 145.

[3] Rujuk kepada ‘Fi Zilalil Qur’an’ jilid 1 ayat: 275 dari surah Al-Baqarah

Tuesday, July 27, 2010

Virus-Virus Perusak Ukhuwah

Tidak santun dalam berbicara

Hal ini merupakan pintu yg paling leluasa bg setan untuk masuk menebar bibit-bibit perselisihan dan permusuhan di antara sahabat. Banyak yang beranggapan, hubungan istimewa yang terjalin dengan sahabatnya membebaskannya dari tutur kata yang sopan.

Contoh gaya bicara kepada saudara kita yang harus dihindari adalah :

a. Berbicara dengan nada suara tinggi dan menggunakan kata-kata kasar

Di dalam Al Qur’an, Allah mengisahkan wasiat Luqman dalam mendidik anaknya :

وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ إِنَّ أَنْكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ

“Dan lunakkanlah suaramu. Ssgguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai” (Luqman : 19).

Ali bin Abu Thalib berkata : “brgsiapa lembut tutur atanya, niscaya manusia suka dengannya”.

b. Tida k mendengar saran saudaranya, enggan menatap ketika berbicara atau memberi salam, tidak menghargai keberadaannya.

Seorang ulama salaf berkata : “Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadits, padahal saya telah mengetahuinya sebelum ia dilahirkan, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai.”

Kemuliaan akhlak Rasulullah membawa beliau untuk tetap mndengar dan tidak memotong kata-kata seorang musyrik bernama ‘Utbah. Ketika berhenti, Rasulullah bertanya kepadanya : “Apakah engkau sudah selesai, hai Abul-Walid (panggilan ‘Utbah)?”

c. Bercanda secara berlebihan

Canda ringan dalam batas kesopanan dan tidak keluar dari ruang lingkup yang benar akan menambah kelenturan dan kehangatan hubungan ukhuwah. Sebaliknya, canda yang berlebihan dan melampaui batas kesopanan akan mempercepat kehancuran ukhuwah.

d. Sering mendebat dan membantah

Sering mendebat dan membantah diikuti oleh dampak begatif lainnya spt menganggap unggul ide, sering mengkritik ide sahabat, sok tahu, m'gunakan kata2 pedas yg bernada merendahkan pemahaman, cara berpikir, dan kekuatan penguasaannya t'hadap suatu masalah. Sesungguhnya salah satu faktor paling signifikan yg dapat memicu rasa benci dan dengki antara sahabat adalah kebiasaan berselisih/berbantah-bantahan yang seringkali tanpa didasari oleh ketulusan dalam upaya mencari kebenaran. Perselisihan juga terkadang menjebak keduanya dalam pembicaraan mengenai masalah yg masih samar, tanpa dalih argumen yg jelas. Perselisihan juga mendorong salah seorang di antara kedua sahabat tersebut terus berbicara, kendati tiada hasil yang dicapai, selain memperburuk hubungan dan mengubah sikap. Sabda Rasulullah :

إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

“Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan suka membantah” (HR. Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Tirmidzi, Ahmad)

مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى كَانُوا عَلَيْهِ إِلَّا أُوتُوا الْجَدَلَ

“Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali karena mereka suka saling berbantah-bantahan” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah)

أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا

“Aku adalah penghulu (kepala) rumah di taman surga yang diperuntukkan bagi orang-orang yg menghindari perdebatan (perselisihan) , sekalipun dlm posisi yang benar” (HR. Abu Dawud)

e. Kritikan keras yang melukai perasaan

Salah satu faktor yang dapat merusak suasana pembicaraan dan hubungan ukhuwah adalah menyerang dgn kritikan bernada keras atau kritikan yg tidak argumentatif. Seperti ungkapan : “Semua yang kamu katakan adalah salah, tidak memiliki dalil yang menguatkan.” Atau : “Kamu berseberangan dengan saya.” Jika antum seorang yang beretika baik, seharusnya yang antum katakan adalah : “Beberapa sisi dalam pendapatmu itu perlu dipertimbangkan lagi”, “Menurut hemat saya….”, “Saya mempunyai ide lain, harap antum menyimaknya dan memberi penilaian”, dan ungkapan-ungkapan serupa lainnya.

3. Sikap Acuh/tidak care atau cuek

Ukhuwah yang tidak dihiasi dengan kehangatan perasaan dan gejolak rindu, adalah ukhuwah yang kering. Ia akan segera gugur dan luntur.

Imam Ahmad dlm bukunya az-Zuhd dan Ibnu Abi Dunya dlm bukunya al-Ikhwan, m'ceritakan bahwa pada suatu malam Umar bin Khaththab teringat kepada seorang sahabatnya, dan ia terus bergumam lirih : “Mengapa malam ini terasa begitu panjang.” Maka setelah menunaikan shalat Subuh, Umar segera menemui sahabatnya itu dan memeluknya dgn erat. Subhanallah…Itulah perasaan yang membuat seseorang merindukan saudaranya, sehingga berangan-angan agar tidak berpisah darinya, baik di dunia maupun di akhirat.

Berempati atas semua musibah dan penderitaan yang dialami saudara atau sahabat serta memperhatikan keperluan-keperluannya merupakan salah satu hal yang bisa mempererat ukhuwah. Seorang ulama salaf berkata : “Jika seekor lalat hinggap di tubuh sahabatku, aku benar-benar tidak bisa tinggal diam (Abu Hayyan at-Tauhidi, al-Mukhtar minash Shadaqah wash-Shadiq, hlm. 143).

Perasaan yang tulus juga akan mendorong seseorang untuk mendoakan sahabatnya ketika berpisah dan menyebut namanya dalam waktu-waktu terkabulnya do’a.

Sabda Rasulullah :

“Doa seorang muslim untuk kebaikan saudaranya yang dilakukan dari kejauhan, niscaya akan dikabulkan”. (HR. Muslim, Ibnu Majah, Ahmad)

4. Mengadakan Pembicaraan Rahasia

إِنَّمَا النَّجْوَى مِنَ الشَّيْطَانِ لِيَحْزُنَ الَّذِينَ آَمَنُوا

“Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari setan, agar orang-orang yang beriman itu berduka cita” (Al-Mujadilah : 10)

Dalam riwayat Ibnu ‘Umar ra dinyatakan bahwa Rasulullah saw bersabda :

إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُونَ الثَّالِثِ إِلَّا بِإِذْنِهِ فَإِنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ

“Jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat pembicaraan rahasia , kecuali jika orang ketiga mengizinkan, karena perbuatan itu dapat membuatnya sedih”. (Ahmad)

5. Keras kepala, enggan menerima nasihat dan saran

Sikap keras kepala dan enggan mnerima nasihat, membuat seorang sahabat merasakan adanya dinding pemisah antara diri antum dan dirinya. Ia merasa sulit untuk terbuka dalam setiap pembicaraan dengan antum, bahkan -mungkin- menganggapmu sombong.

Rasulullah saw sering didatangi oleh para sahabat dan istri-istri beliau untuk memberikan ide dan saran dalam berbagai hal. Beliau mau menerima dan menuruti saran mereka dengan senang hati, sekalipun dalam bentuk pernyataan keberatan, kritik, atau sekedar pertanyaan.

6. Sering membantah, berbeda sikap dan bersikap sombong dan kasar

Untuk menambah kehangatan ukhuwah, dua orang yang bersahabat mesti memiliki beberapa kesamaan sifat, kebiasaan, dan watak. Pepatah mengatakan : “Burung-burung bergerombol dengan sesama jenisnya.”

Malik bin Dinar berkata : “Dua insan tidak akan terikat dalam jalinan ukhuwah, kecuali jika masing-masing memiliki sifat yang sama dengan sahabatnya.”

Karena itu, betapa banyak orang yang berjumpa sekilas dalam perjalanan, kemudian berubah menjadi teman yang sangat dekat. Hal tersebut biasa terjadi karena antum menemukan beberapa kesamaan perasaan, kesenangan, pemahaman, dan ide.

Di antara faktor yang dapat menambah keakraban ukhuwah sekaligus menjaganya dari kehancuran adalah kemampuan menyesuaikan diri dengan beberapa kebiasaan sahabat. Sebaliknya, sering berseberangan dengan sahabat dapat mengurangi keakraban. Tetapi tentunya semua itu dilakukan dengan syarat tidak melanggar aturan syari’at agama.

Terhadap saudara atau sahabat, kita juga harus bersikap lembut dan tidak sombong. Anas bin Malik, pelayan Rasulullah saw pernah menceritakan tentang kelemah-lembutan Rasulullah. Kata beliau : “Aku menjadi pelayan Rasulullah saw selama 10 tahun, dan selama itu beliau tidak pernah mengeluh atau mengomentari pekerjaanku, seperti mengatakan, ‘Kenapa kamu lakukan ini?’, juga tidak pernah berkomentar ketika aku tidak melakukan sesuatu, seperti mengatakan ‘Kenapa kamu tidak melakukan ini?’.

7. Memberi teguran di depan orang lain

Salah satu hak ukhuwah terhadap saudara kita adalah memberi nasihat apabila ia melakukan kemungkaran, maksiat atau kesalahan, dengan tujuan agar ia kembali pada kebenaran sekaligus terhindar dari ancaman kemurkaan dan siksa Allah SWT.

Namun demikian, nasihat tidak boleh dilakukan secara terbuka di tengah keramaian umum, kecuali dengan alasan yang mendesak, karena merupakan sifat manusia, dia tidak suka jika keburukan-keburukan nya dibuka di depan umum. Lebih dari itu, menasihati atau menyebut kesalahan seseorang di muka umum merupakan penyebab cepat pudarnya rasa cinta dan mudah tertananam bibit-bibit permusuhan karena merasa dicemarkan dan dihina, juga dapat menimbulkan sifat keras kepala dan nafsu untuk membalas dendam.

Lain halnya bila seseorang dikritik atau dinasihati dalam keadaan menyendiri, ia akan lebih menerima, mampu memahami permasalahan dengan jelas, dan tertarik kepadamu karena merasa telah diberi pertolongan dan diingatkan akan kesalahan yang telah dilakukan.

Terkadang ada orang yang memberi nasihat ingin melihat hasil dari usahanya secepat kilat, sehingga berharap agar orang yang dinasihatinya berubah seketika. Jika tidak demikian, ia berasumsi bahwa nasihatnya telah gagal, atau terus berupaya menekan orang yang dinasihati, sehingga lebih mirip sebuah pemaksaan kehendak daripada menasihati. Ia juga beranggapan bahwa orang yang dinasihati itu tidak mengerti nasihat yang diberikannya, atau belum menerima nasihat itu. Pandangan seperti itu adalah tidak benar, karena sudah menjadi tabiat umum manusia, mereka enggan mengakui kesalahan secara langsung, melainkan membutuhkan rentang waktu untuk berpikir, atau mencari kesempatan untuk kembali.

8. Sering menegur, tidak toleran dan cenderung negative thinking serta enggan memaafkan

Sikap sering menegur dan menekan sahabat dapat mengakibatkan terpuruknya tali ukhuwah, karena sahabatmu beranggapan bahwa Anda tidak dapat menerima kekurangannya sekecil apapun, atau menganggapmu selalu diliputi prasangka buruk terhadapnya. Jika Anda terus menggunakan cara bergaul seperti ini, tentu Anda tidak akan mendapatkan seorang sahabat yang bebas dari kekurangan. Artinya, Anda tidak akan pernah bisa menjalin ukhuwah.

Dalam memilih teman atau sahabat, kita perlu menentukan kriteria ideal, misal : akhlaqnya bagus, karena kita memang dianjurkan untuk bergaul dengan orang-orang yang shalih. Akan tetapi perlu diingat juga bahwa tidak ada sahabat yang bebas dari kekurangan, sebagaimana Anda pun tidak lepas dari kekurangan. Maka terimalah kekurangannya sebagaimana ia menerima kekuranganmu. Fudhail bin ‘Iyadh berucap : “Siapa mencari sahabat tanpa cacat, niscaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat.”

Salah satu ciri ukhuwah yang tulus lainnya adalah suka memaafkan dan lapang dada terhadap kesalahan. Hasan bin Wahb berkata : Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya.”Suatu kesalahan yang dilakukan oleh sahabat tidak boleh menjadi alasan untuk menjauhi atau putus darinya. Rasulullah saw bersabda :

لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ وَلَكِنْ الْوَاصِلُ الَّذِي إِذَا قُطِعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا

“Penyambung persaudaraan bukanlah orang yang membalas kebaikan yang pernah diterimanya, namun penyambung persaudaraan adalah yang diputus hubungannya, lalu dia menyambungnya kembali.” (Bukhari, Abu Dawud, Tirmidzi)

Dalam untaian bait puisinya, Imam Syafi’i berkata :

Ketika aku memaafkan dan tidak menyimpan iri di hati # Jiwaku tenteram bebas dari tekanan rasa permusuhan

Kuucapkan salam di saat berjumpa lawan # Agar manahan bibit permusuhan

Dengan ucapan salam # Kutampakkan wajah berseri kepada orang yang kubenci

Seakan berbunga hatiku penuh kecintaan # Manusia adalah penyakit

Penawarnya dengan cara mendekati # Jika menjauhi berarti mengabaikan cinta sejati

Jika sahabatmu menyakiti atau berbuat kesalahan kepadamu, maka sikapilah dengan lapang dada dan maafkanlah jika sanggup memafkannya dengan penuh ketulusan. Namun jika tidak, tegurlah dengan baik, seperti yang dianjurkan oleh Abu Darda’ ra : “menegur saudaramu atasa kesalahannya adalah lebih baik, daripada harus berpisah. Adakah yang sanggup menunjukkan kepadamu seorang sahabat yang sempurna?”

9. Mudah percaya hasutan orang-orang yang mendadu domba dan memendam dengki

Merupakan kesalahan besar jika Anda mudah mempercayai isu yang berkembang mengenai sahabatmu, atau menuduhnya telah melakukan perbuatan yang menyakitkan, hanya berdasarkan kepada kabar burung dan isu yang diterima. Waspadalah, karena banyak orang yang dengki kepada orang-orang yang terikat dalam jalinan ukhuwah. Para pendengki tersebut mempunyai kecemburuan yang sangat tinggi. Mereka tidak suka melihat hubungan tulus yang begitu kuat mengikat hubungan orang2 yang bersahabat, mereka tidak tenang selama tali ukhuwah tersebut belum tercerai-berai.

Oleh karena itulah, orang2 yang dipertemukan oleh Allah SW dalam sebuah jalinan ukhuwah harus yakin bahwa satu sama lainnya saling mencintai karena Allah, saling mencintai dengan penuh ketulusan yang muncul dari nurani yang paling dalam. Dengan demikian, sekuat apapun para pendengki memusuhi, tetap tidak akan mampu menggoyahkan kokohnya konstruksi ukhuwah.

Firman Allah SWT :

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“dan -Allah- yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)[622]. walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana”.(Al Anfal : 63)

10. Membuka Rahasia

Salah satu faktor yang dapat mempertahakankan ukhuwah adalah menjaga rahasia sahabat agar tidak tersebar. Rasulullah saw bersabda :

إِذَا حَدَّثَ الرَّجُلُ بِالْحَدِيثِ ثُمَّ الْتَفَتَ فَهِيَ أَمَانَةٌ

“Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanat (rahasia yang harus dijaga) baginya.” (Abu Dawud, Tirmidzi, Ahmad)

Sebagian ulama membuat ilustrasi mengenai sahabat yang membawa malapetaka jika dekat dengannya, yaitu orang yang jika dekat, ia berusaha mengetahui rahasia, mengumpulkan data-data yang berhubungan dengan kita, memperhatikan kesalahan dan kekurangan, menghitung kesalahan-kesalahan kecil yang tidak disengaja, menghafal saat-saat kita tergelincir ucapan atau perbuatan spontan dalam keadaan biasa maupun sedang marah, atau di dalam pembicaraan terbuka dan lepas yang siapapun sulit terhindar dari kelalaian, kemudian ia menjadikan semua itu sebagai senjata untuk menjatuhkan sahabtanya di kala terjadi perselisihan”. Semoga kita semua terhindar menjadi sosok sahabat yang seperti ini. Naudzubillah mindzalik.

11. Mengikuti prasangka

Mempunyai prasangka bahwa sahabatmu menyembunyikan sesuatu darimu juga dapat menyakitinya. Apalagi jika Anda sudah membangun sikap-sikap tertentu berdasarkan prasangka tersebut. Selain bisa menyakitinya, hal ini juga betul-betul akan menyakiti dirimu sendiri, karena prasangka buruk dapat merusak ketulusan perasaan hatimu terhadapnya.

Oleh karena itu, ketulusan hati dan prasangka baik (husnuzhzhan) merupakan salah satu faktor yang dapat mempertahankan hubungan ukhuwah.

Dengan alasan tersebut Allah dan Rasul-Nya melarang kita berburuk sangka (su’udzdzan) dan mengikutinya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa.” ( Al-Hujuraat : 12)

Sabda Rasulullah :

إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ

“Hindarilah prasangka (buruk), karena prasangka (buruk) adalah ucapan yang paling dusta.” (Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ahmad)

Prasangka buruk dapat mendorong kepada perbuatan tajassus (mencari-cari kesalahan) yang dilarang oleh agama. Juga dapat mendorong untuk menjelek-jelekkan sahabat. Betapa jauh dari cinta dan makna ukhuwah, orang yang jika marah terhadap sahabatnya, ia langsung berprasangka buruk atau mengejeknya di hadapan orang lain.

12. Mencampuri masalah pribadi

Termasuk dalam hal mencampuri urusan pribadi adalah mencari-cari kesalahan, mencuri pendengaran, serta turut campur dalam masalah yang tidak ada gunanya bagi kita.

Sabda Rasulullah :

وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا

“Jangan mencari-cari kesalahan (tajassus), mencuri pendengaran (tahassus), saling bermusuhan dan saling menjauhi. Jadilah hamba2 Allah yg bersaudara.” (Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ahmad)

مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ

“Di antara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya.” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah)

Dalam sirah sahabat Nabi dikisahkan, ada seorang sahabat Nabi yang sakit. Ketika para sahabat dan kerabat menjenguknya, mereka merasa heran ketika melihat wajah sahabat yang sakit tersebut begitu ceria. Lalu mereka bertanya mengenai sebab keceriaannya. Ia menjawab : “ Ada dua amalan yang benar-benar kuyakini pahalanya sangat besar, yaitu aku tidak pernah berbicara mengenai hal-hal yang tidak berguna, dan hatiku bersih dai segala perasaan kotor terhadap sesama kaum muslim.”

13. Egois, arogan, tidak berempati dengan penderitaan saudara dan tidak memperhatikan masalah serta kebutuhannya

Suatu pelajaran yang indah dapat kita petik dari cerita Harun bin Abdillah ra ketika ia berkata : “Pada suatu saat, Ahmad bin Hambal mengunjungiku di tengah malam. Kudengar pintu diketuk, maka aku bertanya : “Siapa di luar sana ?” Ia menjawab : “Aku, Ahmad”. Segera kubuka pintu dan menyambutnya. Aku mengucapkan salam dan ia pun demikian. Lalu aku bertanya : “Keperluan apakah yang membawamu kemari?” Ahmad menjawab : “Siang tadi, sikapmu mengusik hatiku.” Aku bertanya : “Masalah apakah yang membutmu terusik, wahai Abu Abdillah?” Ahmad menjawab : “Siang tadi aku lewat di samping halaqoh-mu, ketika engkau sedang mengajar murid-muridmu, engkau duduk di bawah bayang-bayang pohon sedangkan murid-muridmu secara langsung terkena terik matahari dengan tangan memegang pena dan catatan. Jangan kau ulangi perbuatan itu di kemudian hari. Jika engkau mengajar maka duduklah dalam kondisi yang sama dengan murid-muridmu.”

Make Money With CashCrate

t muslimah