Syariah lslamiyyah berbeza sama sekali daripada syariah samawi (Ilahi) yang lain dalam hal penerimaannya terhadap pembaharuan serta penyesuaiannya terhadap perkembangan. Hal ini disebabkan oleh kedudukannya sebagai syariah dan agama penutup, memansuhkan agama-agama sebelumnya serta kekal sepanjang masa dan waktu. Sekarang kita
1. AL-QUR'AN DAN HADIS YANG TERPELIHARA
Telah kita sebutkan wahai ikhwah, dalam tajuk "Ciri-ciri Syariah dan Keistimewaannya" bahawa Al-Qur’an dan As-sunnah dipelihara sepanjang masa oleh Allah s.w.t., sesuai dengan firmanNya:
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya”
(Al-Hijr, ayat 9)
Ini bermakna nas-nas yang bersumber daripada Al-Qur’an dan Sunnah terpelihara secara abadi dalam pemeliharaan Allah sehingga Hari Kiamat nanti. Unsur inilah yang tidak dijumpai sama sekali dalam semua agama yang lain.
2. DINAMIK (TATAWWUR) DAN TETAP (THABAT)
Di antara ciri-ciri Syariah yang keutamaannya yang menonjol ialah antara yang tetap dan berkembang: antara yang (umum) dan terperinci: antara lama dan baru. Hal ini terjadi agar dia boleh memenuhi tuntutan-tuntutan zaman serta berjalan seimbang dengan peradaban moden.
Supaya gambarannya lebih jelas lagi dan permasalahan (qadhiyah) dinamik dan tetap ini lebih terang bagi kita, ada baiknya kita bahagikan hukum-hukum syariah kepada tiga bahagian:
[i] Masalah-masalah perundangan yang bersifat tetap, tidak menerima pembaharuan dan perkembangan
[ii] Masalah-masalah perundangan yang boleh menerima pembaharuan.
[iii] Masalah-masalah perundangan yang tunduk kepada perkembangan
i. Adapun masalah-masalah perundangan yang tetap dan tidak menerima pembaharuan serta perkembangan, ialah masalah-masalah yang nasnya putus (qat'iyy) dan hukum-hukumnya terperinci. Nas-nas serta hukum-hukum ini sama sekali bukan merupakan lapangan untuk berijtihad seperti masalah aqidah, rukun-rukun Iman, hukum ibadat, masalah hudud, haramnya zina, riba, arak, judi, membunuh jiwa, kesaksian palsu, derhaka kepada dua orang tua, memutuskan silaturrahim, ketentuan pembatasan bahagian-bahagian dalam harta warisan, penjelasan tentang idah bagi perceraian dan kematian, haramnya mendedah aurat, pergaulan bebas (antara lelaki dan perempuan) dan tabarruj (bersolek) serta nas-nas lain yang qat'iyy serta hukum-hukum yang tafsil (terperinci).
Nas-nas ini merupakan
Berdasarkan hal ini para Ulama Usul (Usul Fiqh) menyatakan:
" لاَ مَجَالَ لِلإِجْتِهَادِ فِي مَوْرِدِ النَّصِّى "
“Tidak ada Ijtihad pada perkara-perkara yang ada Nas”
Perlu difahami bahawa Allah mensyariatkan jenis hukum yang tetap ini bukanlah satu aib bagi Syariah, kerana ia memelihara kemaslahatan individu dan masyarakat pada setiap masa dan tempat. Oleh kerana itulah, ia sama sekali tidak boleh berkembang. PenciptaNya Yang Maha Mengetahui dan Bijaksana, Dialah yang lebih tahu tentang apa-apa yang boleh mendatangkan maslahat bagi hambaNya dan (mengelakkan) kebinasaan (mafsadat) daripada mereka. Firman Allah:
“Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui”
(Al-Baqarah, ayat 232)
ii. Adapun masalah-masalah perundangan yang boleh menerima pembaharuan: ialah prinsip dan kaedah-kaedah yang berhubung erat dengan aspek Muamalat kewangan, perkara pengadilan, sistem ekonomi, pentadbiran, serta perlembagaan. Bentuk Muamalat dan permasalah-permasalah ini selalu berubah sesuai dengan maslahat manusia serta memerlukan ijtihad pada setiap masa dan tempat. Di bawah ini kita sebutkan beberapa contoh, antara lain:
- Konsep Al-Qur'an mengenai perkara-perkara pengadilan menentukan dengan jelas suatu "Kaedah Keadilan", berdasarkan firman Allah:
“Dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”
(Surah An-Nisa’, ayat 58)
Kaedah keadilan yang ditetapkan oleh ayat suci tersebut merupakan kaedah umum (kulliyah) yang bersifat tetap dan tidak berubah dan tidak akan bertukar selama-lamanya. Ia wajib ditegakkan pada setiap dan tempat. Adapun kerana (wasilah) perlaksanaan keadah ini diserahkan mengikut perubahan zaman dan kehidupan yang sentiasa berubah.
Perlaksanaan kaedah keadilan dalam satu mahkamah saja, atau mahkamah yang berbilang dengan memisahkan kekuasaan perundangan (judiciary) daripada kekuasaan eksekutif (Executive power) ini semuanya diserahkan kepada “ahlul halli wal-'aqdi” (pakar-pakar) dan pengalaman manusia. Jadi matlamat syariah yang pertama ialah menegakkan prinsip keadilan. Sedangkan cara dan bentuk perlaksanaan keadilan itu sendiri diserahkan kepada “ahlul halli wal-'aqdi” sama ada dilaksanakan melalui suatu susunan tertentu atau rangka tertentu menurut cadangan mereka yang pakar dalam bidang ini, selama mahkamah tetap menegakkan kaedah keadilan yang mewujudkan keperluan persamaan untuk orang ramai.
- Dalam perkara-perkara muamalat, Al-Qur'an menentukan dengan jelas kaedah ‘memenuhi perjanjian ('aqad)’ sesuai dengan firman Allah:
“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu”
(Al-Maidah, ayat 1)
Kaedah "memenuhi perjanjian" yang disebut oleh ayat tersebut adalah kaedah umum yang sifatnya tetap, tidak berubah dan tidak boleh diganti, bahkan wajib diamalkan pada setiap masa dan tempat. Akan tetapi para fuqaha' berijtihad mengenai apa yang dimaksudkan dengan ‘aqad pada ayat tersebut, apakah hanya terbatas pada ‘aqad-‘aqad yang diakui oleh syarak dengan istilah tertentu seperti ‘aqad jual beli, memberi hadiah, menyewa, dan perkahwinan atau ia juga mencakupi ‘aqad-‘aqad lain yang diciptakan oleh manusia akhir-akhir ini seperti akad perindustrian, kontrak dan jaminan sosial.
Kebanyakan ahli fiqh berpendapat bahawa lafaz “aqad” dalam ayat tersebut adalah umum, mencakupi semua `aqad yang disebutkan oleh syarak dengan istilah dan yang muncul kebelakangan ini kecuali `aqad yang menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Berdasarkan bahawa lafaz dalam ayat tersebut adalah umum dan mencakupi semua ‘aqad muncullah dalam fiqh Islam ‘aqad-‘aqad baru yang banyak sekali sepanjang zaman.
- `Aqad Dua Sewaan ialah bahawa penyewa (musyrif) barang wakaf sepakat dengan seseorang untuk menyerahkan sejumlah wang yang cukup untuk membangunkan tanah wakaf yang tergendala dari pembangunannya, dengan perjanjian bahawa si pemberi wang berhak duduk selamanya atas tanah tersebut, dengan upah tahunan yang rendah.
- `Aqad Monopoli (tahkir) adalah kesepakatan untuk memberikan tanah wakaf yang kosong kepada seseorang dengan ganti sejumlah wang yang hampir sama dengan nilai tanah itu dengan nama "sewa yang didahulukan" agar dia berhak duduk atas tanah tersebut selamanya dan bertasarruf pada tanah itu dengan membina atau menanami dan lain-lain sebagaimana tasarruf pemilik tanah dan juga membayar upah (sewa) tahunan yang rendah.
Hal ini merupakan istinbatt yang, ijtihadi (mengeluarkan hukum dengan berijtihad) pada aqad-aqad yang baru muncul sebagaimana ditunjukkan oleh ayat.
Adapun mengenai wasilah (cara) perlaksanaan kaedah ‘memenuhi perjanjian’ itu, maka Islam menyerahkannya kepada zaman yang berkembang dan kehidupan yang terus berubah. Jadi perlaksanaan kaedah ini serta penyusunan, pendaftaran, pengesahan dan jaminan bagi hak-hak pemiliknya semua diserahkan oleh Islam kepada “ahlul halli wal-‘aqdi” bahkan juga diserahkan kepada pengalaman manusia yang paling baik.
Jadi, matlamat syariah yang pertama adalah perlaksanaan prinsip “memenuhi perjanjian”, sedangkan cara dan kaedah perlaksanaannya diserahkan kepada ahlinya sama ada pendaftaran akad tersebut pada satu lembar atau dua, tiap-tiap satu dipelihara oleh orang yang beraqad, ataukah pendaftaran itu disaksikan dan dicatat oleh seorang pendaftar yang dipercayai dan seterusnya.
Perlaksanaan kaedah Syura melalui Majlis Penasihat yang terdiri daripada orang-orang yang terpilih daripada kalangan bijak pandai dan mereka yang mempunyai pengkhususan atau melalui Majlis Perwakilan yang dipilih oleh rakyat, atau dengan memilih majlis-majlis kabinet daripada tenaga ahli yang berpengalaman atau majlis tempatan untuk setiap kawasan dan bandar. Semua aturan ini diserahkan kepada pengalaman manusia yang paling baik.
- Al-Qur’an Al-Karim menyebut secara jelas mengenai prinsip syura dalam perkara-perkara perlembagaan.
Firman Allah:
“...sedang urusan mereka (diputuskan) dengan Syura”
(Asy-Syura, ayat 38)
Kaedah Syura yang disebut oleh ayat tersebut merupakan kaedah yang umum dan tetap, tidak mengalami perubahan dan pertukaran serta wajib diamalkan pada setiap ruang dan waktu. Akan tetapi cara dan kaedah penerapannya diserahkan kepada tuntutan kepada tuntutan zaman itu.
Jadi, matlamat Syariah yang pertama adalah untuk menegakkan kaedah Syura'. Me-genai sistem perlaksanannya, ia boleh mengambil kaedah tertentu atau bentuk majlis yang dipilih, diserahkan kepada kebijaksanaan 'ahlul halli walaqdi' selama negara-negara dan pemimpin-pemimpin mereka serta lembaga-lembaga kerajaannya menegakkan kaedah syura.
Perkara ini boleh dibandingkan dengan contoh berikut:
- Prinsip (mabda') kekuatan pada firman Allah:
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi...”
(Al-Anfal, ayat 60)
- Prinsip pengurusan hutang piutang:
Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, maka hendaklah kamu menuliskannya. ...”
(Al-Baqarah, ayat 282)
Begitu juga prinsip-prinsip dan kaedah lain yang telah dinaskan oleh Syariat Islam.
iii. Adapun masalah-masalah perundangan yang tunduk kepada perkembangan iaitu kes-kes baru yang tidak dijumpai nas yang tegas dalam Al-Qur'an atau Sunnah, maka perkara-perkara seperti ini tunduk kepada ijtihad semasa yang ditetapkan oleh para Ulama' yang berkelayakan, mempunyai sifat warak dan takwa, cerdas serta berpandangan luas dan mampu berijtihad. Mereka mengeluarkan hukum yang boleh mencapai sudut kemaslahatan sesuai dengan perkembangan budaya serta kemajuan ilmu pengetahuan seperti keterangan hukum Islam mengenai jaminan pesaraan bagi pegawai dan pekerja buruh, wang jasa, gaji tunjangan keluarga dan jaminan sosial. Masalah-masalah ini dan yang seumpamanya memerlukan ahli-ahli fiqh yang terpilih untuk memutuskan hukum Islam mengenainya atas dasar maslahat dan perkembangan, jiwa (roh) syariah serta tujuan-tujuan umumnya syariat dengan syarat ia tidak bertentangan dengan nas-nas yang sarih (tegas) atau tidak keluar daripada kaedah-kaedah umum serta tidak melampaui batas yang telah ditentukan baginya.
Oleh kerana itulah, Ulama' Usul Fiqh mengatakan:
" لاَ يُنْكَرُ تَغَيُّرُ اْلأَحْكَامِ بِتَغَيُّرِ اْلأَزْمَانِ "
“Tidak diingkari perubahan hukum dengan sebab perubahan zaman”
Demikianlah pandangan-pandangan khusus mengenai perkembangan dan ketetapan dalam prinsip-prinsip Syariah dan dengan makna ini bererti ia menghimpunkan antara yang lama dan moden, antara asas-asas yang tetap dan dinamik. lni juga bererti bahawa Shariah boleh menyahut tuntutan zaman yang terus berkembang dan mengikuti kebudayaan manusia yang berkembang sehingga Allah mewarisi bumi ini dan segala isinya.
3. SYUMUL (MENYELURUH DALAM SISTEMSISTEM SYARIAH)
Telah disebutkan, wahai pembaca yang mulia pada permulaan pembahasan ini bahawa ciri-ciri asas dan kelebihan besar syariah adalah syumul (keseluruhan). Orang yang meneliti sistem-sistem dan memperhatikan prinsip-prinsipnya akan mendapati bahawa Islam yang agung inii mencakupi berbagai sistem dan hukum pada tiap-tiap segi pembentukan (takwin), pembinaan (bina') serta pembaikan (islah) dan pada tiap-tiap aspek masyarakat dan kehidupan. Telah kita bentangkan dengan panjang lebar mengenai kesyumulan (keseluruhan) syariah serta prinsip-prinsip umumnya bermula daripada pembaikan individu, kemudian pembaikan masyarakat, pembaikan negara, sehingga proses pembaikan manusia secara keseluruhan.
Di antara perkara-perkara yang menunjukkan kesyumulan syariah ialah bahawa negara Islam pada masa Rasulullah s.a.w. dan Khulafa Ar-Rasyidin adalah merupakan contoh praktikal yang tinggi bagi perlaksanaan prinsip-prinsip Islam yang syumul dalam berbagai aspek kehidupan. Bahkan selama kedua-dua zaman ini, telah tertegak suatu negara yang paling tinggi yang pernah dikenali manusia.
Malah telah tampil melalui sistem-sistem Islam suatu kehidupan Islami yang mutamayyiz (berbeza), yang akan terus menjadi pelita penerang sepanjang masa serta merupakan minhaj yang benar bagi para mujadid untuk selamanya dan untuk manusia keseluruhannya.
Perlaksanaan Islam terus berlangsung beberapa abad lamanya sepanjang peredaran sejarah sehingga terhapusnya Khilafah Islamiyyah pada masa Bani `Uthman. Perlaksanaan amali yang panjang ini tetap akan menjadi rujukan asasi bagi para mujadid pada setiap masa dan tempat yang mengambil daripada sumber asalnya segala yang selaras dengan waqi' (kenyataan) dan seimbang dengan putaran roda kebudayaan dan kehidupan.
Di antara unsur-unsur Syariah serta ketinggian prinsipnya ialah keharmoniannya dengan kenyataan dan kesesuaiannya dengan kehidupan.
Adalah suatu hal yang mustahil pada akal dan syarak terjadinya suatu pertentangan antara hukum-hukum Islam dengan maslahat manusia atau terjadinya pertembungan antara nas syariat dengan kenyataan hidup kerana Allah S.W.T. yang Maha Tinggi hikmahNya, ketika memansuhkan syariat-syariat samawi lain dengan syariat Islam, datanglah Syariah yang baru yang menyesuaikan antara kepentingan individu dengan kepentingan jemaah untuk mewujudkan kebajikan dan kebahagiaan bagi insan secara keseluruhan serta menjamin kepimpinan umat dan keselamatan dunia sehingga Hari Kiamat.
Di antara yang menunjukkan keharmonian syariah dengan kenyataan hidup ialah bahawa kebanyakan hukum dan teori-teori yang dibawa oleh syariat Islam semenjak empat betas kurun lamanya yang ketika itu merupakan bahan tuduhan dan keraguan daripada musuh-musuh Islam, akhirnya manusia terpaksa merujuk kepadanya dalam rangka mencapai keadilan, menjamin kemaslahatan serta menghilangkan mudarat dan kezaliman daripada individu dan masyarakat. Di bawah ini kita bentangkan beberapa contoh:
a) Konsep perceraian yang secara terpaksa diakui oleh negara-negara Barat keseluruhannya. Yang paling terakhir ialah pengakuan negara-negara katolik yang fanatik seperti ltali. Telah berlangsung di Den Haag pada tahun 1968 persidangan Hukum Antarabangsa ke-11. Di antara perbahasannya: Membuat perjanjian (treaty) pengakuan sistem thalaq dan pemisahan di sisi perlembagaan di peringkat antarabangsa, iaitu merujuk kepada hukum Islam[2].
b) Konsep Riba yang dianggap selama ini merupakan kemestian bagi roda kehidupan ekonomi sehingga muncul daripada kalangan ahli ekonomi Barat sendiri yang menentang idea riba pada dasarnya atas nama ilmu ekonomi sendiri, bukan atas nama agama dan keimanan. Di antara nama-nama yang paling masyhur disebutkan dalam hal ini ialah seorang ahli ekonomi Britain yang termasyhur Keynes, yang menetapkan bahawa masyarakat tidak akan mencapai keadilan yang sempurna melainkan dengan menghapuskan `rate of interest'. Demikian juga Dr Shacht yang berbangsa Jerman mengatakan: "Melalui proses matematik, jelaslah bahawa semua harta tertumpu kepada segolongan kecil pengusaha riba...”[3].
Di antara bahan rujukan yang baik dalam masalah ini adalah tulisan-tulisan Dr. Isa Abduh, Dr. Ahmad An-Najjar, Kitab Iqtisaduna karangan Syeikh Muhammad Baqir al-Sadar, dan pembahasan-pembahasan ekonomi yang ditulis Oleh Al-`Allamah Abul A'la Al-Maududi.
c)
Milik peribadi yang dianggap oleh kapitalisme pada permulaannya bersifat mutlak tanpa ada ikatan apapun. Teori ini menyebabkan kekacauan yang hebat yang dialami oleh masyarakat kapitalis sehingga mereka terpaksa menarik balik teori yang salah ini dengan membatasi hak milik dengan ikatan positif yang boleh membawa maslahat umum. Demikian juga komunisme yang mengetengahkan teori ekonominya untuk menghapuskan milik peribadi. Hal ini juga bertentangan dengan naluri yang dicipta oleh Allah pada manusia iaitu naluri keinginan untuk memiliki. Hal ini mengakibatkan terjadinya kegoncangan yang hebat sekali bagi insan komunis dan sosialis. Begitu juga kegoncangan yang terjadi pada hasilnya, sehingga terpaksa membolehkan individu untuk memiliki, akan tetapi dalam ruang yang terbatas dan sempit sekali.
Hukum Islam dalam sistem 'milik' ialah membolehkan setiap manusia memiliki apa yang diinginkannya dalam batas-batas yang diterangkan oleh Syariah dan ukuran dasar yang dipakai dalam hal ini ialah 'halal dan haram', bukan maslahat peribadi sebagaimana dalam sistem kapitalis. Begitu juga Islam tidak mengabaikan naluri ingin memiliki yang menjadi fitrah manusia, bahkan Islam berusaha untuk menumbuhkannya serta memberikan kepuasan melalui usaha yang dibolehkan, berlainan dengan sistem komunis dan sosialis.
d) Gejala persaingan kaum wanita yang bekerja untuk menyaingi kaum lelaki dalam hidang pekerjaan.
Pendakwa-pendakwa kemajuan beranggapan bahavva di antara hak-hak besar yang diperoleh oleh wanita pada zaman moden ini ialah menyaingi pekerjaan kaum lelaki. Akan tetapi kesedaran yang timbul dari
Bagaimana boleh tergambar oleh kita wanita di Barat atau di Timur menjadi tukang sapu kotoran-kotoran jalan, tukang lap sepatu, pembawa barang-barang dan beg dan pembantu di tandas-tandas? Bagaimana tergambar oleh kita kedudukan wanita di bengkel dan kilang. Di antara mereka ada yang bernifas, sebahagian ada yang menyusukan, ada pula yang haid dan yang hamil sedangkan perasaan mereka kusut dan pakaian mereka kotor? Bagaimana terbayang oleh kita peluh mereka yang mengalir, otot kejang, wajah berkerut, suara yang serak, kulit yang kering, jari-jari mereka membengkak, kaki mereka kejang ditambah lagi dengan pekerjaan wanita bercampur dengan kehadiran lelaki sehingga mengundang ke arah kerosakan akhlak.
Berdasarkan gambaran-gambaran yang menyedihkan ini serta kenyataan yang memilukan hati, maka timbullah kesedaran-kesedaran yang menyeru wanita agar kembali ke tempatnya semula serta tugasnya yang thabi`i (natural) dengan meninggalkan pekerjaan lelaki.
Seorang penulis wanita, Anna Rose dalam sebuah makalahnya yang disebarkan oleh akhbar ‘Eastern Mail’ yang berbahasa Inggeris, menyatakan:
“Pekerjaan wanita kita di rumah-rumah sebagai pembantu adalah jauh lebih baik dan lebih ringan daripada pekerjaan mereka di kilang-kilang yang boleh membuat mereka berlumuran dengan kotoran-kotoran sehingga menghilangkan keindahan hidupnya sepanjang masa. Kalaulah boleh biar negeri kita ini menjadi seperti negeri orang Islam, di mana maruah dan kehormatan, wanita terpelihara. Sesungguhnya menjadi aib bagi negeri Inggeris yang menjadikan wanitanya sebagai contoh kehinaan akibat banyaknya bercampur dengan lelaki. Kenapa kita tidak berusaha menciptakan pekerjaan yang sesuai dengan fitrah wanita yang tabi’i seperti tinggal di rumah dan menyerahkan pekerjaan lelaki untuk lelaki demi keselamatan kehormatannya...”
Seorang artis Amerika bernama Barbara Streisand mengatakan dalam sebuah artikelnya dalam akhbar:
“Sesungguhnya aku telah mulai meyakini bahawa telah banyak perkara yang berakhir. Selama ini aku mementingkan kehidupanku sebagai artis secara berlebihan. Aku telah lupa akan kehidupanku sebagai wanita dan sebagai manusia, sehingga sekarang aku merasa irihati dengan wanita yang mempunyai waktu yang cukup untuk hidup mesra dengan suami dan anak-anaknya...Pada hakikatnya kejayaan dan populariti tidak bererti kalau kehidupan keluarga tidak dinikmati, di mana wanita merasakan dirinya sebagai wanita.”
Di antara yang dinyatakan oleh artis Marylin
Inilah yang ditulis, diakui dan yang diingkari oleh beberapa wanita di dalam masyarakat yang membolehkan wanita bercampur, bersolek dan melakukan pekerjaan lelaki. Menentang gejala ini bermakna merujuk kepada hukum Islam yang memerintahkan agar wanita melakukan pekerjaan yang sesuai dengan kewanitaannya dan peranan yang tabi’i yang diciptakan untuk itu, iaitu menunaikan hak-hak suami-isteri, mengurus rumah, mendidik anak, membuat kerja yang khusus untuk wanita; sebagaimana dia melarang wanita daripada tabarruj (bersolek) dan pergaulan bebas serta berjalan di jalan kehancuran dan kegelinciran.
Daripada contoh penerangan di atas, jelaslah bahawa syariah Islam sangat cocok sekali dan amat sesuai dengan kemaslahatan manusia dan kenyataan hidup pada setiap masa dan tempat. Hal ini adalah kerana syariah Islam bersumber daripada Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui, Yang Maha Suci daripada kekurangan dan keterbatasan yang bersifat dengan ilmu yang lengkap serta kesempurnaan yang mutlak. Firman Allah:
“Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui; dan Dia Maha Halus dan Maha Mengetahui?”
(Al-Mulk, ayat 14)
Zaman akan membukakan tabir rahsia keberkekalan syariah, hukum-hukumnya yang rasional serta keagungan prinsip-prinsip hari demi hari. Pada ketika itu manusia akan memakai hukum Islam secara sukarela dan senang. Mereka akan menerima agama Allah dengan taat dan patuh. Siapakah yang mempunyai hukum yang lebih balk daripada hukum Allah bagi kaum yang yakin. Benarlah Firman Allah dam Al-Qur'an:
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu adalah benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"
(Fussilat, ayat 53)
Alangkah baiknya ucapan ahli falsafah Inggeris, Bernard Shaw, ketika dia menyaksikan kebesaran Islam serta kemampuannya untuk berkembang dan berkekalan:
“Sesungguhnya agama Muhammad s.a.w. menempati tempat penghargaan yang tinggi, kerana ia mengandungi daya hidup yang hebat, dan ia adalah agama yang memiliki kemampuan mencerna jenjang kehidupan yang berbeza-beza. Saya berpendapat bahawa seharusnya Muhammad s.a.w. layak digelar `Penyelamat Kemanusiaan', dan lelaki seperti dia apabila memimpin dunia moden, pasti akan berjaya dalam menyelesaikan masalah-masalahnya..."
5. MELETAKKAN PRINSIP-PRINSIP BAGI MEMELIHARA MASLAHAT (KEPENTINGAN) MANUSIA.
Telah kita bentangkan pada pembahasan ciri-ciri Syariah dan Keistimewaannya, bahawa di antara ciri syariah ialah "Kemudaha dan Menghapuskan Kesusahan" serta "Memelihara Maslahat Manusia."
Kita telah membicarakan dengan panjang lebar kedua ciri yang besar ini serta pengaruh keduanya untuk mencapai maslahah bagi manusia dan menolak keburukan daripada mereka. Maka syariah tetaplah merupakan kenyataan dalam penerapannya, logik dalam ajaran-ajarannya, bersambungan dan mengatasi semua sistem dan undang-undang manusia yang ada. Tetapi apakah hukum-hukum terpenting yang diletakkan oleh Islam untuk menghilangkan kesusahan daripada manusia serta memelihara maslahat mereka?
Sebagaimana yang telah kita sebutkan juga bahawa tujuan umum dari perundangan Islam ialah memelihara maslahah manusia dengan menjamin perkara-perkara yang dharuriyat, memenuhi keperluan hajjiyat serta melengkapi perkara-kara tahsinat (pelengkap), mereka dan telah kita katakan bahawa: “Pemeliharaan perkara yang bersifat tahsini atau pelengkap tidak boleh menggendalakan hal-hal yang bersifat hajjiyat, begitu juga penggunaan hal-hal yang bersifat hajjiyat dan tahsini tidak boleh membuat perkara yang daruri menjadi tergendala”.
Berdasarkan ini maka hukum-hukum syarak yang disyariatkan untuk memelihara perkara yang dharuri adalah hukum-hukum yang paling penting dan lebih berhak untuk dijaga seperti memelihara agama, jiwa, akal, kehormatan dan harta. Kemudian diikuti oleh hukum-hukum yang disyariatkan untuk memenuhi keperluan (hajjiyat) seperti bolehnya berbuka pada bulan Ramadan bagi orang yang sakit atau musafir, boleh memendekkan sembahyang semasa perjalanan dan boleh bertayammum bagi yang tidak mendapat air. Kemudian berikutnya adalah hukum-hukum yang disyariatkan sebagai pelengkap (tahsini) dan keelokkan seperti membersihkan badan, pakaian dan tempat, menutup aurat dan bersuci dari kencing. Hukum yang terakhir ini dianggap sebagai penyempurna hagi hukum-hukum dharuriyat. Oleh kerana itu dibolehkan membuka aurat bila diperlukan untuk pengubatan atau pembedahan, kerana menutup aurat adalah tahsini, sedangkan pengubatan adalah hajjiy. Hajjiy didahulukan atas tahsini. Dibolehkan memakan najis dalam keadaan dharurat, kerana memelihara daripada najis adalah tahsini, sedang menghindari kecelakaan daripada jiwa adalah dharuri. Perkara dharuri didahulukan daripada yang tahsini.
Pemeliharaan hal yang bersifat hajjiy atau keperluan tidak boleh mengendalakan yang dharuri. Oleh kerana itu wajib dikerjakan amalan-amalan yang wajib bagi orang yang tidak memerlukan keringanan (rukhsah), sekalipun kadangkala mereka merasa susah untuk melaksanakan tugas itu. Ini adalah kerana sikap taklif (tugas) tidak sunyi daripada kesulitan dan keberatan. Kalaulah dibolehkan mukallaf tidak mengalami kesulitan apapun, nescaya tergendala kebanyakan hukum-hukum dharuri seperti ibadat, hukuman (uqubat) dan lain-lain keberatan ini ditanggung dalam rangka menjaga perkara dharuriyat yang asasi iaitu memelihara agama, jiwa, akal, kehormatan dan harta.
Jadi, hukum dharuriyat wajib dipelihara dan tidak boleh mengendalakannya melainkan apabila dalam melaksanakannya menyebabkan tergendalanya hukum dharuri lain yang lebih penting daripadanya.
Contohnya, jihad adalah wajib untuk memelihara agama walaupun menuntut pengorbanan jiwa, kerana melindungi agama adalah lebih penting daripada memelihara jiwa (diri). Begitu juga dibolehkan meminum khamar bila diancam dengan pembunuhan atau terpaksa kerana dahaga yang boleh membawa kepada kematian kerana memelihara jiwa adalah lebih penting daripada memelihara akal.
Berdasarkan kaedah “bahawa tujuan umum daripada tasyri' (perundangan) adalah mewujudkan maslahah manusia dengan menjamin dharuriyat, hajjiyat dan tahsinat”, maka diletakkan prinsip-prinsip syarak yang khusus untuk mengangkat mudarat serta menghilangkan kesusahan. Telah kita sebutkan tadi pada awal perbahasan, beberapa cabang dari prinsip-prinsip ini dan saya rasa tidak perlu diulangi lagi setelah dibicarakan secara luas.
Demikianlah beberapa unsur pembaharuan yang terpenting dalam syariat Islam:
· Dengan pemeliharaan Allah s.w.t. terhadap dua sumber, Al-Qur'an dan Sunnah, maka terjamin keberkekalan dan keaslian nas-nasnya.
· Pada ciri dinamik dan tetapnya prinsip-prinsip syariah membuatnya dan menerima pembaharuan sepanjang masa.
· Pada ciri syumul sistemnya, memungkinkan ahli fiqh dan undang-undang untuk menjadikannya sebagai dasar dalam mengejar keagungan dan kepimpinan.
· Keharmonian prinsipnya dengan waqi’ kehidupan dapat mendorong manusia percaya dan beriman kepadanya.
· Pemeliharaannya terhadap kemaslahatan manusia menyingkapkan rahsia kekalan dan keabadiannya bagi orang yang mencari kebenaran.
Firman Allah:
“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”
(Al-Ma’idah, ayat 50)
rujukan :
[1]Kami kutip penjelasan ini dari kitab Al-Fiqhi Al-'am oleh 'Allamah Syeikh Mushthafa Az-Zarqa', muka 617, daripada pecahan nombor: (295).
[2] Lihat ‘sejauhmana keperluan kepada ensaiklopedia fiqh’, oleh Dr. Jamaluddin ‘Athiyya, hal: 145.
[3] Rujuk kepada ‘Fi Zilalil Qur’an’ jilid 1 ayat: 275 dari surah Al-Baqarah
No comments:
Post a Comment