Jika anda baca harian metro semalam pasti anda akan dapat lihat berita dimuka hadapan mengenai kisah yang menyayat hati apabila seorang kanak-kanak berusia 3 tahun mati akibat didera,dirogol dan diliwat oleh teman lelaki ibunya sendiri yang berasal dari Sudan.
Apa yang pelik bagaimana ibu kanak-kanak ini sendiri boleh membiarkan perkara ini berlaku?
Ibunya masih boleh berbohong perkara sebenar ketika membuat laporan polis yang kononnya anaknya mati didera oleh orang gaji mereka sedangkan selepas polis membuat siasatan, tiada rekod yang menunjuk mereka pernah mengambil orang gaji.
Semuanya terkantoi apabila pihak hospital membuat bedah siasat dan mendapati terdapat kesan kecederaan pada kemaluan kanak-kanak terbabit begitu juga pada bahagian qubur mangsa.
Akhirnya wanita tersebut mengaku yang dia terbabit dalam melakukan penderaan kepada kanak-kanak ini bersama dengan teman lelakinya.
“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.
“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.
Kedua-duanya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh.
Hukuman setimpal ??? “Bunuh hukumnya bunuh”
No comments:
Post a Comment