Dengan bermodalkan tulisan khat Al-Quran dan nama Allah serta Muhammad s.a.w, restoran-restoran India khususnya berjaya menarik perhatian pelanggan. Trend restoran mamak begitu menjadi kegilaan warga kota di Kuala Lumpur. Lagi menarik jika ada layar skrin yang besar untuk tengok bola. Sahabat-sahabat yang kaki kedai mamak selepas ini diharap dapat berhati-hati dengan kedai-kedai yang menjadikan ayat Quran serta nama Allah Muhammad sebagai penarik bagi mengelirukan pelanggan Islam.
Mereka sebenarnya adalah kedai bukan Islam yang mengajikan pekerja dari India dan Indonesia. Hanya pekerja Indonesia itu sahaja Islam, yang India tu kalau tak reti bahasa Melayu memang sah dari negara India yang kebanyakkannya beragama Hinddu.
Paling biadap mereka sanggup menipu dengan memaksa pekerja mereka pakai kopiah dan buang tanda kat dahi (nandek) semasa bekerja.
Paling senang nak tahu itu kedai India Hinddu atau bukan, biasanya saya tanya.
“Ada kari lembu tak?”…
Kalau restoran tu takda kari lembu tapi ada kari kambing, memang sah kedai Hinddu bukan kedai mamak (Mamak merujuk kepada India Muslim). Dan India bukan muslim tidak sesekali akan membiarkan kari lembu ada dalam restoran mereka sebab mereka tidak tergamak meng’kari’kan tuhan mereka.
Saya bukan anti kepada kedai India yang beragama Hinddu, tapi saya nak sahabat-sahabat bukan Islam memahami bahawa Halal dalam Islam bukanlah perkara main-main. Haram itu bukan bermakna arak dan babi sahaja.
Tukang masak dan juga cara hidup tukang masa juga boleh menjadi isu dalam penyediaan makanan. Kalau Restoran Islam sekali pun, kalau cara masak dan tempat masaknya kotor hingga boleh beri penyakit, hukumnya tetap haram juga.
Apatah lagi jika mahu menipu untuk memperdaya dengan cara mengunakan kalimah Allah dan Rasulnya. Bukan sahaja sumber makanan diragui, asas dan prinsip perniagaannya juga sudah haram!
Halal diragui
Oleh Hayati Ibrahim dan Aniza Zainudin
am@hmetro.com.myPUTRAJAYA: Selain memaparkan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad s.a.w., segelintir pemilik restoran tidak halal di negara ini dikesan turut menggaji wanita bertudung sebagai pelayan atau pekerja bagi meyakinkan pelanggan Islam bahawa makanan di premis mereka halal.
Perkara itu hanya akan terbongkar selepas serbuan dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPNDKK).
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar, berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada pengguna yang keliru dengan tindakan segelintir pemilik restoran menggunakan pelayan wanita bertudung sebagai pekerja sedangkan restoran itu diragui status halalnya.
“Kami mengesan banyak kes seumpama ini selepas membuat pemantauan, siasatan dan pemeriksaan premis. Biasanya pekerja yang digaji adalah wanita warga Indonesia yang tidak diketahui sama ada mereka Islam atau tidak.
“Biasanya pemilik pandai berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan bagi mengelak mereka ditahan termasuk mengatakan ‘saya tak kata restoran saya halal’,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Saimah berkata, tindakan boleh diambil ke atas pemilik restoran terbabit kerana melakukan perbuatan yang boleh mengelirukan pengguna dan difahami sebagai halal dan mereka boleh dikenakan hukuman penjara atau denda.
“Kes ini sama seperti restoran mamak dimiliki orang bukan Islam yang menggantung pelbagai ayat al-Quran dan kalimah Allah serta Nabi Muhammad dengan tujuan mengelirukan pengguna Islam.
“Tindakan mereka menyebabkan umat Islam terpedaya dan makan di restoran itu tanpa mengetahui mereka sebenarnya menghidangkan makanan tidak halal,” katanya.
Namun, katanya, tindakan tidak boleh diambil terhadap pekerja yang digaji, tetapi hanya terhadap pemilik atau pengusaha restoran saja.
Pada masa sama, beliau turut menasihatkan pengguna supaya tidak mudah terpedaya dengan strategi dan taktik segelintir pemilik restoran yang ingin meraih keuntungan cepat, sebaliknya diminta menyelidik terlebih dulu status halal restoran itu.
“Kami ada menyenaraikan nama restoran atau syarikat yang mendapat pengesahan sijil halal daripada Jakim di laman web kami. Semak nama restoran yang ingin dikunjungi sebelum pergi, jangan sesuka hati redah saja tanpa mengetahui status halalnya.
“Jika ragu-ragu jangan masuk ke kedai itu walaupun terdapat pelanggan atau pekerja bertudung di dalam premis terbabit. Kami tidak boleh mengukur status halal sesebuah kedai itu hanya dengan melihat mereka yang bertudung, kalau begitu keadaannya terlalu tipis kepercayaan kita sebagai seorang Muslim,” katanya.
Sementara itu, tinjauan mendapati orang ramai mahu pihak berkuasa bertindak lebih tegas terhadap segelintir pengusaha restoran bukan Islam yang menggantung ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad serta logo halal selain menggaji pekerja wanita bertudung bagi menarik pelanggan Islam menjamu selera di restoran mereka.
Noraini Deris, 52, berkata tindakan pengusaha terbabit mengakibatkan pelanggan tertipu dengan taktik terbabit kerana selalunya orang ramai beranggapan restoran itu halal apabila ternampak logo halal, ayat suci al-Quran serta terdapat pekerja wanita bertudung di restoran terbabit.
“Sebelum memasuki mana-mana restoran, saya akan memastikan terdapat logo dan sijil halal dipamerkan di premis terbabit bagi memastikannya diiktiraf jabatan agama,” katanya.
Pekerja swasta, Norehan Kamarudin, 24, berpendapat pengusaha restoran tidak seharusnya mengeksploitasi logo halal dan pekerja wanita bertudung untuk menarik ramai pelanggan.
“Langkah terbaik untuk mengelak daripada tertipu, pelanggan perlu peka dengan persekitaran restoran seperti pelanggan yang datang, logo halal dan sijil diperakui jabatan agama,” katanya.
Pelajar kolej, Muhamad Farhan Hashim, 22, mencadangkan kerajaan mengambil langkah pencegahan segera bagi mengelakkan pelanggan terus tertipu.
Kakitangan kerajaan, Mohd Ezuan Jumanir, 24, berkata pihak berkuasa harus membuat pemantauan berkala bagi restoran diusahakan orang bukan Islam yang menyalah guna logo dan sijil halal.-Harian Metro
No comments:
Post a Comment