Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yg sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (AL Hijr 15:9)
Lafaz al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (surah al-Qiyamah, 75:17-18)
Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas.
Bukti Al Quran Datang Dari Allah
Mengenai bukti bahawa Al-Quran itu datang dari Allah, dapat dilihat dari kenyataan bahawa Al-Quran adalah sebuah kitab berbahasa Arab yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dalam menentukan dari mana asal Al-Quran, akan kita dapatkan tiga kemungkinan.
- Pertama, kitab itu merupakan karangan orang Arab.
- Kedua, karangan Muhammad SAW.
- Ketiga, berasal dari Allah SWT saja.
Tidak ada lagi kemungkinan selain dari yang tiga ini. Sebab Al-Quran adalah khas Arab, baik dari segi bahasa maupun gayanya.
Kemungkinan pertama yang mengatakan bahwa Al-Quran adalah karangan orang Arab merupakan kemungkinan yang tertolak. Dalam hal ini Al-Quran sendiri telah menentang mereka untuk membuat karya yg serupa. Sbgmana tertera dalam ayat :
قُلْ فَأْتُوا بِعَشْرِ سُوَرٍ مِثْلِهِ "Katakanlah: 'Maka datangkanlah sepuluh surat yang (dapat) menyamainya" (Surah Hud 13).
Di dalam ayat lain :
قُلْ فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِثْلِهِ
"Katakanlah: ('Kalau benar apa yang kamu katakan), maka cubalah datangkan sebuah surat yang menyerupainya" (Surah Yunus 38).
Orang-orang Arab telah berusaha keras mencubanya, akan tetapi tidak berhasil. Ini membuktikan bahawa Al-Quran bukan berasal dari perkataan mereka. Mereka tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, ada tentangan dari Al-Quran dan usaha dari mereka untuk menjawab tentangan itu. Kemungkinan kedua yang mengatakan bahwa Al-Quran itu karangan Nabi Muhammad s.a.w., adalah kemungkinan yang juga tidak dapat diterima oleh akal. Sebab, Nabi Muhammad s.a.w. adalah orang Arab juga. Bagaimanapun cerdiknya, tetaplah ia sebagai seorang manusia yang menjadi salah satu anggota dari masyarakat atau bangsanya. Selama seluruh bangsa Arab tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, maka masuk akal pula apabila Nabi Muhammad s.a.w. yang juga termasuk salah seorang dari bangsa Arab tidak mampu menghasilkan karya yang serupa. Oleh kerana itu, jelas bahawa Al-Quran itu bukan karangan Nabi Muhammad s.a.w.. Terlebih lagi dengan banyaknya hadis shahih yang berasal dari Nabi Muhammad s.a.w. --yang sebagian malah diriwayatkan lewat cara yang tawatur, yang kebenarannya tidak diragukan lagi. Apabila setiap hadis dibandingkan dengan ayat manapun dalam Al-Quran, maka tidak akan dijumpai adanya kemiripan dari segi gaya bahasanya. Padahal Nabi Muhammad s.a.w., disamping selalu membacakan setiap ayat-ayat yang diterimanya, dalam waktu yang bersamaan juga mengeluarkan hadis. Namun, ternyata keduanya tetap berbeza dari segi gaya sasteranya. Bagaimanapun kerasnya usaha seseorang untuk menciptakan berbagai macam gaya bahasa dalam pembicaraannya, tetap saja akan terdapat kemiripan antara gaya yang satu dengan yang lain. Kerana semua itu merupakan bagian dari ciri khasnya dalam berbicara. Oleh kerana memang tidak ada kemiripan antara gaya bahasa Al-Quran dengan gaya bahasa hadis, bererti Al-Quran itu bukan perkataan Nabi Muhammad s.a.w. Sebab, pada masing-masing keduanya terdapat perbezaan yang tegas dan jelas. Itulah sebabnya tidak seorang pun dari bangsa Arab, orang-orang yang paling tahu gaya dan sastera bahasa arab, pernah menuduh bahwa Al-Quran itu perkataan Nabi Muhammad s.a.w. atau mirip dengan gaya bicaranya. Satu-satunya tuduhan yang mereka lontarkan adalah bahawa Al-Quran itu dicipta Nabi Muhammad s.a.w. dari seorang pemuda Nasrani yang bernama Jabr. Tuduhan ini pun telah ditolak keras oleh Allah SWT dalam firman-Nya :
وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ بَشَرٌ لِسَانُ الَّذِي يُلْحِدُونَ إِلَيْهِ أَعْجَمِيٌّ وَهَذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُبِينٌ
"(Dan) Sesungguhnya Kami mengetahui mereka berkata: 'Bahawasanya Al-Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad). Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahwa) Muhammad belajar kepadanya (adalah) bahasa 'ajami (bukan-Arab), sedangkan Al-Quran itu dalam bahasa arab yang jelas" (Surah An-Nahl 103).
Jika telah terbukti bahwa Al-Quran itu bukan karangan bangsa Arab, bukan pula karangan Nabi Muhammad s.a.w., maka sesungguhnya Al-Quran itu adalah firman Allah, kalamullah, yang menjadi mukjizat bagi orang yang membawanya.
Nama-nama al-Quran
- al-Kitaab (اﻟﻛتاب)bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah:
Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (surah al-Baqarah 1:1-2)
- al-Furqaan (ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ) bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah:
Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (surah al-Furqaan 25:1)
- adz-Dzikr (اﻟذﻛﺮ) bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (surah al-Hijr 15:9)
- at-Tanzil (ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻞ) bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah:
Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (surah asy-Syuara 26:192)
Sifat al-Quran
- an-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah:
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). (surah an-Nisaa' 4:174)
- al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:
Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (surah al-Maa'idah 5:15)
- al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)
- ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)
SUNNAH
Sunnah bererti “cara” atau “kebiasaan”, dan dengan itu, sunnah nabi bererti “cara nabi”, atau apa yang biasa dikenali sbgai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, As Sunnah adalah "ath-thariqah" yg bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yg tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."
Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, pengertian Sunnah menurut mereka adalah sama dengan hadis (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Rasul. *
Menurut Syiah pula, perkataan 'Sunnah' bererti perbuatan, ucapan dan kebenaran Nabi Muhammad dan dua belas Imam yang dipercayai oleh puak Syiah sebagai dipilih Allah bagi menggantikan rasul dan memimpin manusia dalam semua cara hidup.
Kedudukan Sunnah
Dengan itu, Sunnah merupakan sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran, dan dimasukkan dalam kebanyakan buku berkenaan hadis. Sunnah yang bersifat ramalan dianggap sebagai wajib oleh kebanyakan orang Muslim, manakala sebilangan pengikut mazhab al-Quran Sahaja mengikut al-Quran sahaja dan menolak sebarang sunnah dan hadis sebagai sumber untuk Bimbingan Ketuhanan atau hukum agama. Banyak penyokong gerakan-gerakan liberal dalam Islam mendakwa bahawa sunnah yang bersifat ramalan harus dipatuhi dalam upacara amal dan penyembahan, tetapi boleh dipersoal dalam undang-undang Islam.
Sunnah dan Hadis
Hadis ialah himpunan pengisahan dan keizinan. Walaupun terdapat setakat perbezaan antara takrif Hadis dengan takrif Sunnah yang dihuraikan di atas, perkataan-perkataan Sunnah dan Hadis boleh ditukar ganti ketika merujuk kepada Tradisi-tradisi.
Hadis-hadis dikelaskan mengikut statusnya berhubungan dengan teks (matn) dan rentetan penyampainya (isnad). Cendekiawan-cendekiawan Hadis telah mengaji Sunnah, baik dari segi konteks (matn) mahupun dari segi penyampainya untuk menentukan apa yang benar dan apa yang palsu dalam hadis-hadis itu. Kajian mereka telah mempengaruhi perkembangan falsafah Muslim awal serta juga pemetikan saintifik moden.
Melalui penyelidikan ttg para penyampai Hadis (isnad), cendekiawan-cendekiawan sains Hadis telah mencipta sebuah sistem untuk mengetahui kategori-kategori Hadis yang berbeza, serta bagaimana menilai teksnya (matn) supaya dapat menentukan adakah teks itu betul, baik, lemah, atau palsu. Terdapat sebuah tradisi ttg kedua2 biografi sejarah (Ilm ar-Rijal) Nabi Muhammad s.a.w. serta juga ttg bagaimana mengesahkan hadis- isnad atau "bahan sokongannya".
Sunnah dan fiqh
Sunnah harus dibezakan daripada kedua-dua fiqh yang merupakan pendapat-pendapat para pakar undang-undang klasik serta juga al-Quran yang merupakan wahyu yang tidak tercatat. Ia merupakan salah satu daripada banyak istilah dalam agama Islam yang susah diterjemahkan tanpa kehilangan maksudnya. Sejarah merumitkan penterjemahan lagi kerana andaian-andaian yang berbeza terhadap Sunnah menguasai Islam pada zaman-zaman yang lalu.
HADIS
Contoh-Contoh Sunnah
- Perkataan (Qauliyyah)
Setiap perkataan yang diucapkan oleh Rasul s.a.w. seperti hadis berikut : "Sesungguhnya setiap amalan itu dikira dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu mengikut apa yang diniatkannya" (Hadis Riwayat Bukhari).
Kitab Hadis
Ada ramai ulama periwayat hadis, namun yang sering digunakan dalam fiqh Islam ada tujuh iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Nasa'i dan Imam Ibnu Majah.
Ada beberapa buah kitab Hadis yg lebih diakui oleh umat Islam seluruh dunia. Enam kitab pertama di bawah ini dikenali sebagai enam kitab hadis utama:
- Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari atau nama sebenar beliau adalah Muhammda bin ismail
- Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Muslim atau nama sebenarnya muslim bin al-hajjaj al-nasaburi
- Kitab Sunan an-Nasai - karya Imam Nasa'i atau nama sebenar beliau adalah Abu abdul rahman bin shuib
- Kitab Sunan Abi Daud - karya Imam Imam Abu Daud atau nama sebenar beliau adalah Abu daud sulaiman
- Kitab Sunan at-Tirmizi (al Jami' as-Sahih) - karya Imam Tirmidzi atau nama sebenar beliau adalah Abu esa muhammad bin ishak Asalmi
- Kitab Sunan Ibnu Majah - karya Imam Ibnu Majah atau nama sebenar beliau adalah Abu abdullah muhammad bin yazid al-quzwini
- Kitab Musnad - karya Imam Ahmad
Jenis Hadis
Kedudukan Hadis di dalam Islam
Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith – di dalam al Quran disebut sebagai al Sunnah – malahan dalam banyak tempat hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al Quran. Di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah saw yang disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam al Quran di dalam firman Allah seperti ;
Maksudnya ; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (surah al Anfāl : ayat 1)
Maksudnya ; “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka” (surah al Ahzāb : ayat 36)
Maksudnya ; “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (surah al Hasyr : ayat 7)
Dengan penegasan al Quran di atas, jelaslah bahawa hadith tidak dapat dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al Quran.
Sesetengah pengarang menyebutkan mengenai 5 fungsi hadith yang utama – dalam sesetengah buku cuma disebut 4 – iaitu ;
- Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.
- Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.
- Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.
- Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah ahl al Ra’y berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatîr, Masyhûr ataupun Mustafhîdh.
- Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.
Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, para ulama bersepakat dalam menentukan fungsi pertama dan kedua tetapi mereka masih berselisih dalam menentukan fungsi ketiga, keempat dan kelima. Menurut ulama Hanafiyyah, hadith-hadith Mutawatîr dan Masyhûr boleh menasakhkan hukum al Quran manakala Imam Syafie sendiri menolak penasakhan itu.
Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.
Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadith.
Mengenai ilmu pengetahuan pula, tidak sedikit ilmu yang boleh kita korek dari hadith bagaikan satu dasar yang tidak diketahui kedalamannya sama ada ilmu sejarah – sejarah penciptaan alam dan bangsa-bangsa terdahulu -, ilmu nasab, ilmu sosiologi, bahasa, sastera, budaya dan banyak lagi. Tambahan pula, hadith juga menggalakkan manusia agar berusaha menuntut ilmu dan memperbaiki diri. Manakala dalam soal pembentukan akhlak pula, maka sememangnya pengutusan Rasulullah saw itu sendiri adalah untuk membentuk akhlak yang mulia.
Rujukan
- Ismail Omar (1993), Manhaj Aqidah Ahli as-Sunnah wal Jamaah, Selangor : Access Infotech (M) SDN. BHD.
- Mustafa ‘Abdul Rahman (1996), Hadith 40 : Terjemahan dan Syarahnya, Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar.
- Shalih bin Fauzan bin Abdullah al Fauzan (2002), Kitab Tauhid jilid (1), Jakarta : Darul Haq.
- Abdul Majid al Zindani (1996), al – Iman, Kuala Lumpur : al Hidayah Publishers.
- Rosmawati binti Ali @ Mat Zin (1995). Hadis Āhād dalam akidah Islam : Tumpuan utama kepada hadis-hadis tentang Imam Mahdi. Tesis sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
- Abdullah al Qari Haji Salleh (t.t), Memahami Nilai Hadith dan Sunnah Nabi saw, Kelantan : Pustaka Asa Kenali.
- Engku Ibrahim & Abdul Ghani Shamsuddin (1987), Kedudukan Hadith Dalam Islam, Kuala Lumpur : Persatuan Ulama Malaysia.
- Ibrahim Muhammad bin Abdullah al Buraikan (1998), Pengantar Studi Aqidah Islam, Jakarta : Rabbani Press.
- http://www.hadiths.eu
No comments:
Post a Comment