SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Tuesday, November 23, 2010

Sua rasa hatiku....

Di setiap pelusuk ku cari di mana letaknya budi seorang anak kepada ibu dan bapanya. Segala penat lelah y cuba ku curah tidak pernah nampak dimata mereka. Ku lakukan segala yang terdaya dan sekuat semampu namun hampa dan kecewa adalah hadiah pemberian. Aku tak pernah mengharapkan belasan @ sebarang balasan..aku cuma inginkan sedikit penghargaan sebagai seorang anak iaitu kasih sayang yang mungkin terabai seketika dulu.

Mungkin aku yang terlalu tamak @ mungkin aku yang terlalu dahagakan kasih mereka? Aku hanya dipandang tika aku berduit..tiada duit tiada la senyuman manis @ gurau senda. Tika aku dalam kesusahan sebegini..aku rasa tersisih bagai tiada guna walaupun sebesar kuman. Namun aku sedaya upaya kuatkan diri dan semangat utk terus hidup kerana ku tahu ini semua adalah ujian dari Ilahi. Kalau dulu aku boleh memaafkan sesuatu yang memutarbelitkan hidupku.. kenapa kerana hal yang sekecil ini tidak aku lupakan.

Saat ini...aku akan senantiasa ceriakan diriku walaupun pada hakikatnya aku terluka parah! Aku redha di atas setiap kejadian yang datang...aku akan titi jalanan yang berliku ini dengan kesabaran yang ada...aku tidak akan ratapi lagi ruang kosong yang penuh harapan...apa pun aku akan kuatkan tali semangat ku utk terus berpaut walau sedikit demi sedikit utk terikat...aku tidak mahu mengeluh utk sesuatu yang hanya akan merugikan masaku. Aku akan bertahan dan aku akan terus bertahan!!!

No comments:

Post a Comment

Make Money With CashCrate

t muslimah