SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Tuesday, October 19, 2010

Bonsai dan Sequoia

Photobucket

Bonsai dan Sequoia

Biar saya kongsikan satu cerita menarik yang baru saya baca sebentar tadi. Kisah Bonsai dan Sequoia iaitu dua jenis pokok.



Tentu kita sudah mengenali pokok bonsai. Pokok yang begitu popular ini berasal dari Jepun. Bonsai memang cantik dan indah, dibentuk dengan sempurna dan hanya berukuran beberapa sentimeter.


Sequoia pula ialah pokok raksasa yang ditemui di California. Salah satu pokok raksasa ini diberi nama General Sherman. Ketinggiannya mencapai 90 meter, menjulang menembusi ruang udara dengan ukurlilit batangnya ialah 26 meter. General Sherman ini begitu hebat sehingga jika ia ditebang akan menghasilkan kayu yang cukup untuk membina 35 buah rumah dengan lima bilik.



Sebenarnya kedua-dua pokok ini berasal dari biji benih yang lebih kurang sama saiz dan beratnya. Ketika pokok bonsai mula tumbuh, orang Jepun mencabutnya dari tanah dan mengikat akar pokok dan batangnya. Ini akan membantutkan pertumbuhan pokok tersebut dan hasilnya ialah pokok bonsai yang cantik.


Berbeza pula dengan pokok sequoia. Biji benihnya jatuh ke tanah California yang subur. Ia mendapat cukup baja dan keperluan asas seperti mineral, air hujan dan sinaran matahari. Ia tumbuh membesar menjadi pokok raksasa.


Proses pertumbuhan dan tumbesaran kedua-dua pokok tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi kisah di sebalik perbezaan ukuran dan saiz kedua-dua pokok tersebut memberi pengajaran kepada kita. Samada bonsai atau sequoia, kedua-duanya tidak punya pilihan dalam menentukan nasib masing-masing.Namun tidak demikian dengan manusia. Kita mampu dan mempunyai hak untuk memilih. Kita boleh memilih untuk menjadi seorang yang "KECIL" atau menjadi seorang yang "BESAR". Pilihlah samada ingin menjadi BONSAI atau GENERAL SHERMAN. Cara kita berfikir dan cara kita memandang kepada diri sendiri akan menentukan siapa kita sebenarnya. Untuk itu kita punya pilihan!

The Precious Moment

No comments:

Post a Comment

Make Money With CashCrate