SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Tuesday, October 19, 2010

BONSAI LAGI...

BONSAI
Bonsai adalah pokok yang kelihatan tua dan sifat fizikalnya sama seperti pokok besar biasa dan namun dalam skala yang kecil.

Ciri pokok yang sesuai dibonsaikan
Tahan lama dan mempunyai jangka hayat panjang.
Berdaun kecil.
Tahan lasak dan sesuai dengan iklim panas dan lembap.


Petikan dari Internet
Quote:
POKOK tempatan menghasilkan bonsai yang cantik dan unik

BONSAI, sejenis tumbuhan dengan keunikan dan keindahan mengasyikkan, sering dikaitkan dengan golongan berada dalam masyarakat Tionghua kerana dipercayai mampu memberi tuah kepada pemiliknya.
Kaitan itu menyebut mereka tidak lokek mengeluarkan belanja besar sehingga ribuan ringgit bagi mendapatkan bonsai yang mampu bertahan lama kerana kepercayaan lebih lama hayat tumbuhan itu, lebih tuah kepada kehidupan mereka.

Jarang sekali bonsai yang bermaksud `tanaman dalam pasu' dalam bahasa Jepun dan diperkenalkan di China sejak 1,000 tahun lalu dikaitkan dengan masyarakat Melayu.


Kalau disesetengah negara Bonsai yang asli berada di altitut yang tinggi dan tumbuh secara semulajadi, namun saiznya lebih besar...


Tinggi sekitar ½ kaki sehingga 5 kaki. Pokok yang lebih besar daripada itu ialah tidak lagi dikategorikan bonsai…kerana ia akan dikategorikan sebagai pokok hiasan.

Bonsai sangat dikenali dalam kalangan masyarakat Cina kerana ia lebih kepada Fengshui.. Ada sesetangan masyarakat Cina sanggup berbelanja berpuluh ribu bagi mendapatkan pokok bonsai yang diminati. Di Malaysia umumnya….Pokok Melati sangat digemari kerana ia adalah “Raja Bonsai” di Malysia.

Namun kini …ia bukan lagi diminati hanya oleh kaum Cina tetapi juga Melayu.
Ramai pembuat-pembuat bonsai adalah dikalangan orang melayu yang kini berjaya di pertandingan-pertandingan Pokok Bonsai yang dianjurkan. Nilai sesuatu bonsai selalunya dikategorikan mengikut saiz. Ada juga dikategorikan mengikut jenis pokok, berbuah dan berbunga.

Di Malaysia dua konsep memiliki bonsai.
a- Dari Biji Benih
Kos Murah, namun memakan masa….perlu sabar

b- Dari Akar atau perdu asli di hutan
Kos..mahal…adakalanya mencecah ribuan ringgit..namun bonsai bersaiz besar.


Sebelum itu terlebih dahulu kita kenali jenis jenis pokok yang boleh dibuat Bonsai di Malaysia dan paling popular walaupun ada lagi jenis lain yang boleh dibuat bonsai.

1- Jeliti ataupun Pokok Melati
Jenis yang paling popular di Malaysia.
Mudah dan senang mendapatkan benih, malah akar juga boleh dibiakkan
Agak rapuh struktur dahan dan batang, jadi proses membentuk perlu berhati-hati.
Mempunyai bunga berwarna putih dan berbunga 2 kali setahun.
Tidak mudah mati ataupun diserang serangga perosak.
Struktur Kulit pokok cantik dan bersinar.
Mempunyai struktur akar yang menarik, jika diangkat akarnya.

Kelemahan
Memerlukan masa yang panjang untuk membesar.

Bagi orang yang sibuk dan kurang masa, boleh berlatih membentuk bonsai dengan
pokok ini.

2-Sinai
Sinai adalah pokok yang seakan-akan pokok daun teh. Tetapi pokok Sinai berdaun lebih gelap dan berminyak. Struktur daunya lebih kesat.
Sukar didapati benih kecuali di sebelah Utara Semenanjung seperti di Naka, Changlun..misalnya. Ia tumbuh meliar dikebun kebun getah ataupun di batas-batas bendang.

-Popular, tetapi tidak dapat menandingi pokok Jeliti.
-Mudah dibentuk..kerana struktur dahan dan batang lebih liat
-Perlu pemerhatian secara sangat kerap kerana Sinai tumbuh dengan kadar sangat cepat.
Dan ia akan “Lari Bentuk” jika tidak cukup masa tumpuan dalam proses pembentukannya.
-Saiz perdu dan dahan yang lebih besar dari Jeliti.
-Struktur kulit pokok gelap dan kurang menarik.
-Tidak berbunga, lebih berkonsep daun dan kurang menarik dari segi struktur akar, namun bagi
yang bijak meletakkan batu …pasti akan dapat main konsep akar dan perdu bagi menaikkan seri
pokok.

Berikut adalah- teknik yang paling asas dalam membentuk Bonsai.

Peralatan


Pemotong Khas yang tajam.
Dawai Tembaga ataupun Aluminium-tidak karat dan melindungi pokok.
Playar Pemotong Dawai
Gunting Tirus Panjang.
Gris.

MENENTUKAN CORAK BENTUK BONSAI

Bonsai terpulang kepada pembentuk itu sendiri…
Contoh bentuk yang dirancang. Mesti ada supaya tahu bentuk akhir bonasi itu...


Bentuk Bebas atau menyendeng..dan daun berkumpulan


Bentuk Kon...bentuk Bonsai yang asli...


Bentuk yang ala-ala pokok hiasan..


Menyendeng dan berjurai ke bawah


Bentuk Pulau....


Bentuk Baner, perdu ...

Ini contoh design ...banyak lagi design yang lain...boleh dibentuk

PROSES MEMBENTUK BONSAI SANGAT MUDAH
Kita anggap Benih Bonsai semai dari kecil. ( Benih Pokok Melati @ Jeliti )

Gunakan dawai tembaga dan lilit dawai itu pada anak pokok tersebut mengikut citarasa sendiri.





Selalunya anak pokok yang besar sedikit lebih mudah seperti di bawah.

Nampak tak..di sini hanya asas sahaja.
Kita dapat membentuk ke arah mana yang kita suka. Kreativiti sesorang amat diperlukan disini.
Jarak antara dahan juga perlu difikirkan bagi mendapatkan “Muka” pokok bonsai itu sendiri.

“Muka Pokok” bermaksud sudut pandangan yang memberikan pokok bonsai itu menarik.
Sukar bagi mendapatkan “Muka” bagi semua arah pokok kecuali seseorang itu benar-benar mahir.

Quote:
Pautan di Perdu




Quote:
Belitan di Dahan membetuk Kon






Quote:
Belitan dawai menjulur ke bawah









Perlu kita ingat ..setiap belitan harus ditanggalkan ketika ia sudah menggangu perkembangan dahan atau batang bonsai itu sendiri.

Didahan lebih kecil gunakan saiz dawai tembaga yang lebih kecil.
Di dahan yang besar, gunakan dawai tembaga yang bersaiz lebih besar.

Antara dawai laian selain Dawai Tembaga, dawai alumunium…

Pengunaan dawai biasa…tidak boleh kerana karat dawai akan menyebabkan pokok rosak dan mendapat penyakit…mahupun menyebabkan pokok itu mati.

Ada pelbagai teknik belitan dawai, namun sebagai asas…belitan biasa sudah memadai


MENENTUKAN JARAK RUMPUN DAUN DAN DAHAN
Sekadar asas bagi orang yang baru berjinak-jinak dengan bonsai…

Contoh pandangan sisi jarak rumpun daun dan dahan...


Pastikan jarak antara satu dahan dan satu dahan lebih dari 3 cm pada peringkat mula membentuk.
Ini bagi memastikan daun yang hendak di bentuk tidak melindungi dahan pokok.

Dahan yang di bentuk mestilah bersilang contoh seperti di bawah dan dahan bawah sekali mestilah lebih panjang dari dahan atas…supaya pembukaan daun stabil. Jika tidak ia akan jadi “pecahan tak wajar”..bagi bentuk ini.he he he..


MEMOTONG ATAU MEMANGKAS DAHAN.

Pastikan potongan secara SERONG…
Sebabnya..potongan serong akan memudahkan kulit pokok membalut kayu yang terdedah dengan cepat. Kita juga boleh menyapu gris di kayu yang terdedah bagi mengelakkan air memasuki teras kayu dan mereputkan pokok sterusnya mematikan dahan itu.

PEMBAJAAN DAN PENYIRAMAN

Bgai baru yang mula berminat..asalkan baja yang bersifat organic ..hentam je…( elakkan baja kimia )
Baja pula seelok-eloknya di bajai seminggu atau dua minggu sekali bergantung kepada siaz pasu dan tanah…


Bekalan air pula tidak terlalu kering atau terlalu basah…

PEMILIHAN PASU

Pasu bonsai biasanya mahal.
Beginner boleh cari bekas biasa dulu…
Pasu biasa akan lebih cepat tumbesaran kerana kuantiti tanah yang banyak.
Bila bonsai menjadi baru beli pasu yang elok…dan ubah ke pasu yang sebenarnya. Jimat kos beb

TIPS-TIPS LAIN
Beginner boleh menanam di dalam pasu yang tinggi bagi mendapatkan akar yang cantik..apabila diubah ke dalam pasu yang sebenar.

Batu atau kayu yang bernilai dalam seni boleh dikembarkan di perdu pokok bagi mendapat kesan khas….he he he
Contoh:


Pastikan pokok bonsai anda di buang pucuk atau tunas yang tidak dikehendaki setiap minggu.

Jika mahukan saiz daun yang kecil..anda perlu membuang semua daun
( merunas) yang ada bagi mengalakkan daun baru tumbuh.
Ulangan proses ini akan mendapatkan saiz daun yang kecil dan berwarna hijau muda.
Semburan air sabun dapat mengugurkan daun dalam tempoh satu bulan…

Pokok Telah dirunas daun..







POKOK POKOK BONSAI YANG BENAR BENAR MENYENJUKKAN MATA MEMANDANG











3 comments:

Make Money With CashCrate