SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Tuesday, October 19, 2010

Bonzai

Bonzai....

Pokok bonsai di atas, saya beli lama dah. Biasalah, sekali ombak melanda, sekali pantai berubah! Masa orang sibuk cakap pasal bonsai, saya pun sibuk nak ada bonsai. Bila orang dah sunyi sepi, bonsai kita pun terbiar di satu sudut, tidak terjaga! Saya ambil gambar bonsai ini sebab saya fikir ianya boleh dikaitkan dengan kita dalam membentuk generasi muda, pewaris masa depan.

Jaga bonsai ini rumit dan “mmetek” (teliti). Itupun, jika kita nak kekalkan dia dengan status quonya, renek dan kiut! Kena trim hari-hari, dari peringkat awal lagi. Jika tidak, ianya akan membesar liar tidak mengikut bentuk yang kita kehendaki. Boleh ke ia tumbuh ikut bentuk yang kita nak? Bolehhhh…kita boleh bentuknya dengan menggunakan dawai (lihat dalam gambar). Dawai berfungsi sebagai panduan tapi janganlah pula hanya letak dawai lepas 20 tahun beli! Dawai pun baru nok gi cari, dok jjadi gitu….

Dalam kes saya ni, dah lama tak tengok dan jaga bonsai ni….Baru-baru ni, semasa nak ambil gambar, saya terpegang batangnya, aduhhhhhhh…ada duri rupanya! Masa awal-awal beli dulu, ia masih kecil dan tiada duri….

Bonzai dan penjagaannya adalah analogi mudah bagi pembentukan anak dalam kontek keluarga atau generasi muda/pelapis dalam kontek sesebuah masyarakat/bangsa. Dalam kes saya, masa kecil dulu biasalah talipinggang dan gulungan suratkhabar “hinggap” atas belakang. Adik salah pun, kita yang sulung kena! Tapi kini saya tahu, yang marah ibu ayah itu bukan benci tapi tanda sayang…..kita mungkin hargai cara orang dulu-dulu hanya setelah kita hidup dalam dunia yang dipenuhi "duri-duri"!



No comments:

Post a Comment

Make Money With CashCrate