SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Wednesday, December 1, 2010

Sua rasa hatiku iii....

Madahku kini berlagu sepi walaupun dihiasi dengan senyum dan tawa...hati merintih tiada siapa yang tahu! Rasa bagaikan tiada erti dan makna dalam kehidupan ini..namun kenyataannya kita perlu kuat dan terus berusaha dalam menggapai impian yang pasti akan menjadi milik kita suatu hari walaupun saat yang dinantikan mungkin terlalu lama.

Aku mengeluh bukan kerana aku berputus asa..namun sekadar melepaskan rasa hatiku yang dalam kecelaruan. Jiwa berona membuatkan aku tidak tenteram..ketenangan yang dipancarkan berbaur kebimbangan dan kekecewaan. Aku amat mengharapkan kehadiran pelangi petang... datang ketika aku kesedihan dan perginya dia meninggalkan keceriaan. Aku pasrah...tapi sampai bila? Memang benar kita harus terima dan percaya pada Qada' dan Qadar Allah swt...sesuatu kejadian pasti ade hikmah disebaliknya...semua ini adalah ujian Ilahi...aku tahu itu dan cuba utk mengerti akan keadaan ini..walaubagaimanapun...aku hanya manusia biasa yang lemah tanpa iringan kekuatan yang datang dari Yang Maha Esa...aku tak berdaya lagi utk melawan semua kerenah dunia ini..bantulah aku Ya Allah....

Semoga kekusutan ini akan terlerai tidak lama lagi. Permudahkan dan temukanlah aku dengan jalan penyelesaian yang terbaik dari yang terbaik Ya Allah....sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan segala sesuatu.

No comments:

Post a Comment

Make Money With CashCrate