SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Wednesday, July 28, 2010

Bab 1 : CIRI-CIRI SYARIAH & KEISTIMEWAANNYA

Aku sbenarnya trcari2 sbrg maklumat ttg pembaharuan dlm hidup. Dlm cari-mencari ni..terlihat la aku satu artikel dr blogger sword ttg unsur2 dlm pembaharuan (tajdid) syariah. So..bila aku baca ia amat b'guna utk kita tahu hal ini krn ia cukup berkaitan dgn khdpan kita. Maka, aku pn copy je la artikel ni utk perkongsian bersama.

Di antara perkara-perkara yg telah diterima & dise­pakati oleh ahli-ahli fiqh dan undang-undang bhwa setiap sistem yg ada, s/ada yg b'asal drpd Allah (rab­bani) @pun ciptaan manusia sendiri (wadh’iy) mestilah mempunyai kelebihan2 yg diketahui dan ciri2 yg dpt mnnjukkan hakikatnya. Kalaulah dmkian halnya, apakah keistimewaan dan ciri-ciri yg dimiliki oleh Syariah Islam ke atas yang lainnya @ dgn ungkapan yang lebih halus, bagaimanakah tabiat dan sistem-sistem Syariah dan prinsip-prinsip?

Menurut pendapat saya keistimewaan dan ciri-ciri Syariah berpusat pada asas-asas berikut:

A. Ketuhanan (Rabbaniyyah).

B. Universal (Alamiyyah).

C. Menyeluruh (Syumul).

D. Asli dan Abadi.

E. Mudah serta menghilangkan kesusahan.

F. Memelihara maslahat manusia.

G. Keseimbangan (Tawazun).

H. Hubungan erat (Talazum) antara Akidah & kehidupan & Penutup.


A. Ketuhanan (Rabbaniyyah):

Yang kami maksudkan dengan rabbaniyyah di sini ada­lah bahawa hukum-hukum Syariah ini serta sistem-sistemnya bukan merupakan ciptaan manusia yang diliputi oleh sifat­-sifat kelemahan serta keterbatasan dan terpengaruh oleh fak­ktor tempat, masa dan budaya serta faktor warisan, watak dan hawa nafsu. Akan tetapi Allah s.w.t. adalah penggubalnya serta pemilik makhluk dan pentadbir alam ini. Dialah Rabb seluruh isi alam yang telah menjadikan segala sesuatu dengan sebaik-baiknya.

Seorang mukmin ketika dia melaksanakan dan menerapkan manhaj rabbani, dia terdorong untuk melaksanakan keseluruhan dengan merasa gembira, senang kerana keinginan, kejujuran serta ikhlas. Kenapa terjadi demikian? lni adalah kerana;

(1) Dia benar-benar mengetahui bahawa Allah s.w.t. ada­lah pencipta Yang Maha Berkuasa. Dia berhak untuk berbuat sekehendak-Nya terhadap perihal makhluk-Nya. Manusia yang merupakan makhluk yang lemah dan terbatas dan tidak berhak melainkan hanya patuh kepada apa yang telah dipilih oleh Allah baginya tanpa ragu-ragu dan sangsi. Allah ber­firrnan:

Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihNya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia)

(Al-Qasas, ayat 68)

(2) Dia mengetahui dengan yakin bahawa Allah s.w.t. Maha Mengetahui segala sesuatu. Ia lebih tahu tentang hu­kum-hukum yang la disyariatkan untuk hambaNya dan lebih tahu tentang maslahah yang diwujudkan untuk mereka.

“Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahsiakan); dan dia Maha halus lagi Maha Mengetahui?

(Al-Mulk, ayat 14)

(3) Dia tahu sebenar-benarnya bahawa Allahlah Yang Maha Bijaksana tentang apa-apa yang disyariatkanNya dan dijadikanNya. Makna kebijaksanaan Allah Ta'ala ialah Ia meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sesuai de­ngan bentuk yang dapat membawa kemaslahatan dan me­nolak kebinasaan. Firman Allah s.w.t:

“Allahlah yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana”

(Al-Anfal, ayat 71)

(4) Dia mengetahui dengan sesungguhnya bahawa manusia tetap lemah pada dasarnya dan tidak mampu untuk sampai peringkat kesempurnaan walau bagaimana matang ilmu pengetahuannya dan tinggi kebudayaannya. Firman Allah s.w.t.:

­

“Dan manusia dijadikan bersifat lemah”

(An-Nisa, ayat 28)

Selain drpda itu, sbgaimana yg telah kita sebut­kan manusia dipengaruhi oleh suasana alam sekelilingnya, hawa nafsu, warisan dan dibentuk oleh akidah yang dianuti­nya serta mudah dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu yg berkaitan dengan dirinya.

Realiti antarabangsa, persaingan sosial dan pertentangan ­pemikiran yang manusia cenderung kepadanya se­karang ini, adalah merupakan bukti yang paling kuat bahawa manusia mudah terpengaruh dengan semua faktor tadi. Akal dan ilmunya adalah terbatas dan ia lemah untuk mencipta undang-undang bagi dirinya walau bagaimana matang dan sempurna dirinya itu. Firman Allah s.w.t:

“Dan di atas tiap-tiap orang yg berpengetahuan itu ada lagi yang Maha Mengetahui”

(Yusuf, ayat 76)

Oleh kerana inilah kita melihat bahawa seorang mukmin yang mempunyai pandangan yg matang, faham terhadap hakikat dirinya, cepat2 melaksanakannya (Syariat Allah). Dia bergerak untuk menerapkan manhaj rabbani ke­rana keyakinannya bahawa pembinaan manusia hanya ter­jamin dengan mengikut Yang Mafia Sempurna, menyerah­kan diri kepada Yang Maha Suci daripada kekurangan, dan berserah diri kpd Yang Maha Agung Allah semata-mata. Firman Allah s.w.t:

"Dan (hukum) siapakah yg lebih baik daripada (hukurn) Allah bagi org yg yakin?"

(Al-Maidah, ayat 50)


Oleh kerana rabbani inilah seseorang muslim tidak mempunyai pilihan lain untuk menerima atau menolak Sya­riah ini kerana menerimanya adalah tuntutan keirnanan dan fitrahnya. Benarlah Allah Yang Maha Agung yang berfirman dalam Al-Qur'an:

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan me­reka"

(Al-Ahzab: 36)

B. Universal (Alamiyyah)

Syariah ini dalam semua hukum, sistem-sistem, dan prinsip-prinsipnya mempunyai corak kemanusiaan (insaniy­yah) dan universal. la merupakan rahmat bagi seluruh alam, petunjuk dan pedoman bagi semua manusia dan jalan hidup bagi semua manusia. Syariah hukumnya bukan untuk ka­wasan atau puak tertentu, tetapi adalah untuk manusia se­luruhnya tanpa memandang warna kulit, jenis, bahasa atau tempat. Oleh itu tidak ada perkauman dalam dakwah ini, tidak ada asabiyyah dalam hukum dan tidak ada kasta dalam Islam. Semua manusia adalah sama; tidak ada kelebihan bangsa Arab ke atas bukan Arab kecuali dengan takwa.

Ciri universal p'undangn ini ditrangkn oleh Allah dlm bbrpa ayat. Firman Allah s.w.t:

"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan men jadi rahmat bagi seluruh alam"

(Al-Anbiya', ayat 107)

Firman Allah s.w.t.:

"Katakanlah: Wahai manusia, ssungguhnya aku adalah utusan Allah kpdmu semua"

(Al-A'raf, ayat 158)

Firman Allah :

“Dan kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada Mengetahui”

(Saba’, ayat 28)

Dan dipertegaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w. dalam berbagai ruang:-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Rasulullah s.a.w. bahawa ia bersabda:

اُعْطِيْتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ مِنَ اْلأَنْبِيَاءِ قَلْبِى: نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيْرَةَ شَهْرٍ، وَجُعِلَتْ لِىَ اْلأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُوْرًا، وَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِى أَدْرَكَتْهُ الصَّلاَةُ فَلْيُصَلِّ، وَأُحِلَّتْ لِىَ الْغَنَائِمُ وَكَانَ النَّبِىُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ كَافَّةً، وَأَعْطُيْتُ الشَّفَاعَةَ.

“Aku diberi lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Aku ditolong oleh Allah dengan Dia mendatangkan perasaan ru’b (gentar) dalam hati orang-orang kafir selama sebulan, bumi ini dijadikan masjid bagiku dan suci (untuk tayammum), siapa sahaja daripada umatku apabila masuk waktu salat hendaklah dia salat, dihalalkan bagiku ghanimah (harta rampasan), nabi-nabi dahulu diutuskan kepada kaumnya khusus sedangkan aku diutus kepada seluruh umat manusia dan diberikan kepadaku syafaat”

Disebut dalam hadis sahih bahawa Rasulullah s.a.w menghantar utusan kepada raja-raja dan pembesar-pembesar pada masanya seperti: An-Najasi, Kaisar, dan Mauqauqis (risalah-risalah) untuk mengajak mereka kepada Islam. Slogannya ketika itu adalah,

أَسْلِمْ تُسْلِمُ يُؤْتِكَ اللهُ أَجْرَكَ مَرَّتَيْنِ فَإِنء تَوَلَّيْتَ فَإِنَّمَا اْلإِرِسِيِّيْنَ

“Islamlah anda agar anda selamat, Allah memberikan pahala dua kali ganda. Kalau anda menolak anda akan menanggung dosa irisiyyian (rakyat)”

Dan diantara faktor-faktor alamiyyah (universal) undang-undang ini ialah tugas yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada umat Islam di setiap masa dan tempat untuk menyampaikan dakwah dan risalah Islam agar ia menjangkau ke seluruh negara di muka bumi. Allah berfirman dalam Al-Qur’an:

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh kepada yang ma'ruf (berbuat baik), dan mencegah mereka dari yang munkar, dan kamu beriman kepada Allah”

(Ali-Imran, ayat 110)


Firman Allah dalam Al-Qur’an:

“Begitulah Kami menjadikan kamu sebagai umat yang pertengahan agar kamu menjadi saksi atas manusia dan rasul menjadi saksi ke atas kamu”

(Al-Baqarah, ayat 143)

Bertitik tolak dari arahan-arahan rabbani mengenai ciri universal dakwah ini, umat Islam di seluruh permukaan bumi, bergerak menyampaikan risalah-risalah Allah sambil merasa takut kepada-Nya dan tidak ada yang mereka takuti selain daripada Allah saja. Slogan-slogan yang mereka laung­kan ke seluruh telinga dunia ialah;

"Allah mengutus kami untuk membebaskan manusia dari­pada kesempitan dunia ini kepada kelapangannya dan dari­pada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam."

"Ciri alamiyyah ini hanyalah merupakan kesan dari­pada corak rabbani dalam undang-undang ini. Andaikan penciptanya seorang manusia atau kelompok manusia, nescaya dia akan memihak secara disedari atau tidak kepada bangsa, kastanya, dan kepentingan mereka. Tetapi peng­ubahnya adalah Allah di mana mereka semua adalah hamba­Nya. Tidak ada kelebihan seseorang di atas yang lain atau suatu kelompok atas kelompok yang lain berdasarkan ke­turunan dan asuhan melainkan dengan bertakwa[1]”.

[1] Dari kitab Syariah Al-Islam oleh Dr Yusuf Qardhawi, halaman 20

C. Menyeluruh (Syumul)

Apa yang kami maksudkan dgn menyeluruh bahawa Syariat Islamiyyah yang tinggi mencakupi sistem dan per­undangan dalam setiap segi daripada berbagai segi pembentukan, pembinaan dan reformasi dan dalam tiap-tiap aspek masyarakat dan kehidupan. S/ada ianya berkaitan dgn akidah, ibadah dan akhlak @ yg berhubungan dgn undang-undang umum sperti masalah-masalah sivil, masalah-masalah jenayah, undang-undang keluarga, sistem sosial dan hubungan antarabangsa @ yg berhubung degn asas-asas pemerintahan dan prinsip2 ekonomi serta unsur-unsur masyarakat mulia. Semuanya itu terkan­dung dlm prinsip2 yg terperinci lgi bijaksana dan undang-undang rabbani yang abadi, memberi tanpa meng­ambil, menyatukan tidak memisah-misahkan, menghimpun­kan tidak sewenang-wenang, membangun tidak meruntuh­kan. Semuanya itu adalah wahyu daripada yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.

Al-Qur'anul Karim sendiri telah mengungkapkan ciri rnenyeluruh Syariah serta ketinggian prinsip-prinsip dan sis­temnya yang ada dengan keterangan yang cukup jelas. Allah berfirman:

"Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Al­-Kitab. "

(Al-An’am, ayat 38)

Firman Allah:

“Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerah diri”

(An-Nahl, ayat 89)

Di sini kami cuba menjelaskan masalah syumul ini me­lalui contoh-contoh berikut dan kami khususkan pada mas­alah-masalah sivil, ekonomi, perlembagaan, undang-undang jenayah dan hubungan antarabangsa. Dalam masalah-mas­alah sivil, Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad itu.”

(Al-Maidah, ayat 1)

Dalam masalah-masalah ekonomi dan keupayaan, Allah ber­firman:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentu­kan, hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah se­orang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan rnenulisnya sebagaimana Allah telah mengajarkannya "

(Al-Baqarah, ayat 282)

Mengenai asas-asas perlembagaan, Allah berfirman:

“Sedang urusan rnereka dimusyawarahkan di antara mereka”.

(As-Syura, ayat 38)

Dalam perkara-perkara kehakiman Allah berfirman:

“...dan (menyuruh kamu) apabila kamu menjatuhkan di antara manusia hendaklah kamu menghukum de­ngan adil”.

(An-Nisa', ayat 58)

Mengenai hukuman atas jenayah, Allah berfirman:

“Diwajibkan atas kamu qisas berkenaan dengan orang­-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wa­nita...”

(Al-Baqarah, ayat 178)

Dalam persiapan Jihad, Allah Yang Maha Suci daripada kekurangan Yang bersifat kesempurnaan yang mutlak ber­firman:

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka apa sahaja kekuatan yang kamu mampu..."

(Al-Anfal, ayat 60)

Mengenai hubungan antarabangsa, Allah berfirman:

ž

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusirmu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”.

(Al-Mumtahanah, ayat 8)

Banyak lagi kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip ini yang ditetapkan baik dalam Al-Qur'an ataupun Sunnah yang suci, Ijmak ataupun Qias. Hal itu tidak lain merupakan dalil yang nyata bahawa Islam adalah agama dan negara dan merupakan penegasan yang pasti atas kesyumulan prinsip-prinsip Islam, untuk diserap oleh manusia daripada Sumbernya yang suci sepanjang masa. Marilah kita dengar apa yang dikatakan oleh pakar-pakar dan pemikir-pemikir undang-undang di dunia tentang kesyumulan Syariah, serta prinsip-prinsipnya yang hidup dan kekal. Kita nukilkannya untuk orang-orang yang tidak percaya dengan sesuatu idea (fikrah) kecuali apa­bila anginnya berhembus dari negara-negara Barat[2]:

Dr. Izco Insapato mengatakan:

“Bahawa Syariah Islamiyyah dalam pembahasannya mengatasi undang-undang Eropah bahkan dialah yang mendatangkan kepada dunia perundangan yang paling tetap”.

Satilana berkata:

“Sesungguhnya fiqh Islam cukup bagi keperluan kaum muslimin dalam undang-undang mereka kalau tidak kita katakan cukup bagi manusia semuanya”.

Dr. Hoking, Profesor Falsafah di Universiti Harvard mengatakan:

“Sesungguhnya dalam sistem Islam itu sendiri terdapat persiapan untuk tumbuh dari dalam dan saya berkeyakinan bahawa saya benar kalau saya tetapkan bahawa Syariat Islam mencakupi semua prinsip yang menjadi syarat untuk maju”.

Banyak lagi ungkapan-ungkapan lain, serta kesaksian yang tidak terhingga.

[2] Ungkapan-ungkapan ini dinukilkan daripada buku Shariah Islam oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi, hal. 25 dan daripada buku Hatta Ya'lam as-Shabab oleh Sheikh 'Ulwan sendiri.

D. Keaslian dan Keabadian dalam Nas-Nas Syariah

Di antara ciri-ciri Syariah Islam yang nyata sekali ialah ia mempunyai sifat asli yang tetap serta keabadian yang kekal dalam nas dan sumber-sumbernya tanpa mengalami penye­lewengan dan perubahan serta pertukaran.

Al-Qur'an al-Karim yang merupakan sumber pertama daripada sumber-sumber perundangan telah dijamin oleh Allah akan terpelihara sehingga hari kebangkitan dan tidak dapat dikotori oleh tangan-tangan jahat dengan penyele­wengan atau sebarang perubahan, itulah Al-Qur'an yang telah melalui masa 14 abad sejak mula turunnya, adalah Al-Qur'an al-Karim yang sama pada hari ini pada lafaznya, maknanya, tajwidnya dan bacaannya. Benarlah firman Allah:

“Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Qur'an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”

Betapa musuh-musuh Islam telah berusaha sepanjang masa untuk mengubah Al-Qur'an, walaupun satu kalimat. Adakah mereka mampu berbuat demikian? Adakah mereka dapat mencapai tujuan mereka yang keji itu?

Dunia mengetahui dan sejarah menyaksikan bahawasanya percubaan-percubaan mereka yang berdosa berakhir dengan kegagalan dan kehancuran, bahkan mereka tidak mendapat apa-apa daripada usaha mereka melainkan kehinaan dan kenistaan, celaan semua generasi dan sejarah menghina diri mereka sendiri.

Orang-orang Barat yang berfikiran terbuka telah mengakui tentang keaslian Al-Qur’an serta keabadiannya yang kekal sepanjang generasi. Mereka telah mengatakan suatu yang benar secara bersih dan objektif, dan mereka menjelaskan hakikat keaslian Al-Qur'an dengan terperinci dan jujur. Di antara mereka ialah Profesor Reynold Nicholson ketika membicarakan dalam bukunya “Al-Tarikh Al-Adabi lil Arab” (The History of Arabic Culture) yang bunyinya:

‘Al-Quran al-Karim merupakan dokumen (kemanusiaan) yang tinggi menerangkan secara terperinci rahsia ke­lakuan Nabi Muhammad s.a.w. pada setiap peristiwa hidupnya, sehingga kita benar-benar menemui di dalamnya satu unsur yang unik yang tidak boleh diragui dan diperdebatkan. Kita boleh menyingkap semula Al-Qur'an, (sejarah) Islam sejak pertama kali ia muncul dalam sejarah. Ini merupakan sesuatu yang tak boleh ditemui dalam agama-agama lain seperti Buddha, Kristian atau agama apa saja daripada agama-­agama kuno”.

Sunnah Nabawiyyah pula merupakan sumber kedua daripada sumber-sumber Syariah, bahkan ia merupakan pen­jelasan bagi Al-Qur'an al-Karim dan sebagai pelengkap bagi sistem-sistem Islam. Allah s.w.t. telah menyediakan orang-­orang untuk memeliharanya daripada permainan orang­-orang yang sia-sia, rekaan dan dusta orang yang berat se­belah. Allah menyerahkannya kepada ulama’ yang tegas, muhaddithin yang berwibawa, dan orang-orang yang diper­cayai. Sejarah manusia belum pernah menyaksikan kemam­puan manusia seperti mereka, ketelitian mereka dalam mene­rangkan tingkatan suatu hadis, pengetahuan tentang perihal sanad dan matan, serta asal-usul riwayat itu dan kefahaman mengenainya sehingga sampailah Sunnah ke tangan kita da­lam keadaan bersih dan suci tidak dicampuri syubhat apa­pun dan tidak dikenali kelemahan manapun. Semua orang ketika merujuk kepada kitab-kitab Sunnah dan rujukan-­rujukan hadis yang besar, dia akan tahu darjat suatu hadis yang dia ingin pastikan kesahihan atau kelemahannya dan dia dapat meneliti sernua sanad dari segi ta’dil atau jarahnya. Semuanya itu adalah hasil daripada kerja keras ahli hadis yang dipercayai, berwibawa dan kritis di sepanjang masa.

Suatu peristiwa sejarah menguatkan apa yang kami sebutkan. Pernah suatu ketika khalifah zaman Abbasiah, Harun Ar-Rasyid mendengar khabar bahawa orang zindiq[3] mencampuradukkan hadis-hadis dusta dan menyandarkan­nya kepada Rasul s.a.w. sedangkan Rasul tidak pernah mengucapkannya walau satu huruf pun. Maka khalifah memerintahkan untuk memanggilnya dan mengadap beliau. Ketika dia rnengakui, dia diacukan dengan pedang dan sebelum di­bunuh dia sempat berkata kepada khalifah: “Siapakah tuan jika dibandingkan denganku dan hadis-hadis yang telah saya reka. Aku telah menghalalkan di dalamnya yang haram dan m'haramkan yg halal sedangkan Rasul tidak pernah berucap begitu satu huruf pun?” Khalifah menjawab dgn serta merta: “Siapakah engkau jika dibandingkan dgn Abi Ishaq Al-Fazzari dan Abdullah Al-Mubarak. Mrka pasti akan m'hapuskan hadis-hadismu dgn segera dan membersihkannya huruf demi huruf”. Kemudian dia di­bunuh.


Kalaulah Allah telah menjamin terpeliharanya Al-Qur’an hingga Hari Kiamat maka secara tabi’i juga Allah menjamin terpeliharanya Sunnah Nabawiyyah sampai akhir masa kerana kedudukannya adalah sebagai penjelasan kepada Al­-Qur'an, penyempurna sistem-sistem Islam sebagaimana yang telah disebutkan tadi.

Jadi Al-Qur'an dan Sunnah adalah pasangan yang rapat yang tidak boleh terpisah satu daripada yang lain. Pemeli haraan Allah terhadap Al-Qur'an mengandungi pemeliharaan Sunnah, dan hal ini berlangsung secara terus-menerus sehingga Allah mewarisi bumi ini dgn semua isinya. Benarlah firman Allah yang berbunyi:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an dan seseungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”.

(Al-Hijr, ayat 9)

Kesimpulan yang dapat kita buat dari huraian di atas ia­lah Al-Qur'an al-Karim dan Sunah Nabawiyyah adalah pasa­ngan yang rapat bahkan merupakan dua dokumen yang asli dan dua sumber yang kekal untuk memelihara prinsip-prinsip Syariah dan keabadian hukum-hukum sehingga hari Allah mewarisi bumi ini dan semua isinya (Hari Kiamat). Firman Allah (Al-Hijr, ayat 9):

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an dan seseungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”.



[3]Orang-orang kafir yang berpura-pura beriman

E. Mudah dan Menghilangkan kesulitan.

Orang yang banyak mengamati ajaran-ajaran syariah yang mudah ini akan mendapati ianya mempunyai sifat-sifat kemudahan, tidak keras dan menghilangkan kesulitan bahkan mendapati bahawa matlamat daripada tasyri' itu sendiri bukanlah menimpakan kesusahan kepada manusia, tekanan dan paksaan dengan tugas-tugas tetapi mencapai kemasla­hatan-kemaslahatan hidup mereka di dunia dan akhirat se­suai dengan kemampuan mereka dan batas-batas fitrah me­reka.

Di bawah ini ada beberapa nas-nas yang menguatkan maksud tersebut. Firman Allah:

“Allah m'kehendaki kemudahan bagimu & tidak mengkehendaki kesukaran bagimu”

(Al-Baqarah, ayat 185)

Firman Allah:

“Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”

(Al-Hajj, ayat 78)

Firman Allah:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”

(Al-Baqarah, ayat 286)

Nas-nas ini dan yang lainnya menguatkan secara pasti ba­hawa Islam dengan prinsip yang bertimbang rasa tidak membebankan manusia di luar kemampuannya dan tidak membebankannya dengan tanggungjawab di luar jangkauannya agar manusia tidak mempunyai alasan dan dalih untuk lari daripada perintah Syarak atau mengerjakan larangan agama. Para Fuqaha’ meringkaskan sebab-sebab yang meringankan taklif kewajipan agama kerana tujuh perkara:

1. Perjalanan (bermusafir).

Dibolehkan berbuka pada bukan Ramadan dan meng­qasar (memendekkan) salat yang 4 rakat (kepada dua rakat) dan gugurnya salat Jumaat dan salat berjemaah.

2. Sakit.

Dibolehkan berbuka puasa, tayammum dan salat duduk.

3. Paksaan.

Orang yang dipaksa dibolehkan mengucap kalimat kufur, meninggalkan yang wajib, membinasakan harta orang lain, memakan bangkai dan meminum khamar.

4. Lupa.

Diangkatkan dosa daripada orang yang melakukan mak­siat kerana lupa dan tidak batal orang yang makan atau minum di siang hari kerana lupa dan tidak haram sem­belihan orang yang meninggalkan tasmiyah (Basmalah) ketika menyembelihnya kerana lupa.

5. Tidak Tahu (Jahil).

Dibolehkan mengembalikan barang belian kerana ada `aib (cacat) yang tidak diketahui sebelumnya (pembeli) dan juga boleh menasakh perkahwinan kerana `aib yang tidak diketahui sebelumnya oleh orang yang berkahwin.

6. Sukar Dielak (Ummul Balwa).

Dimaafkan percikan najis daripada lumpur di jalan dan lainnya yang sukar untuk dielakkan.

7. Kekurangan.

Di antaranya, dihapuskan taklif ke atas orang yang hi­lang kelayakan seperti anak-anak dan orang-orang gila dan digugurkan sebahagian kewajiban daripada hamba se­perti salat Jumaat, berjemaah dan berjihad.


Di antara bukti-bukti menghilangkan kesulitan ialah me­nerima syahadah (kesaksian) perempuan pada hal-hal yang tiada boleh terlihat oleh lelaki seperti kesaksian tentang kelahiran untuk menetapkan keturunannya dan juga cukup de­ngan kuat sangka (tidak mesti dengan keyakinan yang pasti) dalam menentukan arah kiblat, bersihnya tempat dan air, adilnya seorang saksi dan keputusan kadi.

Perlu diperhatikan bahawa prinsip mudah dan meng­hilangkan kesulitan ini tidak boleh digunakan sebagai wasi­lah (cara) untuk menggugurkan berbagai kewajiban tanpa ada alasan yang dibolehkan oleh Syarak (Syar'iyy) seperti se­seorang meninggalkan sebahagian salatnya kerana banyak­nya tugas-tugas kesibukannya dan berdalih bahawa agama Islam itu mudah dan tidak ada kesulitan (padanya).

Ini adalah kesalahan yang berdosa besar kerana makna daripada agama itu bukanlah bererti sengaja memudah-­mudahkan dan meringan-ringankan sebahagian daripada peraturan-peraturan dan perintah yang disyariatkan tetapi maknanya adalah bahawa apa yang disyariatkan oleh agama itu sendiri adalah mudah.

F. Memelihara Kemaslahatan (Kepentingan) Manusia.

Sebagaimana yang telah dimaklumi bahawa maklumat umum daripada perundangan Islam ialah memelihara kemaslahatan manusia dengan mencukupkan keperluan-keperluan (dharuriyat), melengkapi keperluan (hajjiyat) dan menjamin kesempurnaan keperluan (tahsiniyat).

Maka semua hukum syarak yang ada, bertujuan tidak lain dari salah satu yang tiga ini, yang merupakan anasir-anasir kemaslahatan manusia.

Akan tetapi apakah yang dimaksudkan dengan keper­luan dharuriyat, hajjiyat dan tahsiniyat ini menurut syarak?

Apa yang dimaksudkan dengan perkara yang dharuriyat adalah semua yang atasnya tertegak kehidupan manusia, dan ia mestilah untuk memudahkan kemaslahatan mereka, dengan ertikata bahawa bilamana ia tidak ada, maka tergen­dalalah aturan hidup mereka, tidak mudah maslahat mereka, dan berlakulah kerusuhan-kerusuhan dan kerosakan-ke­rosakan.

Perkara-perkara yang dharuriyat dengan makna ini me­libatkan pemeliharaan lima perkara: iaitu agama, jiwa, akal, kehormatan dan harta. Oleh itu memelihara tiap-tiap satu daripada lima perkara ini adalah dharuri bagi manusia.

Hal-hal yang diperlukan (hajjiyat) ialah semua yang di oleh manusia untuk kemudahan dan kelapangan­nya dalam memikul tugas-tugas dan bebanan hidup. Bilamana hal ini tidak ada tidaklah sampai tergendala kehidupan mereka dan tidak pula berlaku kerusuhan sebagai­mana berlaku pada perkara yang dharuri tadi. Akan tetapi bila ia tidak ada, maka mereka akan ditimpa kesusahan dan kesulitan. Perkara-perkara hajjiyat dengan makna seperti ini bertujuan untuk menghilangkan kesusahan daripada mereka dan untuk meringankan beban mereka, agar boleh memikul tugas-tugas serta memudahkan cara-cara bergaul, saling mengadakan pertukaran dan jalan-jalan hidup.

Perkara-perkara tahsiniyat adalah semua yang dituntut oleh kehormatan (maruah), adab dan untuk berjalannya kehidupan menurut cara yang baik. Apabila hal-hal ini tidak ada, maka aturan hidup tidaklah sampai tergendala sebagai­mana yang dharuri dan pula tidak sampai ditimpa kesusahan dan kesulitan sebagaimana perkara hajjiyat tetapi bila perkara ini tidak ada maka hidup mereka tidak bahagia dan tidak selesa (mengikut perkiraan akal yang sihat dan fitrah yang bersih).

Perkara-perkara ini ditentukan oleh kemuliaan akhlak, adat-istiadat yang baik dan melengkapi sebab-sebab kebahagiaan. Semua yang dimaksudkan adalah untuk menjamin ke­lancaran hidup manusia di dunia dengan cara yang baik.

Di antara contoh-contoh daripada ketiga perkara ini adalah: memeliharanya daripada panas matahari dan dingin, walaupun tempat itu adalah gua di gunung.

Perkara yang Hajjiy: Tempat kediaman itu hendaklah mudah untuk hidup di dalamnya, maka diadakan jendela dan pintu yang boleh dibuka yang ditutup bilamana perlu.

Perkara yang tahsini: rumah yang telah ada, diberi hiasan dan dilengkapi dengan serana (wasail) yang boleh membuat orang duduk di dalamnya berehat dengan selesa dan bahagia. Apabila dipenuhi yang demikian itu, maka terwujudlah keselesaan dan kebahagiaan di dalamnya. Maka tidak wujud maslahat dan kebahagiaannya melainkan bila­mana ketiga perkara tadi dipenuhi. la meliputi individu dan masyarakat. Apabila telah cukup bagi individu-individu mujtama’ semua yang boleh menjamin perkara-perkara dharuriyatnya, hajjiyat, dan tahsiniyat mereka, maka akan terjamin jugalah maslahat dan kebahagiaan mereka.

Berdasarkan perkara-perkara yang kita kemukakan tadi, nyatalah bahawa perkara-perkara dharuriyat adalah yang paling terpenting daripada semua matlamat ini kerana ketiadaannya akan mengakibatkan tergendala aturan hidup dan tersebarnya kerusuhan di kalangan manusia. Kemudian diikuti oleh perkara yang hajjiyat kerana dengan ketiadaannya manusia boleh jatuh ke dalam kesulitan dan kesusahan. Yang terakhir ialah perkara tahsiniyat, kerana ketiadaannya akan mengakibatkan keluarnya manusia daripada tuntutan kesempurnaan dan kehormatan (maruah) serta apa yang dianggap baik oleh akal yang sihat.

Berdasarkan ini semua maka pemeliharaan hal-hal yang bersifat Tahsini (pelengkap) tidak boleh diusahakan sekira­nya ia akan menggendalakan hal-hal yang bersifat Hajjiy (ke­perluan). Begitu juga penggunaan hal-hal yang bersifat Hajjiy dan Tahsini, tidak boleh diusahakan sekiranya ia membuat hal-hal yang dharuri menjadi tergendala.

Bersesuaian dengan kaedah bahawa matlamat daripada tasyri' adalah memelihara maslahat-maslahat manusia de­ngan menjamin perkara-perkara yang dharuriyat, memenuhi hal-hal yang bersifat Hajjiyat (keperluan) serta melengkapi hal-hal bersifat Tahsiniyat (pelengkap), maka diletakkan beberapa prinsip-prinsip syarak yang khusus untuk menghilangkan kesulitan. Di antaranya kita sebutkan sebagai contoh adalah:

i) Bahaya dihapuskan secara syarak, seperti sabitnya hak Syuf'ah[1] dalam pembelian rumah atau tanah bagi syarikat­nya atau jirannya.

ii) Bahaya tidak dihapuskan dengan bahaya yang lain, seperti tidak boleh mengalihkan banjir air dari tanahnya ke­pada tanah orang lain.

iii) Bahaya yang khusus ditanggung untuk menghindarkan bahaya umum, seperti membunuh untuk menjamin diri manusia umum dan memotong tangan pencuri untuk men­jamin keselamatan harta umum.

iv) Memikul bahaya yang kecil untuk menyelamatkan dari­pada bahaya yang lebih besar, seperti memenjarakan suami bilamana enggan memberi nafkah isterinya dan menceraikan isteri untuk menjaganya dan seksaan atau bahaya suami.

v) Darurat membolehkan yang dilarang, seperti dibolehkan memakan bangkai atau yang diharamkan bagi orang yang lapar sehingga boleh membawa kebinasaan kepada dirinya.

vi) Darurat (dihitung) menurut kadarnya, seperti seorang doktor yang membuka aurat pesakit sekadar yang diperlukan untuk pemeriksaan penyakit dan sebagainya daripada kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang menunjukkan ke­mudahan syariah serta pemeliharaannya terhadap maslahat-­maslahat rnanusia.

[1] Hak yang tetap secara terpaksa bagi syarikat lama ke atas syarikat yang baru dengan jalan ganti kerugian pada baran yang jadi milik bersama. Lihat Fiqh Shafi'i juzuk 2 hal. 114-117 dan Fiqh Sunnah juzuk 13 hal. 45-55.

G. Keseimbangan Kebendaan dan Kerohanian.

Di antara keagungan Tasyri' (Perundangan) ialah ia tidak menjauhkan maddah (benda) daripada roh dan tidak memisahkan dunia dan akhirat, akan tetapi ia memandang kehidupan itu sebagai suatu unit yang mutakamil (lengkap melengkapi) dalam melaksanakan hak-hak, sama ada yang berkaitan dengan perlaksanaan hak-hak Allah atau hak manusia itu sendiri ataupun hak orang lain.

Lantaran ini, ia memudahkan manusia untuk melak­sanakan kehidupan amalinya yang konkrit dengan segenap kemampuan dan daya-upayanya atas asas-asas prinsip Islam yang sesuai dengan fitrah dan kenyataan hidup. Syariah dengan sistemnya yang mutakamil sama sekali tidak menye­tujui kehidupan membujang mahupun kependitaan sebagai­mana ia tidak membolehkan pemisahan diri daripada masya­rakat, tetapi Syariah menganjurkan kepada manusia untuk mengimbangkan antara dua keadaan tersebut; melaksanakan hak Allah, hak dirinya dengan hak orang lain, tidak berat se­belah ataupun mengabaikan satu tanggungjawab demi ke­pentingan tanggungjawab yang lain.

Al-Qur'an al-Karim sentiasa mendorong kepada sifat ke­seimbangan antara kebendaan dengan roh dalam ke­banyakan ayat-ayatnya yang menyentuh perasaan dan kalbu sebelum ia mengajak akal untuk berfikir.

Ketika Al-Qur'an mengingatkan manusia untuk menu­naikan hak Allah dalam ibadat di samping kehidupan per­niagaannya, Allah berfirman:

“Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan (daripada) rnendirikan salat, dan (daripada) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang”.

(An-Nur, ayat 37)

Al-Qur'an mengingatkan orang untuk melaksanakan hak dirinya (iaitu) berusaha dan mencari rezeki di tengah ke­asyikan munajat kepada Tuhannya dan bersunyi diri di masjid. Allah berfirman:

“Apabila telah ditunaikan salat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah...”

(Al-Jumu’ah, ayat 10)

Al-Qur’an mengingatkan orang untuk menunaikan hak orang lain atas dirinya untuk berbuat baik, ihsan dan tolong-menolong, Allah berfirman:

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan org-org yg meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya”

(Al-Baqarah, ayat 177)

Di antara asas-asas yang diletakkan oleh Islam dalam keseimbangan ini ialah:

- Mengejar kehidupan Akhirat (Darul Akhirat) di samping tidak lupa kepada kehidupan dunia. Allah berfirman:

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi”.

(Al-Qasas, ayat 77)

- Mengutuk orang yang mengharam bagi dirinya perhiasan yang baik-baik. Allah berfirman:

“Katakanlah: Siapakah yang mengharamkan perhiasan daripada Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezki yang baik. Katakanlah: Semua itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka sahaja) pada Hari Kiamat”

(Al-A’raf, ayat 32)

- Mengutuk orang yang bertapa dengan niat semata-mata beribadat. Rasulullah s.a.w bersabda kepada tiga orang yang datang kepadanya, mereka berlebihan dalam beribadah sehingga tidak ingin berkahwin:

أَمَا وَاللهِ إِنِّى لَأَخْشَاكُمْ لِلّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّى أَصُوْمُ وَأُفْطِرُ، وَأُصَلِّى وَأَرْقُدُ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَـاءِ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِى فَلَيْسَ مِنِّى

رَواهُ الشَّيْخَان

“Demi Allah! Aku adalah orang yang paling bertaqwa kepada Allah di antara kamu dan paling takut kepadaNya, akan tetapi aku puasa berbuka, aku salat dan tidur, dan aku juga menikahi perempuan. Maka barangsiapa yang tidak suka kepada sunnahku bukanlah termasuk kaumku”

(Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim)

- Membenci orang yang memencilkan diri daripada kehidupan dan lari daripada tanggungjawab berjihad. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

لاَتَفْعَلْ، فَإِنَّ مُقَامَ أَحَدِكُمْ فِى سَبِيْلِ اللهِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهِ فِى بَيْتِهِ سَـبْعِيْنَ عَامًا، أَلاَ تُجِبُّوْنَ أَنْ يَغْفِرَاللهُ لَكُمْ وَيُدخِلَكُمُ الْجَنَّةَ؟ أُغْزُوا فِي سَبِيْلِ اللهِ، مَنْ غَزَا فِي سَبِيْلِ اللهِ فُوَاقَ نَاقَةٍ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.

رَواهُ الترمذى وَالحاكم

Kepada mereka yang ingin ber’uzlah (memencilkan diri) dan lari daripada kewajipan jihad: Jangan berbuat begitu, sesungguhnya kehadiran salah seorang daripada kamu di jalan Allah lebih baik daripada dia salat di rumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka kalau Allah ampunkan dosa kamu dan dimasukkan-­Nya ke dalam syurga? Berperanglah di jalan Allah, barangsiapa yang berperang di jalan Allah selama waktu dua perahan susu wajiblah baginya syurga “

(Diriwayatkan oleh Tarmizi dan Hakim)

Semua asas-asas yang diletakkan oleh Islam ini bertujuan untuk mengimbangkan kehidupan manusia di antara kebendaan (material) dan roh, agama dan dunia, serta ibadah dan kehidupan agar manusia melaksanakan tugas dan menunaikan risalahnya dengan cara yang paling sempurna, serta meletakkan hak pada tempatnya dalam kehidupan.

H. Hubungan Erat (Talazum) di antara Akidah dan Kehidupan.

Sebagaimana diketahui dengan yakin bahawasanya akidah Rabbaniyah itu bilamana telah berakar umbi dalam diri manusia dan telah bercampur manisnya dengan hati yang senantiasa berhubungan dengan Allah, nescaya akan melahirkan suatu perasaan muraqabah (berhati-hati) mendorong untuk menunaikan kewajipan, menggagalkan segala tipu daya syaitan dan senantiasa membuat benteng penghalang antara manusia dengan maksiat.

Bangkitnya perasaan muraqabah dan munculnya rasa tanggungjawab inilah yang memberi dorongan kuat bagi ke­inginan peribadi (iradah zatiah) seorang mukmin, sehingga ia tidak menjadi tawanan bagi syahwatnya, tidak menjadi hamba bagi memuaskan keinginan hawa nafsunya tetapi dia akan berdisiplin dengan rasa takwa, dan menolak dengan alat penahan iman, bahkan mendorongnya untuk bekerja lebih serius & lebih baik dgn mengharapkan ganjaran serta pahala drpd Allah semata-mata.

Sebagaimana dimaklumi secara umum, bahawa bertapaknya rasa rabbaniyyah dalam lubuk jiwa manusia dan membebaskannya daripada cengkaman rasa takut dan khuatir, bahkan menjadikannya kuat serta mulia, sehingga ia sanggup berhadapan dengan semua kekuatan yang ada di muka bumi, tidak kecut kepada kerajaan (penguasa) dan tidak lemah di hadapan kezaliman dan godaan harta ke­kayaan.

Akidah inilah yang mengangkat orangnya daripada lumpur-lumpur tanah dan timbunan-timbunan debu sehingga ia berdiri di tempat tinggi yang mulia, memandang ke bumi daripada ketinggiannya dengan rasa tawadhu' (rendah diri), dengan kemuliaan serta rasa cinta dan rendah hati, tidak merasa asyik dan menghina orang lain tetapi meng­harapkan supaya orang lain sampai kepada peringkat yang ia diangkatkan oleh Allah kepadanya.

Tidak syak lagi, kalau seorang mukmin mengangkat dua matanya kepada perkataan Al-Haq s.w.t.:

“Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dialah yang keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau lebih banyak melainkan Dia ada bersama mereka di mana pun mereka berada”.

(Al-Mujadalah, ayat 7)

Dan ketika membayangkan sabda Rasulullah s.a.w.:

اَلإِحْسَانُ أَنْتَعْبُدَاللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

رَواهُ الشَّيْخَان

“ Ihsan ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, kalaupun tidak kau lihat, sesungguhnya la pasti melihatmu “.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Gambaran dan peringatan serta perasaan seumpama ini akan membebaskan seorang mukmin - sebagaimana kita sen­tuh tadi - daripada cengkaman hawa nafsu, godaan nafsu amarah, tipu daya syaitan dan fitnah harta benda, serta bersifat muraqabah lillah, ikhlas bekerja meminta bantuan-Nya dan berserah diri kepada-Nya atas musibah dan bencana bah­kan lebih bersemangat untuk bekerja dengan rasa amanah, kesungguhan dan serius. Bilamana ia berjalan di depan manusia ia berjalan seperti malaikat yang berjalan di bumi bersih, suci dan tunduk kepada perintah Allah.

Syariah pada konsepnya tidak mungkin dipisahkan di antara akidah dan kehidupan (hayat), sebagaimana tidak boleh dipisahkan di antara ibadah dan akhlak, kerana se­orang muslim tidak rnenjadi muslim sehingga ia mencerminkan akidah rabbaniyyah dalam seluruh amalnya yang bersifat ukhrawi dan duniawi. Begitu juga, seorang mukmin tidak menjadi mukmin sehingga nampak ibadahnya yang ikhlas kepada Allah dalam seluruh tindak-tanduknya sebagai indi­vidu dan anggota masyarakat.

Dalam keadaan seperti inilah seseorang manusia men­jadi manusia yang benar-benar seimbang melaksanakan manhaj Allah yang disebut sebagai manusia jempolan. Be­narlah Allah dalam firman-Nya pada surah `Asr;

“ Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalarn kerugian, kecuali orang-orang yang ber­iman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat rnenasihati supaya menetapi kesabaran” .

Tidaklah mungkin - sebagaimana ditegaskan oleh Al­-`Asr - manusia melaksanakan amal-amal salih; dan saling nasihat menasihati dengan hak dan kesabaran melainkan de­ngan adanya iman kepada Allah, kerana itulah asas untuk memperbaiki manusia, melengkapinya (menyempurnakan­nya) dan sebagai titik tolak keberangkatannya dalam ke­hidupan bahkan Dia merupakan mata air atau pancutan yang tidak pernah kering untuk menjaga keseimbangan manusia dan kesempurnaannya.

PENUTUP:

Secara ringkas boleh kita katakan bahawa: Kalaulah syariah berciri rabbaniyyah, alamiyyah dan syumul; kalaulah syariah mempunyai ciri-ciri keseimbangan, mengangkatkan kesulitan, dan memelihara maslahat manusia; kalaulah sya­riah dikenal sebagai mempertautkan antara akidah dan kehidupan, antara ibadah dan akhlak maka Dialah syariah yang berhak untuk kekal abadi dan menerangi dunia dengan cahaya kebenaran (Nurul Haq), peradaban dan pengetahuan serta mengangkat panji-panji ilmu pengetahuan, kebudayaan dan kemajuan di langit kemanusiaan dan menuliskan pada lintasan sejarah kalimat-kalimat keagungan, kebesaran dan keabadian. Benarlah firman Allah dalam Al-Qur`an:

“...Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya daripada Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah, Allah menunjukkan orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu daripada gelap gelita kepada cahaya yang terang-benderang dengan seizin-Nya dan menunjukkan mereka jalan yang lurus ”.

(Al-Maidah, ayat 15-16)

2 comments:

  1. Assalamualaikum....
    mintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
    semoga dimudahkan segala urusan anda... :)
    JazakAllahu Khairan

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, sy pon nak mntak izin dri tuan pnya blog ni utk mngambil sdikit mklumat utk tugasan sya..terima kasih

    ReplyDelete

Make Money With CashCrate