SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Monday, July 26, 2010

MAZHAB

Mazhab (مذهب) ialah bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam.

Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai.

Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama Sunni, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang rajih.

Bagi Islam Sunah, terdapat 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Mazhab lain, tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. Umat Islam di Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab Syafie.

Bagi Islam Syiah pula, ada tiga mazhab utama iaitu Jaafari, Ismaili dan Zaidi.

Mazhab dalam Kristian pula seringkali disebut denominasi.

Ahli Sunnah wal Jamaah

Mazhab Hanafi

Untuk rencana penuh, lihat Mazhab Hanafi

Mazhab Hanafi diasaskan oleh Nu’man bin Tsabit. Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah yang dihadapi.

Oleh kerana beliau seorang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka dapat membuat perhubungan rapat dengan pembesar negara.

Beliau mendapat tempat baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan tinggi dalam pemerintahan.

Iman Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra’u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai "akal dalam ilmu pengetahuan."

Ketika hayatnya, beliau dapat mengikuti pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama serta ideologi dan ism yang pelbagai.

Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyah.

Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri

Mazhab Hanafi turut digelar mazhab yang sangat rasional

Mazhab Maliki

Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas. Beliau lahir di kota Madinah pada tahun 93 hijrah.

Imam Malik dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah. Sewaktu hidupnya, Iman Malik mengalami dua corak pemerintahan iaitu Ummaiyah dan Abbasiyah, di mana pertelingkahan sengit dua pemerintahan sering berlaku.Pada masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya di kalangan masyarakat. Iman Malik menghafaz al-Quran dan hadis Rasulullah. Ingatannya sangat kuat. Beliau mendengar hadis daripada guru. Kemudian terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadis yang pelajarinya.


Pada permulaan hidupnya, Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau memadam hasrat itu. Ibunya kemudian mahukan anaknya mempelajari ilmu fiqh. Beliau menerima nasihat ibunya dengan baik. Iman Malik adalah seorang guru miskin. Pernah suatu hari, kayu bumbungnya rumahnya roboh. Beliau kemudian menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya. Namun, Allah murahkan rezekinya hingga menjadi kaya. Dengan kedudukan itu, beliau memakai pakaian mahal dan bau-bauan yang baik. Imam Malik adalah seorang yang cergas dalam menuntut ilmu.


Beliau banyak membuat hubungan dengan ahli hadis dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadis. Sanad (sandaran) yang dibawa oleh beliau, termasuk salah satu sanad terbaik dan benar. Imam Malik adalah seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya serta cermat dan halus memilih rawi-rawi hadis. Pendek kata, Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini. Imam Malik tetap berpegang teguh pada ajaran Rasulullah bahawa hadis itu petunjuk dan penyuluh kepada manusia. Seseorang tidak harus meninggal dan membelakangkannya.


Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau terlebih dahulu mendalami ilmu yang dipelajarinya hingga kadang-kala tidak tidur. Selepas fikirannya matang dan benar-benar berkebolehan, barulah beliau mengajar. Hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik berdasarkan al-Quran dan hadis. Imam Malik menjadikan hadis sebagai pembantu bagi memahami al-Quran. Beliau juga sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum. Imam Malik berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa.


Beliau pernah berkata: “Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku.” Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada penanya : “Pulanglah dulu supaya aku dapat berfikir.” Ramai manusia merendah-rendahkan Imam Malik kerana beliau melewat-lewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata “Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti (hari kiamat)”.

Mazhab Maliki turut digelar sebagai mazhab yang terlalu tradisional

Mazhab Syafie

Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin.

Inilah tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah.

Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf.

Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.

Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran serta membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair, tetapi mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke tahap paling tinggi.

Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab empat serangkai.

Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: “Diceritakan kepada Nabi Muhamad bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang kedua.”

Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.

Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau menghafaz dan menulis hadis.

Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk itu, beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyal selama 10 tahun. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling baik bahasa Arabnya.

Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya. Namun, Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.

Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu : “Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?”

Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.

Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik. Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah.

Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis.

Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.

Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.

Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Imam Syafie sendiri pernah berfahaman Maliki dan Hanafi.

Mazhab Hanbali

Pengasas mazhab Hanbali ialah Ahmad bin Mohamad bin Hanbal. Beliau lahir di bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah.

Ibnu Hanbal dari keluarga miskin. Sewaktu bapanya meninggal dunia, keluarganya tidak ditinggalkan harta yang banyak kecuali sebuah rumah kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupan, beliau terpaksa bekerja di kedai jahit.

Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau mempelajari hadis hingga menjadi seorang imam.

Seseorang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah engkau hendak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?”

Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hingga ke pintu kubur.”

Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya.

Imam Syafie adalah salah seorang guru beliau. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan haji. Pada waktu itu, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram.

Ibnu Hanbal mempelajari ilmu daripadanya. Mereka kemudian bertemu kali kedua di Baghdad. Imam Syafie menasihatinya supaya mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tidak kesampaian.

Syi'ah

Syi'ah atau lebih dikenal lengkapnya dari kalimat bersejarah Syi`ah `Ali pada awal mula perkembangannya juga banyak memiliki aliran. Namun demikian hanya tiga aliran yang masih ada sampai sekarang, yaitu Itsna 'Asyariah (paling banyak diikuti), Ismailiyah dan Zaidiyah. Di dalam keyakinan utama Syi'ah, Ali bin Abu Thalib dan anak-cucunya dianggap lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan sebagai khalifah dan imam bagi kaum muslimin. Di antara ketiga mazhab Syi'ah terdapat perbezaan dalam hal siapa saja yang menjadi imam dan pengganti para imam tersebut.

Mazhab Jaafariyyah

Mazhab Ja'fari atau Imam Dua Belas (Itsna 'Asyariah) adalah mazhab dengan penganut yang terbesar dalam Muslim Syi'ah. Dinisbatkan kepada Imam ke-6, iaitu Ja'far ash-Shadiq bin Muhammad bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Keimaman kemudian berlanjut yaitu sampai Muhammad al-Mahdi bin Hasan al-Asykari bin Ali al-Hadi bin Muhammad al-Jawad bin Ali ar-Ridha bin Musa al-Kadzim bin Ja'far ash-Shadiq. Mazhab ini menjadi mazhab rasmi Negara Republik Islam Iran.

Mazhab Ismailiyyah

Ismailiyah adalah mazhab dengan jumlah penganut kedua terbesar dalam Islam Syi'ah, selepas mazhab Imam Dua Belas (Ithna 'Asyariah). Sebutan Ismailiyah diperoleh pengikut mazhab ini kerana penerimaan mereka ke atas keimaman Isma'il bin Ja'far sebagai pewaris dari Ja'far ash-Shadiq. Pengikut mazhab Ithna 'Asyariah, di lain pihak menerima Musa al-Kadzim sebagai Imam mereka. Baik Ismailiyah mahupun Ithna 'Asyariah sama-sama menerima keenam enam Imam Syi'ah terdahulu, sehingga memiliki banyak persamaan pandangan atas sejarah awal mazhabnya.

Mazhab Zaidiyah :

Mazhab Zaidi atau Mazhab Lima Imam berpendapat bahwa Zaid bin Ali merupakan pengganti yang berhak atas keimaman dari ayahnya Ali Zainal Abidin, saudara tirinya, Muhammad al-Baqir. Dinisbatkan kepada Zaid bin Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Setelah kematian imam ke-4, Ali Zainal Abidin, yang ditunjuk sebagai imam selanjutnya adalah anak sulung beliau yang bernama Muhammad al-Baqir, yang kemudian diteruskan oleh Ja'far ash-Shadiq. Zaid bin Ali menyatakan bahawa imam itu harus melawan penguasa yang zalim dengan pedang. Setelah Zaid bin Ali syahid pada masa Bani Umaiyyah, beliau digantikan anaknya Yahya bin Zaid.

____________________________________________________________________

WAHABI

'Wahabi (bahasa Arab: Al-Wahhābīyya‎ الوهابية) atau Wahhabisme merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisma. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

  • Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
  • Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal (al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.

Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Pengasas

Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'. Beliau adalah seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.

Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah].

Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.

Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.

Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya, namun setelah mendengar fatwa-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.

Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak , malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.

Amalan kaum Wahabi menurut hadith

Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.

Perubahan yang mereka lakukan ialah :

  1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan.
  2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.
  3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.
  4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
  5. Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith, terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
  6. Melarang membaca qasidah.
  7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
  8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
  9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

Pandangan Siradjudin Abbas

Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :

  1. Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
  2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
  3. Mengambil sumber Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa Ijma Ulama dan Qias.
  4. Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan).
  5. Melarang menziarahi kubur, w/pun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan org yg mengerja prgi ke Masjid Nabi di Madinah dgn niat m'ziarahi Masjid, bkn m'ziarahi maqam.
  6. M'hancurkn tugu-tugu peringatan / monumen krn hal ini semuanya m'jadikn org musyrik. Bangunan besar yg dibangunkan di ats tempat Nabi di Suq al Leil tlh lama diruntuhkan.
  7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.
  8. Melarangkan umat Islam merayakan & memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan smua pryaan hari kbsaran Islam yg lain, kcuali Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidil Adha.
  9. Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.
  10. Fhaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hdklah dibuang jauh-jauh.
  11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w
  12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.
  13. Azan tidak boleh berlagu.
  14. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
  15. Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Solat.
  16. Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain dilarang keras.
  17. Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi. [5]

Fahaman Wahabi di Malaysia

Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa Wahabi sebagai ajaran sesat atau fahaman sesat .Ia adalah khilafiah (pertikaian) di mana timbul persoalan mengenai takwil (tafsiran).

Jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak pernah mempertikaikan amalan tidak membaca qunut oleh imam di kaabah. Jemaah Islam juga akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam nabi Muhammad di Madinah. Mereka akur dengan perbezaan tersebut kerana telah dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji.

Pada 8 Mei 2008 di persidangan Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan pendirian kerajaan Malaysia berhubung soalan dari peguam Zulkifli Noordin (PKR - Kulim Bandar Baru).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenalpasti pendakwah antaranya Dr Abdullah Yasin dan Ustaz Hussein Yee sebagai penganut Wahabi yang jelas. Mungkin itulah sebabnya Hussein Yee tidak lagi muncul dalam program dan ceramah agama di televisyen. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak pula dilabel sebagai wahabi walaupun khabar angin menyatakan beliau seorang wahabi. Negeri Perlis yang tidak mengamalkan bacaan qunut juga dilabel sedemikian.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengadakan sekurang2nya 6 kali muzakarah atau perbincangan dgn pelbagai pihak sejak 1985 hingga 1998. Pertikaian terbaru dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pd 30 Ogos 2007 iaitu seorang yg dikatakan pengamal wahabi juga.

Kebanyakan lulusan universiti dari Madinah mengiktiraf ajaran Wahabi ini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah menganggap Wahabi sebagai ajaran sesat. Muzakarah kali ke-40 pada 1996 menyebut bahawa mana-mana golongan yang mengisytiharkan diri mereka tidak bermazhab dan menganggap bahawa dialah orang yang lebih baik di samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab sedangkan mereka berada dalam kelompok yang sama, pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik.

MUKTAZILAH

Muktazilah (bahasa Arab: المعتزلة al-mu`tazilah) adalah satu dari cabang pemikiran dalam Islam yang terkenal dengan sifat rasional dan liberal. Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam lainnya adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil 'aqliah (akal) sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.

Etimologi

Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab إعتزل (iʿtazala) yang bermaksud "meninggalkan", "menjauhkan diri".

Sejarah perkembangan

Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah) di Basrah, Iraq, apabila Wasil ibn Ata meninggalkan kelas pembelajaran Hasan al-Basri selepas berselisih faham mengenai isu Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn (akan diterangkan kemudian). Beliau dan pengikutnya termasuk Amr ibn Ubayd kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili/Mu'tazili. Golongan ini juga menggelar diri mereka sebagai Ahl al-Tawhid wa al-'Adl (golongan tauhid dan keadilan Tuhan) berdasarkan ideologi yang mereka perjuangkan di antaranya mahukan sistem Islam yang berdasarkan akal. Mereka juga dilabel sebagai golongan free will dan free act, kerana mereka berpegang kepada prinsip kebebasan melakukan sesuatu.

Ketika pertama kali muncul, pemikiran Muktazilah tidak mendapat simpati umat Islam, terutama di kalangan masyarakat awam kerana mereka tidak begitu memahami ajaran Muktazilah yang bersifat rasional dan sarat dengan falsafah. Alasan lain mengapa pemikiran ini kurang mendapat sokongan umat Islam pada saat itu adalah kerana pemikiran ini dianggap tidak selari dengan sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat.

Muktazilah bergantung kpd bbrapa aspek pemikiran dari falsafah Islam, Greek dan Helenistik.

Aliran Muktazilah berkembang di kalangan golongan intelek semasa pemerintahan Khalifah al-Ma'mun dari dinasti Abbasiyah (198-218 H/813-833 M). Kedudukan Muktazilah semakin kukuh setelah Khalifah al Ma'mun menjadikannya sebagai mazhab rasmi negara. Dikatakan Khalifah al Ma'mun sejak kecilnya sudah dididik dalam tradisi Yunani yang gemar dengan falsafah dan ilmu pengetahuan.

Dan pada zaman itulah golongan muktazilah memaksakan pemikirannya yang dikenal dalam sejarah dengan peristiwa Mihnah (fahaman bahawa al-Quran itu makhluk Allah, jadi tidak qadim. Jika al-Quran dikatakan qadim, maka akan timbul kesimpulan bahawa ada yang qadim selain Allah).

Ajaran asas

Muktazilah mempunyai lima ajaran asas iaitu:

  1. Al-Tauhid التوحيد:
    • Muktazilah percaya kepada Tauhid iaitu Tuhan itu satu. Mereka berbeza dari majoriti Muslim dalam menerangkan tentang konsep Tauhid supaya selari dengan wahyu dan akal. Contohnya majoriti mazhab dalam Islam menghadapi kesulitan dalam menerangkan sifat Tuhan tanpa menyamakanNya dengan perwatakan manusia (anthropomorphic) atau tidak menerangkan langsung maksud tersebut seperti yang tertulis dalam wahyu. Muktazilah mengatakan sifat Tuhan adalah tidak berbeza dari zatNya. Dengan kata lain, Tuhan itu Maha Mengetahui, tetapi Tuhan itu Maha Mengetahui kerana zatNya bukannya kerana Ia mempunyai pengetahuan yang terasing dari diriNya. Konsep Tauhid ini diterangkan dalam hasil kerja cendekiawan Muktazilah, hakim agung Abd al-Jabbar ibn Ahmad.
    • al-Qur'an ialah makhluk.
    • Tuhan di alam akhirat kelak tak terlihat mata manusia. Yang terjangkau mata manusia bukanlah Ia. Mereka berdalil dengan firman Allah Ta’ala :
      "قال رب أرنى أنظر إليك قال لن ترانى"
      yang bermaksud : “Maka Nabi Musa berkata: Wahai Tuhan ku perlihatkanlah kepadaku zat Mu yang Maha Suci supaya aku dapat memandang kepada Mu, Allah menjawab: Engkau tidak sekali-kali dapat melihat Ku”
      Mereka menafikan penglihatan itu berdasarkan kepada tafsiran mereka akan perkataan “لن” yang menafikan masa sekarang dan akan datang.
  2. Al-'Adl العدل - Keadilan Tuhan. Dalam menghadapi masalah kewujudan kejahatan di dunia, Muktazilah percaya kepada free will (kebebasan manusia). Kejahatan dilihat sebagai sesuatu yang berlaku kerana kesalahan manusia dalam melakukan sesuatu. Muktazilah tidak menafikan kewujudan kezaliman ke atas manusia kerana ini terjadi disebabkan manusia itu menyalah gunakan free will (kebebasan) yang diberi Tuhan. Dalam menerangkan hal ini, Muktazilah bergantung kepada doktrin taklif - iaitu hidup ini adalah ujian Tuhan kepada manusia yg diberikan akal fikiran untuk memilih yang baik dan buruk.
    Pada hari Kiamat nanti, mereka akan dihukum Tuhan atas segala nikmat yang mereka perolehi dan tanggungjawab yang diamanahkan semasa mereka di dunia. Sekiranya mereka ini menyalah gunakan akal fikiran yang diberi Tuhan, mereka akan dihukum di neraka. Ini kerana Tuhan telah bersikap adil dalam menjelaskan jalan yang lurus dan jalan yang sesat dalam kitab suciNya.
  3. Al-Wa'd wa al-Wa'id الوعد و الوعيد - Janji dan amaran. Mereka berpendapat Tuhan tidak akan mungkir janji iaitu memberi pahala pada muslimin yang baik dan memberi azab seksa pada muslimin yang jahat pada hari Kiamat nanti.
  4. Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn المنزلة بين المنزلتين - Posisi pertengahan. Pendapat ini dicetuskan Wasil ibn Ata yang membuatnya berpisah dari gurunya Hasan al-Basri, bahwa mukmin berdosa besar dan tidak bertaubat, dia bukan mukmin (beriman) tetapi juga bukan kafir (tidak beriman), statusnya boleh dipanggil fasik. Mereka ini boleh dikebumikan sebagai Muslim, didoakan dan mengahwini Muslim. Hanya Tuhan yang akan menentukan di neraka mana mereka ditempatkan kerana neraka itu mempunyai banyak tingkat untuk semua golongan.
    Imam Hasan al-Basri berpendapat muslim berdosa besar masih seorang mukmin sementara golongan Khawarij mengatakan mereka kafir.
  5. Al-amr bil ma'ruf wa al-nahy 'an al munkar الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر - menyeru kebaikan dan melarang kemungkaran. Menyeru kebaikan terdapat dua jenis, satu yang wajib seperti tanggangjawab agama (al-faraid) apabila seseorang meninggalkannya (dayya'aha) dan yang sunat (al-nafila) apabila seseorang meninggalkannya (tarakaha). Dan bagi melarang kemungkaran, ia wajib kerana kemungkaran itu adalah salah (qabih). Jika boleh, melarang kemungkaran itu mestilah jalan yang tidak menyusahkan atau menjadikan kemungkaran itu tidak begitu teruk, dengan matlamat supaya kemungkaran itu tidak berlaku langsung. Tafsiran Muktazilah berbeza dengan tafsiran ulama’-ulama’ ahli as-sunnah wal-jamaa’h. Di mana muktazilah berpendapat bahawa menyuruh kepada perkara yang ma’ruf dan mencegah perkara kemungkaran mestilah dengan hati terlebih dahulu, kemudian dengan lidah, kemudian dengan tangan dan sekiranya tidak mencukupi dengan lidah dan tangan maka dengan menggunakan pedang. Mereka tidak membezakan antara yang berkuasa dengan tidak berkuasa. Mereka berdalil dengan firman Allah Ta’ala :
    "وإن طائفان اقتلوا فأصلحوا بينهما فإن بغت احدهما على الأخرى فقاتلوا التى تبغى حتى تفىء إلى أمر الله " yang bermaksud : "Dan jika dua puak dari orang yang beriman berperang maka damaikanlah di antara keduanya dan jika salah satu di antara keduanya berlaku zalim terhadap yang satu lagi maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah."

Akal dan wahyu

Golongan Muktazilah mempunyai teori sendiri tentang akal, wahyu dan hubungan di antara keduanya. Mereka menghargai kekuatan akal dan intelek manusia. Bagi golongan ini, akal manusia membawa mereka mengenali Tuhan, sifatNya dan akhlak. Apabila pengetahuan asas ini dan kebenaran Islam dan wahyu al-Quran dicapai, akal dan kitab suci akan menjadi sumber utama kepada panduan dan ilmu pengetahuan orang Islam. Harun Nasution dalam Muktazilah dan Falsafah Rasional (1997), berhujah penggunaan meluas rasionaliti oleh Muktazilah dalam memajukan pandangan agama mereka dengan menulis: "Adalah tidak menghairankan penentang Muktazilah seringkali menuduh Muktazilah sebagai manusia yang tidak memerlukan wahyu, bahawa bagi mereka semuanya boleh diketahui dengan akal, dan terdapat konflik di antara akal dan wahyu, bahawa mereka berpegang kepada akal dan meninggalkan wahyu, dan Muktazilah tidak mempercayai wahyu. Tetapi adakah benar Muktazilah berpendapat semuanya boleh diketahui melalui akal dan oleh itu wahyu tidak diperlukan? Tulisan-tulisan golongan Muktazilah menunjukkan sebaliknya. Pada pendapat mereka, akal manusia tidak cukup kuat untuk mengetahui segalanya dan kerana itu manusia memerlukan wahyu untuk sampai kepada kesimpulan berkenaan apa yang baik dan apa yang tidak baik untuk mereka."

Posisi Muktazilah tentang peranan akal dan wahyu diterangkan dengan baik oleh Abu al-Hasan al-Ash'ari (wafat 324 selepas hijrah/935M), seorang ahli teologi mazhab Ash'ari, dengan mengaitkannya kepada sarjana Muktazilah Ibrahim al-Nazzam (wafat 231 selepas hijrah/845M):

كل معصية كان يجوز أن يأمر الله سبحانه بها فهي قبيحة للنهي، وكل معصية كان لا يجوز أن يبيحها الله سبحانه فهي قبيحة لنفسها كالجهل به والاعتقاد بخلافه، وكذلك كل ما جاز أن لا يأمر الله سبحانه فهو حسن للأمر به وكل ما لم يجز إلا أن يأمر به فهو حسن لنفسه ”

Tokoh Muktazilah

Tokoh-tokoh Muktazilah yang terkenal ialah:

  1. Wasil bin Ata, lahir di Madinah, pelopor ajaran ini.
  2. Abu Huzail al-Allaf (751-849 M), penyusun lima ajaran asas Muktaziliyah.
  3. an-Nazzam, murid Abu Huzail al-Allaf.
  4. Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubba’i (849-915 M).

Meskipun Muktazilah tiada lagi, namun pemikiran rasionalnya sering dibahas cendekiawan muslim dan bukan muslim.

KHAWARIJ

Khawarij
(bahasa Arab Khawārij خوارج), secara harfiah bermaksud "mereka yang keluar". Khawarij adalah kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong Saidina Ali ibn Abi Talib tetapi kemudian menolak kepimpinan Ali. Golongan ini mula terbentuk pada akhir abad ketujuh Masehi di selatan Iraq. Mereka berbeza daripada golongan Sunni dan Syiah.

Kumpulan Khawarij yang terselamat sehingga hari ini adalah seperti Ibādi di Oman, dan kelompok kecil di Zanzibar, Algeria, Tunisia dan Libya. Mereka bagaimana pun merujuk diri mereka sebagai ahl al-'adl wal istiqama (golongan ahli keadilan dan kejujuran).

Ulama dan kerajaan negara Islam sekarang melabelkan kumpulan pengganas yang membunuh orang yang tidak berdosa sebagai golongan "Khawarij baru" kerana golongan pengganas seperti ini menghalalkan darah orang kafir dan orang Islam yang mereka hukum kafir melalui takfir (diterangkan kemudian).

Sejarah perkembangan

Setelah kewafatan Saidina Uthman bin Affan yang dibunuh oleh orang Khawarij, kaum Muslimin mengangkat Ali bin abi Talib sebagai khalifah. Berita kewafatan Uthman sampai kepada Muawiyah ibn Abu Sufyan, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Uthman bin Affan. Sesuai dengan tradisi Islam, Mu'awiyyah berhak menuntut balas atas kematian Uthman. Mendengar berita ini, orang-orang Khawarij ketakutan, lalu menyusup ke pasukan Ali bin Abi Talib. Mu'awiyyah berpendapat bahawa semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Uthman harus dibunuh, sedangkan Ali berpendapat yang harus dihukum hanya mereka yang membunuh Uthman saja kerana tidak semua yang terlibat pembunuhan diketahui identitinya.

Akhirnya terjadilah perang Siffin karena perbezaan pendapat tadi. Untuk berdamai, masing-masing pihak mengirim utusan untuk berunding. Melihat hal ini, orang-orang khawarij keluar dari pasukan Ali bin abi Talib dan merancang untuk membunuh Mu'awiyyah dan Ali, tapi yang berjaya mereka bunuh hanya Ali bin Abi Talib.

Ajaran utama

Secara umum, ajaran utama golongan Khawarij adalah:

  1. Kaum muslimin yang melakukan dosa besar adalah kafir (bertentangan dengan pendapat Imam Hasan al-Basri dan golongan Muktazilah).
  2. Kaum muslimin yang terlibat dalam perang Jamal, yakni perang antara Aisyah, Thalhah, dan Zubair melawan Ali ibn Abi Thalib dan orang perantara (termasuk yang menerima dan membenarkannya) adalah kafir.
  3. Khalifah harus dipilih rakyat serta tidak harus dari keturunan Nabi Muhammad SAW dan tidak mesti keturunan Quraisy. Jadi, seorang muslim dari golongan manapun boleh menjadi khalifah jika mampu memimpin dengan baik.

Amalan mengkafirkan orang Islam lain ini dipanggil takfir. Mengikut tafsiran konvensional, hukum bagi mereka yang menjadi kafir (murtad) adalah bunuh. Melalui tafsiran inilah golongan Khawarij menghalalkan darah Ali dan Muawiyah untuk dibunuh. Pada zaman moden ini, terdapat kumpulan ekstrimis Islam yang mengguna pakai hukum takfir untuk membunuh mereka yang tidak berdosa termasuk orang Islam.

Pecahan golongan Khawarij

Khawarij adalah mazhab pertama dalam sejarah Islam. Terdapat tujuh pecahan utama dalam mazhab Khawarij:

Pecahan kecil lain dalam mazhab ini adalah:

  • al-Ibaathiyyah;
  • ash-Shamraakhiyyah;
  • as-Salaydiyyah;
  • as-Sirriyyah;
  • al-'Azriyyah;
  • al-'Ajradiyyah;
  • ash-Shakkiyyah;
  • al-Fadhaliyyah;
  • al-Bayhasiyyah;
  • al-'Atwiyyah;
  • al-Fadeekiyyah;
  • al-Ja'diyyah;
  • ash-Shaybiyyah;
  • al-Haruriyah;
  • al-Khamariyyah;
  • ash-Sharaah.

Tokoh utama

Antara tokoh-tokoh utama Khawarij adalah:

MENGENALI PERBEZAAN MAZHAB

Bacaan basmalah dalam solat

Dikirim oleh admin di 15 Ogos 2008

Bacaan Basmallah di dalam salat jahar (nyaring).
i : Bacaan Basmallah ada dalam Al-Fatihah.
ii : Bacaan Basmallah secara jahr (nyaring) dan sirr (perlahan) kedua-duanya adalah warid
(berdasarkan nas).
iii: Rasulullah s.a.w lebih banyak membaca secara sirr daripada jahr.

iv: Seseorang itu boleh membaca Basmallah secara jahr tetapi membaca secara sirr adalah afdal
(lebih baik). Keputusan ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil berikut yang dikumpulkan
oleh dua pihak yang berlainan pendapat.

BACAAN SECARA SIRR

Beberapa Hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a diantaranya ialah:

i : Daripada Anas bin Malik r.a : Maksudnya : Daripada Anas bin Malik r.a katanya : Aku telah bersembahyang bersama-sama Rasulullah s.a.w, Abu Bakar, Umar dan Uthman dan aku tidak dengar seorang pun daripada mereka membaca (Sahih Muslim 4, h. 110).

ii. Tidak ada hadis sahih dari Nabi s.a.w yang terang jelas menunjukkan bacaan Basmallah, yang ada hanyalah Hadis-hadis dhaif dan maudhu’. Ini berdasarkan kenyataan Imam al-Daruqutni ketika datang ke Mesir untuk mengumpulkan Hadis-hadis yang menunjukkan nyaring bacaan Basmallah, dia ditanya : Adakah Hadis yang sahih ? Dia menjawab : Dari Nabi tidak ada, dari sahabat ada yang sahih dan ada yang dhaif. Al-Fatwa al-Kubra h. 91).

iii. Menolak kesahihan Hadis Muawiyyah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik yang menunjukkan bacaan Basmallah secara jahr. Ini berdasarkan alasan-alasan berikut :

· Hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik mengenai bacaan Sirr adalah Riwayat yang sahih dan terang , menolak hadis ini.

· Di dalam Sanad Hadis tersebut terdapat Ibnu Kahitam yang telah didhaifkan oleh sesetengah golongan , riwayatnya mutarrib samada isnadnya atau matannya.

· Sanadnya tidak muttasil.

iv. Hadis daripada Abdullah bin Mughaffal: Ketika Muawiyyah datang ke Madinah, Anas tidak ada bersama-sama dengannya dan dia berada di Basrah, maka hadis ini bukanlah diriwayatkan oleh Anas. Maksudnya: Dari Abdullah bin Mughaffal katanya :” Ayahku telah mendengar ketika aku membaca al-Fatihah ayahku berkata : ” Wahai anakku, berwaspadalah terhadap perkara baru (bidaah)”,katanya lagi:”Tidak pernah seorangpun yang membenci perkara baru dalam Islam melebihi para sahabat Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya aku telah bersembahyang bersama-sama Rasulullah s.a.w , Abu Bakar , Umar dan Uthman dan aku tidak dengar seorang pun daripada mereka membacanya, maka janganlah kamu membacanya , apabila kamu membaca ( al-Fatihah ) maka katakanlah Alhamdulillah rabbil ‘Alamin ” ( Hadis riwayat al-Khamsah kecuali Abu Daud – Nailul Author)

v. Hadis daripada Abu Hurairah mengenai pembahagian al-Fatihah antara Allah dan hambanya dimana Basmallah tidak disebut dalam pembahagian itu . ( Sahih Muslim).

BACAAN SECARA JAHR

i. Basmallah adalah ayat daripada al-Fatihah, maka hukumnya adalah sama dengan surah tersebut , jika dibaca nyaring maka Basmallah adalah nyaring dan begitulah sebaliknya.

ii. Hadis yang menunjukkan bacaan Basmallah secara perlahan hanya diriwayatkan oleh dua orang sahabat sahaja iaitu Anas bin Malik dan Abdullah bin Mughaffal, kedua-dua riwayat tersebut tidak boleh dijadikan hujah sebab Hadis Anas adalah Muttarib dan Hadis Ibnu Mughaffal adalah Dhaif kerana dia seorang yang Majhul. Manakala hadis yang menunjukkan bacaan nyaring walaupun sebahagiannya dhaif, tetapi datangnya dari 21 orang sahabat seperti Abu Hurairah, Ummu Salamah , Ibnu Abas, Anas, Ali bin Abi Talib, Samurah bin Jandab dan lain-lain lagi.

iii. Hadis riwayat an-Nasaii: Maksudnya : Daripada Nuaim bin Abdullah al-Mujmir katanya:”Aku telah besembahyang dibelakang Abu Hurairah r.a dia membaca Bismillah al-Rahman al-Rahim, kemudian dia membaca Ummul kitab (al-Fatihah) sehinggalah sampai dia mengucapkan Amin dan orang pun mengucapkan Amin, sujud dan bangun daripada tunduk dia mengucapkan ” Allahu Akbar”. Selepas memberi salam dia berkata: Demi tuhan yang nyawaku di tangannya, Aku telah menunjukkan kepada kamu sembahyang yang serupa dengan Rasulullah s.a.w. Hadis ini diriwayatkan oleh an-Nasaii dan menurut Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban hadis ini adalah sahih, al-Hakim pula berkata sahih mengikut syarat Bukhari dan Muslim . Al-Baihaqi berkata isnadnya sahih dan kata Abu Bakar al-Khatib hadis in thabit dan sahih. (Nailul Athar ,jil.1, h.225)

iv. Hadis riwayat al-Bukhari: Maksudnya: ” Daripada Qatadah katanya: Anas ditanya bagaimanakah bacaan Nabi s.a.w ? Jawab beliau: Bacaannya adalah mad (panjang). Kemudian dia membaca dia panjangkan pada Bismillah, dia panjangkan pada al-Rahman dan dia panjangkan pada al-Rahim. (al-Bukhari, Nailul Author, Jil 1. 230)

v. Hadis : Maksudnya : dari Said bin Jabir, Ibnu Abbas telah berkata : Adalah Nabi s.a.w menyaringkan (al-Majmuk Jil. 3, h.374)

Ulama besar larang taklid

DIkirim oleh admin di 30 Julai 2008

Ulama besar dan taklid

Imam Abu Yusuf (slh seorg bekas sahabat Imam Abu Hanifah) berkata: “Tidak halal bg ssorg bhw dia akan b'kata dgn p'kataan kami kecuali seudah mengerti dr mana kami b'kata.”

Imam Al-Muzani(salah seorang alim besar dan sahabat Imam As-Syafie yang amat rapat) dipermulaan kitabnya Al-Mukhtasar menyatakan: “Aku telah meringkaskan kitab ini dari ilmu Muhammad bin Idris As-Syafie dan dari makna perkataannya untuk mendekatkannya (memudahkannya) bagi orang yang menghendakinya serta aku beritahukan tentang larangannya darihal mentaqlidnya dan mentaklid orang lain agar orang memerhatikan pada agamanya dan berhati-hati tentang agamanya untuk dirinya.”

Kata Imam Abdullah bin Al-Mu’tamir: “Tiada perbezaan antara satu binatang ternak yg menurut dan seorang manusia yang bertaklid.”

Kata imam Ubaidillah bin Mu’taz: “Tiada perbezaan antara seekor binatang yang dituntun dan seorang manusia yang taklid.”

Kata Imam Abu Abdillah bin Khuwaiz Al-Maliki: “Taklid ertinya di dlm syarak b'pegang kmbali kpd p'kataan yg tiada alasan bg yg mngatakannya dan yg demikian itu dilarang menurut syariat dan ittiba’ itu ialah apa-apa yang ada alasannya.”

“Tiap-tiap org yg engkau turut perkataannya, maka engkau bertaklid kepadanya padahal taklid dalam agama Allah itu tidak sah dan tiap-tiap orang akan memberi dalil yang mewajibkan engkau menurut perkataannya, maka engkau menurut dalil itu dan ittiba’ itu dalam agama diperkenankan dan taklid itu dilarang.”

Kata Imam Ibnu Jauziah di dalam kitabnya Talbisu Iblis: “Ketahuilah bahwasanya orang yang bertaklid itu tidak mempunyai keteguhan pada apa-apa yang dia taklid dan taklid itu merosakkan kemanfaatan kerana akal itu dijadikan untuk berangan-angan dan berfikir. Dan amat keji pada orang yang diberikan lilin yang harus dinyalakan untuk peneranagn dalam kegelapan tetapi dia memadamkannya dan dia berjalan di dalam keadaan gelap gelita.”

Kata Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Al-Mustashfa: “Taklid itu ialah menerima suatu perkataan yang tidak dengan hujjah dan tidaklah taklid itu menjadi jalan kepada ilmu pengetahuan baik dalam urusan usul mahupun dalam urusan furuk agama.”

Kata Imam sanad bin ‘Anam Al-Maliki: “Seseorang yang bertaklid itu tidak di atas pandanagn yang benar dan dia dan bersifat dari pengetahuan yang sebenarnya kerana taklid bukan jalan yang menyampaikan kepada ilmu pengetahuan.”

Kata imam Ath-Thahawi: “Tidak akan bertaklid melainkan orang yang keras kepala atau berfikiran beku.”

Imam Ibnu Abdil Barr dlm kitabnya Jami’u Bayani ‘ilmu wa fadhlih. Ssdah m'bahas dan mengupas ttg kbrukan taklid, beliau mnulis dgn tegas: “Dan tiada perselisihan lagi di antara para imam di segenap negara tentang kerosakan taklid.”

Imam mazhab larang taklid

DIkirim oleh admin di 18 Julai 2008

Imam Malik bin Anas (mazhab Maliki/guru imam As-Syafie)

“Tiap-tiap orang boleh diambil perkataannya dan ditolak melainkan perkataan yang mempunyai kubur ini (sambil beliau menunjuk ke arah makam Nabi s.a.w).”

Sesungguhnya aku ini manusia yang boleh jadi benar dan boleh jadi salah, maka dari itu, bandingkan perkataanku kepada Kitab dan sunnah.”

“Tidak tiap-tiap perkataan yang dikatakan oleh seseorang sekalipun dia mempunyai kelebihan harus diturut perkataannya.”

“Sesungguhnya kau ini tidak lain melainkan manusia, boleh jadi aku salah dan boleh jadi aku benar. Maka dari itu, hendaklah kamu memerhatikan pendapatku. Tiap-tiap yang sesuai dengan kitab Allah dan sunnah, kamu ambillah dia dan tiap-tiap yang tidak sesuai dengan kitab dan sunnah, kamu tinggalkanlah dia.”

Harun Ar-Rasyid hendak memerintahkan orang ramai supaya mengikut mazhab Imam Malik, tetapi Imam Malik menentang keras perintah tersebut.

Imam Malik pernah berpesan kepada Ibn Wahbin: “Hai Abdullah, apa-apa yang telah engkau ketahui, maka katakanlah ia dan ambillah alasan dengannya dan apa-apa yang belum engkau ketahui, maka hendaklah engkau diam daripadanya dan jauhkanlah diri engkau bertaklid kepada manusia dengan rantai buruk.”

Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi)

“Tidak halal bagi seseorang berkata dengan perkataan kami hinga dia mengetahui dari mana kami mengatakannya.”

“Haram atas sesiapa yang belum mengetahui dalil fatwaku bahawa dia berfatwa dengan perkataanku.”

“Jika perkataanku menyalahi Kitab Allah dan khabar Rasul, maka kamu tinggalkanlah perkataanku itu.”

Dalam kitabnya Raudhah Al-Ulama:

“Bahwasanya Abu Hanifah pernah ditanya: “Apakah engkau berkata satu perkataan padahal Kitab Allah menyalahkannya, bagaimana? Kata beliau: “Tinggalkanlah perkataanku dan ikutilah Kitab Allah.” Maka beliau ditanya lagi: “ Apabila khabar Rasul s.a.w. (hadis) menyalahkannya?” Kata beliau: “Tingalkanlah perkataanku dan ikutlah khabar Rasul s.a.w.” Kemudian beliau bertanya lagi: “Apabila perkataan sahabat menyalahkannya.” Beliau berkata: “Tinggalkan perkataanku dan ikutlah perkataan sahabat itu.”

Apabila beliau ditanya tentang sesuatu fatwa tertentu:

“Ini pendapat Nu’man bin Thabit iaitu dari beliau dan dia sebaik-baik yang telah kami pertimbangkan, maka dari itu barangsiapa yang datang dengan pendapat yang lebih baik daripadanya, maka yang lebih utama itu benar.”

Imam Ahmad bin Hambal (mazhab Hambali/anak murid imam As-Syafie)

“Salah satu tanda kekurangan pengertian seseorang ialah bertaqlid kepada orang lain tentang agamanya.”

“Janganlah engkau bertaklid kepada seseorang tentang agamamu.”

“Hendaklah kamu memerhatikan tentang urusan agamamu kerana sesungguhnya taklid kepada yang lain selain kepada yang maksum (Nabi s.a.w) itu tercela dan padanya membutakan bagi kecerdikan pandangan.”

“Janganlah kamu bertaklid kepada orang-orang tentang agamamu kerana sesungguhnya mereka itu tidak akan selamat bahawa mereka itu bersalah.”

“Janganlah engkau bertaklid tentang agamamu kepada seseorang dari mereka itu, apa yang datang dari Nabi s.a.w dan sahabatnya maka ambillah ia.”

Seorang sahabatnya meminta pertimbangan tentang dia akan bertaklid kepada salah seorang alim besar di zamannya.Imam Ahmad berkata:

“Janganlah kamu bertaklid kepadanya, jangan kamu bertaklid pada Malik, jangan kepada Al-Auza’i, jangan kepada At-Thauri dan jangan pula kepada yang lain-lainya, tetapi ambillah olehmu hukum-hukum dari mana mereka itu mengambil.”

Imam Abu Daud pernah berkata kepada Imam Ahmad bin Hambal: “Imam Al-Auza’i lebih menurut sunnah daripada imam Malik.”

Imam Muhammad bin Idris (mazhab As-Syafie)

“Apa yang telah aku katakan padahal Nabi s.a.w sungguh telah menyatakan dengan menyalahi perkataanku, maka apa yang telah sah dari hadis Nabi s.a.w lebih utama dan janganlah kamu bertaklid kepadaku.”

“Tiap-tiap masalah yang sah padanya khabar (hadis) dari Rasulullah saw dengan menyalahi apa yang telah aku katakan, maka aku akan rujuk (kembali mengikut) kepadanya di waktu aku hidup dan sesudah aku mati.”

“Apabila kamu dapati dalam kitabku sesuatu yang menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w., maka hendaklah kamu berkata dengan sunnah Rasulullah s.a.w. dan tinggalkanlah perkataanku.”

“Apabila telah sah hadis, maka kamu lemparlah perkataanku ke dinding.”

“Tiap-tiap yang menyalahi perintah Rasulullah saw, jatuhlah ia dan tidak akan tegak besertanya pendapat dan tidak pula perbandingan.”

“Hadis Rasulullah saw itu mencukupi dengan sendirinya jika telah sah.”

“Misal orang yang menuntut ilmu dengan tiada hujah itu bagaikan pemungut kayu pada malam hari. Dia membawa seberkas kayu api padahal di dalamnya ada seekor ular jahat yang akan memagutnya sedang dia tidak tahu.”

“Apabila kamu mendapati perkataanku bersalahan dengan perkataan Rasulullah saw, maka lemparkanlah perkataanku ke tepi dinding.”

“Tiada perkataan bagi seseorang beserta sunnah Rasulullah s.a.w.”

“Telah sepakat manusia bahawa barangsiapa yang ternyata baginya satu sunnah dari Rasulullah s.a.w. tidaklah dia meninggalkannya kerana perkataan seseorang dari manusia.”

“Apabila kamu dapati dalam kitabku menyalahi sunnah Rasulullah saw, maka hendaklah kamu berkata dengan sunnah Rasulullah lalu tinggalkanlah perkataanku.”

“Apabila kamu mendapati satu sunnah bagi Rasulullah, maka hendaklah kamu mengikutinya dan janganlah kamu berpaling kepada perkataan seseorang.”

“Apabila kamu telah mendapati satu sunnah Muhammad Rasulullah s.a.w. yang menyalahi perkataanku, maka sesungguhnya aku berkata dengannya.”

“Apabila telah sah hadis menyalahi perkataanku, maka lemparkanlah perkataanku ke belakang dinding dan kerjakanlah olehmu dengan hadis yang kukuh kuat.”

“Tiap-tiap hadis dri Nabi s.a.w, maka ia perkataanku w/pun kamu tidak mendengarnya dariku.”

“Apabila telah sah hadis, maka itulah mazhabku.”

“Apabila telah sah khabar yang menyalahi perkataanku, maka hendaklah kamu mengikut khabar itu dan ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya itulah mazhabku.”

Beliau pernah berpesan kepada Abu Ishaq:

“Hai Abu Ishaq, janganlah kamu bertaklid kepadaku pada tiap-tiap apa yang aku katakan dan perhatikanlah yang demikian untuk dirimu sendiri kerana ia itu agama.”

Imam Ar-Rabi meriwayatkan dari imam As-Syafie:

“Barang apa yang datang dari sunnah Rasulullah s.a.w. dengan menyalahi mazhabku(pendirianku), maka tinggalkanlah mazhabku kerana sesungguhnya yang demikian itulah mazhabku.”

Imam Ar-Rabi meriwayatkan dari imam As-Syafie:

“Tiap-tiap masalah yang pernah kubicarakan padahal khabar(hadis) tentang masalah itu dari Nabi s.a.w di sisi ahli riwayat dengan menyalahi apa yang telah aku katakan, maka aku akan kembali kepadanya sama ada di kala aku masih hidup mahupun sesudah aku mati.”

Kata Imam Al-Humaidi:

“Seseorang lelaki bertanya kepada imam As-Syafie pada suatu masalah, maka beliau memberi fatwa kepadanya dan berkata: “Nabi s.a.w pernah bersabda begini dan begini.” Maka orang itu berkata: “Apakah engkau juga berkata begini, ya Abi Abdillah?” Imam As-Syafie berkata: “Apakah kamu melihat di tengah-tengah tubuhku memakai tali zunnar? Apakah kamu melihat aku baru keluar dari gereja? Aku berkata Nabi s.a.w telah bersabda dan kamu berkata kepadaku: “Apakah engkau juga berkata begitu? Apakah aku meriwayatkan dari Nabi s.a.w dan aku tidak berkata dengannya.?

Diriwayatkan oleh imam Al-Baihaqi:

Pada suatu hari, ada seorang lelaki berkata kepada imam As-Syafie dan dia meriwayatkan satu hadis lalu berkata: “Apakah engkau mengambil hadis ini?” Pada masa itu imam As-Syafie berkata:

“Apabila telah diriwayatkan orang kepadaku dari Rasulullah s.a.w. satu hadis sahih lalu aku tidak mengambil hadis itu, maka aku nyatakan kepadamu bahawa akalku sudah lenyap.”

Kata imam Ahmad bin Hambal(salah seorang murid dan sahabat imam As-Syafie):

“Adalah sebagus-bagus tindakan imam As-Syafie menurut pendapatku ialah apabila beliau mendengar yang tidak ada padanya, beliau lalu berkata dengan hadis itu dan meninggalkan perkataannya.”

Sahabat dan taklid

Sahabat dan taklid

Kata Ibnu Mas’ud: “Jgnlah salah seorang dari kamu bertaklid tentang agamanya kpd sseorang.”

Kara Salman r.a.: “Sesungguhnya orang alim itu jika mendapat petunjuk, maka janganlah kamu bertaklid kepadanya tentang agama kamu.”

Kata Ibnu Mas’ud: “Jadilah kamu orang yang mengerti atau orang yang belajar danjanagnlah sekali-kali kamu menjadi pengikut fikiran orang lain.”

Kata Ali r.a.: “Jauhkanlah diri kamu daripada menurut pada orang-orang”

Kata Abu Bakar r.a.: “Hendaklah kamu taat kepadaku selagi aku taat kepada Allah, maka apabila aku dan mengikut Allah, maka tidak ada kewajiban ke atas kamu untuk mentaatiku.”

Dalil larangan bertaklid

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Turutlah olehmu apa-apa yang diturunkan Allah. Mereka berkata: Kami hanya akan menurut apa-apa yang dilakukan oleh orang-orang tua kami. Apakah (mereka mahu menurut saja) walaupun orang-orang tua mereka tidak mengerti apa-apa dan tidak mendapat petunjuk?

[Al-Baqarah:170]

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kepada apa yang telah diturunkan alalh dan kepada Rasul, mereka berkata: Cukup bagi kami papa2 yang kami dapati dari orang-orang tua kami atasnya. Apakah walaupun orang-orang tua mereka tidak mengetahui apa-apa dan mendapat pimpinan (ke jalan yang lurus)?

[Al-Maidah:104]

“Pada hari dibolak-balikkan muka mereka dalam neraka, mereka berkata: “Aduhai kiranya, alankah baiknya jika kami patuh kepada Allah dan kepada rasul!” Dan mereka berkata: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mengikut ketua-ketua kamu dan pembesar-pembesar kami, maka mereka telah menyesatkan kami.”

[Al-Ahzab:66-67]

“Ketika orang yang diikut berlepas tangan dari orang-orang yang mengikutnya kerana mereka telah nampak seksaan dan putuslah pertalian di antara mereka. Dan berkatalah orang-orang yang mengikut: “Sekiranya kami dapat kembali lagi (ke dunia), maka kami akan berlepas tangan pula dari mereka sebagaimana mereka berlepas tangan dari kami.” Begitulah Tuhan memperlihatkan perbuatannya itu menjadi penyesalan kepada mereka dan mereka tidak keluar dari neraka.”

[Al-Baqarah:166-167]

“Dan janganlah kamu mengikut apa yang tidak kamu ketahui kerana sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya itu akan ditanya.”

[Al-Isra’:36]

Ayat ini tidak membenarkan kita mengikut membabi buta tanpa dalil.

“Maka bertanyalah kamu kepada ahli zikir(pengetahuan/ilmu) jika kamu tidak mengetahui.”

[an-Nahl:43]

Ayat ini bermaksud bertanya untuk mendapat keterangan, bukan disuruh bertaklid. Adakah kita harus bertanya imam As-Syafie tetapi dilarang bertanya imam lain? Adakah imam selain As-Syafie bukan ahli zikir/berilmu?

“Mereka itu menjadikan ketua-ketua agama dan pendeta-pendeta mereka sebagai Tuhan-Tuhan selain Allah.”

[at-Taubah:31]

Pada zaman Nabi s.a.w telah ada yang pandai berijtihad iaitu sahabat Nabi s.a.w. Namun, mereka tidak pernah berkata:

“Kami mengikut mazhab Abu Bakar” atau

“Kami mengikut mazhab Ali”

Kata Nabi s.a.w:

“Ikutlah olehmu pada masa kemudian aku pada dua orang, iaitu Abu Bakar dan Umar.”

[H.R. Ahmad dan At-Tirmidzi]

“Hendaklah kamu mengikut dengan sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk pada masa kemudian aku.”

[H.R. Abu Daud dan At-Tirmidzi]

Pada zaman Nabi s.a.w dan para sahabatnya, umat Islam cuma mengenal istilah ittiba’ bukan taklid. Mereka akan mengikut dalil-dalil dan meninggalkan apa-apa yang menyanggahinya dan tidak terikat dengan mazhab tertentu.

Bantahan wajib mengikut mazhab secara fanatik

Penghujah wajib mengikut mazhab

“Maka, hendaklah kamu bertanya kepada orang-orang yang ahli dalam pengetahuan jika kamu tidak mengerti.” [surah an-Nahl:43]

Bantahan harus mengikut mazhab

Maksud ayat ini adalah memerintahkan orang yang tidak mengerti bertanya kepada orang yang mengerti. Orang yang disuruh bertanya tidak bererti disuruh bertaqlid saja, tetapi disuruh meminta keterangan yang jelas dari wahyu.

Penghujah wajib mengikut mazhab

“ Tidaklah mereka bertanya ketika mereka tidak mengerti kerana sesungguhnya ubat kebodohan ubat itu ialah bertanya.”

Bantahan harus mengikut mazhab

Kata Jabir r.a.: “Kami keluar dalam satu perjalanan, maka seseorang dia antara kami ada yang ditimpa batu dan kepalanya luka parah. Semasa tidur, dia bermimpi (berjunub), maka dia bertanya kepada kawan-kawan : “Apakah kamu mendapati keringanan buat saya bertayamum (tidak perlu mandi)? Mereka menjawab: “Kami tidak mendapati untuk engkau bertayamum selama engaku dapat menggunakan air untuk mandi. Kemudian, dia pun mandi lalu mati. Mereka memberitahu kepada Rasulullah s.a.w. peristiwa tersebut. Baginda pun bersabda:

“Mereka membunuhnya, mudah-mudahan Allah membunuh mereka. Mengapa mereka tidak bertanya jika mereka tidak mengerti kerana sesungguhnya ubat kebodohan itu adalah bertanya!” [H.R. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah]

Dengan ini jelaslah bahawa hadis itu tidak bererti menyuruh seseorang itu supaya bertaqlid, tetapi menyuruhnya supaya bertanya kepada orang yang memahami. Bertanya tentang suatu urusan tentu mengharapkan keterangan atau alasan, bukan dengan taqlid (menurut tanpa dalil atau keterangan).

Penghujah wajib mengikut mazhab

“Barangsiapa bertaqlid kepada orang alim, dia menghadap kepada Allah dengan selamat.”

Bantahan harus mengikut mazhab

Ini bukan hadis dan tidak ada asal baginya.

Penghujah wajib mengikut mazhab

“Dan telah sepakat para ulama atas keharusan taqlid.”

Bantahan harus mengikut mazhab

Ulama mana yang mengatakannya? Ada ulama berkata:

“Tidak ada perselisihan lagi di antara para imam di segenap negara tentang kerosakan (tidak sah)nya taqlid”

Jadi, di mana ijmak ulama sedangkan banyak yang membantahnya. Jika sepakat ulama muqallid, bagaimana ulama lain boleh sepakat?

Penghujah wajib mengikut mazhab

“Dan tidak boleh taqlid kepada selain mereka (imam mazhab) yang empat daripada lain-lain ulama mujtahidin di dalam urusan furu’ walaupun mereka itu daripada sahabat besar-besar kerana mazhab-mazhab mereka itu tidak dihimpunkan dan tidak dipelihara.”

“Dan dan boleh taqlid kepada yang lain selain mazhab-mazhab imam yang empat walaupun sesuai dengan perkataan sahabat dan sesuai dengan hadis sahih dan ayat al-Quran. Maka orang yang keluar dari mazhab-mazhab imam empat itu, dia sesat serta menyesatkan dan kadang-kadang mendatangkan yang demikian itu kepada kekufuran. Sesungguhnya mengambil dalil dengan lahirnya ayat kitab (al-Quran) dan sunnah (hadis) itu daripada pokok-pokok kekufuran.”

Bantahan harus mengikut mazhab

Rangkaian kata-kata di atas bukan dari ayat al-Quran, hadis, kata sahabat dan bukan kata-kata imam-imam mazhab. Ini hanya kata-kata yang mengikut hawa nafsu dalam taksub mazhab.

“Jika kamu berbantah-bantahan pada sesuatu, maka kembalilah olehmu kepada Allah dan Rasul.” [an-Nisa’:59]

Jelas ayat ini menuntut kita kembali kepada Allah dan Rasul jika kita berbantahan, bukan dari perkataan yang menurut hawa nafsu.

Mengikut al-Quran dan sunnah/berittiba’

Mengikut al-Quran dan sunnah/berittiba’

“Kamu ikutlah apa-apa yang diturunkan dari Tuhan kamu dan janganlah kamu mengikut pemimpin-pemimpin selain daripada-Nya.”

[Al-A’raf:2]

“Katakanlah olehmu (Muhammad): Jika kamu mencintai Allah, maka kamu ikutlah aku, nescaya Allah mencintai kamu.”

[Ali Imran:31]

Nabi s.a.w tidak pernah mengatakan:

“Hendaklah kamu bertaklid kepada para ulama tentang agama kamu.”

“Hendaklah kamu bertaklid kepada salah seorang dari imam-imam mujtahidin tentang urusan agama kamu.”

Jika orang awam dilarang bertaklid, apakah disuruh berjihad semuanya?

Orang yang berittiba’ tidak disyaratkan seperti orang yang berijtihad. Oleh itu, orang yang berittiba’ diwajibkan bertanya tentang hukum-hukum agama berdasarkan al-Quran dan sunnah. Kecuali bagi yang tidak mampu seperti buta huruf, tidak memahami dalil dan sebagainya , dia hendaklah bertaklid.

Maksud Mazhab

Dari segi bahasa Dari segi syarak
  • Jalan
  • Tempat yang dilalui
  • Tempat buang air
  • Mengikut sesuatu yang dipercayai
  • Dasar pendirian yang diikuti.Kata imam As-Syafie: “Apabila telah sah hadis, maka itulah mazhabku.” (Apabila ada hadis yang sahih, itulah mazhab atau dasar pendirian beliau.)

Maksud fanatik mazhab:

Berpegang dalam suatu pegangan fekah dengan keras walaupun salah dan tidak mahu berpegang pendapat yang benar walaupun ada dalil yang lebih benar.

Maksud taqlid:

Mengikut orang yang terhormat atau dipercaya dalam sesuatu hukum dengan tidak memeriksa lagi benar atau salahnya, baik atau buruknya, manfaat atau mudaratnya hukum itu.

No comments:

Post a Comment

Make Money With CashCrate

t muslimah