SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Monday, July 26, 2010

ISU CINTA

Perlu ke merajuk lama-lama?

Hurm…bagi pendapat DIA la kan, tak perlu la kita nak merajuk lama-lama. Bukannya kita dapat apa-apa pun nanti. Lagi bertambah sedih dan tak happy ada la. :( Even kalau kita merajuk lama-lama pun, tak takut ke nanti kalau si buah hati kita tu fed-up dan pergi kepada orang lain? Nanti kita juga yang rugi tau…

DIA cakap macam ni pun bukannya nak katakan tak boleh langsung kalau nak merajuk. Tetapi, biarlah berpada-pada. Cuba kita buangkan sedikit sikap ego kita itu. :wink: Cuba berikan sedikit ruang dalam hati kita untuk memaafkan kesilapan si dia. Cuba berikan sedikit hati kita untuk menerima kata-kata maaf dari si dia. Lagi pun, mungkin kesilapan yang dilakukan bukan disengajakan ataupun si dia hanya bergurau-gurau saja.

Tetapi, bagaimana untuk berhenti merajuk? Ha…itu terpulang kepada diri masing-masing. :-) Ada sesetengah orang, dia merajuk mengada-ngada. Yang merajuk mengada-ngada macam ni yang DIA tak gemar ni. Sikit-sikit nak merajuk. Sikit-sikit nak merajuk. Even kesilapan yang simple pun nak merajuk. :x Sebagai contoh, terlupa kejutkan dia dari tidur. Padahal, bukanlah lambat mana pun. Just terlewat kejut 15 minit je. Tu pun boleh jadi point. Kalau merajuk mengada-ngada macam ini selalunya diri sendiri yang akan rugi dan diri sendiri juga yang terpaksa pujuk sendiri. :roll:

Kalau yang merajuk disebabkan memang patut merajuk tu, memang patut la si dia pujuk. Tetapi jangan la merajuk berlebih-lebihan. Bila si dia sudah pujuk tu, cepat-cepat la happy semula, bagi ceria-ceria sikit… :oops: Jangan la cuba menyeksa si dia pula ye. Nanti tak pasal-pasal terpaksa pula orang tu turun dari utara ke selatan dan balik semula ke utara dalam masa satu hari hanya untuk pergi pujuk orang yang merajuk. Disebabkan sayang, sanggup tu naik bas ulang-alik utara-selatan. Perkara ni pernah DIA dengar dalam Hot FM. Kesian DIA rasa pada lelaki tu. Tetapi dalam masa yang sama, terkejut juga sebab wujud orang macam dia. :lol:

Dan kalau anda sekarang ni sedang merajuk, henti-hentikan lah… Buat apa kita nak merajuk lama-lama? Nanti kita sendiri juga yang penat nanti. Dah la penat merajuk, rindu pada si dia lagi. Tak ke rugi tu…? Cuba hentikan merajuk kita dan be happy. Orang kata, smile always:halo: Kalau nak tahu comel ke tidak kita semasa merajuk, cuba pandang ke cermin dan cuba buat muka merajuk yang semerajuk yang boleh. Confirm muncung tu panjang siap boleh sangkut hanger baju ha… ::-*:

Perlukah kita tahu siapa Ex-Boyfriend atau Ex-Girlfriend kekasih kita?

Semasa DIA dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, tiba-tiba terlintas dalam fikiran DIA samada perlu ke kita tahu siapa ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita. Hurm…memang best kalau kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul.

Bagi pendapat DIA, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka. Menyampah lagi ada la. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Haish!

Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu.

Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita untuk memilihnya. Bagi DIA, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua macam mana. Mungkin anda boleh kongsi-kongsikan cerita kalau ada.

No comments:

Post a Comment

Make Money With CashCrate