SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Monday, July 26, 2010

SEJARAWAN NEGARA

Dato' Khoo Kay Kim

Prof Dato’ Dr. Khoo Kay Kim ialah seorang Sejarawan Malaysia yang terkenal dan merupakan seorang Professor (Sejarah) di Universiti Malaya. Beliau dilahirkan di Kampar, Perak Darul Ridzuan pada 28 Mac tahun 1937. Beliau mengahwini Datin Rathi dan dikurniakan 3 orang anak lelaki (Eddin Khoo, Rubin Khoo dan Mavin Khoo).

Semasa zaman persekolahannya, beliau pernah menghadiri sekolah Inggeris di sebelah pagi dan sekolah Cina di sebelah petang. Pada tahun 1960, beliau memperolehi ijazah B.A. (hons) dalam bidang sejarah daripada Universiti Malaya, Singapura. Seterusnya, pada tahun 1967, beliau mendapat ijazah sarjana M.A. Sejarah daripada Universiti Malaya, Singapura dan Ph.D. Sejarah daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1974. Profil kariernya bermula di Universiti Malaya, Kuala Lumpur hingga ke hari ini. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, beliau memulakan kariernya sebagai seorang Tutor. Seterusnya, dari tahun 1966 hingga tahun 1967, beliau menjawat jawatan Pembantu Pensyarah (sementara) dan akhirnya menjadi Pembantu Pensyarah dari tahun 1967 hingga Julai tahun 1968. Beliau dilantik sebagai seorang Professor pada tahun 1974. Dari bulan Mei tahun 1973 hingga tahun 1975, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Jabatan Sejarah dan kemudiannya sebagai Professor Jabatan Sejarah pada bulan May tahun 1975. Beliau telah dianugerahkan J.S.M Johan Setia Mahkota pada bulan Jun tahun 1983 dan pada bulan April tahun 1987, beliau dianugerahkan D.P.M.P Darjah Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato’.

Diantara karya penulisannya adalah Tranformasi & Demokrasi yang diterbitkan oleh Pelanduk Publications dalam tahun 1971 dan Biografi Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah yang diterbitkan dalam tahun 1992. Beliau juga terlibat di dalam organisasi sukarelawan iaitu sebagai Penasihat, Alumni Malaysian University of Southern California (MUSCA) pada 4 September tahun 1995. Antara lain penglibatan beliau termasuk menjadi hakim padang dan balapan di Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) pada tahun 1964 dan juga sebagai Pengarah, Pusat Sukan (Universiti Malaysia) pada bulan April tahun 1995. Sebagai ahli akademik yang terkenal, Professor Khoo telah menulis beberapa buku berkenaan sejarah yang diguna pakai oleh murid-murid sekolah hari ini.

Joginder Singh Jessey

Buyung Adil

Yusuf Bin Adil atau lebih dikenali dengan nama Buyung Adil dilahirkan pada tahun 1907 di Teluk Intan, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Anson sebelum mendaftar masuk ke Kolej Latihan Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim pada tahun 1924. Beliau merupakan pelajar terbaik di SITC dan setelah tamat pengajian, beliau meneruskan kerjaya sebagai seorang guru di sana. Buyung Adil mula menulis tentang Sejarah setelah gurunya Cikgu Abdul Hadi Hassan bertukar ke Kelantan. Pada tahun 1939, beliau telah menulis buku Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Sejarah Melayu V. Semasa zaman penjajahan Jepun, beliau telah terpilih untuk menjalani latihan Perguruan Jepun di Tokyo Shihan Gakko, yang terletak di Kajang Selangor.

Selepas Penjajahan Jepun berakhir, beliau telah dilantik sebagai guru besar di sebuah sekolah di Ipoh di mana beliau mula melibatkan diri secara aktif di dalam Perikatan Melayu Perak. Ini telah menimbulkan kemarahan British yang lantas melantik beliau sebagai Ketua stesyen radio bagi semua sekolah Melayu yang berpusat di Singapura. Setelah menamatkan perkhidmatannya dengan kerajaan pada tahun 1962, beliau telah dipilih menjadi ahli Perkhidmatan Awam Singapura dari tahun 1963 hingga tahun 1969. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah mengumpulkan beberapa buku seperti Sejarah Johor, Sejarah Selangor, Sejarah Perak dan Sejarah Pahang. Beliau turut membantu Tan Sri Senu Abdul Rahman mengumpulkan bahan untuk buku Revolusi Mental pada tahun 1970.

Pada tahun 1971, beliau mula bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai Pegawai Penyelidik Sejarah. Pada ketika inilah beliau telah mengembangkan lagi kemahiran menulisnya dengan mengumpulkan buku-buku sejarah seperti Sejarah Sarawak, Sejarah Perlis, Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Melaka, Sejarah Kedah, Sejarah Terengganu dan Sejarah Kelantan yang telah diterbitkan oleh DBP. Buyung Adil meninggal dunia pada tahun 1978.

Mubin Sheppard

Gullick, J.M.

J.M Gullick mendapat pendidikan di Sekolah Taunton dan Cambridge di mana beliau telah memperolehi tempat pertama dalam bidang klasik. Beliau menghabiskan masa selama setahun dalam Perkhidmatan Kolonial sebelum menganggotai angkatan tentera untuk berkhidmat sepanjang tempoh Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1946, beliau berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Malaya. Sepanjang sebelas tahun perkhidmatan, beliau pernah memegang beberapa jawatan di dalam salah sebuah Negeri Melayu di samping melibatkan diri di dalam kempen anti-komunis, pentadbiran perdagangan, pembangunan luar bandar dan pentadbiran kakitangan. Beliau juga pernah bekerja dengan Kumpulan perladangan Guthrie yang mempunyai kepentingan yang luas di dalam ekonomi Malaya termasuk industri bijih timah. Disebabkan oleh kepentingan perniagaan tersebut, beliau berulang alik ke Malaya dari masa ke masa.

J.M. Gullick juga merupakan penulis buku Sistem Politik Asli Malaya Barat (Indigenous Political Systems of Western Malaya, 1958) serta buku Malaysia dan Jirannya (Malaysia and its Neighbours, 1967). Beliau turut menyumbangkan pelbagai artikel di dalam Jurnal Persatuan Diraja Asiatik (cawangan Malaya) dan akhbar Straits Times. Selain itu, beliau juga mengajar tentang subjek–subjek yang berkaitan dengan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Make Money With CashCrate

t muslimah