SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Sunday, July 25, 2010

Tokoh-tokoh KebanGsaan

Perkembangan tentang penyelidikan sejarah Malaysia dan masyarakatnya masih berada pada tahap yang agak baru. Justeru itu, penulisan sejarah terdahulu yang menyentuh tentang masyarakat tempatan sebagai wira negara jarang sekali ditemui. Namun demikian, terdapat beberapa personaliti sejarah tempatan yang telah memberi sumbangan yang penting kepada negara sepanjang hayat mereka. Melalui kegigihan mereka, generasi kini dapat menikmati kehidupan yang selesa di negara yang indah dan membangun ini.

PAHLAWAN-PAHLAWAN

Kebangkitan Empayar Melayu Melaka pada awal kurun ke-15 dan kemudiannya campur tangan kuasa-kuasa asing di dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu telah mendorong masyarakat tempatan mengamalkan seni silat atau seni mempertahankan diri. Justeru, wujud ramai pahlawan Melayu yang handal dan amanah kerana hampir semua golongan masyarakat, termasuk orang kampung, kerabat diraja serta wanita, telah mempelajari dan menguasai ilmu persilatan. Di antara pahlawan-pahlawan Melayu yang terkenal adalah Hang Tuah, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Dol Said, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Maharaja Lela, Tok Gajah, Datuk Bentara Luar Johor, Rentap dan Tun Perak. Seorang pahlawan Melayu dikehendaki melalui pelbagai tahap dan ujian di dalam seni mempertahankan diri bagi membina disiplin, keberanian dan sikap rendah diri. Status dan taraf seseorang pahlawan bergantung kepada bakti yang telah dicurahkan, integriti yang tinggi dan kemajuan yang telah dicapai. Seorang pahlawan yang mahir di dalam silat tidak memerlukan sebarang senjata untuk menewaskan musuhnya.

Seorang pahlawan Melayu harus mematuhi tataetika tertentu ketika bertarung dan ketika aman. Dua kumpulan yang bertarung harus bersetuju tentang peraturan-peraturan pertarungan sebelum ia dimulakan. Peraturan-peraturan tersebut merangkumi tarikh, masa, tempoh rehat, permulaan dan akhir pertarungan dan sebagainya. Pertarungan sebegini bukan sahaja membawa kemenangan kepada satu pihak tetapi turut memastikan keadilan kepada kedua belah pihak. Sesiapa yang tercedera harus diberikan rawatan, manakala yang terkorban pula dikebumikan. Jika satu pihak berundur meninggalkan medan pertarungan, ini menandakan ia telah mengaku kalah dan kemenangan mutlak berpihak kepada pihak lawan. Penjajah Barat dengan senjata moden mereka telah memusnahkan cara dan etika sistem pertarungan ini.

Seorang pahlawan biasanya memakai seluar yang pendek dan longgar ke paras lutut serta anak baju pendek yang dikenakan dengan ikatan kain di pinggang. Kain ikat kepala dililit supaya rambut tersusun rapi. Keris dan ada kalanya sejenis lagi senjata kecil akan diselitkan ke ikatan pinggang. Dia juga membawa sebatang lembing dan perisai yang diperbuat daripada besi, kulit, rotan atau kayu. Kewujudan dan fungsi pahlawan Melayu serta martabat dan darjat yang dikecapi mereka telah merosot dan beransur-ansur hilang apabila penjajah barat tiba di tanah Melayu dengan teknik dan senjata peperangan mereka yang moden.

TOKOH-TOKOH KEBANGSAAN

Datuk Bahaman :

Nama sebenar Dato' Bahaman adalah Abdul Rahman. Ayahnya bernama Tuanku Imam Nuh berasal dari Bangkinang. Ibunya adalah Rokiah Abdul Rahman, anak Tok Setia Perkasa Semantan yang berketururnan Bugis dari Sulawesi Selatan. Beliau juga lebih dikenali sebagai Seman adalah seorang yang pandai bersilat dan juga mempunyai ilmu kebal . Kelebihan yang dimilikinya ini menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari semakin masyur di kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu sehinggakan sungai itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British. Perang Semantan ini dipimpin oleh seseorang pembesar bernama Dato' Bahaman . Punca utama pemberontakan ini ialah rasa tidak puas hati orang-orang Besar Pahang , terutamanya sekali Dato' Bahaman (Orang Kaya Semantan) terhadap campur tangan British ke atas kawasannya .

Sebenarnya ketegangan di antara Dato' Bahaman dengan pihak British telah bermula sejak tahun 1890 lagi tetapi ketegangan itu memuncak pada tahun 1891. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 bilamana Dato' Bahaman dikatakan telah marah dan mengata-ngata E.A Wise (Pegawai Jajahan Temerloh) kerana E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua iaitu satu tempat yang termasuk dalam kawasan Dato' Bahaman , tanpa terlebih dahulu berunding dengannya . Apabila Hugh Clifford ( Pemangku Residen British Pahang ketika itu ) mengetahui hal tersebut , beliau telah menasihatkan Sultan dan baginda kemudiannya memanggil Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat . Oleh kerana Dato' Bahaman enggan ke Pekan , Sultan telah mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan .

Tindakan melucutkan pangkat dan taraf itu menyakitkan hati Dato' Bahaman . Keadaan ini menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough dan pengikut-pengikutnya pada 15 Disember 1891 ketika mereka sedang mudik Sungai Semantan. Serangan itu dilakukan oleh Dato' Bahaman kerana ia menyangka Desborough datang untuk menangkapnya Dalam serangan yang mengejut itu , pihak Desborough telah kalah dan beliau melarikan diri ke Bandar Temerloh . Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu , pegawai-pegawai British di seluruuh Pahang mula sibuk mengatur tentera mereka untuk melawan orang-orang Melayu yang menentang British .Ekoran dari itu , pada 21 Disember 1891 , satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud telah pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman . Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi mengalami kekalahan .

Datuk Bentara Luar Johor :

Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Muhamad Salleh bin Perang berjaya memulakan usaha bagi membangunkan dan membuka Batu Pahat yang dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat dikenali sebagai Sungai Kundur. Ianya merupakan petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenaman dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Beliau juga merupakan bapa pembangunan bagi negeri Johor berdasarkan usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau. Pada tahun 1893, barulah Dato' Bentara Luar berjaya memulakan usaha bagi membangunkan Bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala sungai Batu Pahat. Pada 4hb. November 1893, Dato' Muhamad Salleh yang pada masa itu diam di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru. Pada 11hb. November 1893 dimana Sultan Abu Bakar telah bertitah kepada beliau untuk membuka Batu Pahat. Dato' Bentara Luar amat mementingkan tanggungjawab beliau dalam memajukan Batu Pahat iaitu dengan menyediakan kemudahan jalan.

Pembukaan rasmi Batu Pahat telah dilakukan pada 1hb. Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang sendiri dan telah dihadiri oleh Orang-orang Kaya, Penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan. Pejabat-pejabat kerajaan juga telah diwujudkan dan disusun dengan teratur. Sistem pentadbiran moden digantikan dengan sistem tradisional dengan pegawai-pegawai tadbir yang tertentu. Batu Pahat mula berkembang maju di mana Dato' Muhamad Salleh bin Perang yang menjadi wakil Raja memerintah Batu Pahat, kemudiannya menjadi Pesuruhjaya Kerajaan dan telah memainkan peranan yang amat aktif. Orang-orang kampung digalakkan dan digesa membuka kebun untuk bercucuk tanam dan membuat parit tali air dan dalam masa yang sama pemodal-pemodal asing mula datang membuka kebun, ladang serta berniaga di Batu Pahat.

Kebolehan Dato' Bentara Luar berbahasa Cina merupakan faktor menyebabkan beliau pada umumnya disukai oleh orang Cina dan faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi dan harmoni di daerah ini. Pentadbiran Batu Pahat di bawah pimpinan Dato' Bentara Luar berjalan lancar dan mengagumkan, ini dinyatakan oleh Ungku Sulaiman bin Daud, Pesuruhjaya Besar Johor (General Commisioner) dalam rangka lawatan tugasnya di Batu Pahat pada 21hb. hingga 24hb. Disember 1896.

Zaman Dato' Bentara Luar berakhir pada pertengahan tahun 1911 apabila Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat menggantikan Dato' Bentara Luar. Batu Pahat mengalami zaman baru bila menjelma pula sistem pentadbiran yang seiringan dalam mana Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan Penolong Penasihat berbangsa Inggeris untuk menjalankan pentadbiran. Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.

Datuk Maharaja Lela :

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato� Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato� Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).

Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato’ Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato’ Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Dol Said :

Dol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri2 Selat pd 27 Oktober 1832.

Hang Tuah :

Hang Tuah telah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong, Melaka. Ayahnya bernama Hang Mahmud dan ibunya bernama Dang Wati. Ibubapa beliau mempunyai sebuah gerai kecil bersebelahan dengan Kampung Bendahara. Semasa Hang Tuah masih kecil, beliau bekerja sebagai pemotong kayu di gerai keluarganya.

Hang Tuah mempunyai sahabat karib yang bernama Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi dan dikenali sebagai lima perwira. Lima sahabat karib ini telah berlajar berguru daripada Guru Ali Putera yang tinggal diatas bukit. Keperwiraan Hang Tuah terserlah apabila beliau dapat mengalahkan orang yang mengamuk di Kampung Bendahara, dimana Tun Perak yang datang menyiasat berkenaan perkara tersebut juga telah diserang. Keadaan tersebut dapat diselamatkan oleh Hang Tuan dan kawan-kawannya.

Hang Tuah terkenal dengan sifat taat setia yang tinggi kepada raja dan sanggup berkorban bagi menunaikan tanggungjawab kepada raja dan negerinya. Beliau juga merupakan seorang yang bijaksana dan pintar, pandai menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu serta dipercayai oleh Sultan. Hang Tuah merupakan wira unggul pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan dapat mengalahkan pihak musuh yang ingin menawan Melaka. Kata-kata “Tak Melayu Hilang di dunia�? akan sentiasa hidup bersama-sama dengan wira Hang Tuah.

Mat Kilau :

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

Mat Salleh :

Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong. Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894. Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897.

Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong. Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut. Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.

Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh. Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. "Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900". Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

Rentap :

Masyarakat Sarawak di sini terdiri daripada pelbagai bangsa terutama masyarakat Iban, Melayu dan Cina. Masyarakat Iban Betong kebanyakkannya tinggal di kawasan pedalaman di sepanjang Sungai Layar, Sungai Spak dan Sungai Padeh. Di kawasan Spaoh dan Debak pula lebih tertumpu di kawasan Ulu Paku, Ulu Rimbas, Ulu Bayor dan sedikit tinggal di sepanjang jalan Pusa. Mereka mengamalkan pertanian pindah (padi bukit) di samping getah, lada dan koko sebagai tanaman komersial. Antara tokoh terkenal masyarakat Iban pada masa dahulu di kawasan ini termasuklah seorang panglima yang bernama Rentap.

Manakala masyarakat Melayu pula ramai yang mendiami kawasan hiliran dan persisiran pantai meliputi kawasan Pusa, Debak, Spaoh dan Maludam sedikit di kawasan pinggiran pekan. Pekerjaan tradisi masyarakat ini termasuklah menjadi nelayan terutama di Kampung Pusa dan sekitarnya. Mereka juga pada zaman awalnya bergiat dalam usaha penanaman padi di pinggiran sungai. Selain daripada itu, ada juga yang melibatkan diri dengan aktiviti pembalakan terutama di sekitar Beladin. Seperti juga masyarakat Iban, masyarakat Melayu di sini juga tidak kurang hebatnya dengan nama-nama tokoh terkenal seperti nama Datuk Patinggi Udin, Abang Abdul Kadir, Abang Godam dan Datuk Patinggi Kedit.

Penduduk Cina pula kebanyakannya tinggal di pekan, sama ada di Betong, Spaoh, Debak, Pusa dan Maludam. Pada tahun 1927, pekan Betong dikatakan mempunyai 16 buah unit kedai sahaja yang dimonopoli oleh masyarakat Cina. Tidak dinafikan juga masyarakat Cina di sini pada awalnya ada yang tinggal di pinggir pekan bagi mengusaha tanaman sayur-sayuran. Golongan ini lebih dikenali sebagai 'Cina Kebun'.

Seperti juga di daerah-daerah lain di negeri Sarawak, Betong juga mempunyai latar belakang sejarah perjuangan menentang penjajah. Antaranya kisah perjuangan Panglima Rentap yang menentang "White Colonial Regime" yang diketuai oleh Rajah Brooke pada sekitar tahun 1840 dan 60-an di Layar dan Sungai Skrang. Untuk menangani masalah pemberontakan ini, Regime Brooke telah membina sebuah kubu yang dinamakan sebagai 'Fort Lily' bagi tujuan pertahanan yang seterusnya telah dijadikan pusat pentadbiran pada tahun 1858. Pemberontakan kaum Iban yang diketuai oleh Rentap ini berakhir apabila Regim Brooke membuat serangan besar-besaran sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1857, 1858 dan 1861.

Tok Gajah :

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.

Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.

Tok Janggut :

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhak. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.

Tun Perak :

Tun Perak telah dianggap salah seorang daripada tiga orang pentadbir yang teragung.di alam Melayu pada masa Kesultanan Melayu Melaka. Beliau mempunyai keperibadian, cita-cita dan kebolehan yang tinggi murni bagi seorang pemimpin. Beliau merupakan Bendahara Melaka dalam kurun ke-15 dan merupakan pentadbir yang teragung bersama-sama dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit dan Raja Kenayan dari Pasai. Beliau merupakan Bendahara Melaka yang ke-lima dengan gelaran Bendahara Paduka Raja selepas Bendahara ke-empat iaitu Tun Ali Seri Nara Di-raja.

Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1396. Melaka telah dinamakan bersempena pokok melaka. Melaka telah dijadikan pentas bagi pendatang Cina, Portugis, Belanda dan Inggeris dalam penciptaan sejarah. Di bawah pemerintahan Parameswara dan pemerintah-pemerintah selepas beliau serta dibantu oleh Bendahara Tun Perak, Melaka membangun hingga menjadi kuat dari segi politik, sosial dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik ramai pedagang-pedagang asing dari negara China, India, Timur Tengah serta negara-negara jiran. Melaka pernah menjadi pusat perdagangan utama di timur pada suatu masa dahulu.

Kesejahteraan Melaka ini jugalah yang telah menarik kuasa-kuasa asing seperti Thailand untuk menakluk Melaka. Percubaan Thailand untuk menakluk Melaka pada tahun 1446 dan 1456 telah dijatuhkan oleh Tun Perak, seorang Bendahara Melaka yang bijak. Perhubungan Melaka dengan negara China juga adalah hasil keputusan strategik Melaka untuk menghalang kemasukan Siam. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik ramai pedagang-pedagang asing dari negara China, India, Timur Tengah serta negara-negara jiran. Melaka pernah menjadi pusat perdagangan utama di timur pada suatu masa dahulu.

PERSONALITI DI DALAM ISLAM

Haji Abdullah Fahim :

Tuan Guru Haji Abdullah bin Ibrahim lebih terkenal dengan nama Haji Abdullah Pak Him merupakan seorang tokoh ulama yang banyak memberi jasa kepada pekembangan Islam dan politik di Seberang Perai. Tuan Guru Haji Abdullah telah dilahirkan di Makkah kira-kira 1869. Ayahnya Haji Ibrahim bin Tahir yang berasal di Patani ialah seorang guru al-Quran di Makkah. Haji Ibrahim mempunyai ramai murid di Makkah dari Malaysia, Indonesia dan Patani. Demikian dijelaskan oleh anaknya, Dato' Haji Ahmad Badawi, Oleh kerana bapanya itu seorang ulama� yang lama tinggal di Makkah, iaitu di Shi�b Ali, yang tidak jauh dari kaabah, maka anaknya Dato' Haji Ahmad Badawi telah berminat mendalami pelajaran agama dan al-Quran sejak dari kecilnya lagi. Haji Abdullah adalah ahli UMNO yang pertama di Seberang Perai, yang berdaftar di Johor kepada Dato� Onn bin Jaafar. Beliau mengambil bahagian cergas dalam perjuangan untuk memerdekakan Malaya dan membuat ramalan bahawa tahun 1957 adalah perlu bagi Malaya mencapai kemerdekaan dan perjuangan yang sesungguhnya perlu dilancarkan. Sekolah Agama Kepala Batas yang ada sekarang telah didirikan oleh Haji Abdullah Pak Him pada tahun 1344 Hijriah dan beliau adalah orang yang pertama mengajar Hadis di situ. Sekolah ini sekarang mempunyai dua bentuk pengajian iaitu umum (adami) dan berperaturan (nizami). Kini menampung seramai 1,500 orang murid. Sekolah ini berkembang pesat di bawah pengurusan anaknya, Dato' Haji Ahmad Badawi.

Haji Abdullah Pak Him bukan sahaja mengembangkan Islam di Seberang Perai, tetapi beliau telah mengajar di Kuala Kangsar ketika pemerintahan Jepun di Malaysia. Semasa di Kuala Kangsar baginda Sultan Iskandar pernah berbincang dengannya dalam masalah Agama kerana baginda sangat berminat dalam hal Agama. Beliau pernah menolak tawaran menjadi Syeikh al-Islam Kedah kerana bimbang meninggalkan sekolahnya yang sedang berkembang. Walau bagaimanapun setelah desakan yang sangat kuat oleh pihak berkuasa dan demi menjaga kedudukan Islam beliau terpaksa menerima jawatan Mufti yang pertama di Pulau Pinang setelah merdeka. Beliau menjadi Mufti selama 5 tahun.

Kebolehan dan kepintaran Haji Abdullah Pak Him memang tidak dapat dinafikan, di samping seorang mufassir (ahli tafsir), ahli falak dan ahli hadis beliau juga seorang yang pintar dalam syair-syair arab. Semangat kemelayuan Haji Abdullah Pak Him sangat kuat. Beliau membuat tindakan yang keras ke atas orang yang anti-Melayu. Beliau pernah menyerang dan meninggalkan suatu majlis yang cuba mengecil-ngecilkan orang Melayu. Beliau juga mengecam golongan yang cuba memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan ajaran-ajaran selain dari Mazhab Syafie. Haji Abdullah Pak Him juga mengharapkan orang Islam tidak berselisih faham antara satu sama lain malah bersatupadu bagi mengukuhkan kedudukan.

Syed Syeikh Al- Hadi :

Sejarah dunia Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Kedatangan Islam pada abad ke-13 ke Tanah Melayu turut disusuli dengan perkembangan yang melahirkan ribuan tokoh agama yang gigih berjuang menegakkan syiar agama suci itu. Seorang tokoh agama yang tidak asing dalam sejarah perkembangan Islam di Tanah Melayu ialah Syed Syeikh Al-Hadi. Beliau adalah reformis Islam yang ulung di Tanah Melayu yang memainkan peranan penting dalam memajukan sistem pendidikan negara, khususnya agama Islam. Ini termasuk sumbangannya memajukan pendidikan agama di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Tokoh berketurunan Arab yang lahir di Kampung Ulu Melaka pada tahun 1867 ini dikenali sebagai pelopor yang menyalurkan pemikiran dan falsafah perjuangan Kaum Muda. Hasil perjuangan itu, lahirlah sistem pengajian madrasah di Tanah Melayu.

Pengasas Kaum Muda terdiri daripada Syed Syeikh Al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Mereka menganggap ajaran Islam harus menerima idea dan falsafah barat agar umat Islam mendapat kemajuan setanding dengan orang lain. Oleh itu, amalan sistem pengajian pondok yang mementingkan amalan keakhiratan saja mungkin ketinggalan zaman. Sistem pengajian itu juga memberi saingan kepada sistem pendidikan sekular yang diajurkan oleh pejajah British. Sebaliknya sistem itu bertujuan melahirkan pelajar yang alim, berilmu, bertanggungjawab kepada diri, agama dan bangsa. Perjuangan Syed Syeikh dalam penyebaran dakwah Islam dan sistem pendidikan semakin ketara dalam usaha mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di Selegie Road, Singapura. Madrasah Al-Iqbal didirikan untuk mengembangkan Islam, menyalurkan pemikiran menentang khurafat, membangunkan kembali sikap kritis umat Islam terhadap perubahan sekitar, khususnya kemodenan Barat. Walau bagaimanapaun, madrasah Al-Iqbal kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Islam dan dipindahkan ke Pulau Penyengat, Riau Lingga. Pada tahun 1916 Syed Syeikh Al-hadi kembali ke Melaka dan mendirikan Madrasah Al-Hadi di Bandar Kaba pada tahun 1917. Syed Syeikh Al-Hadi yang mendapat pendidikan agama dan akademik di Mesir mengunakan bahasa pengantar Arab di madrasah itu. Madrasah Al-Hadi telah menghadapi beberapa masalah. Di antaranya termasuklah masalah kewangan, pentadbiran, ketiadaan guru berkelayakan dan fenomena pemikiran masyarakat sekitar yang masih kolot. Ekoran daripada pelbagai masalah yang sering dihadapi menyebabkan Syed Syeikh Al-Hadi menutup madrasah itu pada tahun 1918. Satu lagi sebab penutupan madrasah itu ialah pertentangan antara Kaum Muda dan Kaum Tua di Melaka. Selain itu, golongan anti Kaum Muda di Melaka turut memulau syarahan Syed Syeikh Al-Hadi. Pada tahun 1919, beliau berhijrah ke Pulau Pinang. Pertentangan di antara Kaum Muda dan Kaum Tua telah mencetuskan pergaduhan.

Kaum Muda yang menerima pengaruh dari Indonesia itu menentang Kaum Tua yang mengikut satu mazhab saja manakala Kaum Muda menyeru supaya ijtihad dikembalikan untuk mencari sumber Islam. Di Pulau Pinang Syed Syeikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Masyhor Al-Islamiyah, iaitu pada tahun 1919. Antara pelajar lepasan madraah itu termauklah Dr. Burhanuddin Al-Helmi yang kemudian muncul sebagai tokoh agama dan perjuang kemerdekaan tanahair. Seorang lagi bekas pelajar madrah itu ialah Haji Abu Bakar Al-Shaari. Syed Syeikh Al-Hadi kemudiannya menceburkan diri dalam bidang penerbitan buku dan percetakan akhbar. Syarikat percetakan yang dimiliki oleh Syed Syeikh Al-hadi ialah Jelutung press. Melalui syarikat itu, beliau telah menerbiktan majalah bulanan Al-Ikhwan dan akhbar dwi-mingguan, iaitu Saudara. Satu keistimewaan Syed Syeikh Al-Hadi yang hampir sama dengan Hamka ialah beliau juga membabitkan diri dalam perkembangan kesusasteraan dengan menghasilkan novel saduran yg laris pd zamannya. Salah satu dpd novelnya yang terkemuka ialah Faridah Hanum.

Pengaruh gerakan reformasi yang dipelopori oleh Syed Syeikh Al-Hadi kemudiannya berkembang ke beberapa buah negeri, termasuklah Perak. Seorang anak didik Al-Masyhor, iaitu Syeikh Abdullah Maghribi telah mendirikan madrasah Idrisiah di Perak. Terdapat lepasan Al-Masyhor yang lain turut menubuhkan Madrasah Al-Diniyyah Kampung Lalang, Perak pada tahun 1934. Sumbangan Syed Syeikh Al-Hadi dalam pendidikan Islam di Tanah Melayu meninggalkan kesan yang mendalam dan hasil pemikiran kritisnya melahirkan pembaharuan dalam gerakan Islam di Malaya. Penubuhan madrasah yang dipeloporinya berhasil memberi pukulan kepada sistem pendidikan sekular oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Syed Syeikh Al-Hadi meniggal dunia pada Februari 1934 di Pualu Pinang.

Syeikh Mohd Idris Abdul Rauf Al-Marbawi :

Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi seorang ulama besar yang tidak asing di Nusantara, di Timur Tengah terutamanya di Mesir dan Makkah. Apa yang menarik mengenai ulama ini ialah perkaitan tempat kelahirannya dengan perkembangan dirinya sesudah itu. Beliau dilahirkan di Makkahtul-Mukarramah pada 28 Zulkaedah 113 H, bersamaan 1893 M. Pada tahun 1913 beliau pulang ke tanahair bersama keluarganya. Ketika berusia 10 tahun, beliau mampu menghafaz 10 juzuk al-Quran di samping beberapa kitab lain. Syeikh Mohd Idris memasuki Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Pendidikan awal yang diperolehi seterusnya ialah di Sekolah Pondok Seikh Wan Muhammad di bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak; Pondok Tuan Husain Al-Mas’udi Kedah; Pondok Syeikh Ahmad Fatani, Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan. Berasaskan kepada pendidikan yang diterima beliau merupakan seorang pemburu ilmu agama yang serius. Hampir semua pondok dimana beliau pernah menuntut ilmu merupakan tempat tumpuan pelajar agama dari seluruh pelosok Nusantara. Sesudah memperolehi pelbagai ilmu dan pengetahuan di merata tempat, barulah Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi bertugas sebagai guru agama di negeri Perak.

Pada tahun 1924, Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi mengambil keputusan melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dan berjaya mendapat ijazah ‘Aliayah. Ketika di universiti itu, beliau menyusun kamus Arab-Melayu yang pertama bagi kegunaan orang Melayu yang ingin mempelajari bahasa al-Quran (Bahasa Arab).Kamus yang tebal itu dinamakan Kamus Al-Marbawi diterbitkan pada tahun 1920-an. Sehingga sekarang, kamus itu sudah diulang cetak tidak kurang daripada 24 kali. Kamus Al-Marbawi ini digunakan secara meluas oleh penuntut-penuntut di Pengajian Islam di Nusantara. Kamus ini dilengkapi dengan ilustrasi bagi memudahkan keterangan dan penjelasan mengenai seuatu istilah Arab dan masih belum ada lagi kamus Melayu-Arab yang dapat mengatasi Kamus Al-Marbawi sehingga kini. Bermula dengan karya pertamanya itu Kamus Al-Marbawi, Syeikh Mohd idris mula menerokai bidang penulisan secara lebih serius dan menghasilkan banyak hasil karya agama. Antara kitab hasil karya beliau ialah Kitab Bahrul Mazi yang membicarakan 8200 permasalahan agama dan hal ehwal dunia akhirat. Kitab yang dalam tuliasan Jawi itu diterbitkan dalam 22 jilid, iaitu terjemahan dan ulasan lengkap daripada sebuah kitab Arab. Kitab itu dikatakan sebagai satu daripada kitab hadis yang terawal di negara ini.

Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi juga telah menghasilkan beberapa tafsir al-Quran dalam Bahasa Melayu. Antaranya ialah Tafsir Quran Marbawi, Tafsir Quran Nurul-Yaqin dan Tafsir Surah Yasin. Di samping itu, beliau menghasilkan sebuah lagi kitab berbentuk kamus aneka (Ensiklopedia), lengkap dengan keterangan bergambar. Kamus aneka itu diterbitkan dalam empat jilid. Beberapa karyanya yang lain ialah Tafsir Fathul Qadir, Kitab Bulughul Maram, Kitab Jamiul Ulam, Usul Al-Islam, Nizamul Hayah, Mu’jam Al-Ka’inat (4 jilid) dan bberapa buah kitab lagi. Berasaskan jasa beliau pelbagai institusi termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kerajaan Malaysia, memberikan penghormatan tertinggi kepada Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi dengan mengistiharkan beliau sebagai tokoh ulama negara terulung. Pada 5 Julai 1980, UKM menganugerahkan ijazah Kehormat Doktor Persuratan kepada Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi. Anugerah berkenaan dikurniakan oleh Canselor universiti itu, Tunku Jaafar ibni Almarhaum Tuanku Abdul Rahman sempena konvokesyennya. Pda waktu itu, beliau berusia 86 tahun dan dicatatkan sbg ulama yg sudah menghasilkan 21 buah karya Islam dlm plbagai aspek.

Manakala pada 1 Muharram 1408 H, bersamaan 1987 M, Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah yang pertama pada usia 95 tahun, dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM40,000 serta sebuah pingat dan sijil. Hadiah itu telah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa sambutan Maal Hijrah di Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Tok Kenali :

Tok Kenali atau nama sebenarnya, Muhamad Yusof bin Ahmad Al-Kenali dilahirkan pada tahun 1868 di Kubang Kerian, Kota Bahru. Bapanya meninggal dunia ketika Tok Kenali berusia 5 tahun. Beliau mula belajar membaca dan menulis Al-Quran daripada Tok Lih, datuk kandungnya. Pada usia 10 tahun, Tok Kenali berpindah ke Kota Bahru dan mempelajari bahasa Arab daripada seorang guru yang bernama Ismail. Di antara guru-guru Tok Kenali adalah Ahmad bin Mohd Zain bin Mustaffa al-Fatani dan Syeikh Daud Abdullah Fatani.

Tok Kenali mengahwini Mek Nik Haji Salleh Janggut ketika berumur 16 tahun tetapi perkahwinan tersebut hanya bertahan selama setahun. Beliau kemudian mengahwini Hajah Rokiah Haji Mahmud dan telah dikurniakan 4 orang anak, iaitu Hj. Ahmad, Hj. Mohd. Salleh, Haji Mahmud dan Haji Abdullah Zawawi. Pada usia 18 tahun, beliau telah pergi ke Mekah untuk menunaikan haji dan menyambung pengajiannya dalam ajaran Islam dan hanya kembali ke tanah air pada tahun 1908 setelah mencecah usia 40 tahun. Pada mulanya beliau hanya mengajar di rumahnya dan kemudian ke rumah-rumah lain di Kampung Paya, Kelantan.

Beliau juga turut mengajar di Masjid Al-Muhammadi, Kota Bahru. Di antara pelajar-pelajarnya adalah Yaakob Legur, Haji Ali Salehuddin, Haji Othman Jalaluddin Sering, Abdullah Tahir dan Mohammad Undang. Sepanjang kariernya, beliau memegang beberapa jawatan penting seperti Ahli Majlis Ulama Kelantan, Ahli Majlis Agama Islam, Ahli Adat Istiadat Melayu Kelantan, Ketua Pengajian Islam di Kelantan, Ketua Pengarang Majalah Pengasuh serta pengasas Jam’ayatul Al’ Asriyah di Kota Bahru. Karya-karya kesusasteraan Tok Kenali termasuk Kadi Yang Pintar, Helah Yang Baik, Pengetahuan Manusia Terbatas, Kuasailah Pengetahuan Agama dan Politik, Bertanya Yang Tahu, Ilmu Itu Apa Yang Terguris Dalam Hati, Ilmu Yang Tidak Diamalkan, Hanya Untuk Menyedapkan dan Awang Hidup Melintang. Tok Kenali meninggal dunia pada 19 November 1933 pada usia 65 tahun.


PERSONALITI DI DALAM PENDIDIKAN

Sesuai dengan dasar pecah dan perintah Inggeris membiarkan aliran-aliran persekolahan kaum berkembang tanpa kawalan ketat. Demikian sekolah-sekolah Cina berkembang di bawah pengurusan dan pembiayaan masyarakat sendiri. Bagi kaum India pula, semua ladang-ladang estet perlu menyediakan kemudahan sekolah rendah jenis Tamil bagi anak-anak pekerja estet yang berbangsa India.

Sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah tumbuh dengan pesat pada waktu yang sama di bawah pengaruh ulama-ulama dari Patani. Inggeris memberi tumpuan khas cuma kepada pelajaran anak-anak Melayu yang diberi percuma sebagai memenuhi perjanjian dengan Raja-raja Melayu. Sekolah Melayu pertama dibuka di Pulau Pinang, di Sungai Gelugor pada 1855 dan ini berkembang luas di Negeri-Negeri Selat serta Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu iaitu pada peringkat sekolah rendah sahaja. Tumpuan kedua ialah pembukaan sekolah-sekolah Inggeris di pekan-pekan besar Tanah Melayu. Sekolah Inggeris pertama ialah Penang Free School yang dibuka pada 1816.

Selain itu, ada juga sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Pergerakan Kristian seperti "The Brother's School" dan " The Anglo-Chinese School". Sebuah kolej perubatan dibuka di Singapura pada tahun 1910 bagi melahirkan doktor perubatan dan doktor gigi tempatan. Manakala Kolej Reffles yang merupakan institusi pengajian tinggi dalam bidang sastera dan sains telah dibuka pada tahun 1982. Kedua-dua kolej ini digabungkan menjadi Universiti Malaya yang dubuka pada tahun 1949. Kolej Sultan Idris di Tanjung Malim, yang sekarang dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris, telah menghasilkan ramai tenaga guru untuk sekolah-sekolah tersebut.

Abdul Rahman Talib :

Abdul Rahman dilahirkan pada tahun 1916 di Temerloh Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal Melayu dan Inggeris di tempat kelahiran beliau dan kemudian melanjutkan pengajian di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak. Abdul Rahman memulakan kerjayanya pada tahun 1940 dengan bertugas sebagai guru di Sekolah Abdullah, Kuantan. Selepas hampir lima tahun menjadi pendidik, beliau dilantik menjadi Penolong Nazir Sekolah-sekolah Melayu Pahang pada tahun 1945. Pada tahun 1952, beliau telah mengasaskan Jabatan Hal Ehwal Agama di Jabatan Pelajaran Pahang

Beliau sangat aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).Pada tahun 1956, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Alam Semula Jadi dan Kerajaan Tempatan. Beliau telah dilantik menjadi Menteri Pengangkutan pada tahun 1957, Menteri Perdagangan dan Industri pada tahun 1959, Menteri Pelajaran pada tahun 1960 hingga 1962, Menteri Kesihatan pada tahun 1962, dan kembali menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1964. Semasa menjadi Menteri Pelajaran, beliau telah mempengerusikan satu jawatankuasa yang menghasil satu laporan yang mengandungi usul dan saranan yang penting untuk memperbaiki sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu. Laporan itu dikenali sebagai Laporan Abdul Rahman Talib. Melalui laporan itu beliau memberi penekanan terhadap peningkatan integrasi nasional dan penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem pelajaran pada ketika itu.

Di antara saranan yang dikemukan dalam laporan itu mencadangkan supaya Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib selain Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mesti diajar dari darjah satu di semua jenis sekolah rendah dan syarat lulus dalam Bahasa Melayu bagi calon-calon ke sekolah menengah, pusat latihan guru dan memberi insentif kepada guru-guru supaya mendapat kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pada tahun 1962, Abdul Rahman telah mendapat anugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Malaya. Beliau telah bersara pada tahun 1965 dan menghembuskan nafas yang terakhir pada 18 Oktober 1968 di Kaherah, Mesir.

Abdul Razak Hussein :

Tun Abdul Razak ialah Perdana Menteri yang terbilang dan berjasa besar kepada Negara. Tun Abdul Razak telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran pada 9 Ogos 1955. Sebagai Menteri Pelajaran Kebangsaan pertama, beliau memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan menghasilkan Penyata Razak pada tahun 1955. Penyata Razak ini telah menjadi asas sistem pendidikan di Malaysia bagi memenuhi kehendak nusa untuk menigkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik sebagai suatu bangsa dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sesuai dengan tema perpaduan yang dipratikkan oleh beliau, Penyata Razak juga bertujuan untuk memelihara pertumbuhan bahasa dan kebudayaan kaum lain dalam negara ini.

Kelas pelajaran dewasa telah diperkenalkan bagi membantu rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak mempunyai peluang untuk menimba ilmu. Kejayaan program ini terserlah apabila dengan hanya 300 kelas dalam tahun 1961. Ia telah meningkat kepada lebih 9000 kelas pada penghujung tahun 1962. Dalam tempoh sepuluh tahun beliau mencelikkan lebih tiga juta orang dewasa yang buta huruf menerusi kelas-kelas pelajaran dewasa di seluruh negara.

Melihatkan kepada ketidakseimbangan nisbah dan ciri-ciri pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Tun Abdul Razak telah mengarahkan agar segera diwujudkan keseimbangan dalam kemasukan pelajar luar Bandar ke Universiti Malaya dan Maktab Teknik Kuala Lumpur yang selama ini mengutamakan pengambilan pelajar Bandar agar lebih ramai pelajar Melayu mendapat peluang pendidikan tinggi. Bagi merealisasikan matlamat untuk memberi akses kepada pendidikan, beliau juga telah berusaha untuk menambahkan lagi bilangan Institut Pengajian Tinggi. Beliau telah mengarahkan supaya langkah-langkah diambil bagi menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Tun Abdul Razak memasuki politik pada umur yang muda. Pernah menjadi Menteri Besar pahang, kemudian dilantik Ketua Pemuda UMNO. Beliau menjadi Tmbalan kepada Tunku Abdul rahman pada jangkamasa yang panjang intu Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan perdana Menteri. Dalam kedua-duannya beliau berkorban diri memberi khidmat yang cemerlang dan setia. Beliau seorang ahli politik dan negarawan yang lincah dan bijak. Sumbangannya kepada negara amat besar dan menyeluruh. Beliau memulakan reformasi agrarian dengan pembukaan ribuan ekar tanah untuk dipugar oleh peneroka Felda mengusaha ladang kelapa sawit. Atas jasa dalam bidang ini beliau dikenal sebagai Bapa Pembangunan.
Dalam masa negara menghadapi krisis 13 Mei 1969 beliau mengepalai kerajaan MAGERAN yang berjaya mereda keadaan. Beliau telah menamatkan Konfrontasi dengan memeterai Perjanjian Persahabatan dengan Indonesia. Tun Razak juga membuka lembaran baru hubungan Malaysia dengan negara China pada tahun 1974.

Bibliografi: Legasi Tun Abdul Razak: Perintis Kepimpinan Global. Kuala Lumpur: Persatuan Alumni Yayasan Tun Razak, 2007.

Aminuddin Baki :

Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di sebuah kampung dalam daerah kecil Chemor di Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu. Beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Anderson, Ipoh.Aminuddin belajar di sekolah tersebut dari tahun 1936 hingga 1941.Sekitar tahun 1945 hingga 1946 beliau mula menunjukkan minat dengan persatuan pelajar. Beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Aminuddiin telah menubuhkan Persatuan Pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada bulan April 1946.

Pada masa ini UMNO telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union. Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin persatuan pelajar digalakkan berusaha ke arah pencapaian matlamat mereka. Oleh kerana itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk menubuhkan persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948. Walau bagaimanapun pada tahun 1949 Aminuddin terpaksa berhenti bergiat aktif dalam persatuan pelajar kerana ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura. Dalam tahun 1950, beliau bergiat aktif dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan. Dalam tahun yang sama beliau telah lulus peperiksaan Sarjana Sastera dan pada tahun berikutnya, lulus Ijazah Kepujian Sarjana Sastera.

Beliau kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah. Pada tahun 1951 hingga Julai, 1952, beliau telah berkhidmat di Sekolah Anderson. Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London dengan Biasiswa Queen. Aminuddin menamatkan pengajiannya pada bulan Julai 1953 dengan mendapat Ijazah Master of Methods dalam bidang pendidikan. Selepas pulang ke tanahair beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Sumbangan besarnya kepada pelajar dengan memperkenalkan Sejarah Islam. Pada bulan September 1955 Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960 pula beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman.

Pada usia 36 tahun beliau telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor. Pada masa yang sama beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau meninggal dunia pada 24 Disember 1965 pada usia muda 39 tahun.

Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) :

Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah. Beliau terima pendidikan formal dan keagamaannya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan orang Melayu pertama lulus dengan cemerlang peperiksaan Senior Cambridge Examination. Beliau lulus peperiksaan pada 1915 dan bermula kariernya sebagai guru sekolah di Johor Bahru (1916 - 1918). Beliau kemudiannya ditukarkan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (1918 - 1923); Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur (1923); Sultan Idris Guru-guru Kolej, Tanjung Malim (1924 - 1939); Jabatan Maklumat, Singapura (1939 - 1942); Sekolah yang Oriental dan Kajian-kajian Afrika, Universiti London (1947 - 1951) dan Universiti Malaya, Singapura (1954 - 1959).

Za'ba mempunyai otak yang bergeliga dan minat pelbagai.Beliau memiliki bakat dalam penulisan dan adalah seorang pemikir dan pengemar membaca. Beliau pengarang prolifik sejak usia 19 tahun. Kebanyakan penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti di Utusan Melayu; Lembaga Melayu; Pangasuh dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa monographic siri dalam Bahasa Melayu termasuk Bahasa Pelita popular Malay dan Malay Elmu Mengarang. Orang cuma mengaitkan jasa Za'ba dengan ilmu bahasa dan persuratan Melayu. Tetapi sumbangannya juga besar dalam meniup pembaharuan sikap dan pengertian dalam Islam.Di samping itu sumbangannya dalam politik tidak juga harus dilupakan. Beliau antara aktivis dan pemikir yang menghimpun pertubuhan-pertubuhan Melayu pada tahun 1946 di Kuala Lumpur untuk bersatu menubuhkan UMNO dan memperjuang kepentingan orang Melayu yang lebih adil.Beliau amat kena pada tempatnya diberi gelaran patriot dan pendeta. Za'ba yang meninggal dunia pada 1973 dan merupakan salah satu budak lelaki kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang yang terkemuka muncul dalam sejarah Malaysia.

PENGASAS

Hugh Clifford :

Latarbelakang : Sir Hugh Charles Clifford merupakan seorang pentadbir kolonial British semasa pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu. Beliau dilahirkan pd 5 Mac 1866 di Roehampton, London, England. Beliau adalah anak kpd Major General Sir Henry Hugh Clifford dan Josephine Elizabeth Anstice yang berketurunan Clifford the Cabal di bawah Charles II. Beliau berkahwin dengan Minna Beckett, anak kepada Gilbert Beckett pada 15 April 1896. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan iaitu Hugh Gilbert Francis Clifford, Mary Agnes Philippa dan Monica Elizabeth Mary. Setelah isterinya meninggal dunia pada 14 Januari 1907, beliau telah berkahwin dengan Elizabeth Lydia Rosabelle Bonham, anak kepada Edward Bonham pada 24 September 1910. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan empat orang anak lelaki dan tujuh anak perempuan.

Hugh Clifford di Tanah Melayu : Hugh Clifford telah sampai ke Tanah Melayu dan memulakan kerjayanya pada tahun 1883 ketika berumur 17 tahun sebagai kadet sehingga berumur 20 tahun. Beliau yang ketika itu baru sahaja lulus peperiksaan asas memasuki tentera telah dipilih oleh sepupunya, Sir Frederick Weld yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menjadi kadet bagi perkhidmatan di Perak, Selangor dan Sungai Ujung bersama 11 orang kadet-kadet yang lain. Tugas rasmi beliau yg pertama di Tanah Melayu adalah sbgai Setiausaha kepada Residen Perak, Sir Hugh Low. Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi pemungut hasil tanah di Kuala Kangsar pada bulan Mac 1885. Selama tempoh berada di Perak, beliau banyak sekali bergaul dengan masyarakat Melayu tempatan dan mempelajari bahasa dan budaya Melayu dengan lebih mendalam.

Pentadbiran British di Pahang : Pada bulan Oktober 1887, Sir Frederick Weld yang merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat ketika itu, telah berjaya memujuk Sultan Ahmad supaya menerima seorang wakil British di Pahang. Ini telah membawa kepada perlantikan Hugh Clifford sebagai ejen British di Pahang sejurus selepas itu. Clifford telah dihantar sebagai wakil British di Pekan, Pahang tanpa mempunyai kuasa yang luas. Pada bulan Oktober 1888, John Pickersgill Rodger (J.P.Rodger) telah dilantik sebagai Residen British di Pahang yang pertama. Menjelang 1 Julai 1889, pentadbiran British mula menguasai negeri Pahang. Selepas campur tangan di Pahang, British mula mengadakan perubahan dalam pertadbiran negeri dengan memperkenalkan bbrapa peraturan baru yg secara tidak langsung telah mengancam kedudukan para pembesar dan rakyatnya. Campur tangan British di dalam hal ehwal pentadbiran negeri Pahang ini telah mencetuskan ketidakpuasan hati Dato ' Bahaman dan para pengikutnya yang akhirnya telah membawa kepada berlakunya pemberontakan di Pahang pada tahun 1891. Hugh Clifford telah secara langsung terbabit di dalam memburu dan memerangi pemberontak yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi sehingga ke Terengganu dan Kelantan yang menelan belanja kira-kira $ 7,393.83. Memandangkan misi memburu para pemberontak yang dipimpin beliau ini telah gagal, Clifford terpaksa kembali semula ke Pahang. Pemberontakan Pahang telah tamat pada tahun 1895 apabila para pemberontak menyedari bahawa mereka telah kalah dan terpaksa berundur sehingga ke sempadan Siam. Dato Bahaman dan 4 orang pengikutnya dilaporkan telah ditawan oleh Pesuruhjaya Siam, Phya Dhib Kosa dan di bawa ke Chiengmai. Manakala Tok Gajah dan Mat Kilau berjaya melarikan diri dan dikatakan telah meninggal dunia di Hulu Terengganu.

Hugh Clifford sebagai Residen Pahang : Setahun sebelum dilantik menjadi Residen di Pahang, Hugh Clifford telah ditugaskan sebagai Superintendent di Ulu Pahang. Hugh Clifford telah dilantik sebagai Residen British kedua di Pahang bagi menggantikan Residen terdahulu iaitu J.P. Rodger pada tahun 1896 hingga 1900. Pada tahun 1900 hingga 1901, beliau telah dilantik sebagai Gabenor British di Borneo Utara. Beliau dilantik semula menjadi Residen British di Pahang pada tahun 1901 hingga 1903.

Persidangan Durbar Negeri-Negeri Melayu Bersekutu : Persidangan Durbar Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang pertama telah diadakan pada 13 hingga 17 Julai 1897 di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Keanggotaan mesyuarat terdiri daripada semua D.Y.M.M Raja-raja Negeri-negeri Melayu Bersekutu, seramai 7 orang pembesar Melayu negeri-negeri Melayu Bersekutu dan pemimpin-pemimpin kerajaan British di Tanah Melayu. Sir Hugh Clifford, selaku Residen British di Pahang ketika itu telah hadir. Persidangan Durbar ini hanya membincangkan perkara2 mengenai agama Islam, adat istiadat dan hal ehwal org Melayu shaja.

Hugh Clifford meninggalkan Tanah Melayu : Pada tahun 1903, Hugh Clifford telah meninggalkan Tanah Melayu kerana dilantik sebagai Setiausaha Kolonial di Trinidad. Beliau seterusnya telah dilantik sebagai Gabenor di Gold Coast (1912-1919), Nigeria (1919-1925) dan Ceylon (1925-1927).

Hugh Clifford selaku Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi British (1927-1929) : Hugh Clifford telah menggantikan Sir Laurence Guillemard pada tahun 1927 sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Beliau dilihat telah gagal melakukan sebarang usaha utk mengagihkan kuasa pusat. Beliau berpendapat bahawa proses disentralisasi hanya tindakan sia-sia kerana ia tidak menjamin dan melindungi kepentingan orang-orang Melayu. Oleh kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, Clifford akhirnya telah menamatkan perkhidmatannya pada tahun 1929. Pada 18 Disember 1941, beliau telah meninggal dunia di Roehampton, London ketika berusia 75 tahun di saat-saat Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun.

Darjah-Darjah Kebesaran Yang Diterima : Antara Darjah-darjah Kebesaran yang pernah diterima oleh Sir Hugh Clifford semasa pentadbiran British adalah seperti berikut: (a) Knight Commander of the Order of St Michael and St. George (KCMG) pada tahun 1909. (b) Knight Grand Cross of the Order of St. Michael and St. George (GCMC) pada tahun 1921. (c) Knight Grand Cross of the Order of the British Empire (GBE) pada tahun 1925.

Karya-karya Penulisan : Berdasarkan pengalaman semasa berada di Tanah Melayu, beliau turut giat menulis tentang kehidupan dan budaya orang-orang Melayu. Antara tulisan-tulisan beliau yang terkenal adalah "A Free Lance of to Day: A Novel", "East Coast Etchings", dan "A Prince of Malaya". Tulisan-tulisan beliau merupakan antara bahan rujukan penting yang sering digunakan oleh kebanyakan sarjana dan para pengkaji terutamanya dalam bidang sejarah dan budaya. Mengikut Andrew Rudyerd Wynn-Williams (1993), tulisan-tulisan Sir Hugh Clifford boleh dibahagikan kepada 3 kategori seperti berikut: (a) Kertas-kertas rasmi. Ini termasuklah tulisan-tulisan beliau yang diterbitkan di dlm jurnal-jurnal kerajaan British dan laporan-laporan kolonial. Cara penyampaian beliau dianggap begitu menarik berbanding penulisan dokumen-dokumen kerajaan yang lain Sebagai contoh terbaik, tulisan beliau didalam "Journal of a Mission to Pahang" adalah merupakan penulisan rasmi kerajaan yang menarik di mana beliau dengan jelasnya telah menggambarkan misi tugasan pertama beliau di Pahang. (b) Penulisan Esei
Menerusi penulisan esei, beliau banyak membincangkan tentang geografi kawasan setempat. Sebagai contoh artikel beliau berjudul "The east coast, to Malay customs" sebagaimana terdapat di dalam "The People of the East Coast". Sepanjang karier beliau, beliau turut menulis teks-teks ucapan dan penulisan berbentuk editorial. Sebagai contoh, artikel berjudul "A Lesson from the Malay States" dan buku berjudul "The German Colonies: A Plea for the Native Races" adalah antara contoh terbaik. Kertas-kertas ini ditulis bagi menjelaskan kepada masyarakat awam ketika itu berkenaan Empayar British dan obligasi moralnya juga, berkenaan diri beliau secara individu. (c)Penulisan Fiksyen Kebanyakan tulisan-tulisan berbentuk fiksyen yang ditulis beliau mempunyai perkaitan dengan Tanah Melayu. Pada peringkat awal tulisan beliau, ianya banyak berkonsepkan autobiografi yang ditulis secara ringkas dan mempunyai perkaitan secara terus dengan peristiwa-peristiwa bersejarah yang banyak memberi kenangan kepada beliau. Tulisan beliau, "At the court of Pelesu and Other Stories" dianggap contoh terbaik dari kategori ini. Menerusi cerita-cerita berbentuk ringkas seperti ini, Clifford cuba memberitahu pembacanya tentang pemikiran beliau terhadap orang Melayu, budaya dan adat resamnya.

Rujukan: 1. Clifford, Hugh Charles, Sir (1926). "A Prince of Malaya". New York : Harper. 2. Zurina Ismail (1987). "Pahang Darul Makmur" (Siri Sejarah Ringkas Tanahair), Petaling Jaya: Pelanduk Publications. 3. Buyong bin Adil, Haji (1984). "Sejarah Pahang". Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Muhammad Yusoff Hashim & Aruna Gopinath (1992). "Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1800 � 1930". Petaling Jaya: Tempo Publishing (M) Sdn Bhd. 5. Aruna Gopinath (1991). "Pahang 1880 � 1933: A Political History. Kuala Lumpur : Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 6. Encyclopaedia Britannica Online. "History & Society: Sir Hugh Charles Clifford". Accessible: 8 December 2009. http://www.britannica.com/EBchecked/topic/121520/Sir-Hugh-Charles-Clifford 7. Wikipedia. "Hugh Clifford". Accessible: 8 December 2009. http://en.wikipedia.org/wiki/Hugh_Clifford 8. Wynn-Williams, Andrew Rudyerd (1993) "Sir Hugh Clifford and Imperialism: A Perspective". Thesis (Master of Arts). British Columbia: Faculty of Graduate Studies, The University of British Columbia. Accessible: 8 December 2009. https://circle.ubc.ca/bitstream/2429/4865/1/ubc_1994-0018.pdf 9. Arkib Negara Malaysia. (2008) "Sir Hugh Clifford meninggal dunia". Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia. Accessible: 17 Disember 2009. http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=2940 10. "Jejak Pahlawan Mat Kilau : Tokoh Pahlawan Nasional". disunting oleh Dr. Talib Samat. Pulau Pinang: Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd, 2007. 11. "Pahang : Dahulu dan Sekarang". disunting oleh Norazit Selat. Kuala Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia, 1996. 12. Joginder Singh Jessy. (1978). "Sejarah Tnh Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur: Dwan Bhasa & Pustaka

Hugh Low :

Hugh Low telah dilahirkan pada 10 Mei 1824. Beliau telah berkahwin dengan Catherine Napier pada tahun 1848. Pada tahun 1851, isterinya telah meninggal dunia dan beliau berkahwin pula dengan Anne Douglas pada tahun 1885. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Kolonial di Pulau Labuan selama 29 tahun bermula tahun 1848 hingga 1877. Pada bulan April 1877, beliau telah dilantik sebagai Residen British negeri Perak menggantikan J.W.W. Birch. Beliau amat mahir dalam adat resam dan bahasa Melayu. Semasa beliau mula tiba di Perak, situasi amat rumit dan keadaan masih lagi tegang berikutan peristiwa pembunuhan J.W.W Birch. Hugh Low bernasib baik kerana telah mendapat pengajaran daripada pembunuhan J.W.W. Birch. Tugas beliau yang pertama adalah mendapatkan orang yang dipercayai untuk dilantik menjadi pegawai bagi urusan pentadbirannya.

Sistem pentadbiran di Perak ketika itu tidak cekap walaupun terdapat ramai pegawai British. Bagi memudahkan pentadbiran perak dan usaha mendapatkan sokongan rakyat tempatan, beliau telah menubuhkan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri mengikut Majlis India pada tahun 1877. Dalam majlis ini, Sultan dilantik sebagai pengerusi, ahli-ahlinya terdiri daripada Residen British, pembesar-pembesar Melayu dan Ketua Org Cina. Majlis ini pertama kalinya bersidang pada tahun 1877 dan menggunakan bahasa Melayu secara rasminya. Majlis ini berfungsi menggubal undang-undang bagi perkara yang berkaitan dengan cukai tahunan, perbelanjaan dalam negeri, memutuskan pelantikan dan gaji semua pembesar Melayu, pengesahan atau pindaan kepada hukuman yang diluluskan oleh mahkamah. Ini ialah asas bagi Pentadbiran Raja Berpelembagaan. Penubuhan Majlis Negeri ini juga membolehkan Hugh Low mendapat sokongan dan kepercayaan daripada orang Melayu dan ini memudahkan urusan pentadbiran negeri Perak. Ini diikuti pula dengan penubuhan Majlis Negeri di negeri-negeri Melayu yg lain.

Beliau telah membahagikan negeri Perak kepada beberapa daerah-daerah yang ditadbir oleh Pegawai Daerah (District Officer) berbangsa Inggeris dan Melayu. Ahli di daerah pula dibahagikan kepada mukim-mukim yang mengandungi beberapa kampung di dalamnya. Pentadbiran Mukim pula diketuai oleh Penghulu, manakala di peringkat kampung dipertanggungjawabkan kepada Ketua-ketua Kampung. Kini orang Melayu diberi lebih banyak peluang dalam bidang pentadbiran. Beliau juga menubuhkan mahkamah dan melantik ramai pembesar Melayu sebagai pemungut cukai kerajaan dengan bayaran gaji tetap. Pasukan keselamatan yang ditubuhkan pula terdiri daripada anggota polis berbangsa Melayu dan Punjab serta kecekapan mereka diyakini oleh rakyat tempatan.

Bagi membangunkan perusahaan bijih timah,beliau memperkenalkan penggunaan jentera-jentera wap untuk melombong bijih timah dan mengawal banjir di lombong. Di samping itu, beberapa undang-undang baru dilulusakn oleh Hugh Low bagi mengatur penggunaan tanah, pungutan cukai, penetapan sewa dan pemilikan tanah. Beliau membina rangkaian jalan raya dan jalan keretapi. Jalan keretapi pertama di Perak ialah dari Taiping ke Port Weld yang dibina pada tahun 1885. setahun sebelum itu, beliau telah menghubungkan Perak dengan negeri luar menerusi kawat telegraf. Hugh Low berjaya membangunkan ekonomi negeri Perak semasa pentadbiran beliau. Dalam tempoh 12 tahun sahaja, beliau berjaya menjelaskan hutang negeri sebanyak $800 000 dan menghasilakn imbangan kredit sebanyak $1 500 000. Hasil negeri Perak turut meningkat dari $388 372 pada tahun 1879 kepada $1 827 470 pada tahun 1887.

Beliau bersara pada tahun 1889 setelah berkhidmat selama 12 tahun di Perak. Sepanjang perkhidmatan yang cemerlang, beliau muncul sebagai tokoh British yang paling berjaya dalam mententeramkan sebuah negeri yang sedang mengalami huru-hara. Hugh Low juga telah berjaya mengembalikan kepercayaan kepada sultan dan rakyat atas keberkesanan Sistem Residen yang pada peringkat awalnya gagal kerana sikap J.W.W.Birch yang melampau. Hugh Low juga telah mengembara dan menjelajah keseluruh pelosok Borneo Utara dan telah mendaki Gunung Kinabalu. Beliau telah meninggalkan nama "Lows Peak" kepada kemuncak gunung itu dan ia kekal sehingga kini. Pada 18 April 1905, beliau telah meninggal dunia di Alassio, Itali ketika berusia 81 tahun.

Rujukan
1.Rohailiza Kasim. Pahlawan Perak. Petaling Jaya : Pustaka Cahaya Intelek, 2006. 2. Asmad. Perak Darul Ridzuan. Melaka : Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. 1987. 3. http://www.orchids.co.in/orchidologists/hugh-low.shtm 4. http://www.ipohworld.org/search8/result.asp?strid=2826

Loke Yew :

Pengenalan : Nama penuh beliau adalah Wong Loke Yew, dilahirkan di sebuah perkampungan dikenali sebagai Dong Jiang di daerah He Shan, di Wilayah Guangdong, China pada tahun 1845. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan terkenal dan seorang dermawan yang banyak memberikan sumbangan bagi pembangunan Tanah Melayu khususnya di era pendudukan British. Beliau juga merupakan pengasas kepada Victoria Institution di Kuala Lumpur. Loke Yew merupakan satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga yang kesemuanya terdiri dari 4 orang adik beradik. Beliau banyak menghabiskan masa kanak-kanaknya dengan bekerja di ladang sebelum akhirnya membuat keputusan berhijrah ke Tanah Melayu pada usia 13 tahun. Setibanya beliau di Singapura, beliau telah menggugurkan nama keluarganya iaitu "Wong" dan menukarkan nama tengahnya kepada "Lu" bagi memberi tuah kepadanya. Pada permulaannya, saudara-maranya telah mengesyorkan agar Loke Yew bekerja di Kwong Man General Store, sebuah kedai runcit di Market Street dengan pendapatan sebanyak $20 sebulan. Berkat dari usahanya berjimat cermat dan bijak di dalam menguruskan perbelanjaan, beliau akhirnya dapat mengumpulkan sebanyak $99 setelah 4 tahun bekerja keras. Dengan wang tersebut, beliau telah membuka kedai runcitnya sendiri yang dipanggil Tong Hing Loong. Perniagaan beliau semakin berkembang pesat lalu beliau telah membuat keputusan membenarkan kakitangannya mengurus perniagaan tersebut sementara beliau telah pergi ke utara Tanah Melayu, khususnya ke Perak bagi mencari peluang perniagaan dalam sektor perlombongan bijih timah.

Sumbangan : Walaupun kaya, Loke Yew tidak mengamalkan sikap membazir malah sangat berhati-hati di dalam perbelanjaannya. Kekayaan yang dimilikinya banyak digunakan untuk membuat kebajikan. Beliau tidak berpakaian mewah ke pejabat, hanya memiliki beberapa buah kereta terpakai malah lebih gemar ke pejabat menaiki lanca. Terdapat satu kisah sewaktu hujan di mana ketika isterinya berkereta untuk mengambilnya pulang dari sebuah estet, kelihatan beliau basah kuyup dgn cangkul ditangan menunjukkan kpd pekerjanya cara-cara mencangkul yang betul. Semua ini jelas membuktikan kerendahan hatinya dan sanggup menolong orang lain yang memerlukan. Sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya, beliau amat percaya terhadap kepentingan pendidikan. Bersama-sama dengan Thamboosamy Pillai, beliau telah mengasaskan Victoria Institution. Beliau turut mendermakan sejumlah wang yang besar kepada Methodist Boy 's School Kuala Lumpur bagi membina padang sekolah. Sebagai seorang yang dermawan, beliau banyak membuat kebajikan, diantaranya membantu penubuhan Tan Tock Seng Hospital di Singapura. Pada tahun 1912, Loke Yew telah mengutip sebanyak $55,000 untuk kumpulan wang endowmen bagi Hong Kong University dan memberi pinjaman sebanyak $500,000 kepada pihak Universiti tersebut bagi tempoh 25 tahun, tanpa faedah bermula pada tahun 1915. Nama sebuah dewan iaitu "Loke Hall" yang terdapat di Hong Kong University diberikan bersempena dengan nama beliau.

Perniagaan : Beliau mengambil risiko apabila melibatkan diri dalam usahaniaga di Perak dan telah mengalami kerugian hampir $60,000 pada 4 tahun pertama penglibatannya dalam perniagaan. Namun beliau tidak berputus asa malah meneruskan perniagaannya sehinggalah beliau menemui simpanan timah yang banyak di sebuah lombong di Kelian Bahru, Perak. Perniagaan lombong timahnya semakin maju dan menguntungkan malah beliau telah mampu memperolehi lebih banyak lagi lombong timah dan melibatkan diri dalam perladangan getah dan kelapa di Perak. Semasa Perang Perak, beliau terlibat di dalam pembekalan keperluan-keperluan tentera British, menjalankan perniagaan pajak gadai, malah memonopoli jualan arak, lesen perjudian dan mendapat lain-lain keistimewaan daripada kerajaan Kolonial British. Lain-lain aset Loke Yew termasuklah beberapa ratus hektar tanah juga hartanah di negara-negara seperti Singapura, Tanah Melayu, Hong Kong dan China. Loke Yew adalah pemegang saham terbesar dalam Pahang Motor Car Service, memiliki saham-saham di dalam Raub Straits Trading Company, Straits Steamship dan Federal Engineers, yang sebahagiannya dimiliki oleh Burmah Rice Hill, serta membuat pelaburan harta di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Beliau memainkan peranan utama di dalam penubuhan Kwong Yik Bank, yang dibuka pada Julai 1915. Bersama-sama Thamboosamy Pillai, Loke terlibat secara usahasama di dalam menguruskan "New in Mining Company" di Rawang. Mereka merupakan golongan yang pertama menggunakan pam elektrik bagi keperluan perlombongan di Tanah Melayu. Pada tahun 1936, anak lelaki beliau, Loke Wan Tho bersama-sama dengan isteri keempatnya Lim Cheng Kim telah menubuhkan Associated Theatres Ltd (kemudiannya dikenali sebagai Cathay Organisation). Pada tahun 1939, keluarganya telah membina bangunan pencakar langit pertama di Singapura yang dinamakan "The Cathay Building".

Kehidupan Berkeluarga : Sepanjang usianya, Loke telah berkahwin sebanyak 4 kali di mana beliau telah mengahwini isteri keempat beliau bernama Lim Cheng Kim pada tahun 1914 dan dikurniakan 3 anak iaitu Wan Tho, Yuen Theng dan Yuen Peng. Secara keseluruhannya Loke Yew memiliki 11 orang anak hasil dari keempat-empat perkahwinannya. Rumah kediaman mereka, dikenali sebagai "The Loke Mansion" terletak di No. 273A, Jalan Medan Tuanku telah dibina beliau selepas 12 tahun dari tahun 1892 iaitu tahun di mana beliau membeli kediaman di lombong bijih timah yang dimiliki oleh pemimpin masyarakat Kantonis, iaitu iaitu En. Cheow Ah Yoke. "The Loke Mansion" siap dibina pada tahun 1904 dan menjadi sebahagian daripada "Loke Estate" yang berkeluasan 11 ekar. Rumah kediaman beliau dianggap antara yg paling berprestij di Asia dan merupakan rumah kediaman pertama menerima bekalan elektrik di Tanah Melayu. Ahli-ahli keluarganya tinggal di kediaman ini sehingga pada tahun 1930an. Pada tahun 2007, kediaman beliau ini telah diubahsuai sedikit dan dipajakkan untuk dijadikan sebagai sebuah pejabat guaman dikenali sebagai "Cheang and Ariff".

Darjah-Darjah Kebesaran Yang Diterima : Sumbangan Loke Yew yang banyak dalam bidang pendidikan dan pembangunan Kuala Lumpur telh memberikan beliau pelbagai anugerah dan Darjah Kebesaran. Sebagai salah seorang daripada pengasas pembangunan Kuala Lumpur, Loke Yew telah dikurniakan Darjah Kebesaran dari Kerajaan British yang dikenali sebagai "The Companion of the Order of St Michael and St George (CMG)" , atas sumbangan dan usaha-usaha beliau membantu masyarakat dan kerajaan British. Loke Yew tlh dianugerahkan darjah kehormat "Doctor of Laws (LL.D.)" oleh University of Hong Kong atas kemurahan hati dan sumbangan beliau di dalam bidang pendidikan. Bagi menghargai beliau atas sumbangan kepada masyarakat, nama "Loke Yew" telah diabadikan sebagai nama jalan seperti Loke Yew Street di Singapura, Jalan Loke Yew di Kuala Lumpur, dan nama beliau juga kelihatan di beberapa buah bandar di Malaysia.

Penutup : Loke Yew telah meninggal dunia pada 24 Februari 1917 akibat malaria dan majlis pengebumiannya dilaksanakan dengan penuh gemilang ketika itu. Beliau telah dikebumikan di Hawthornden Estate (estet getah miliknya-lokasinya kini berhampiran dengan kuarters tentera milik Kementerian Pertahanan Malaysia). Patung gangsa beliau telah diletakkan berhadapan dengan tanah perkuburannya. Loke Yew turut banyak memberi sumbangan kpd masyarakat Cina di negara China, Hong Kong, Singapura dan Taiwan. Loke Yew meninggalkan sebuah estet yang bernilai lebih dari £10 juta yang merupakan empayar perniagaannya meliputi tanaman getah, kilang-kilang dan beberapa buah bank.

SENARAI RUJUKAN : 1. Wikipedia, the Free Encyclopedia. "Loke Yew". Accessed : 23 December 2009. http://en.wikipedia.org/wiki/Loke_Yew 2. Sumber2 dr Arkib Negara Mlysia.

Ong Tiang Swee :

Ong Tiang Swee telah dilahirkan di Kuching pada 3 Ogos 1864. Ibunya ialah Ong Ewe Hai. Beliau telah berkahwin dengan gadis Singapura ketika berusia 21 tahun. Walau bagaimanapun, isteri beliau telah meninggal dunia dan kemudian berkahwin pula dengan Chan Hua Kheng. Beliau telah menerima pendidikan awal di St. Thomas School, Kuching. Seterusnya beliau menamatkan pengajian selama dua tahun di Singapura.

Ong Tiang Swee adalah orang Cina paling penting dan berpengaruh di Sarawak pada zamannya. Beliau pernah berkhidmat dengan Rajah Charles Brooke dan Rajah Vyner Brooke. Kebijaksanaan dan pengalaman luas beliau dalam mengurus ekonomi, sosial, dan politik telah mewjudkan suasana yang stabil dan aman di Sarawak.

Dalam aspek ekonomi, beliau banyak memberi sumbangan besar khususnya kepada masyarakat Cina. Dalam tahun 1882, beliau bergiat cergas dalam perniagaan keluarganya Firm of Ong Ewe hai and Company pada usia 18 tahun. Pada tahun 1887 beliau telah menjadi salah seorang anggota Dewan Perniagaan Cina Sarawak. Pada tahun 1889, beliau dilantik menjadi Kapitan Cina selepas kematian bapanya. Tugas utamanya ialah menjaga dan memastikan masyarakat Cina terbela dan menasihati kerajaan dalam soal adat resam masyarakat Cina. Beliau telah dilantik menjadi Pengarah bagi syarikat perkapalan Newy-formed Singapore and Sarawak Steamship Company yang berpusat di Singapura. Pada tahun 1919, beliau telah dilantik menjadi pengerusi syarikat tersebut.

Dalam aspek pentadbiran pula, beliau merupakan seorang pegawai paling cemerlang dalam empayar British. Pada 26 September 1928 iaitu sempena hari jadi Rajah Putih Sarawak, beliau telah dianugerahkan dengan pingat Companion of the Most Excellent Order of the Star of Sarawak. Pada tahun 1946, beliau telah dilantik sebagai anggota jawatankuasa berkenaan hal-ehwal negeri ketika Rajah Putih Sarawak berada England dan turut menjadi anggota Supreme Council. Pada tahun 1947, beliau dikurniakan Officer of the Most Excellent Order of the British Empire (O.B.E.) oleh kerajaan British.

Ong Tiang Swee telah meninggal dunia pada 19 Oktober 1950 berusia 86 tahun. Jasad beliau disemadikan di tanah perkuburan keluarganya di Batu 2, Rock Road, Kuching.

Rujukan : Ong, Boon Lim. Ong Tiang Swee of Sarawak. Kuching : Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Sarawak, 1990.

Raja Chulan :

Y.A.M. Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah dilahirkan pada 1 Jun 1869 di Tanjung Brambang. Raja Chulan merupakan anak kedua Sultan Abdullah Perak yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles dengan isterinya, Raja Tipah. Pada 18 Disember 1899, beliau telah mengahwini Y.A.M. Raja Kecil puteh Raja Kecil Puteh Kalsum, anak perempuan Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatullah. Mereka dikurniakan 2 org anak lelaki dan 4 org anak perempuan.

Beliau mendapat pendidikan awal di Malacca Free School dan kemudiannya di Raffles Institution, Singapura. Pada tahun 1896 hingga 1897, Raja Chulan dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Salama. Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada 1 Julai 1896. Pada tahun 1911, Raja Chulan bersara daripada perkhidmatan awam selepas menyandang beberapa jawatan pentadbiran yang agak penting terutamanya di negeri Perak.

Pada 1 Disember 1920, Raja Chulan dilantik sebagai Raja Di-Hilir Perak yang merupakan tempat ketiga dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak. Pada tahun 1924, beliau dilantik sebagai ahli dalam Majlis Persekutuan. Beliau memainkan peranan penting dalam membela kepentingan orang Melayu di Tanah Melayu khususnya di Perak. Raja Chulan telah meninggal dunia pada 10 April 1933 ketika berusia 64 tahun.

Rujukan: 1.Raja Chulan Ibni Sultan Abdullah : Pembela Orang Melayu. Kuala Lumpur:Liew Boon, 1981. 2.http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Chulan 3.http://www.uq.net.au/-zzhsoszy/state/malaysia/perak.html 4.http://www.4dw.net/royalark/state/malaysia/perak9.html

Raja Jumaat :

Raja Juma’at ibni Raja Ja’afar, seorang putera Raja Riau yang menjadi menantu kepada Sultan Muhammad Shah ibni Sultan Ibrahim, Sultan Selangor Ketiga (1826-1857). Baginda juga merupakan cicit kepada Sultan Ibrahim, Sultan Selangor Kedua (1778-1826). Raja Juma’at juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Muhammad Shah, Sultan Selangor Ketiga, 1826-1856. Menurut catatan sejarah, Raja Juma’at membina istana sekali gus kota pertahanan dan gedung menyimpan bijih timah yang dikuasainya di Lukut pada masa itu. Beliau merupakan salah seorang yang sangat kaya di Selangor kerana kejayaannya menjual hasil jualan bijih timah ke Melaka (Lukut) terletak di bawah kekuasaan Selangor pada 1820-an).

Kota Lukut terletak di Bukit Gajah Mati dekat Lukut, Port Dickson. Ia mula dibina oleh seorang pembesar Melayu dalam tahun 1820-an. Bagaimanapun, Raja Juma’at bukanlah pengasas sebenar Kota Lukut sebaliknya orang yang mula-mula sekali mengasaskan Kota Lukut bernama Raja Busu iaitu salah seorang kerabat Diraja yang berasal dari Selangor. Disebabkan Raja Busu mati dibunuh oleh orang-orang cina dan istananya dibakar dalam satu pergaduhan dalam tahun 1845, peranan beliau di Lukut hilang begitu sahaja. Raja Juma’at lebih dikenali di Lukut kerana ia membina semula kota yang musnah itu dan berjaya memajukan Lukut menjadi sebagai pusat perdagangan yang mashyur lagi terkenal pada zaman itu.

Raja Juma’at terkenal sebagai seorang pengusaha bijih timah terkaya di Lukut pada pertengahan abad kesembilan belas. Malangnya setelah beliau meninggal dunia, puteranya Raja Bot gagal meneruskan kegemilangan Kota Lukut menyebabkan ianya mundur dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Raja Juma’at meninggal dunia dalam tahun 1864 dan disemadikan disatu kawasan tidak jauh dari istananya di Bukit Gajah Mati (sekarang dinamakan Makam Diraja Lukut). Di sini juga bersemadinya kaum keluarga Raja Juma’at, termasuk permaisuri, bonda dan putera-puterinya.

Yap Ah Loy :

Yap Ah Loy atau Yap Tet Loy dilahirkan di Wilayah Kwangtung, China pada tahun 1837. Beliau berasal daripada sebuah keluarga petani yang miskin dan tidak pernah bersekolah. Pada usia 18 tahun, beliau datang ke Malaya untuk bekerja di sebuah lombong bijih timah di Durian Tunggal, Melaka dan kemudiannya mengahwini Kok Kang Keown, seorang gadis tempatan Melaka. Apabila lombong bijih timah itu ditutup, bapa saudaranya mahu menghantarnya kembali ke China. Walau bagaimanapun, beliau kehilangan kesemua wangnya dalam perjudian lantas tidak dapat kembali ke China

Justeru, beliau merantau ke Lukut dan bekerja sebagai pembantu dapur di sebuah lombong bijih timah. Pada usia 22 tahun, beliau dilantik sebagai penolong panglima apabila berlakunya pergaduhan di antara ketua-ketua Melayu dan pelombong-pelombong Cina. Beliau hampir-hampir kehilangan nyawanya tetapi telah diselamatkan oleh sebuah keluarga pembuat arang.

Dua tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Kapitan Cina Sungai Ujong. Kapitan Cina Kuala Lumpur pada ketika itu, Liu Ngim Kong, telah menjemput Yap Ah Loy ke Kuala Lumpur untuk membantunya menguruskan perniagaannya. Yap Ah Loy menjadi seorang warga yang terkenal dan telah membina Kuil Sze Si Yeah. Keberanian dan kepimpinannya telah membawa kepada perlantikannya sebagai Kapitan Cina Kuala Lumpur pada tahun 1868 pada usia 31 tahun. Beliau telah berjaya memelihara keamanan dan membangunkan Kuala Lumpur. Perkembangan ekonomi yang melambung naik dalam industri bijih timah pada tahun 1879 telah menarik minat ramai pelombong untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.

Yap Ah Loy terus mengekalkan pengaruh dan reputasinya dalam perniagaan. Beliau telah membangunkan sebahagian besar tanah di Kuala Lumpur dan lebih 25 peratus dari bangunan-bangunan tersebut merupakan miliknya. Beliau juga turut membuktikan kemampuannya dalam memelihara keamanan di kalangan orang Cina seramai 10,000 orang hanya dengan bantuan 6 orang polis. Seterusnya pada tahun 1881, beliau memperkenalkan pam kuasa wap yang pertama di Malaya. Pada tahun 1884 pula, beliau mengasaskan sekolah Cina yang pertama di Kuala Lumpur. Pada tahun 1885, Yap Ah Loy meninggal dunia pada usia 48 tahun.

PERSONALITI DI DALAM POLITIK

Abdul Rahman Putra Al-Haj :

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 8 Februari 1903. Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Ibunya adalah Che Manjalara. Selepas menerima pendidikan awal di sekolah Melayu dan Inggeris di Alor Setar, Tunku telah dihantar melanjutkan pelajaran di Bangkok. Dalam tahun 1920, Tunku telah menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St. Catharine di University Cambridge dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang dan sejarah pada tahun 1925. Selepas kembali ke tanahair iaitu dalam tahun 1931, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Kedah sebagai Pegawai Daerah di beberapa daerah di negeri Kedah. Di antaranya ialah Kuala Nerang, Langkawi, Sungai Petani dan akhirnya di Kulim.

Pada tahun 1948, Tunku telah dilantik menjadi pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) negeri Kedah. Tunku telah kembali ke London untuk menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang bagi mendapatkan kelulusan Bar-at-Law. Pada tahun 1949, Tunku telah dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Alor Setar. Pada Ogos 1951, suatu krisis dalaman UMNO, keadaan ini memaksa Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan dan Tunku dilantik sebagai presiden. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun. Di bawah kepimpinannya, Perikatan memenangi Pilihanraya Umum pertama pada 27 Julai 1955. Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi dipertandingkan. Tunku kemudiannya dilantik sebagai Ketua Menteri Negara dan Menteri Dalam Negeri yang pertama. Pada 31 Disember 1956, beliau mengetuai misi ke London untuk membincangkan dengan pihak Kerajaan British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Hasil dari mesyuarat tersebut, Perjanjian Merdeka (Independent Treaty) ditandatangani di Lancaster House, London pada 8 Februari 1956 dan seterusnya Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tunku kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama, dan terus mengetuai Perikatan ke arah kegemilangan pada Pilihanraya Umum 1959, 1964 dan 1969.

Pada 6 Jun 1960, Tunku telah dikurniakan Doktor Kehormat Undang-undang oleh University Cambridge. Tunku juga telah menerima darjah yg sama daripada Universiti Malaya, University of Sydney, University of Areneta Filipina, University Saigon tahun 1961, Aligarh Muslim University di India tahun 1962 dan Seoul National University pada tahun 1965. Dalam tahun 1961, Tunku adalah salah seorang pengasas Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) semasa memegang jawatan Perdana Menteri. Pada bulan November 1961, Tunku telah melawat London untuk berbincang dengan kerajaan British ttang penubuhan Malaysia. Satu suruhanjaya khas telah dilantik untuk membuat pungutan suara bagi penduduk negeri Sabah dan Sarawak.

Dalam tahun 1962, Tunku telah menjadi Canselor pertama Universiti Malaya. Beliau telah sekali lagi pergi ke London pada bulan Julai untuk perbincangan lanjut mengenai penubuhan negara baru iaitu Malaysia dengan cadangan tarikh pada 31 Ogos 1963. Tunku adalah seorang olahragawan yang aktif. Beliau juga peminat setia bagi sukan bola sepak. Di samping itu, beliau merupakan Presiden Bola Sepak Persekutuan Tanah Melayu, Persekutuan Bola Sepak Asia, dan Badminton Asia. Secara peribadi, beliau juga meminati sukan golf, berlayar dan seni fotografi. Beliau juga memilki koleksi luar biasa senjata Melayu terutamanya keris. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87 tahun, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star Kedah.

Rujukan: 1.Ramlah Adam. Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra. DBP:Kuala Lumpur, 2004. 2.Shariff Ahmad. Tunku Abdul Rahman:Memoir Patriotik. Penerbitan Pustaka Antara:Kuala Lumpur, 1991. 3.http://www.pmo.gov.my/website/webdb.nsf 4.http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman_Putra_Al-Haj 5.http://web.fsksm.utm.my/~smkdj/P=TAR.htm

Abdul Razak Hussein :

Y.A.B Tun Abdul Razak bin Dato Hussein merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau menggantikan Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan memimpin Negara dari tahun 1970 hingga 1976. Beliau memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970. Y.A.B. Tun Abdul Razak dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan Pahang pada 11 Mac 1922. Y.A.B. Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1934 dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Selepas menamatkan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Pembelajarannya di kolej tersebut t'gendala disebabkn tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Lantaran itu, Y.A.B. Tun Abdul Razak telah menyertai Angkatan 136 (Force 136) yang merupakan gabungan askar yang dilatih oleh Pegawai British untuk mengambil semula Tanah Melayu daripada Jepun. Pada tahun 1947, melalui biasiswa Malayan Union, Y.A.B. Tun Abdul Razak melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Britain. Pada tahun 1950, beliau menerima ijazah undang-undangnya daripada Lincoln's Inn di London. Y.A.B. Tun Abdul Razak merupakan ahli Parti Buruh British dan pemimpin pelajar Kesatuan Melayu Great Britain yang terkenal. Beliau juga merupakan salah seorang "King Scolar". Selain itu, beliau telah menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh British untuk memberi kesedaran politik kepada pelajar-pelajar Malaya. Beliau juga menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Students� Union. Sekembalinya ke tanahair, Y.A.B. Tun Abdul Razak telah dilantik menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia sebagai Orang Kaya Indera Syahbandar dan pada masa yang sama turut menyertai Perkhidmatan Awam Malaya. Y.A.B. Tun Abdul Razak juga mula bergiat aktif dalam bidang politik. Ini terbukti apabila pada tahun 1950, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan pada Februari 1955, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Menteri Pahang. Beliau seterusnya dilantik menjadi Menteri Pendidikan selepas beliau memenangi pilihan raya umum negara yang pertama pada Julai 1955.

Y.A.B. Tun Abdul Razak juga merupakan salah seorang ahli rombongan ke London bagi menuntut kemerdekaan daripada British pada Februari 1956. Selepas pilihanraya umum 1959, beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memikul tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Beliau merupakan seorang pemimpin yang memberi sumbangan besar kepada sistem pendidikan kebangsaan, pembangunan infrastruktur, pertahanan dan sosioekonomi. Maka gelaran "Bapa Pembangunan" yang diberikan kepada beliau amatlah tepat. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap aspek keperluan negara. Ini dikenali sebagai "Buku Merah" dan dilengkapi pula dengan "Bilik Gerakan" yang mencatit butir-butir rancangan di setiap tempat termasuk segala kemajuan dan kegagalan rancangan-rancangan tersebut. Beliau berusaha dengan gigihnya untuk menjamin supaya petani-petani mendapat pendapatan yang setimpal dengan usaha-usaha mereka. Antara lain, ini diuruskan melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan Negeri-negeri.

Y.A.B. Tun Abdul Razak juga dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab dalam melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. DEB meletakkan dua matlamat asas iaitu untuk mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat. DEB merupakan projek pembangunan negara yang dijalankan secara berperingkat melalui Rancangan-rancangan Malaysia dari tahun 1970-1990. Beliau turut menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik. Pada 13 Mei 1969, berlakunya peristiwa 13 Mei dan perlembagaan negara telah digantung, parlimen dibubarkan dan darurat diistiharkan di seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Y.A.B. Tun Abdul Razak telah dilantik oleh Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN dan di bawah MAGERAN, ketenteraman awam berjaya dipulihkan semula. MAGERAN dibubarkan pada tahun 1971 dengan pemulihan Parlimen.

Pelbagai kurniaan dan darjah kebesaran dianugerahkan kepada Y.A.B.. Tun Abdul Razak dalam dan luar Negara. Sebagai tanda inspirasi jasa dan perkhidmatan beliau kepada pembangunan bangsa dan negara beliau diberi gelaran "Bapa Pembanguan Malaysia". Y.A.B. Tun Abdul Razak mengahwini Toh Puan Rahah Tan Sri Hj Mohd Noah pada bulan September 1952 dan mempunyai lima orang anak lelaki. Pada masa itu, beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Setiusaha Kerajaan Negeri Pahang. Y.A.B. Tun Abdul Razak meninggal dunia di London pada 14 Januari 1976 ketika berusia 54 tahun. Jenazah beliau telah dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh rakyat Malaysia.

Bagi memperingati segala jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negara, kerajaan telah membina Memorial Tun Abdul Razak yang terletak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Memorial ini pada asalnya merupakan bekas kediaman rasmi beliau dan keluarga semasa hayatnya. Momorial ini siap dibina pada bulan Oktober 1961 sebagai kediaman rasmi beliau dan kemudiannya diubahsuai menjadi sebuah memorial pada tahun 1994. Memorial ini menempatkan bahan-bahan pameran seperti gambar potret, dokumen-dokumen, buku-buku, bahan-bahan pandang dengar, hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah kebesaran dan memorabilia kepunyaan dan mengenai Allahyarham Tun Abdul Razak sejak kecil sehingga akhir hayat beliau. Kenderaan seperti speedboat dan golf cart yang pernah diguna oleh beliau turut dipamerkan di sini. Keseluruhan perabut dan bilik tidur Allahyarham masih lagi dikekalkan untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang. Tun Abdul Razak semasa hayat beliau telah banyak mencurahkan tenaga dan usianya kepada perjuangan menegakkan kedaulatan negara, kesejahteraan rakyat dan keamanan dunia. Jasanya yang tidak ternilai ini diharapkan dapat dicontohi serta diteladani oleh semua pemimpin-pemimpin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Penubuhan Memorial Tun Abdul Razak ini dikira sebagai perintis usaha-usaha menghargai dan mengabdikan sumbangan-sumbangan beliau dan juga pembuka jalan kepada kajian lebih mendalam untuk mengenali beliau, pentadbirannya dan pasang surutnya politik.

Rujukan
1. Alif Aiman Nasaruddin dan Zarif Azfar Zanudin. Tokoh-tokoh Pemimpin Negara. Selangor: Sabisa Media, 2009.2. Nora Samat. Tokoh Pejuang Negara: Tun Abdul Razak. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise, 2003. 3. Nurul Iman Ramli. Bapa Pembangunan Tun Abdul Razak. Selangor: Pustaka Penamas, 2006. 4. Tun Razak. Kuala Lumpur: Pustaka Peringatan Tun Abdul Razak, 1976.

Dato' Onn Jaafar :

Dato’ Onn Jaafar dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru. Bapanya Dato’ Jaafar Haji Muhammad (1838 – 1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama sementara ibunya pula, Hanim Rogayah berasal dari Scarcia, Turki. Sultan Johor pada ketika itu, iaitu Sultan Ibrahim telah menghantar dan membiayai pengajian beliau di England dan beliau merupakan pelajar terbaik dalam bahasa Inggeris dan Perancis.

Sekembalinya ke tanahair, beliau telah dihantar pula oleh bapanya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar utk mendalami pengajian Bahasa Melayu. Sejurus kemudian, beliau mula terlibat dalam bidang politik dan perjuangan bangsa Melayu. Antara penglibatan beliau adlah ketika memegang jawatan sebagai pengarang Warta Ahad dan juga semasa menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor, di mana beliau telah membuat dua sumbangan yang besar kepada rakyat Johor, iaitu, menubuhkan Biasiswa Sultan Ibrahim dan memberi tiket penerbangan percuma kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri Johor yang beragama Islam untuk mengerjakan haji.

Pada tahun 1946, British telah menubuhkan Kesatuan Malaya (Malayan Union) tetapi telah ditentang hebat oleh bangsa Melayu kerana ia merampas kuasa pemerintahan Sultan dan hak istimewa orang Melayu. Dato’ Onn telah bertindak dengan mengadakan Kongres Melayu Sa-Malaya bagi meyatukan orang Melayu untuk menentang Kesatuan Malaya. Wakil-wakil dari 41 Persatuan Melayu telah menghadiri Kongres tersebut yang diadakan dari 1 hingga 3 haribulan Mac tahun 1946. Diantara keputusan yang telah dicapai di dalam Kongres tersebut ialah memulaukan Kesatuan Malaya, berkabung selama tujuh hari dan memakai lilitan putih pada songkok oleh setiap ahli. Kemudian, pada 4 haribulan Mac tahun 1946, Dato’ Onn telah menubuhkan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malay National Organization) utk menyatukan bangsa Melayu dlm mnentang Kesatuan Malaya secara habis2an.

Beliau telah dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama. Sejurus kemudian, beliau telah membuat satu cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada bangsa Malaya yang lain bagi menyelesaikan isu perkauman di dalam politik. Walau bagaimanapun, cadangan beliau telah dibangkang keras oleh orang Melayu dan justeru itu, Dato’ Onn bersara sebagai Presiden pada tahun 1951. Selain daripada mengasaskan UMNO, beliau juga bertanggungjawab dalam meningkatkan taraf kebajikan sosio ekonomi bangsa Melayu dengan menubuhkan Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA). Walaupun gagal di dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 untuk menjadi Perdana Menteri Malaya yang pertama, beliau telah memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah dengan membuka jalan untuk Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos tahun 1957. Dato’ Onn meninggal dunia pada tahun 1962 ketika berusia 67 tahun.

Hussein Onn :

Hussein Onn dilahirkan di Johor Bahru pada 22 Februari 1922. Beliau merupakan anak sulung kepada Dato’ Onn Jaafar, Menteri Besar Johor dan Presiden Umno yang pertama, dan Datin Halimah. Beliau menerima pendidikan awal di Singapura, dan kemudiannya di English College, Johor Bahru. Beliau memulakan kariernya sebagai seorang pegawai kadet di dalam Angkatan Tentera Johor. Pada tahun 1941, beliau telah dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India untuk menjalani latihan ketenteraan di Akademi Tentera di Dehra Dun, India, dan ditauliahkan pada tahun 1942.

Sejurus kemudian, beliau berkhidmat di Timur Tengah dan di Kolej Ketenteraan New Delhi. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Kapten dan berkhidmat sebagai Pengajar Pusat Latihan Polis Malaya di Rawalpindi, India. Pada bulan Ogos tahun 1945, beliau kembali ke Malaya dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis, Johor Bahru. Kemudian, beliau berkhidmat di Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah, Segamat.
Apabila Dato’ Onn Jaafar menubuhkan UMNO, Hussein Onn meletak jawatan daripada perkhidmatan awam untuk menumpukan sepenuh masanya kepada UMNO. Pada tahun 1946, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama, dan juga sebagai Setiausaha Agong UMNO. Beliau turut berkhidmat sebagai ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Pada tahun 1948, beliau meneruskan pengajiannya dalam bidang perundangan selama lima tahun.

Pada tahun 1970, beliau telah bertanding dan memenangi kawasan pilihan raya Parlimen Johor Bahru Timur dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pendidikan di dalam kabinet Tun Abdul Razak. Kemudiannya pada tahun 1972, beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO. Pada tanggal 13 Ogos tahun 1973, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, menggantikan Tun Dr. Ismail yang meninggal dunia.
Selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia di London pada 14 Januari tahun 1976, Tun Hussein dilantik sebagai Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, atas sebab kesihatan, beliau memutuskan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya, Dr. Mahathir Mohammad pada 15 Julai tahun 1981.

Sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri, beliau banyak menyumbang terhadap pembangunan masyarakat bumiputra. Dasar Ekonomi Baru telah diberi nafas baru di bawah terajunya. Usahanya yang paling ketara adalah apabila beliau memperkenalkan satu skim yang melibatkan pemindahan berjuta ringgit saham milik Kerajaan ke Amanah Saham Nasional (ASN) yang dikuasai oleh Permodalan National Bhd (PNB). Kemudian, berjuta-juta unit di dalam Skim ASN ini dijual kepada golongan bumiputra bagi membolehkan mereka melabur secara tidak langsung di dalam saham-saham tersebut. Dengan dana yang terhasil daripada jualan ini, PNB menjadi sumber utama bagi Kerajaan untuk menguasai kepentingan di dalam syarikat2 asing.

Setelah persaraannya, Tun Hussein Onn masih kekal aktif di dalam beberapa inisiatif lain. Sebagai contoh, pada bulan May tahun 1983, beliau telah dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa. Manakala pada 22 Februari tahun 1983 pula, beliau terpilih sebagai Penasihat kepada Petronas dan pada 9 Jun tahun 1983 beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).
Tun Hussein Onn meninggal dunia pada tanggal 29 May tahun 1990 di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, United States ketika berumur 68 tahun, enam minggu setelah menjalani pembedahan pintasan koronari. Beliau disemadikan di Moselium Pahlawan, di perkarangan Masjid Negara Kuala Lumpur.

Ismail Abdul Rahman :

Ismail bin Dato’ Abdul Rahman telah dilahirkan di Johor Bahru pada 4 November 1915. Bapanya Abdul Rahman bin Mohamed Yassin adalah bekas pegawai perkhidmatan awam kerajaan Johor pernah menyandang jawatan Presiden Pertama Dewan Negeri iaitu jawatan tertinggi dalam Kerajaan Johor. Ibunya, Zaharah binti Abu Bakar meninggal dunia sewaktu Tun Dr. Ismail berumur sembilan tahun. Beliau mempunyai lapan orang adik beradik. Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Norashikin binti Dato’ Mohd. Seth dan mempunyai enam orang anak, empat lelaki dan dua perempuan. Tun Dr. Ismail adalah peminat sukan. Di antara sukan yang digemari ialah golf, ragbi, tenis, badminton, tinju dan bola sepak. Tun juga mempunyai minat dalam bidang fotografi, pengemar lagu-lagu Melayu Asli, suka mengumpul barang-barang antik seperti paip dan pemetik api serta bercucuk tanam pelbagai jenis pokok bunga dan buah-buahan di persekitaran rumahnya.

Tun Dr. Ismail telah belajar di Sekolah English College, Johor Bahru dan kemudian menyambung pelajaran ke Maktab Perubatan, King Edward VII College of Medicine, Singapura pada tahun 1935 hingga 1937 dan selepas itu melanjutkan pelajarannya ke Australia. Beliau telah mendapat Ijazah Perubatan dari Universiti Melbourne, Australia dalam tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang lulus dari Universiti tersebut. Setelah kembali ke Tanah Air beliau telah membuka klinik perubatan sendiri yang dinamakan Tawakkal dari tahun 1947 hingga 1952 di samping bekerja secara sambilan di Hospital Besar, Johor Bahru.

Pada tahun 1953, beliau mula melibatkan diri sepenuh masa dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui UMNO yang dipimpin oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra. Sebelum itu, Dr. Ismail pernah dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam tahun 1948. Pada tahun 1953, beliau telah menyandang jawatan Menteri Hasil Bumi hingga tahun 1955. Setahun kemudian beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian yang pertama. Beliau juga menyertai rombongan Ketua Menteri, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra ke London pada 18 Januari hingga 8 Februari 1956 kerana rundingan mengenai Kemerdekaan.

Setelah mencapai kemerdekaan, Dr. Ismail dilantik sebagai Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Washington di samping menjadi Wakil Tetap di Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada bulan September 1957 beliau hadir di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu setelah Malaya di terima sebagai anggota pertubuhan itu. Memandangkan pengalaman beliau di arena antarabangsa, pada tahun 1959 beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. Pada tahun 1960 pula beliau dilantik menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan tiga bulan selepas itu ditugaskan menjalankan kerja-kerja sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pada tahun 1967, Tun Dr. Ismail mengambil keputusan meletakkan jawatan kerana kesihatan sering terganggu disebabkan penyakit jantung. Walau bagaimanapun beliau telah kembali berkhidmat pada bulan Mei 1969. Beliau telah dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Dengan tindakan yang tegas beliau berjaya memulihkan keamanan dalam negara pada masa trajedi 13 Mei 1969. Setelah Y.T.M Tunku Abdul Rahman bersara pada tahun 1970, Allahyarham Tun Razak telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Tun Razak telah melantik Tun Dr. Ismail sebagai timbalannya di samping menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Tun Dr. Ismail terkenal di kalangan pemimpin kerajaan dan antarabangsa kerana kebijaksanaannya dalam berhujah serta idea-idea yang membina dan bernas. Beliau adalah orang yang mula-mula menganjurkan Dasar Berkecuali Asia Tenggara. Ketika menyandang jawatan Menteri Kehakiman beliau telah menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kehakiman Komanwel di Australia dan Persidangan Keamanan Dunia melalui undang-undang di Washington pada tahun 1965. Beliau juga telah mewakili Malaysia di upacara perlantikan Presiden Filipina dalam bulan Disember 1965. Dalam tahun 1964, berikutan tindakan Indonesia melancarkan konfrantasi terhadap Malaysia Tun Dr. Ismail telah diutus ke New York sebagai ketua rombongan untuk membentangkan perkara Malaysia/Indonesia dalam Majlis Keselamatan pada 5 November 1964.

Tun Dr. Ismail pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak berada di luar negara. Kali terakhir memangku ketika Allahyarham Tun Abdul Razak berada di Kanada bagi menyertai persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Negara-Negara Komanwel. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 2 Ogos 1973 dalam usia 57 tahun di rumahnya. Beliau telah menerima pelbagai anugerah samaada dari dalam atau luar negara kerana kecemerlangan menjalankan tugas dan tanggungjawab. Antaranya Darjah Panglima Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1959. Majlis Senat Universiti Malaya turut memperingati dan menghargai jasa beliau dengan mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang pada 13 Jun 1964. Seterusnya pada bulan Oktober 1965, beliau menerima Darjah Kebesaran Vietnam iaitu Vietnam National Order Grand Officer dan dalam bulan yang sama dikurniakan anugerah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) daripada Sultan Johor.

Pada bulan April tahun 1966 beliau telah di anugerahkan pingat Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun. Ketokohan Tun juga mendapat penghargaan kerajaan Indonesia apabila dikurniakan Bintang Republik Indonesia Kelas Dua. Penghargaan ini diperolehi ketika Presiden Suharto melawat Malaysia pada tahun 1970. Dalam Konvensyen Pertama Universiti Sains Malaysia pada 9 Januari 1973 Tun Dr. Ismail telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang. Sebagai menghargai jasa-jasa Tun Dr. Ismail terhadap negara dan bangsa jenazah beliau telah disemadikan di Makam Pahlawan Negara di Masjid Negara atas kehendak Tun Abdul Razak. Beliau merupakan pemimpin pertama dikebumikan di makam tersebut. Tugas rasmi yang terakhir dilakukannya adalah merasmikan Perayaan Jubli Perak Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 2 Ogos 1973.

Sumber:
(a) Pakejan Maklumat - Katalog Bahan-Bahan Sudut Wira Tun Dr. Ismail Edisi II (b) Biographical Note of Tun Dr. Ismail Alhaj bin Dato’ Haji Abdul Rahman 923.2595 ISM M (c) Tun Dr. Ismail : Kejora Timur yang Mengerdip oleh Thajunnisa Mohamed Ibrahim 923.2595 ISM.T M (d) Tun Dr. Ismail –Negarawan Berjasa oleh Mohd. Tajuddin bin Haji Abdul Rahman 923.29595 ISM.M M

Sambanthan :

V.T. Sambanthan dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak Darul Redzuan. Semasa kecil beliau tidak banyak bergaul dengan masyarakat lain. Beliau seorang yang rajin. Beliau mula bergaul dengan masyarakat lain apabila bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau sangat cemerlang dalam pelajarannya hingga membolehkan beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Annamalai di Selatan India dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dari universiti tersebut. Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India. Sejak kecil lagi sangat aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah dan universiti. Kepimpinan terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian.

Pada tahun 1955, pilihanraya yang pertama telah diadakan dan Parti Perikatan telah memberi penghargaan kepada beliau untuk mewakili kawasan Kinta, Perak. V.T. Sambanthan telah menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh. Pada tahun 1957 pula beliau dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959 telah dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos.Jawatan yang terakhir dipegang oleh V.T. Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu. V.T. Sambanthan jga turut berjasa dlm menyatukan msyarakat India di Fiji dgn masyarakat pribumi.

V.T Sambanthan tidak hanya memajukan masyarakat India yang kurang berpendidikan tetapi lebih global terutama ketika menjawat jawatan Menteri Kesihatan. Beliau telah meletakkan jawatan Presiden Kongres India pada tahun 1973 dan Menteri Perpaduan Negara pada tahun 1974 kerana faktor usia. Tun V.T. Sambanthan telah meninggal dunia pada 18 Mei 1979 akibat diserang penyakit jantung. Bagi mengenang jasa beliau kepada negara, nama beliau telah diabadikan kepada sebatang jalan raya di Brickfield, Kuala Lumpur.

Tan Cheng Lock :

Latarbelakang : Tan Cheng Lock dilahirkan pada 5 April 1883 di 111, Heeren Street, Melaka. Keturunan beliau berasal dari wilayah Fukien, China dan berhijrah ke Melaka di sekitar tahun 1770an. Bapa beliau bernama Tan Keong Ann dan ibunya Lee Seck Bin. Tempat kelahiran beliau ini masyhur dengan bangunan merah iaitu Dutch Stadthuys. Tan Cheng Lock merupakan anak ketiga daripada tujuh adik-beradik iaitu empat orang lelaki dan tiga orang perempuan. Tan Cheng Lock membesar dalam suasana pembelajaran yang tegas. Kemiskinan hidup menyebabkan beliau belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dalam hidupnya. Beliau telah menamatkan pengajian Standard VII di Malacca High School pada 1899 dan penerima kedua Biasiswa Tan Teck Guan di sekolahnya. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Raffles Institution, Singapura dari tahun 1902 hingga 1908 dalam bidang undang-undang. Pada tahun 1908, usia beliau genap 25 tahun semasa menuntut di Raffles Institution. Pihak pentadbiran Raffles Institution telah memberi peluang kepada penuntutnya berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain dari Kolej Eropah dan ini menjadikan beliau lebih matang dan taat kepada British. Selepas menamatkan pengajian, beliau telah bekerja di ladang getah Bukit Kajang sebagai Penolong Pengurus dari tahun 1908 hingga 1910 dengan bantuan sepupu ibunya iaitu Lee Chin Tuan. Beliau juga mendapat bantuan dari Chan Kang Swi, untuk menjadi ahli perniagaan dalam perusahaan di bawah Malacca Pinda Rubber Estates, Ayer Molek Rubber Company dan United Malacca Rubber Estates.

Sumbangan-Pentadbiran : Sejarah kepimpinanannya bermula pada usia 29 tahun apabila beliau dilantik menjadi hakim di Melaka pada bulan Ogos tahun 1912. Berapa bulan kemudian, beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya Majlis Perbandaran Bandar dan Port di Melaka dari tahun 1912 hingga 1922. Pada 1 Januari 1923, ketika Tan Cheng Lock berumur 40 tahun beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Tidak Rasmi Negeri-negeri Selat dan Straits Settlements Executive Council dari tahun 1933 hingga 1935. Semasa tempoh memegang jawatan tersebut, beliau memperjuangkan nasib kaum Cina khususnya dari aspek undang-undang perkahwinan, candu, pendidikan dan isu-isu imigresen. Pada 26 September 1935, Tan Cheng Lock telah bersara dari jawatan Unofficial Member of the Straits Settlements Executive Council. Dalam tahun 1949, beliau telah dilantik menjadi presiden pertama bagi Malayan Chinese Associations (MCA). Tan Cheng Lock adalah generasi kaum Cina awal 1920-an dan 1930-an yang menyumbang kepada Kemerdekaan Tanah Melayu.

Sumbangan-Ekonomi : Selain memperjuangkan wawasan politiknya, Tan Cheng Lock memberi perhatian terhadap isu ekonomi dan kewangan. Beliau telah menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan British mengurangkan pengeluaran getah dengan tujuan untuk menstabilkan harga komoditi ini dalam zaman kemelesetan ekonomi dunia (1929 � 1933). Pengalaman luas beliau dalam sektor pertanian khususnya getah menjadi penyumbang kepada termetarainya Penjanjian Kawalan Getah Antarabangsa dengan Syarikat Hindia Timur Belanda dan tujuh negeri lain, iaitu Sri Langka, India, Myanmar, India-China, Thailand, Sarawak dan Borneo Utara pd bulan Jun 1934.

Sumbangan-Politik : Pada 27 Februari 1949, Tun Tan Cheng Lock bersama-sama pemimpin Cina yang lain iaitu Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee mengasaskan penubuhan MCA (Persatuan Cina Malaya) dan dilantik sebagai Presiden parti pertama. Antara tujuan penubuhan MCA ialah untuk menyatukan orang Cina di seluruh Tanah Melayu, melindungi hak dan kepentingan orang Cina, bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunis, bidang perdagangan, kelonggaran terhadap syarat bahasa dan tempoh tinggal yang lebih pendek, memperkenal konsep jus soli bersyarat bagi bukan Melayu. Akhirnya Tun Tan Cheng Lock telah membawa MCA dalam Konvensyen Kebangsaan (National Conventions) yang dianjurkan bersama UMNO pada 23 Ogos 1953. Akhirnya, Parti Perikatan telah ditubuhkan yang menggabungkan parti UMNO, MCA dan MIC. Seterusnya langkah ini telah mempercepat proses kemerdekaan Tanah Melayu.

Perkahwinan : Pada tahun 1913, Tan Cheng Lock berkahwin dengan Yeo Yeok Neo iaitu anak kepada Yeo Tin Hye iaitu Presiden Persatuan Masyarakat Hokkien di Melaka. Hasil perkongsian mereka berdua, dikurniakan seorang anak lelaki bernama Tan Siew Sin dan empat orang anak perempuan iaitu Kim Tin, Wee Geok Kim, Alice Kim Yoke dan Agnes Kim Lwi. Beliau meninggal dunia dunia akibat serangan jantung pada 13 Disember 1960 ketika berusia 77 tahun di Hospital Besar Melaka.

Anugerah : Sebagai mengenang khidmat dan jasa yang ditaburkan, beliau telah dikurniakan anugerah dan bintang kehormatan oleh kerajaan British, Persekutuan dan Negeri. Antaranya ialah J.P pada tahun 1913 dan �Commander of the British Empire� (C.B.E), �The Knight Commander of the British Empire�(K.B.E), dikurniakan oleh King George VI yang membawa gelaran �Sir� pada tahun 1952. Di peringkat Tanah Melayu pula, negeri Johor telah menganugerahkan D.P.M.J yang membawa gelaran Dato� oleh Sultan Ibrahim pada tahun 1949. Pada tahun 1958, Yang Di-Pertuan Agong telah menganugerahkan pingat Seri Mangku Negara (S.M.N) yang membawa gelaran Tun.

Rujukan
1.Tokoh-tokoh Gemilang Melaka : Pentadbiran dan Politik. Batu Beremdam, Melaka : Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, 2004 2.Safiah Sidek. Biografi Mubarak Melaka : Tun Tan Siew Sin : Usahawan dan Negarawan Ulung. Melaka : Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka, 2008.
3.http://www.mca.org.my/English/PastPresidents/Pages/TunTanChengLock.aspx 4.http://www.tourism-melaka.com/emelakainfo/TUN%20TAN%20CHENG%20LOCK.pdf

Tan Siew Sin :

Latar belakang : Tun Tan Siew Sin dilahirkan di Melaka pada 21 Mei 1916. Beliau berasal dari sebuah keluarga Cina pertama yang tinggal di Melaka. Oleh itu beliau fasih berbahasa Melayu. Beliau adalah anak kpda Tun Tan Cheng Lock dan Yeo Yeok Neo. Bapanya telah menghantarnya belajar di sekolah perempuan Suydam Girls School, Melaka. Sekarang sekolah ini dikenali sbagai Sekolah Tinggi Methodist. Tindakan bapanya menghantar beliau ke sekolah ini adalah bertujuan agar Tan Siew Sin tidak terpengaruh dgn budak-budak lelaki yang nakal. Tan Siew Sin adalah seorang pelajar yang cerdik dan selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian di Raffles College, Singapura dan seorang pelajar yang aktif dalam sukan khususnya hoki dan olahraga. Pada tahun 1938, beliau melanjutkan pelajaran dlm bidang undang-undang di Middle Temple, London, England. Beliau hya lulus tahun pertama sahaja kerana kesihatannya masih terganggu akibat penyakit batuk kering yang dialaminya. Sebaik sahaja pulang ke Tanah Melayu, beliau diminta oleh bapanya bekerja sebagai mandor ladang getah milik keluarganya bagi menimba pengalaman dalam pengurusan ladang. Apabila Perang Dunia kedua (1941-1945) meletus, keluarga beliau berpindah ke India. Semasa di India, beliau dan ayahnya telah menubuhkan Overseas Chinese Association of India yang terletak di bawah British Ministry of Economic Warfare. Pasukan ini memperjuangkan pembebasan Tanah Melayu daripada Jepun. Semasa di India, beliau mempelajari keadaan hidup rakyat India yang menderita semasa pemerintahan British. Beliau juga menyaksikan perjuangan pemimpin-pemimpin India seperti Gandhi dan Nehru yang berjuang menuntut kemerdekaan. Pengalaman ini telah mengajar beliau erti perjuangan, kegigihan dan kesetiaan. Apabila perang tamat pada tahun 1945, beliau sekeluarga kembali ke Tanah Melayu. Tan Siew Sin telah mengambil keputusan untuk bergiat aktif dalam politik. Bagaimanapun, hasrat beliau terhalang apabila bapanya beranggapan bahawa Tan Siew Sin masih mudah untuk berpolitik. Bapanya mahu Tan Siew Sin mengurus dan menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarganya.

Sumbangan : Pada tahun 1948, beliau telah dilantik sebagai seorang Anggota Badan Perundangan Persekutuan. Beliau aktif dalam Kelab Loteri Melaka dan memegang jawatan sebagai Presiden Kelab tersebut. Pada masa itu juga, aktiviti komunis amat membimbangkan ketenteraman Tanah Melayu. Mereka yang pro-British akan dibunuh oleh komunis. Tan Siew Sin juga aktif dalam Independence Malaya Party (IMP) yang ditubuhkan oleh Datuk Onn Jafaar. Dalam pilihanraya tahun 1952, IMP telah mengambil bahagian tetapi berjaya memenangi satu kerusi dari 12 kerusi yang dipertandingkan. Pilihanraya umum telah dimenangi oleh Parti Perikatan diwakili UMNO dan MCA. Oleh itu ia membuktikan bahawa IMP tidak mendapat sokongan ramai. Beliau telah berkenalan dengan pemimpin UMNO seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Dr. Ismail. Dua tahun kemudian, beliau telah bekerjasama dengan Parti Perikatan. Dalam tahun 1956, kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan ke atas Tanah Melayu. Pada masa itu, Tan Siew Sin mencadangkan kepada pemimpin UMNO agar memberikan taraf kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu. Cadangan tersebut telah diterima selepas beberapa perbincangan dengan pemimpin UMNO. Tan Siew Sin adalah seorang pemimpin yang berkebolehan dalam pentadbiran. Oleh itu, beliau telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Industri oleh Tunku Abdul Rahman. Pada tahun 1957, beliau telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian (1957-1959) . Pelantikannya sebagai Menteri Kabinet juga menyebabkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin MCA mula menghormati dan mengiktirafnya dengan jawatan-jawatan lebih penting dalam parti MCA. Ketika menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tun Tan Siew Sin memulakan usaha ke arah ekonomi yang pelbagai dan lebih terbuka. Untuk mencapai haluan ekonomi tersebut, sektor ekonomi dan perkhidmatan telah dimajukan di samping meningkatkan sektor pertanian. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan selama 15 tahun bermula tahun 1959 sehingga 1974. Sebagai Menteri Kewangan, beliau telah memimpin Perwakilan Malaysia dlm mesyuarat tahunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa. Beliau juga menjadi Pengerusi bagi Suruhanjaya Kajian Semula Pilihanraya bagi Seychelles dan orang luar pertama dalam sejarah British yang menjadi pengerusi suruhanjaya perlembagaan. Tan Siew Sin adlh Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel daripada 1970 hingga 1971. Bila Tun Tan Cheng Lock meninggal dunia pada tahun 1960, beliau telah dilantik sebagai Presiden MCA. Beliau bersara sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1974 atas sebab kesihatan yang serius.

Perkahwinan : Pada tahun 1947, ketika berusia 31 tahun, beliau mendirikan rumahtangga dengan Toh Puan Lim Cheng Neo yang berasal dari Singapura. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak perempuan. Tun Tan Siew Sin meninggal dunia pada 18 Mac 1988 ketika berusia 72 tahun.

Anugerah : Beliau telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan penghormatan dalam dan antarabangsa. Antara kurniaan anugerah yang diperolehi ialah The Grand Cross of the Order of Leopold II Belgium pada tahun 1967, Doktor Kehormat Undang-undang Universiti Malaya, The Order of Sikutuan (Kelas Dua) Filipina pada tahun 1968, Seri Setia Mahkota (S.S.M) Kelas Pertama yang membawa gelaran Tun pada tahun 1969, Bintang Mahaputra Kelas Dua Indonesia pada tahun 1970 dan anugerah Tun Abdul Razak pada tahun 1980.

Rujukan
1.Tokoh-tokoh Gemilang Melaka : Pentadbiran dan Politik. Batu Beremdam, Melaka : Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, 2004 2.Safiah Sidek. Biografi Mubarak Melaka : Tun Tan Siew Sin : Usahawan dan Negarawan Ulung. Melaka : Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka, 2008. 3.Nora Hj. Samat. Tun Tan Siew Sin. Kuala Lumpur : Goodmark Enterprise, 2003. 4.http://www.mca.org.my/English/PastPresidents/Pages/TunTanSiewSin.aspx 5.http://www.tourism-melaka.com/tuntansiewsin.pdf

Tun Dr. Mahathir Mohamad :

Pendidikan Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan(9) orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan kelulusan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya, Singapura. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkahwinan Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

Kerjaya Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat. Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.

Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang teguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.

Penglibatan Politik Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat dalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.

Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya Council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau memberi peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Kementerian Pendidikan.

Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau. Pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" atas perjuangannya yang tidak mengenal lelah untuk memartabatkan Malaysia ke arah Wawasan 2020 dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 iaitu selama 22 tahun.

Pencapaian dan Sumbangan Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan nilai matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebanan kewangan kerajaan diantaranya Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Telekom telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat seperti penubuhan industri otomotif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Usaha beliau ke arah meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB. Masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal. Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkn perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping mmberi perkhidmatan yg lebih baik.

Dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi. Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya Multimedia [Multimedia Super Corridor (MSC)]. Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa pentadbiran beliau antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One dan Menara Berkembar Petronas(KLCC). Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia.

Rujukan : ___,(1975). Dr. Mahathir Mohamad : a brief biography. Kuala Lumpur : Jabatan Penerangan Malaysia. ___,(2004). Biografi Dr. Mahathir. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia. http://www.ipdm.uum.edu.my/Tun/BiodataTun.htm Sumber: : Buku Majlis Konvokesyen Khas Sempena Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan) Kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kerja Sosial) kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali. http://tirmidzi.diaryland.com/balaiwaris.html http://sejarahmalaysia.pnm.my/

PERSONALITI WANITA

Dato Siti Norma bt. Yaacob :

Dato' Siti Norma Bt. Yaakob merupakan hakim wanita yang pertama di negara kita. Beliau dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 6 Julai 1940. Beliau memulakan kerjanya pada Jun 1963 apabila dilantik sebagai Penolong Pendaftar Kanan di Makamah Persekutuan. Pada Januari 1967 beliau telah dilantik pula sebagai Presiden Wanita Mahkamah Seksyen yang pertama. Pada tahun 1988, Dato' Siti Norma telah dinaikkan pangkat menjadi Hakim Wanita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sekali gus menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan tersebut. Sebagai tanda pengiktirafan beliau telah dianugerahkan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan pada Julai 1987. Beliau telah mendapat "Barrister of Law" di Gray's Inn, London. Beliau pernah menjadi Ahli Konsul Eksekutif, Eisenhower Fellows Association Malaysia semenjak 1992 dan kemudiannya dilantik sebagai hakim di Mahkamah Rayuan pada 17 September 1994.

Hajah Kontik Kamariah :

Yang Berbahagia Tan Sri Datin Sri Cempaka Kontik Kamariah telah dilahirkan di Kampung Seputih, Kuala Lumpur, pada 5 Ogos 1911. Beliau telah berkahwin dengan Encik Bahadun Haji Hassan (Allahyarham) iaitu bekas Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan yang meninggal dunia pada 28 Julai 1980. Mereka mempunyai dua orang anak. Beliau adalah anak kepada Allahyarham Ahmad Panglima Garang Ishak, bekas Penghulu Kuala Lumpur. Beliau telah menuntut hingga tamat darjah lima di Sekolah Melayu Seputih, Kuala Lumpur di antara tahun 1919 hingga 1923. Di peringkat menengah pula beliau bersekolah di Methodist Girls School, Kuala Lumpur sehingga lulus Senior Cambridge pada 1928. Beliau merupakan wanita Melayu pertama yang lulus peperiksaan Senior Cambridge. Seterusnya beliau mengikuti kursus perguruan di English Normal Teachers’ Training Centre dan juga wanita Melayu pertama mengikuti kursus tersebut di Victoria Institution pada tahun 1932. Pada tahun 1929 hingga 1931 beliau telah bertugas sebagai guru pelatih bahasa Inggeris di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur. Dalam tahun 1932, beliau menjadi Inspektor Sekolah Melayu Perempuan Kampung Baru dan dilantik menjadi Penyelia Sekolah-sekolah Melayu Negeri Selangor yang pertama dari 1945 hingga 1948. Sebagai isteri duta pula beliau sentiasa menemani suaminya ke luar negara, iaitu antara tahun 1957 hingga 1968.

Beliau juga melibatkan diri dalam kegiatan politik dan turut berjuang menentang penjajah. Selain itu beliau aktif dalam pelbagai pertubuhan koperasi dan UMNO. Pada tahun 1932, beliau terlibat dengan Selangor Government Servants Co-op Thrift and Loan Society, Kuala Lumpur dan menjadi ahli jawatankuasa hingga tahun 1940. Pertubuhan lain yang disertai adalah Midland Co-op Union, Co-op Union of Malaya, Co-op Insurance of Malaya dan merupakan Ahli Lembaga Maktab Kerjasama. Antara tahun 1955 hingga 1957 beliau telah menjadi Pengerusi Selangor Co-op Thrift and Loan Society dan Presiden Co-operative Union of Malaya juga merupakan wanita pertama memegang jawatan tersebut. Pada tahun 1954 hingga 1964 dan dari tahun 1975 hingga awal 1980-an beliau dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Perumahan Pegawai-pegawai Melayu Selangor. Pada tahun 1954 beliau telah menubuhkan Koperasi Bangunan Rumah-rumah Pegawai-pegawai Melayu Selangor dan menjadi Yang Dipertua Syarikat Bangunan Rumah tersebut sehingga 1964 dan sekali lagi pada tahun 1975. Syarikat ini telah berjaya membeli sebidang tanah dan telah mendirikan 21 buah rumah dan kawasan perumahan ini diberi nama Taman Kamariah sempena nama beliau.

Beliau telah menjadi Kapten bagi Pasukan Pandu Puteri Sekolah Kampung Baru, Kuala Lumpur pada tahun 1939. Pada tahun 1977, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Lembaga Rayuan Penapis Filem Negara dan pada tahun 1979 menjadi Ahli Jawatankuasa Majlis Daerah Gombak. Selepas suami beliau meninggal dunia beliau telah mengusahakan syarikat pelancongan. Pada tahun 1953 telah mendapat anugerah British Empire Medal (B.E.M) oleh kerajaan Inggeris. Kerajaan Negeri Selangor telah menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) pada tahun 1964 dan Jaksa Pendamai (J.P) dalam tahun1969. Pada 8 Mac 1979, menjadi wanita pertama dilantik oleh DYMM Sultan Selangor menjadi Orang Kaya Maha Bijaya Gombak yang dikenali dengan gelaran Orang Besar Daerah Gombak iaitu “Datin Sri Cempaka�?. Pada tahun 1990, pula mendapat Anugerah Wanita Cemerlang Avon-Tan Sri Fatimah. Beliau juga dianugerahi Pingat Kenangan Bakti Guru Melayu Selangor oleh Persatuan Sejarah Malaysia Selangor dan Tokoh Warga Tua Wanita oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1992. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengurniakan bintang Panglima Setia Mahkota (P.S.M) kepada beliau dengan gelaran “Tan Sri? dan kemudian Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A) yang membawa gelaran “Datin Paduka?.

Tan Sri Datin Paduka Seri (Dr.) Aishah Ghani :

Yang Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Seri (Dr.) Aishah Ghani telah dilahirkan pada 15 Disember 1923 di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor. Beliau telah berkahwin dengan Encik Abdul Aziz Abu Hassan (Allahyarham) dan mereka memperoleh empat orang anak, iaitu Shairudin, Mariati, Datuk Astaman dan Zarim. Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Melayu Bukit Raya, Cheras, Selangor. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia, dari tahun 1936 hingga 1939. Seterusnya pada tahun 1940 hingga 1943, beliau telah memasuki Maktab Perguruan Tinggi Islam di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Beliau kemudiannya telah mengambil jurusan kewartawanan di Regent Street Polytechnic di London, pada April 1955 hingga Disember 1958.

Penglibatan Tan Sri Aishah dalam bidang politik bermula dengan kerjayasebagai wartawan dalam Pelita Malaya, lidah rasmi Perti Kebangsaan Melayu (PKM). Sebaik sahaja PKM ditubuhkan, beliau menjadi Ahli Jawatankuasa dan sekaligus mengetuai sayap wanita yang dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Beliau pernah menyertai perhimpunan dan gerakan menuntut kemerdekaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Beliau telah keluar dari parti ini pada tahun 1946 dan menjadi ahli UMNO pada tahun 1949. Penglibatannya dalam UMNO bermula apabila beliau menjadi ahli UMNO Cawangan Pasar Pudu. Beliau menyertai UMNO Kampung Baru pada tahun 1949 dan diberi tugas sebagai Setiausaha.

Sekembalinya beliau dari London pada tahun 1959, beliau bekerja sebagai wartawan di Berita Harian dan penyunting di Kumpulan Akhbar New Straits Times. Beliau telah mengundurkan diri dari bidang kewartawanan pada tahun 1963 apabila beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Naib Ketua Wanita UMNO. Beliau telah menjadi Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Negeri Selangor pada tahun 1960 hingga 1972. Pada tahun 1963, Tan Sri Aishah telah dilantik Senator wanita yang pertama di Malaysia dan menjadi wakil wanita yang pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dari tahun 1967 hingga 1972, beliau menjadi wakil Malaysia ke Persidangan Suruhanjaya Taraf Wanita PBB. Beliau telah dipilih menjadi Ketua Pegerakan Wanita UMNO Malaysia pada tahun 1972 sehingga 1984. Pada tahun 1973, beliau telah dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dan memegang jawatan ini selama 11 tahun sebelum menamatkan khidmat beliau pada tahun 1984. Beliau telah melancarkan Yayasan Kebajikan Negara yang masih berfungsi sehingga sekarang. Tan Sri Aishah ialah Pengerusi Tetap Pegerakan Wanita UMNO Malaysia semenjak tahun 1986 hingga sekarang. Kini beliau menjadi Pengerusi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad sejak penubuhannya pada tahun 1975, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (1985-1997), Ahli Jawatankuasa Yayasan Tun Abdul Razak dan Pengerusi Pusat Perlindungan Wanita Darsaadah. Selain itu, beliau turut terlibat dalam bidang perniagaan dengan menjadi Pengerusi Electcoms Sdn. Bhd., Pengarah Eksekutif Meditel Electronics Sdn. Bhd., Pengarah Nusa Utama Sdn. Bhd., Hasrat Emas Sdn. Bhd., Pengangkutan Kota Mas Sdn. Bhd., Tanjung Sebaneka Sdn. Bhd. dan Metrojaya Bhd.

Beliau telah dianugerahi bintang Johan Mangku Negara (J.M.N.) pada tahun 1971 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada tahun 1978, beliau dikurniai Darjah Dato’ Paduka Mahkota Selangor Kelas Kedua (D.P.M.S.) oleh Kerajaan Selangor yang membawa gelaran ‘Datin Paduka’. Beliau dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ oleh Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1985. Setahun kemudian, beliau telah dianugerahi Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Pada tahun 1999, beliau dikurniai darjah Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama (S.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datin Paduka Seri’ oleh DYMM Sultan Selangor. Pada tahun 2002, beliau telah dikurniai Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tan Sri Dato Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz :

Tun Tan Sri (Dr.) Fatimah Hashim :

Yang Amat Berbahagia Tun Tan Sri (Dr.) Fatimah telah dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Parit Kurma, Muar, Johor. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Tan Sri Abdul Kadir Yusof (Allahyarham) dan mereka mempunyai enam orang anak. Beliau merupakan wanita petama dilantik Menteri Kabinet, iaitu Menteri Kebajikan Am Malaysia. Jawatan itu telah dipegang dari 20 Mei 1969 hingga akhir Februari 1973. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit Kurma, Muar, kerana pada masa itu belum ada sekolah untuk murid perempuan di kampung tersebut. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Melayu perempuan Mersing dan telah belajar bahasa Inggeris di sekolah malam dengan guru Sekolah Convent Johor Bahru. Tun Fatimah mula menunjukkan minat terhadap kerja-kerja kebajikan sejak di bangku sekolah lagi. Semasa bersekolah, beliau seorang murid yang aktif dan pernah menjadi Ketua Darjah dan Ketua Kumpulan Murid Perempuan, Ketua Kumpulan (murid perempuan) kegiatan berkebun sayur, Ketua Murid Sekolah Melayu Perempuan Mersing dan ketua rombongan pasukan senaman ke pertandingan senaman sekolah-sekolah negeri Johor di Sekolah Air Molek.

Tun Fatimah telah memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai UMNO pada tahun 1947, ketika berusia 21 tahun. Beliau menganggotai Pergerakan Kaum Ibu (UMNO) Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru, dan memegang jawatan sebagai Bendahari. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor Bahru. Pada tahun 1956, setelah mengikut suaminya ke Perak, Tun Fatimah telah dipilih menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri Perak dan dalam masa yang sama, memegang jawatan Ketua Bahagian Ipoh. Dalam tahun itu juga, beliau telah dilantik Ketua Pergerakan Kaum Ibu Malaya, menggantikan tempat Puan Khadijah Sidek. Semasa memimpin Pergerakan Kaum Ibu UMNO, beliau berjaya membawa wanita-wanita muda melibatkan diri dalam bidang politik dan sekaligus menyertai UMNO. Pada tahun 1959, beliau sekali lagi berpindah mengikut suaminya yang bertugas dalam pekhidmatan kerajaan ke Kedah. Di sana, pada tahun yang sama, beliau telah dipilih menjadi calon pilihanraya bagi kawasan Jitra-Padang Terap. Kemenangan pada tahun 1959 diulangi sebanyak dua kali lagi menjadikan beliau ahli Parlimen bagi kawasan tersebut tiga kali berturut-turut. Pada 20 Mei 1969, beliau telah dilantik Menteri Kebajikan Am, wanita pertama menjawat jawatan menteri. Beliau memegang jawatan tersebut selama empat tahun sehingga besara pada bulan Februari 1973. Selain bidang politik, Tun Fatimah juga aktif dalam pergerakan sosial terutamnya dalam pertubuah wanita. Pada tahun 1962, sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO dan bersama-sama beberapa orang pemimpin wanita lain, beliau telah memulakan perayaan Hari Wanita pada 25 Ogos. Perayaan tersebut disambut sehingga hari ini. Setahun selepas pelancaran Hari Wanita, diputuskan supaya sebuah badan gabungan pertubuhan-pertubuhan wanita ditubuhkan, antara lain, menjadi urusetia perayaan Hari Wanita di samping menangani pesoalan-persoalan wanita semasa. Badan tersebut diberi nama Majlis Kebangsaan Petubuhan-pertubuhan Wanita atau National Council of Women’s Organisations (NCWO).

Tun Fatimah telah dipilih sebagai Timbalan yang Dipertua bagi penggal petama (1962-65). Beliau kemudiannya dilantik Yang Dipertua dan menerajui NCWO selama 24 tahun sehingga bersara daripada jawatan pada tahun 1989. Beliau juga telah menjadi Ahli Jawatankuasa Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat, Ahli Majlis Universiti Malaya, Ahli Jawatankuasa Hospital Assunta, Ahli Jawatakuasa Sekolah Latihan Wanita Ipoh, Ahli Jawatankuasa Perikatan Peringkat Malaya dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pepaduan Kebangsaan Malaysia. Beliau juga pernah dilantik Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah. Sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO, dengan sedirinya beliau menjadi Naib Yang Dipetua UMNO Malaysia dan menduduki kerusi di Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Ahli Jawatankuasa Kewangan UMNO dan Ahli Jawatankuasa Politik.

Selaku pemimpin wanita Melayu pertama menjadi Menteri, Tun Fatimah seringkali diundang memberi ucapan dan ceramah dalam seminar-seminar, forum dan persidangan-persidangan yang dianjurkan oleh pelbagai pertubuhan, baik di dalam mahupun di luar negara. Antara mesyuarat dan persidangan yang pernah dihadirinya ialah Perjumpaan Wanita Antarabangsa dalam tahun 1965 di Tehran. Pada tahun 1963, beliau telah membuat lawatan sambil belajar selama dua bulan ke Amerika Syarikat dan sebagai Menterei Kebajikan Am, beliau telah membuat lawatan ke negara-negara jiran, misalnya ke Indonesia. Sebagai Presiden NCWO juga, beliau telah mengikuti beberapa persidangan wanita antarabangsa. Pada 31 Ogos 1958, beliau telah dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara (P.M.N) oleh Sri Paduka Baginda Yang Di-Petuan Agong yang membawa gelaran ‘Tan Sri’. Universiti-universiti tempatan juga telah memberi penghormatan kepada beliau seperti Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Malaya pada tahun 1975 dan Ijazah Kehormat Doktor Pendidkan oleh UTM pada tahun 2000. Sebelum itu, pada tahun 1995, UTM telah melantik beliau sebagai Pro-Canselor. Pada tahun 2003, beliau telah dikurniai darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (S.S.M) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Petuan Agong yang membawa gelaran ‘Tun’.

YB Dato Seri Rafidah Aziz :

Yang Berhormat Dato' Seri Rafidah telah dilahirkan pada 4 November 1943 di Selama Perak. Pada tahun 1946, keluarganya telah berpindah ke Selangor. Pendidikan awal beliau ialah di Sekolah Melayu Kampung Baru (1948 - 1950), Sekolah Convent Bukit Nanas (1951 - 1953 dan 1956 - 1958), Sekolah Zainab, Kota Bharu Kelantan (1953 - 1956), Sekolah Convent of the Holy Infant Jesus Johor Bharu (1959 - 1960) dan di Victoria Institution, Kuala Lumpur (1961 - 1962). Kemudiannya, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dalam bidang ekonomi dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1966 dan Ijazah Sarjana pada tahun 1970. Beliau telh mendirikan rumahtangga dgn Tan Sri Mohamed Basir Ahmad dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Y.B. Dato' Seri Rafidah Aziz adalah tokoh wanita unggul yang terkenal sebagai perintis kepada perkembangan dan kemajuan negara dalam perdagangan antarabangsa di era globalisasi. Masa lapang beliau sering diisi dengan aktiviti membaca, menghias rumah, melakukan aktiviti kerjatangan, mendengar muzik @pun bermain golf dan squash.

Beliau mula bertugas sebagai tutor di Universiti Malaya dari tahun 1966 – 1970 dan kemudian dilantik sebagai Penolong Pensyarah dari tahun 1970 – 1973 dan seterusnya Pensyarah dari tahun 1973 – 1976. Pada tahun 1975 dan 1976, beliau telah menjadi Pengerusi Bahagian Pembangunan Desa di Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya. Dalam tempoh berkenaan beliau memegang beberapa jawatan penting seperti Pengerusi Bahagian Pembangunan Desa Fakulti Ekonomi Unversiti Malaya serta Ahli Senat Universiti Malaya.

Dalam Pergerakan Wanita UMNO, beliau kini adalah Ketua Wanita UMNO (1984-1996) dan 1999 sehingga sekarang diperingkat kebangsaan dan Negeri Perak. Y.B. Dato' Seri kini memegang beberapa jawatan penting iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional. Beliau juga memegang jawatan-jawatan penting seperti Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Awam (1976), Timbalan Menteri Kewangan (1977-1980) dan Menteri Perusahaan Awam (1980-1987).

YB. Dato' Seri juga pernah dilantik menjadi Senator Dewan Negara (1974). Beliau juga menjadi tulang belakang dalam membangunkan dasar dan hala tuju beberapa agensi kerajaan persekutuan. Antara agensi dan organisasi berkenaan ialah MARA (1973-1976), RISDA (1973-1976), Majlis Pelindung dan Penasihat Pengguna (1973-1976), Lembaga Perancang Keluarga (1973-1976), Majlis Penasihat dan Perunding Belia Kebangsaan serta Pengerusi Lembaga Kolej Tunku Khursiah. Peranan yang beliau mainkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak tahun 1987 telah menjadikan ekonomi Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur-pelabur asing di samping meningkatkan ekonomi negara menerusi aktiviti perdagangan luar.

Y.B. Dato' Seri pertama kali dipilih sebagai wakil rakyat setelah memenangi kawasan Parlimen Selayang pada pilihan raya umum 1978. Selepas itu beliau telah berpindah ke kawasan Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum berikutnya dan terus mendapat kepercayaan rakyat untuk mewakili kawasan berkenaan selama enam penggal berturut-turut sehinggalah ke hari ini. Walaupun sentiasa sibuk dengan tugas Wakil Rakyat, Y.B. Dato' Seri juga tidak lupa meluangkan masa dalam aktiviti sosial berbentuk akademik dan ekonomi. Beliau pernah menjadi Penasihat, Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), serta dipilih menjadi penaung berbagai organisasi seperti PENIAGAWATI, NAWEM, IABC, USAHANITA, AOTS serta Gabungan Kontraktor Wanita Malaysia.

Sumber: (a) _____(2004). Biografi Tokoh Wanita Malaysia. Petaling Jaya: Pertubuhan Tindakan wanita Islam (PERTIWI) (b) http://pmr.penerangan.gov.my/custom.cfm?name=lihatbiodatadetail.cfm&id=20 (Jabatan Penerangan Malaysia)

1 comment:

  1. perbanyakkan lagi senarai nama pejuang tanah air yang lalu seprti Wan Ahmad Wan Daud dari negeri Perlis

    ReplyDelete

Make Money With CashCrate