SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Saturday, July 31, 2010

Mengapa kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan?

Salam Ramadhan al-Mubarak kpd smua rkn2 sekalian....

Disini, sya cba titipkan sdkit snyak y trkndung dlm bcaan 1001 khasiat berpuasa.

Saya mulakan dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Pejam celik pejam celik skjap aje kita dh nak menyambut bulan ramadhan al mubarak tak lama lgi kn. Alhamdulillah..Allah swt masih lagi mengurniakan kita dua nikmat yang besar iaitu nikmat iman dan nikmat islam. dan juga masih diberikan ksmptan utk kita meneruskan melakukan ibadah puasa yang penuh dengan keberkatan.

Secara fitrahnya, manusia memerlukan kpd puasa. Ujar Dr. Mac Fedan (Ahli Perubatan Antarabangsa) : 'Setiap manusia memerlukan kpd puasa sekalipun dia tidak sakit krn toksin-toksin makanan dan ubat berkumpul di dalam tubuh lalu menjadikannya seperti orang yg sakit dan memberatkannya, maka kecergasannya akan berkurang. Apabila seseorang berpuasa, dia akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin berkenaan dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu'.

Daripada kata-kata Dr. Mac Fedan di atas, jelas menerangkan kpd kita bhwa secra fitrahnya manusia sgt memerlukan suatu jangka masa utk merehatkan tubuh badan daripada berterusan menerima toksin-toksin makanan dan ubat-ubatan. Ini kerana apabila ubat dan toksin berkumpul di dalam badan manusia akan menyebabkan badan menjadi lemah dan kecergasan seseorang akan berkurang.

Ramadhan yang panas terik.

Ramadhan drpda perkiataan 'ramadho' yang membawa maksud panas yg terik. Di dalam Islam, bulan ramadhan merupakan bulan yang ke-9 di dalam kalendar hijrah. Puasa telah difardhukan kepada seluruh umat Islam semenjak tahun ke-2 hijrah shgga hari kiamat.

Lazimnya, pada bulan ini cuacanya sangat panas. Bersempena dgn nama tersebut, sega Ramadhan akan membakar dan melebur segala dosa yg telah dilakukan oleh orang yg berpuasa.

Kelebihan bulan Ramadhan

1. Bulan utk berpuasa (Al-Baqarah :183): 'Hai org2 yg beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa'.

2. Al-Quran diturunkan: Peristiwa agung ini berlaku pada 17 Ramadhan ketika Nabi Muhammad saw berusia 40 tahun semasa baginda sedang berkhulwah di Hira'.

3. Bulan kemenangan: Berlakunya kemenangan yang terbesar yang berjaya dicapai oleh umat Islam ialah didalam peperangan Badar al-Kubra. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan, hari Jumaat, tahun 2Hijrah iaitu tahun pertama disyariatkan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Seperti yang kita sedia maklum Allah swt telah mengurniakan kemenangan kpd umat Islam w/pun bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 org berbanding org kafir seramai 1300 org.

Satu lagi peristiwa agung berlaku pada bulan ramadhan ialah berlakunya peristiwa 'Fathul Makkah'. Ianya berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ke-8Hijrah.

4. Penuh dengan keberkatan: Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut 'permulaan adalah rahmat', 'pertengahannya adalah keampunan' dan a'khirnya adalah dijauhkan daripada api neraka'. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda apb bulan Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu2 syurga dan ditutuplah pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.

5. Bulan penghapus dosa: Dari Abi Hurairah dr Nabi saw sabdanya,'Barangsiapa berpuasa Ramadhan dgn beriman n mengharap keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosa-dosanya pada masa-masa lalu'. (HR Bukhari Muslim)

6. Bulan Tarbiyah: Bulan Ramadhan mendidik umat Islam supaya menjadi hamba yang bersabar. Juga mendidik hamba-Nya kearah melakukan kebaikan serta mendidik hamba menjadi insan yang soleh dgn istiqamah menjaga seluruh anggota daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah swt.

7. Malam Lailatul qadar: Umat Nabi Muhammad saw merupakan umat yang sgt istimewa krn dikurniakan satu malam yang mempunyai pahala melebihi 1000 bulan beribadah.

8. Bulan taqwa: Dengan melakukan amalan yang dianjurkan dilakukan pd bulan puasa secara istiqamah seperti qiamulail, bertadarus al-quran dan solat tarawikh. Allah swt akan mengurniakan taqwa kpd hamba2-Nya.

No comments:

Post a Comment

Make Money With CashCrate

t muslimah