SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Monday, August 23, 2010

‘Iklim’ sihat dalam kehidupan bermasyarakat


Bookmark and Share

Oleh MUHAMMAD HATIM

Sesungguhnya segala usaha yang kita lakukan untuk memelihara persaudaraan serta menjauhkan diri daripada perpecahan merupakan realisasi pengakuan bahawa pada hakikatnya kedudukan manusia adalah sama di hadapan Allah s.w.t. Sama kedudukannya sebagai hamba, sesuai dengan tugas dan pekerjaan masing-masing.

Allah mengembalikan ke dasar keturunan manusia kepada dua orang nenek moyang, iaitu Adam dan Hawa, kerana Allah hendak menjadikan tempat bertemu yang kukuh daripada keakraban hubungan ukhuwah atau persaudaraan seluruh anak manusia. Tidak ada perbezaan di antara hamba Allah, tiadalah seseorang yang lebih mulia daripada yang lain, kecuali ketakwaan mereka kepada Allah.

Sehubungan dengan ini, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mangenal. Sesumgguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al-Hujarat: 13)

Pengertian yang kita peroleh daripada ayat di atas ialah bahawa segala bangsa yang tersebar di seluruh dunia adalah daripada keturunan yang sama, yakni Adam dan Hawa. Perbezaan warna kulit, bahasa dan tempat berpijak bukanlah halangan untuk saling kenal mengenal menuju persaudaraan.

Dengan menyedari pengertian ini, maka nyatalah bahawa pertikaian dan perpecahan hanyalah akan menjerumuskan kita ke lembah kerosakan dan kehancuran, yang dengan kata lain dapat disebut mensia-siakan amanat Allah.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Manusia adalah umat yang satu, maka Allah mengutus para Nabi sebagai pemberi khabar gembira dan memberi peringatan dan Allah menurunkan bersama mereka kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan.” (al-Baqarah: 213)

Daripada ayat di atas kita memperoleh pengertian bahawa manusia di dunia ini hakikatnya adalah satu tempat berpijak yang berbeza menyebabkan tumbuhnya adat istiadat, perangai dan car berfikir yang berbeza sehingga tidak mustahil terjadi pertikaian dan perselisihan di antara mereka. Hal inilah merupakan salah satu sebab dilantiknya para utusan Allah.

Dengan membawa kitab Allah, para Nabi dan Rasul melaksanakan tugas, mengajak dan mengingatkan kembali manusia untuk kembali kepada kesatuan dan persatuan serta mencegah dari perpecahan.

Ajakan persatuan jelas terukir dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.” (Ali-Imran: 103)

Di dalam ayat lain dijelaskan bahawa orang-orang yang senantiasa bersatu di dalam agama Allah serta menjauhkan diri dari perpecahan adalah benar-benar orang yang mendapat petunjuk sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Barangsiapa yang berpegang teguh kepada agama Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk pada jalan yang lurus.” (Ali-Imran: 101)

Dua ayat tersebut jelas memberikan arah yang lurus, agar manusia senantiasa bersatu dalam langkah dan kehendaknya untuk mewujudkan kemakmuran, berdasarkan keadilan, perdamaian dan saling hormat menghormati serta persatuan yang penuh dalam keampunan dan keredaan Allah s.w.t.

Daripada keterangan-keterangan di atas, semakin jelaslah manfaat pembinaan ukhuwah Islamiah, manfaat persatuan untuk mewujudkan satu kesatuan dan persatuan yang dimulai dari tingkat keluarga, kampung yang akhirnya sampai ketingkat umat secara keseluruhan.

Manusia di dunia ini tidak dapat hidup berdiri sendiri tetapi perlu tunjang menunjang. Oleh kerana itu hindarilah rasa dan sikap hidup yang hanya mementingkan untuk memperoleh kepentingan diri sendiri. Apabila manusia telah dihinggapi oleh rasa ingin hidup sendiri, rasa ingin untung sendiri, maka hilanglah sifat keutamaan manusia.

Apabila rasa ingin untung sendiri telah menguasai manusia, maka hilanglah sifat kebaikan manusia, dan tumbuhlah dengan suburnya kerosakan yang berkembang dalam hidupnya, sehingga membuat manusia terkepung dalam ruang lingkup yang sempit. Dan apabila telah demikian, maka dia tidak dapat lagi melihat orang lain kecuali hanya dirinya sendiri.

Islam membanteras sifat-sifat yang hanya mementingkan dirinya sendiri. Islam membanteras egoisme yang rakus. Islam menanamkan rasa ukhuwah Islamiah dan mengajarkan manusia, bahawa kehidupan ini bukan hanya untuk diri sendiri saja dan manusia itu tidak dapat hidup berdiri sendiri, melainkan harus tunjang menunjang – memerlukan antara satu dengan yang lain.



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Kamu akan melihat orang-orang yang beriman dan saling sayang menyayangi, saling mencintai, saling mengasihi bagaikan satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit, maka tertariklah bahagian anggota yang lain ikut merasakan sakit dengan tidak dapat tidur dan badan panas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Alangkah nikmat dan indahnya ajaran Islam yang menganjurkan kasih sayang, dan berbahagialah kaum Muslimin yang senantiasa hidup diliputi suasana kasih sayang.

Marilah kita jenguk sejenak keadaan kita sendiri, sudahkah kita melaksanakan anjuran mulia itu? Sejauh manakah pengaruh iman dan takwa kita terhadap perjalanan hidup sehari-hari?

Dengan membuka kembali lembaran-lembaran catatan kehidupan masa lalu, kita akan memperoleh perbandingan perhitungan antara baik dan buruk, seterusnya kita berkewajiban memperbaiki yang buruk serta mempertahankan dan menambah semua kebaikan yang pernah kita lakukan.

Kita hendaknya menyedari bahawa kehidupan dunia hanyalah sementara kerana hanya sementara itulah kita hendaknya mempersiapkan bekal bagi perjalanan hidup yang lebih panjang dan abadi, yakni kelak di kampung akhirat.

Sebab itu hendaklah kita selalu berperanan sebagai hamba Allah yang baik, berbuat baik dalam erti yang luas mencakupi nilai-nilai rohaniah dan lahiriah.

Nilai rohaniah, yakni iman dan aqidah serta segala bentuk perbuatan yang bersifat ‘ubudiyah’ (penghambaan diri kepada Maha Pencipta). Nilai lahiriah iaitu segala perbuatan yang berhubungan dengan sesama hamba Allah di dalam kehidupam sehari-hari di mulai dari lingkup terkecil, yakni keluarga sampai kepada masyarakat, lingkungan persekitaran bahkan negara. Tegasnya, kita harus baik dalam “mu’asyarah ma’al khaliq dan mu’asyarah ma’al khalqi”.

Pengertiannya ialah tidak benar seseorang yang baik ibadahnya tetapi perbuatannya merugikan masyarakat dan tidak benar seorang yang baik di mata masyarakat tetapi ibadahnya tidak baik.

Bahkan apabila kita renungkan secara sedar, maka kita berkesimpulan bahawa seorang yang ibadahnya baik sudah pasti ia pun akan baik terhadap masyarakatnya. Sebab iman dan takwa yang benar akan melahirkan penghambaan yang ikhlas kepada Allah daripada penghambaan yang ikhlas akan terpancar akhlak luhur serta perangai terpuji.

Jelasnya, seorang yang selalu menjaga iman dan takwa hidupnya laksana ‘ratna mutu manikam’ yang dicintai dan disayangi oleh masyarakat kerana keindahan, keelokan serta kebaikannya, sifatnya halus, tutur katanya ramah, hatinya penuh dengan kasih sayang, perbuatannya banyak memberikan manfaat bagi sesama manusia.

Hal demikian ini kerana seorang yang beriman dan bertakwa kepada Allah tidaklah mengharapkan balas jasa ataupun upah melainkan daripada Allah semata-mata.

t muslimah

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan.” Dia sesiapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (Asy-Syuura: 23)

Ayat di atas merupakan penegasan bahawa seorang yang beriman dan bertakwa kepada Allah sentiasa berusaha menciptakan suatu ‘iklim’ yang sihat dalam kehidupan masyarakatnya dengan landasan kasih sayang dalam persaudaraan.
Bookmark and Share

Categories: Fikrah
Tags:

No comments:

Post a Comment

Make Money With CashCrate

t muslimah