SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Wednesday, August 11, 2010

RESEPI KEHIDUPAN

Salam sahabat....

Dalam menjalani kehidupan yang penuh ranjau ini, kita ada kalanya terlupa dengan setiap panduan dan pedoman yang telah dibekalkan kepada kita sebagai umat Islam yang beriman kepadaNya. Kita lupa pada Pencipta, kita lupa kepada syariatnya….Untuk itu, dikongsikan sedikit beberapa buah buku yang dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian.

petua-murah-rezeki

Kita sering berdoa agar dimurahkan rezeki. Bukan itu sahaja kita tambah lagi dengan bermohon rezeki yang halal. Orang yang murah rezeki sebahagian besar tanggungan kehidupannya telah selesai.

Orang yang sempit rezeki sering berhutang keliling pinggang. Begitu juga orang yang boros berbelanja. Orang yang berhutang, siangnya sentiasa diburu ketakutan. Malamnya membuat tidur tidak lena.

Buku 101 PETUA MURAH REZEKI & JAUHI HUTANG ini memberi petua bagaimana mendapatkan rezeki yang murah. Perjalanan yang ditempuh sekali gus membawa sifat taqwa dalam kehidupan seperti bertaubat, takut kepada Allah, sentiasa mengingati Allah, tawakkal, beribadah, membetulkan niat, istiqamah dalam bertugas, mengerjakan haji dan umrah, menjalin silaturrahim, bersedekah, berdoa dan bersyukur.

indahnya-hidup-bersyariat1

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan langkah demi langkah. Buku dengan foto penuh berwarna digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Sebuah rujukan yang mesti dimiliki disetiap rumah, sekolah dan sesiapa sahaja yang ingin merungkai keindahan hidup bersyariat.

doa jd pengantin baru

Buku DOA MENJADI PENGANTIN BARU SETIAP HARI telah disusun khusus buat mereka yang akan dan sedang melayari bahtera rumahtangga.

Doa-doa yang dikumpulkan sangat efektif buat anda yang mengharapkan kebahagian yang berkekalan dalam hubungan suami isteri. Dapatkan buku tulisan Uztaz Zahazan Mohamed ini sebagai panduan dan pedoman agar rumahtangga yang di bina kekal hingga ke akhirnya, InsyaAllah…

soaljwb nikah kahwin

Dengan perkembangan ketamadunan manusia dan kemajuan globalisasi, sudah ada orang beranggapan soal nikah kahwin menjadi satu adat. Golongan yang menolak remeh temeh adat lantas menjadikan nikah kahwin suatu upacara mudah dan ringkas. Sementara orang berada pula menjadi nikah kahwin satu majlis sosial untuk mempamerkan darjat dan kekayaan.

Sedarkah kita bahawa nikah kahwin adalah soal hukum hakam syariat yang dipanggil munakahat? Dapatkah kita bezakan antara syariat dan adat? Kurangnya orang belajar tentang munakahat hari ini menyebabkan banyak perkara remeh temeh tentang nikah kahwin sudah diabaikan.

Buku SOAL JAWAB REMEH-TEMEH TENTANG NIKAH KAHWIN ini mengajak pembaca kembali memahami sekecil-kecil perkara tentang nikah kahwin kerana ianya agenda terpenting di dalam membentuk generasi pewaris kehidupan kita.

Anda punya kemusykilan dalam perkara-perkara berikut? Buku ini MESTI DIBACA…..

  • Apakah hukumnya bertepung tawar?
  • Adakah majlis membatalkan air sembahyang itu satu adat atau syariat?
  • Jatuhkah talaq jika…
  • Dan pelbagai persoalan tentang pernikahan, hubungan suami isteri dan isu-isu yang berkaitan dengannya.

amalan ibu mengandung

Saat menimang cahaya mata yang pertama merupakan anugerah yang paling disyukuri oleh pasangan suami isteri. Bermula detik inilah si suami akan bergelar bapa dan si isteri bergelar ibu. Perasaan gembira berbaur syukur tatkala mendengar tangisan bayi comel yang baru sahaja dilahirkan pasti menceriakan lagi pasangan suami isteri. Sepanjang tempoh kehamilan merupakan satu pengalaman yang indah dan menakjubkan bagi setiap wanita.

Namun adakalanya kehamilan boleh menjadi pengalaman yang cukup menakutkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang bakal menyambut kelahiran anak pertama. Oleh itu, bakal ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan berpandukan syariat Islam.

DVD ini diterbitkan sebagai panduan buat bakal ibu yang sedang mengandung, suri rumah, bakal pengantin, pengantin baru, pengantin veteran dan remaja yang bakal menempuh alam kedewasaan.

Antara topik menarik di dalam:

  • Amalan wanita Muslimah sepanjang tempoh hamil untuk memperolehi anak yang soleh dan genius
  • Surah-Surah Pilihan untuk diperdengarkan kepada anak-anak dan bayi yang masih berada di dalam kandungan
  • Petua Mengurangkan Kesakitan semasa bersalin dan penjagaan kesihatan wanita
  • Panduan Kelihatan Sihat selepas bersalin berdasarkan fakta saintifik dan petua Melayu

Dapatkan lebih banyak buku-buku tulisan Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Hj. Zahazan Mohamed dan ramai lagi tokoh-tokoh terkenal yang dapat dijadikan panduan, pedoman dan sumber rujukan anda di sini…


Lain-lain bahan bacaan dan rujukan yang boleh anda perolehi :

* Siri Cepat Membaca * Ladybird Series

* Pendidikan Islam * Matematik & Sains

* Buku Cerita / Majalah * Kad Imbas * Kamus

* CD / VCD / Kaset * Panduan Pelajar

* Panduan Ibu Bapa * Motivasi Diri * Kesihatan

* Rumahtangga * Panduan Muslim * Novel

* Sun Shades * Resepi

Share/Save/Bookmark


No comments:

Post a Comment

Make Money With CashCrate