SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Tuesday, August 10, 2010

Keganasan rumah tangga punca utama cerai, bukannya seks



NGO: Keganasan rumah tangga punca utama cerai, bukannya seks
Dipetik dari Syed Mu’az Syed Putra (July 24, 2010)

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Badan-badan bukan kerajaan wanita menafikan dakwaan bahawa isu berkaitan seks menjadi punca utama berlakunya penceraian di kalangan pasangan suami isteri khususnya beragama Islam negara ini.

Sebaliknya, keganasan rumah tangga adalah penyebab berlaku peningkatan kes penceraian.

Pengarah Eksekutif Empower Maria Chin Abdullah berkata peningkatan penceraian yang berlaku sebenarnya bukan berkaitan dengan isu seks, tetapi adalah masalah keganasan rumah tangga.

“Saya tidak bersetuju bahawa seks adalah punca kepada berlakunya peningkatan penceraian.

“Ini kerana seks sebenarnya bukan satu isu, mungkin ada yang bercerai kerana tidak berpuas hati dengan kehidupan seks mereka tetapi keganasan rumah tangga saya lihat sebagai satu punca utama,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata punca berlakunya keganasan rumah tangga adalah disebabkan masalah komunikasi antara pasangan dan juga sikap lelaki yang tidak menghormati wanita sebagai isteri.

“Sebenarnya banyak kes cerai berlaku kerana keganasan rumah tangga yang mana isteri tidak tahan dengan sikap suami yang sering melakukan penderaan terhadap dirinya.

“Perkara ini berlaku apabila suami tidak ada lagi sikap hormat kepada isteri. Sebelum ini banyak kita dengar kes di mana suami melakukan penderaan terhadap isterinya hanya kerana tidak berpuas hati dengan perkara-perkara kecil sahaja.

“Keganasaan yang dilakukan itu turut melibatkan beberapa aspek termasuk fizikal, seksual dan psikologi. Apabila isteri sudah tidak tahan dengan apa yang dilakukan suami maka berlakulah penceraian,” katanya.

Maria Chin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang yang mendakwa perkara-perkara yang berkaitan dengan seks menjadi antara punca utama menyebabkan perceraian di kalangan pasangan beragama Islam.

Musa berkata pemerhatian pihaknya terhadap kes-kes yang dibawa ke mahkamah menunjukkan masalah berkaitan dengan seks menjadi antara punca mengapa pasangan mengemukakan permohonan mahu mengakhiri rumah tangga mereka.

Beliau menjelaskan perkara itu berlaku kerana kurang keinginan seks sama ada daripada pihak suami atau isteri.

Selain itu jelas beliau, ketiadaan zuriat juga menjadi masalah besar dalam rumah tangga.

Maria Chin berkata setiap pasangan sekiranya mempunyai masalah rumah tangga perlu berbincang antara satu sama lain tanpa melakukan keganasan rumah tangga.

“Sepatutnya setiap pasangan perlu duduk berbincang kerana saya melihat kekurangan komunikasi ini perlu ditangani kerana dengan komunikasi yang baik semua masalah boleh diselesaikan.

“Kalau tidak puas hati sama ada bagi pihak suami ataupun isteri, mereka perlu duduk berbincang. Mungkin ada beberapa perkara yang membuat pasangan tidak gembira dalam kehidupan rumah tangga tapi saya percaya melalui perbincangan masalah itu boleh di atasi tanpa perlu melibatkan pihak mahkamah,” katanya.

Menurut Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Ivy Josiah, dakwaan mengatakan seks sebagai penyebab utama berlakunya penceraian adalah tidak wajar kerana tidak ada bukti yang kukuh.

“Sepanjang 28 tahun pertubuhan ini diwujudkan jarang kita mendengar bahawa masalah berkaitan seks punca berlakunya penceraian, saya tidak nafikan mungkin ada tetapi tiada bukti yang kukuh memandangkan setiap pasangan tidak mendedahkan punca penceraian mereka.

“Namun jika keganasan rumah tangga boleh saya katakan ia merupakan punca utamanya berlakunya peningkatan penceraian dalam negara ini.

“Ini kerana selama ini banyak kita dengar berlakunya kes keganasan rumah tangga yang melibatkan isteri sebagai mangsa, ia memang berlaku dalam negara ini,” katanya.



The Malaysian Insider difahamkan tahun lalu tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan mencatatkan paling banyak kes keganasan rumah tangga dalam tempoh 15 bulan.

Bagi tempoh berkenaan, Selangor mencatatkan 162 kes, Pulau Pinang (86 kes) dan Kelantan (75 kes) serta negeri yang terendah ialah Terengganu dengan hanya 10 kes sahaja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, kes keganasan itu dicatatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Negeri-negeri lain adalah Kuala Lumpur (71 kes), Negeri Sembilan (70 kes), Perak (47 kes), Johor (39 kes), Pahang (31 kes), Sarawak (25 kes), Kedah (23 kes), Sabah (19 kes), Melaka (17 kes), Labuan (15 kes) dan Perlis (11 kes).

Malah bilangan kes keganasan rumah tangga di Perak tahun ini meningkat 34 peratus dengan 304 kes dilaporkan tahun lepas berbanding 227 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman.

Sementara itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu Azmi Abdul Hamid berkata punca utama berlaku peningkatan adalah kerana tekanan hidup berkeluarga termasuk aspek ekonomi, budaya, sosial dan sebagainya.

“Saya melihat masalah seks bukan punca utama berlakunya penceraian tetapi adalah tekanan hidup dalam berkeluarga di mana kita boleh lihat sekarang setiap pasangan menghadapi tekanan hidup yang begitu kuat.

“Selain itu, gaya kehidupan masyarakat Melayu sekarang yang lebih bersikap terbuka juga merupakan pendorong kepada penceraian apabila setiap pasangan mengamalkan kehidupan yang liberal tanpa memikirkan perasaan pasangan mereka.

“Ini kerana kehidupan liberal yang diamalkan termasuk pergaulan bebas boleh meresap ke dalam hubungan antara suami isteri dan apabila ia berlaku fenomena tidak mempercayai antara satu sama lain akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata apabila setiap pasangan dihujani dengan pelbagai tekanan, maka ia boleh mengundang berlaku keganasan rumah tangga.

“Bila sudah terlalu tertekan, pasangan ini pasti akan bergaduh dan berlakulah keganasan rumah tangga tidak kira sama ada suami dera isteri ataupun sebaliknya.

“Saya percaya keganasan yang berlaku ini disebabkan pasangan sukar mengawal perasaan dan bertindak di luar dugaan sehingga sanggup melakukan keganasan kepada pasangan masing-masing,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan perlu mengkaji dan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangai masalah penceraian yang semakin meningkat dalam negara ini.

“Kerajaan sepatutnya perlu mencari jalan penyelesaian untuk menghadapi tekanan-tekanan yang dihadapi pasangan suami isteri ini.

“Bukan menambah lagi tekanan dengan kenaikan harga barang, peningkatan kos-kos lain dan sebagainya. Perlu ada jalan penyelesaian yang boleh menangani perkara ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Make Money With CashCrate

t muslimah