SeDaRI HaKiKaT DuNia HaRi iNi

Make Money With cashCrate - Join me!!

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah khdupan ini memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita semua. Anugerah ini wajib kita syukuri dan haragai. Internet adlh kemudahan buat umat manusia yg tdk kira umur, pangkat, agama, bangsa, Negara dan yg sewaktu dgnnya. Justeru itu, manfaatkanlah ia utk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat bhw apa shja yg kita lakukan akan dip't/jawabkan pda kemudian hari.


Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kpd kita. Halalkan kegunaan akal. Hati dan lidah pda perkara yg bakal membawa kpd kecemerlangan diri kita samaada di dunia mahupun di akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali ‘pergi’ tak akan ‘kembali’. Bak pepatah melayu,’buat baik berpada-pada dan buat jahat JANGAN sekali’. Kewujudan website ini dgn blog sbg wadah utk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dgn ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun dunia terus maju dgn teknologi, kita seharusnya terus mengekalkan akhlak dan jati diri insani.

Monday, August 23, 2010

Menuju kebersihan iman

By Editor • May 10, 2010
Bookmark and Share

O

Oleh MUHAMMAD QOSIM

Daripada seluruh kenikmatan yang dianugerahkan kepada kita, terdapat kenikmatan yang paling agung, iaitu hidayah iman dan Islam. Justeru, tanpa kedua-duanya, seluruh rezeki dan kenikmatan pada akhirnya hanyalah bencana.

Iman dan Islam itu menuntut umat manusia untuk sentiasa bersih, menjaga kebersihan bahkan mendidik ikhlas dan ‘thaharah’, serta ihsan. Ikhlas bererti menjaga kemurnian, kebersihan iman, iaitu niat dan ibadah serta muamalat sentiasa disesuaikan dengan syariat Allah s.w.t dan hanya kerana Allah jua.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud: “Padahal mereka tidak disuruh, kecuali supaya menyembah Allah swt dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan agama dengan lurus.”

Iman juga bererti jauh daripada syirik dan jauh daripada kesesatan, bersih dengan sebersih-bersihnya sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Kahfi, ayat 110 yang bermaksud:

“Barang siapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan jaganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.”

Bersih dalam beribadah adalah dengan niat ikhlas, tanpa syirik, riak, ujub, dan sebagainya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang solat dengan menunjuk-nunjuk (riak), maka sesungguhnya dia telah syirik (menyekutukan Allah s.w.t). Sesiapa puasa dengan riak, maka dia telah syirik dan sesiapa yang bersedekah dengan menunjuk-nunjuk, maka dia telah syirik. Allah s.w.t berfirman, ‘Akulah sebaik-baik pembagi bagi siapa yang menyekutukan Aku, siapa yang menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, maka seluruh amalannya sedikit atau banyak adalah untuk sekutunya yang dia telah berbuat syirik dengannya, sedangkan Aku Maha Kaya (tidak memerlukan) daripada amal itu.’” (Riwayat Ahmad)

Bersih dalam beribadah bererti melaksanakan sesuatu (atas segala yang disyariat), sesuai dengan contoh teladan daripada Rasulullah s.a.w, sesuai pula dengan syariat Allah s.w.t, bersih daripada bidaah, tradisi atau amalan yang menyalahi syariah, tidak mengikut tatacara beribadah yang tidak diberi contoh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Setiap bidaah adalah sesat dan setiap kesesatan berada di neraka.” (Riwayat Abu Daud)

Ibadah itu mestilah sesuai dengan syariat, tentang syarat dan rukunnya, dengan niat ikhlas, hanya kerana Allah s.w.t. Itulah syarat diterima amal ibadah. Itu bererti bersih iman yang menghasilkan akhlak dan muamalah yang bersih.

Akhlak yang dicontohkan Rasulullah s.a.w merupakan akhlak yang agung lagi terpuji. Dipuji oleh Allah s.w.t sepanjang masa yang di hadapan segenap makhluk yang tunduk pada-Nya. Kalam Allah s.w.t di dalam al-Quran itulah akhlak Rasulullah s.a.w.

Demikian diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah r.a yang bermaksud: “Tidakkah kamu membaca al-Quran? Akhlak baginda adalah al-Quran.”

Dengan al-Quran, kalam Allah s.w.t itulah Rasulullah s.a.w memimpin, memberi contoh teladan, membimbing, memperagakan, membuktikan, dan mendidik secara langsug sepanjang hidup baginda dengan akhlak yang paling bersih, paling tulus ke hadrat Allah s.w.t dan paling indah serta mengagumkan, dan penjadi pedoman yang kukuh bagi kehidupan umat manusia sepanjang zaman.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Azhab ayat 21 yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah s.a.w itu contoh teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan banyak menyebut nama Allah s.w.t.”

Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment

Make Money With CashCrate

t muslimah